Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, February 28, 2019

Musim kering

Panas
Kalau hujan pun sekejap saja
Pokok2 dahaga
Haiwan peliharaan mencari basah
Haiwan liar pun sama, macam kering tekak.
Manusia lebih lagi, nak minum saja bergelas gelas.
Penjual air kelapa di tepi jalan senyum lebar
Bagus jualannya, laris.
Begitu juga air mangga madu, teh o beng..
Semua laku keras.
Panas
Di dunia hanya ujian yg sedikit.
Kita ada payung
Ada kipas
Ada aircond
Ada pancuran
Ada jeram sejuk utk rendamkan badan.
Panas di sana nanti ada apa perlindungan?
Amalan cukup tak utk jadi payung?
Pahala cukup tak untuk sejukkan badan?
Takut.
Tau takut tapi hari hari kumpul dosa.
Astaqfirullahilazim.

Panas.
Pagi2 dah panas.
Panas hati.
Ni jenis panas yg bahaya nih.
Silap hari bulan ada yg nak kena.
Tau tak per.


Wednesday, February 27, 2019

Pelarian hati

Menjadi pelarian sehari dua ni.
Terpaksa
Untuk rawat hati yg pecah kes pembubaran taman saya tu.
Tau apa say buat?
Ubat apa saya guna untuk rawat hati tua ni?
Pelarian lah.
Lari dari stress realiti ke indahnya fantasi.
Hahahaa....jangan kata x caya, betul.
Saya x nak tgok orang robohkan taman maka
saya keluar ke sana sini
Window shopping ubat yg mujarab.
Tak nak dengar dung dam dung dam bunyi retak dan pecah batu bata maka
saya tengok cerita hindustan lama2 yg saya memang minat.
Hibur hati dengar lagu begitu...
Tak nak saksikan pokok2 kesayangan tamat riwayat di luar rumah maka
saya mengemas  kain baju dlm kabinet, susun pinggan mangkuk, atur hiasan lama dan baru
Sibukkan kaki tangan dan minda.
Kerja pemusnahan belum siap lagi, banyak lagi.
Dalam rumah segala benda dah beres, dah x ada kerja boleh saya buat.
Segala cerita hindustan dah saya ulang tayang.
Nak keluar pun dah habis kedai di jelajah.
Camna ni?
Masak?
Makan?
Yes, this is a good solution.
I am going to cook whatever menu comes to my mind
And
I am going to eat like a king!
Wei hani........
What about your low sugar diet?
Lupa ke yg awak tu x sihat, bukan boleh makan sembarangan?
I don't care.
I really don't care!

Tuesday, February 26, 2019

Musnah hari ke-2

Musnah 
Nak robohkan sekejap saja
Nak mendirikan tu yg lama
Banyak duit habis untuk jadikan taman ni dulu
Nak musnahkan pun guna duit jugak
Nak mendirikan tu bercupak peluh keringat tumpah.
Nak robohkan tak guna keringat pun, upah orang jer.
Keringat orang lain

Tak apa lah...redha.
Mana tau ada rezeki saya
Saya dapat ubah suai landscape ini jadi lebih baik dari dulu.
Think positive
Musnah mimpi lama berganti mimpi baru.
InsyaAllah.


Monday, February 25, 2019

Bermula

Kerja2 merobohkan taman saya dah bermula
Langkah pertama ialah merobohkan pagar besi tu
Telah roboh berderai juga hati saya.ni
Nampak sangat bezanya bila pagar dah dicabut.
Hari ni mereka akan pecahkan tangga dan dinding tu
Turut pecahkan hati saya juga
Kesedihan saya kalau nak diukur,
rasanya dah macam nak meletup.
Nak teriak cakap " Jangan usik taman tu!"
Tapi
Apa daya....
Kalau dibandingkan antara ' sayang taman' dan ' takut ular'
Lebih takut ular.
Taman itu hak saya
Keselamatan pula hak anak cucu saya.
Maka saya terpaksa pilih keselamatan anak cucu.
Berkorban apa saja demi mereka
Redha lh wahai hati...
Jangan berduka..
La tahzan walaa takhof,innallah ha ma ana
(Jangan takot dan jangan bersusah hati, sesunguhnya Tuhan bersama kami)
InsyaAllah Perancangan Tuhan adalah yg terbaik.
Adalah tu bahagia lain buat saya yg masih Tuhan sembunyikan.
Semestinya ada, yakin!
Allah hu!

Hari ni ku semai tangisan di sudut taman
Semoga esuk bercambah bahagia 
Berbunga cinta
Mekar harum
Penawar duka
Dah hati sembuh semula.



Sunday, February 24, 2019

Dah jumpa dah..

Pencarian sudah tamat.
Hati sudah lega.
Syukur Alhamdullilah.
Hari ni Tuhan temukan saya dgn dia
Setelah dia terselindung selama 3 minggu,
hari ni Tuhan jelmakan dia di depan mata saya.
Selama ni pun,
Walau semua orang cakap dia dah keluar..
Dah mati..
Dah tak perlu risau lagi,
saya tetap rasa tak sedap hati.
Ketakutan mencengkam diri
Tercari cari, terintai intai...
Rasa mcm dia ada cuma tak tau di mana.
Tekaan saya tepat.
Dengan izin Tuhan saya terserempak dgn dia
Di dalam bilik tidur saya.
Tepi sejadah dan telekung yg saya guna hari2.
Di situ rupanya dia...
Berhempas pulas saya cuba hapuskan dia.
Takut tapi terpaksa
Saya tekad, kali ni kali terakhir dia di sini.
Maka tamat lah adegan mengintai intai.
Dia dah mati.
Terima kasih Tuhan kerana jaga keluarga saya dari kepayahan.
Semoga ini kali terakhir bertemu dia.
Jangan datang lagi.
Salamun ala nuuhin fil aalamin inna ka hamiidun majid...
Salamun ala nuuhin fil aalamin inna ka hamiidun majid..
Salamun ala nuuhin fil aalamin inna ka hamiidun majid...
                                      Surah As Shofaat 37-79




Saturday, February 23, 2019

Hina nya saya

Berkecil hati
Menangis dari dalam
Mulut diam
Lebih baik bisu dari meluahkan
Telan saja rasa itu


Friday, February 22, 2019

Bye bye kembang di taman.


Semua yang kenal saya tau saya sangat sayangkan taman mini saya tu.
Dah bertahun saya usahakan.
Merimbun pokok bunga bermacam jenis
Hiasan taman pantang jumpa saya beli
Lapang dada bila merenung landscape biar pun sekangkang kera.
Sayang, sangat2...
Titik peluh saya berbakul tumpah di situ.
Siapa saja singgah, di situ lah tempat bergambar.
Tapi.......
Ni nak nagis nih.
Nak meraung...
Saya terpaksa bubarkan taman tu
Terpaksa kosongkan
Terpaksa hapus kira pokok2 kesayangan
Terpaksa ketepikan hiasan2
Terpaksa turap kawasan berumput
Terpaksa lapangkan kawasan.
Demi untuk elakkan pendatang tanpa izin datang menghuni.
.?
???????
???????????
Si panjang tu lah....
Ketakutan saya bila ingat balik detik pertemuan hari tu buat saya serik.
Terpaksa rela ucap selamat tinggal pada sesuatu yg sgt2 saya minat.
Terpaksa demi peace of mind.
Maka dgn ini, hari ini satu demi satu kasih sayang saya terlerai..
Nak mula hari ni....
Goodbye taman mini ku...
Goodbye sudut tempat aku labuhkan duka
Goodbye setiap senyuman yg pernah terakam di sini..
Nak nangis puas2 dulu..
Nak teriak guling guling...
Hobby ini berakhir di sini, hari ni.
Huhuhuuhuhuhuhuuuuu......


Ini lah saja foto2 kenangan di sini
Haduh mak, sedih nya tengok.
Tinggal kenangan lah nanti.
SETIAP BAHAGIA KU HADIRNYA SEKEJAP CUMA.








Thursday, February 21, 2019

Bulan itu bukan aku

Tak kira lah besar ke kecik.
Bulan tetap menawan, cantik memukau.
Tanda kebesaran Allah.
Indah bulan di bersendirian di langit malam.
Sekali sekala di teman bintang bertaburan.
Kadang2 awan mengusik tenang
Sekejap saja bersembunyi di balik awan
Malu malu seperti perawan.
Saya duduk di tangga
Memerhatikan ciptaan Tuhan.
Kagum.
Kalaulah mampu terbang, mau menyentuh dada bulam
Mau bisikan rasa hati yg terpendam.
Bulan...
Ajarkan aku untuk gagah seperti mu
Untuk terus bersinar walau malam kelam
Untuk terus memukau ...
Ajarkan aku untuk tidak sunyi bila sendirian.
Tidak bergantung pada kehadiran ribuan bintang
Tidal rebah ke bumi walau penat berputaran.
Bulan....
Kita berbeza sebenarnya
Aku tidak akan mampu menjadi seperti kamu.
Kau tinggi di awam
Di puja dan di nantikan.
Aku hanya persis debu yg berada di telapak kaki.
Melukut di tepi gantang.

Wednesday, February 20, 2019

Selamat pagi cikgu

Masjid nya kecik saja.
Sebuah masjid serba kurang di dalam sebuah taman perumahan.
Ustazah yang mengajar pun biasa2 saja
Murid tak ramai
Kaum ibu yg dah pencen semuanya
Yuran?
Tak ada yuran pun
Sekadar sumbangan ikhlas buat tenaga pengajar.
Kami kutip sekadarnya setiap kali kelas tamat.
Makan minum setiap kali lepas kelas mewah.
Ada saja ahli yg sukarela jamu kami makan.
Kerana kami tak ramai, hubungan sgt mesra
Kelas sangat ceria
Ilmu yg di beri tanpa kekangan silibus
Ulang selagi tak paham
Ustazah sabar dan tidak kejar masa
Syukur alhamdullilah,
Walau kelas tak sehebat kelas di pusat2 bahasa yg gah,
Walau pun bukan di bilik kuliah yg nyaman berair-con.
Kami dapat ilmu di sini.
Itu yg penting.
Saya datang ke sini pertama kali dengan otak yg kosong.
Zero
Tak ada asas bahasa arab langsung

Hari ni
Banyak yg saya tau, sedang tau dan akan tau
Suka sangat belajar di usia tua
Dari seorang guru bahasa inggeris 
Saya jadi murid semula
Belajar bahasa arab alquran
Demi masa depan
Dunia dan akhirat
Semoga Tuhan beri kesihatan yg baik untuk saya teruskan belajar.
InsyaAllah

Tuesday, February 19, 2019

Kematian

Orang yg saya kenal meninggal malam tadi.
Innalillahiwainnahirojiun.
Semua pun ke arah tu, tunggu giliran saja.
Orang yg lebih tua dalam keluarga saya dah semakin berkurangan.
Satu, satu pergi mengadap illahi.
Sekarang ni kita dah jadi orang tua dlm keluarga.
Usia tua tapi tak sematang orang2 tua dulu2.
Saya lah macam tu.
Dari Allah kita datang dan kepada Dia lah kita kembali.
Jap lagi nak siap2 untuk ke rumah arwah.
Penghormatan terakhir buat dia.
Selamat tinggal.
Tenang dan damailah kamu di sana.

Monday, February 18, 2019

Dia.

Dating
Dengan lelaki ni
Mendebarkan
Sejuk kaki tangan
Dia yg tak pernah ku rindukan
Tapi ada ketika aku perlu bertemu juga
Suara lembut nya mampu mengurangkan gelisah ku
Senyum nya mampu tenteramkan hati ku
Tapi
Aku tetap benci dia
Tak suka dia
Sentiasa cuba hindari dia
Tolong
Jangan kasari aku
Takoooot
Tolong mak!!!!!
Aku tak nak simen gigi.

Sunday, February 17, 2019

Lampu Aladin

Sekiranya saya ada lampu Aladin.
Apabila digosok akan keluarlah jin.
Jin itu akan berkata...
"Hei manusia...Aku akan makbulkan permintaan mu sekarang juga. Apa mau mu?"
Pasti aku berkata.
"Wahai Jin, aku hanya nak minta satu saja....
Kau berikan aku....
Tidor yg nyenyak selama 6 jam.
Tidor yg tidak diganggu
Tidor senyenyak bayi."

Sungguh.
Itu lah yang saya amat perlukan sekarang.
Terasa sangat penat dan
letih bila mata tak mau pejam.
Bila minda ligat bekerja sedangkan hati mau lena
Bila detik jam jadi lagu bersenandung di malam sepi.
Tak tau lah,
Acap sangat saya tak dapat lena hingga ke pagi
Malam menjadi lebih panjang
Hati menjadi tak keruan.

Saturday, February 16, 2019

We will do it!

Alhamdullilah.
Anis dah mula diet
Remaja mcm Anis tu susah nak diet
Selera makan masih power
Makanan kegemaran pulak yg lemak2 manis2.
Tapi mujurlah dia tekad utk mula jaga pemakanan.
Kesian jugak tengok dia
Nampak penat sbb terlebih timbangan
Nak pakai baju cantik2 mcm kekawan pun x boleh
Nak sambung belajar nanti perlukan lebih energy
Kalau gemuk sah la semput dan mengah
Buatnya dapat universiti yg naik turun bukit
Kelas jauh  dari asrama
Maunya seksa
Lagipun Anis,
Penampilan pun bertambah baik kalau kurus sikit
Mummy doakan Anis teruskan sehingga berjaya dapat berat badan yg dikehendaki
Mummy bukan nak Anis kurus melidi
Sekadar tidak gemuk yg menyusahkan
Tak bagus untuk masa depan
Penyakit byk duk intai orang yg tinggi lemak, tinggi kadar kolestrol dlm badan.
Muda2 tak nak lah sakit, kalu boleh nak jauhi
Kita cuba Anis k.
Mummy pun masih jaga pemakanan.
Walau bukan untuk kurus, sekadar utk turunkan paras gula dlm badan saja.
Takper, we will make it
InsyaAllah

Next time I hope to snap a photo of you in your best pose.
A much thinner one.
Soon Anis soon
I know you can do it!
Keep it up girl

Friday, February 15, 2019

Penamat nya hanya lah bila nafas terhenti.

Sepatutnya di usia saya, bila dah pencen,
saya dah boleh menarik nafas lega.
Saya dah boleh fokus kepada keperluan diri sendiri tanpa batasan
Saya boleh rehat minda dari urusan dunia yg tak wajib
Saya boleh berhenti cari duit, kumpul harta dunia dan menabung.
Saya boleh letak tepi kebimbangan pasal anak2, semua pun dah besar panjang kann.
Sepatutnya laa...
Tapi tidak macam tu sebenarnya..
Tidak macam tu sekali kali.
Tak tau lah samaada nasib saya tak serupa orang atau pun
memang orang lain pun macam saya juga....
Tak habis habis....
Tak tau mana penghujung,
Ada saja yang perlu di fikir dan si selesaikan.
Duit masih banyak yg mengalir keluar.
Sekejap nak settle benda tu, sekejap nak urus benda ni.
Melangkah jer, duit.
Tarik nafas jer, duit.
Banyak lagi urusan yg saya galas.
Berat tak terpikul dah.
Masih sibuk dgn urusan keluarga dan urusan2 sunat kedunian.
Masih tak sempat buat apa yg saya nak buat dari dulu lagi
Yang saya nak masih K.I.V.
Diri sendiri masih terabai.
Anak pun ada yg masih belum berdikari.
Tak cukup sel otak nak fikir pasal anak2...
Tak habis habis.....
Saya dah tua laaa....
Saya penat.
Saya nak berehat.
Saya nak bancuh kopi, duduk depan tv.
Makan biskut cicah kopi dan bersandar di kerusi.
Tanpa perlu senarai kerja memaksa otak ligat bekerja.
Saya nak jadi orang tua, org pencen yg seratus peratus pencen.
Pencen dari urusan duniawi dan tumpu pada kumpul bekalan mati.
Tolong lahhhh....
Please.....


Thursday, February 14, 2019

Riadah cara saya

Gigih pagi2 pergi ke taman rekriasi berdekatan.
Nak briskwalking, nak keluarkan peluh.
Demi kesihatan la konon.
Semangat berkobar kobar.
Sekejap jer
Penatvsikit dah lepak
Tengok2 orang
Siap berbuai lagi..
Sib baik tak putus buai tu.
Kalau putus mau nya retak simen.
Maklumlaa..kenderaan lebih muatan.


Saya betul ke salah?

Kita tidak akan dapat puaskan hati semua orang di setiap masa.
Tak perlu cuba pun.
Buat penat jer cuba.
Orang yg berfikiran sempit ni kerja nya nak cari salah orang lain saja.
Biarkan mereka...
Tak payah larang atau cuba nak betulkan.
Memang mereka tak akan berubah.
Biarkan.
Bagi saya....
Saya jalani hidup saya seada nya
Susah cara saya
Senang cara saya
Derita cara saya
Bahagia cara saya.
Kalau saya cerita pasal duka lara saya,
 itu hanya untuk bebaskan stress di hati saya
Sekadar berkongsi rasa
Bukan nya saya tak redha diuji,
Bukannya mintak simpati.
Berkongsi saja, tau tak maksud berkongsi?
Bukan nya untuk dikhabarkan di seluruh dunia
Sekadar di blog saya,
BLOG SAYA.
Begitu juga kalau saya tebarkan bahagia saya
Tak kira lah bahagia yg sementara atau
bahagia yg tidak sehebat bahagia orang lain,
bagi saya saya dah cukup syukur dan happy.
Tak kisah lah apa intepretasi orang lain.
Janji saya seronok bercerita di blog saya
BLOG SAYA.
HANYA DI BLOG SAYA.
Oleh sebab tu lah saya beritau hati saya,
ajar hati sendiri,
usah peduli.....
Kita hidup ni bukan untuk cari redha manusia.
Bukan untuk dapat rangking tersohor di mata manusia
Jauh sekali untuk jadi hebat.
Cukuplah redha Tuhan buat saya.


Wednesday, February 13, 2019

Tak payah nak menyorok


 SAYA TAU AWAK SIAPA.
DAN
SAYA TAK MARAH PUN.
ADA SEBAB TUHAN JADIKAN SYURGA
DAN
NERAKA.





Tuesday, February 12, 2019

Cerita hari isnin

Biar foto berbicara



Padang pasir kat ner tuh?
Dubai? Australia?
Ngada tul!
Foto menipu tuh.
Takleh biarkan foto berbicara, tau nak menipu jer.
Kat bukit pasir di Pantai Mekmas ni.
Tgok kat fbook org lain duk posing atas bukit pasir, kita pun nak posing jugak.
Tapi gayat!
Posing depan bukit pasir jadilah.
Ada gaya model purba tak?
Hentam saja lah labu asal hati bahagia.

Sunday, February 10, 2019

Saturday, February 9, 2019

Menaruh harapan

Belum tidor lagi ni.
Bukan tak nak tidor tapi tak mengantuk lagi.
Melayan hati dan fikiran.
Berangan.
Berangan nak hidup senang tanpa masaalah.
Bukan kena bayar pun untuk berangan
Free of charge.
Saya berangan kehidupan saya akan berubah.
Yang membebani akal fikiran saya akan tamat.
Kehidupan bertambah damai dan ceria.
Kesihatan masih baik dan anak cucu menantu pun baik2 sahaja.
Bestnya kalau masa untuk saya buat apa yg saya suka tidak terhad.
Masa untuk fokus kepada diri sendiri.
Aduhh sedap nya berangan.
Indahnya kalau sebelum mati saya dapat ketenangan jiwa sebegitu.
Tapi segalanya hanya dalam angan angan.
Mungkin sampai ke akhirnya tinggal dlm angan angan.
Sedih pulak la.
Simpati pada diri sendiri.
Terasa betapa membazirnya nyawa yg ada.
Tak perlu banyak baki nyawa kalau hanya untuk terus begini.
Mati cepat pun tak apa.
Opsss...apa ni? Merapu otak malam2 gini.
Bawak mengucap Hani..
Dah, cuba untuk tidur lagi baik.
Tuhan ku,
Ampunkan dosa2 ku.
Aku tau aku tidak layak untuk syurga Mu
Tapi aku takut untuk ke neraka Mu.
Ampunkan aku ya Allah.

Friday, February 8, 2019

Gud morninggggg

Baru  bangun dari tidor.
Jap lagi nak buat perkara rutin ygvsetiap pagi saya buat
Nak ngadap blog dulu.
Biasanya ngadap blog selepas mengaji quran dan solat sunat  sambil tunggu subuh.
Hari ni lain sikit.
Ya lah..kadang2 terfikir juga.
Sampai bila kehidupan saya macam ni.
Serupa, tak ada penambah baikkan
Hari berganti tahun saya mengadap bermacam macam dugaan.
Bukan tak redha, kalau tak redha tidak lah saya mampu menjadi seperti saya ni.
Tapi hati tertanya tanya juga
Apakah perancangan Tuhan buat saya..
Adakah sampai akhir usia saya akan terus begini?
Astaqfirullahilazim.
Kadang2 terlalu penat melayan hati
Kadang2 rasa macam tak sanggup lagi.
Tapi apa pilihan yg saya ada?
Tak ada.
Hadap saja lah nak ke tak nak.
Semoga Tuhan beri saya kekuatan tu aje.

Thursday, February 7, 2019

Khamis dah?

Baru jer Khamis, dah Khamis pulak?
Masa laju.
Usia pun laju
Yang perlahan hanya kesembuhan.
Kalau selsema lamanya nak sembuh.
Kalau batuk berbulan bulan.
Kalau sakit perut berulang ke tandas sampai tak larat nak melangkah.
Hmm...Tua2 ni memang macam tu lah...
Hari ni saya ok sikit.
Ingatan pada kejadian ular masuk rumah tu dah kurang sikit.
Tapi masih ada sikit2 takut dan cemas tu.
Malas dah nak ingat tapi ingat jugak.
Hari ni Khamis hari pasar tani.
Hari kegemaran saya.
Hari jalan2 tengok ragam orang.
Hari beli takoyaki.
My favorite snacks.
Jap lagi selesai kerja rumah nak ke pasar tani.
Jommmm....!

Wednesday, February 6, 2019

Alhamdullilah


Anak saya terbuka hati untuk jaga kesihatan.
Dia mula makan cara sihat dah sekarang.
Saya sangat menyokong tindakan dia tu memandangkan dia masih muda
Dia tak perlukan lebihan lemak di badan.
Dia perlu sihat cergas untuk hadapi dunia.
Bagus Anis!
Wish u all the luck.
InsyaAllah boleh.
Bila jaga pemakanan, berat badan pun akan surut.
Penampilan bertambah baik
Lebih cergas dan sihat.
Jom, lunch.
Mummy masak beras merah, sambal tomyam bunga kubis dan ayam berempah bakar.
Sedap kan?
Siapa kata kalau diet tak leh makan sedap2?

Tuesday, February 5, 2019

Berharap

Harap2 pagi ni dan hari ni lebih baik dari semalam.
Harap2 stress pasal ular tu dah surut sikit
Harap2 mata boleh berhenti tercari cari...
Harap2 hati dah boleh fokus benda lain
Harap2 kehidupan harian menjadi normal kembali.
Harap2 ular tu dah pergi jauh jauh
Harap2 Tuhan lindungi keluarga saya
Harap2 segalanya akan berakhir dgn baik.
Apa lagi boleh saya buat melainkan berharap dan berdoa?
Ya Rahman ya Rahimmm
Ya Malikul kuddus...

Stress level still high.

Monday, February 4, 2019

Dia datang

Tanpa diundang.
Takoooot...
Kes dia datang lah saya masih terkebil kebil lagi di awal pagi ni.
Nak tidor pun takot.
Tadi JPAM dtg cari tapi tak jumpa.
Kamu kemana hah?
Jangan la buat macam ni.
Pergilah jauh jauh..
Jgn dtg lagi yer....


Kita sama2 makhluk Tuhan.
Kamu ada ruang kamu.
Ni ruang aku, jangan la langgar sempadan.
Aku tak ganggu kamu..
Kamu pun jgn la ganggu ketenteraman aku.
Gi main jauh jauh!
Tak yah datang lagi k.
Herannya kamu masuk melalui apa?
Keluar pulak kut mana?
Puas Jpam cari...
Selamat tinggal.
Pergilah ...
Please go
Go!
(Terasa macam ada jer lagi..mata mencari cari..nak pejam pun x berani. Rosak terus mood saya hari ni....)

Sunday, February 3, 2019

Berisi kasih sayang.

Awak tau tak?
Dalam banyak2 perabut kat rumah saya tu..
Kabinet tinggi ni lah yg paling penting.
Sebahagian dari nyawa nih.
Betul, sikit tak tipu.
Tak kira lah perabut lain tu mahal ke..
Murah ke...
Perabut import ke, tempatan ke..
Baru ke, antik ke...
Semua tak setanding yg ini.
Kabinet ini sentiasa penuh.
Saya pastikan setiap brg kat dalam tu sentiasa diisi.
Bila surut jer, cepat2 gi beli..penuhkan.
Ada duit, tak ada duit kena penuhkan jugak.
Selalunya awal bulan saya mengisi segala keperluan.
Ya, perlu. Wajib isi.
Kalau perabut lain kaku tanpa nyawa,
kabinet ni merupakan kabinet yg menghubungkan nyawa
Kebajikan seseorang bergantung di sini
Keperluan asasi dia.
Sekarang awak tau tak kenapa saya kata kabinet ni lah yg paling penting?
Cer perhatikan isi nya....
Kapas, tissue, underpad,gloves,mask,irrigation water,suction tube
Susu khas,medication,swab, gause,dressing set...
Byk, x leh bilang cuma yg paling nyata kabinet ini
berisi kasih sayang dan perhatian.
Ni semua milik bidadari yg tertangguh saya tu...
Keperluan dia.
Khas buat dia.
Ja, semoga Tuhan murahkan rezeki kita dan setiap keperluan Ja tidak tergendala.
Sayang Ja sokmo sokmo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...