Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, October 28, 2015

TOLONGGGGGGGGGGGGGGGG

Tolongggggg
SOS
Help help
Chow meng aaa.....
Saya lupa password utk buka blog saya ni.
What should I do?
Nasib baik yg ni memang tak pernah tutup.
Kalau tertutup?
Nak bukak blog di tab lain memang x leh.
Try segala benda password dah.
Please help me..
Kalau trtutup yg kat tab ni, berkubur la blog saya, hati saya.
Tolonggggggg.......
Anybody boleh tolong tak ni....
Nak meraung rasa nya nih....

Wednesday, October 21, 2015

otak tak betul malam ni

Semoga ini lah ulangtahun kelahiran saya yg terakhir
Jika begitu yg terbaik buat ku
Redha
Hidup ini teramat payah
Makin payah
Mati pun bukan mudah tapi sungguh saya dah tak larat.
Tuhan hanya Kau yg tau apa yg terbaik buat ku.
Happy birthday?
No thank you.

Saturday, October 10, 2015

Sudah sudah la ...

Saya pilih untuk berputus asa kerana berputus asa itu jauh lebih mudah dari terus berharap...
Bila saya mengharap, saya jadi frustrated.
Sokongan palsu dari orang lain buat saya rasa lagi lah tertipu.
Mana tau kalau macam ni, macam tu, macam macam
Kes tak tau lah maka tak yah perbodohkan diri sendiri dgn 'mayb'
Lebih baik menerima keadaan seadanya.
Sokong saya tak?

Friday, October 9, 2015

Awak letak tajuk boleh?

Walau pun mustahil
Saya nak dia kembali seperti biasa
Saya rindu dia
Rindu juta juta.
Payah nya bila dia ada tapi bukan bersama saya.
Tak akan bersama saya lagi.
Sekadar ada.
Jangan cuba untuk gula gulakan saya dgn harapan palsu,
Diam! Tak perlu semua tu.
Dah tak nak mimpi, muak!
Ajar lah saya untuk pandang ke depan.
Rupanya
Lebih mudah untuk berpura pura saya tak apa apa.
Lebih senang menangis di dalam tapi di luar
Sentiasa senyum ketawa.

Sunday, October 4, 2015

Orang kata..

Orang kata...
Kalau niat saja, belum praktikkan,
Tak dicatat dosa lagi...
Kalau mimpi saja, bukan di alam nyata..
Tak kira dah berdosa
Kalau angan angan saja, bukan betul betul pun,
Tak apa, tak berdosa...
Selagi tak buat apa yg hati nak buat,
Tak apa.
Tak mengubah apa apa...
Jadi untuk elakkan menambah dosa,
Menyakiti org lain, memuaskan hati sendiri...
Saya pilih untuk biarkan niat terpahat dlm diri
Biar mimpi itu terus menemani malam saya
Dan angan angan itu kekal didalam minda.
Cukup cukup lah dosa2 yang dah sedia ada.

Friday, October 2, 2015

Tak ada modal

Bila tidak ada idea nak buat N3 baru ni la jadinya.
Foto dgn baju baru jadi mangsa.
Wahai orang2 kampung...
Jubah baru pemberian adik.
Macam ukur, macam tau2 saiz kakak dia.
Kakak dia pun bukan main lagi posing,
Perasan model sekejap.
Model lebih timbangan.

Wednesday, September 30, 2015

Ngadu pada blog

Kata orang kes penuaan.
Betul la tu.
Sakit belakang.
Lower back pain,
Sengal
Mcm kena karen
Aduh!
Dah 3 hari macam ni
Telan pain killer pun x baik jugak
Tergendala segala kerja
Tangan asyik gosok tempat sakit.
Nak berurut tapi takut,
Nak demah payah
Sebelah kaki rasa ngilu.
Apa nak buat, tunggu baik gitu aje.
Tahan sakit, mengaduh sorang2.
Kerja2 wajib kena buat juga
Kerja sunat kiv
Kerja orang dulukan
Kerja sendiri bekukan.
Sakit ni...
Sakit amat.

Monday, September 28, 2015

Teruskan lah..lukakan lah, hancurkan lah...

Berderai...
Seperti kaca yg terhempas ke batu,.
Hancur.
Hati amat terasa, minda lumpuh..
Begitulah hebatnya kuasa kata2 yg keluar dari bibir dan lidah yg tak bertulang.
Sengaja atau tidak, bila hati sudah dilukai,
Tidah ada ruang untuk menarik nya kembali.
Kalau yg terasa itu seorang sahabat, sudah tercalar persahabatan.
Kalau yg terasa itu jiran, punah lah kemesraan.
Kalau yg terasa itu saudara, kecil hati sampai ke bila2
Kalau yg terasa itu isteri, dlm diam mula menjauh hati
Kalau yg terasa itu ibu, bergegar tiang arashy, terbuka pintu neraka..
Kalau yang terasa itu aku, mungkin segalanya nampak tenang, habuk pun tidak beterbangan, sehelai daun pun tidak gugur, senyum masih di bibir...
Tapi didalam diri...
Dendam seperti api dalam sekam.

Wednesday, September 16, 2015

Tak reti reti

Menyampah.
Saya menyampah sungguh dgn species yg suka cari peluang iklan free.
Ada jer menyelit, promote itu ini kat ruangan komen.
Saya anggap semua tu sampah.
Saya tak perlukan sampah, sila main jauh2
Agaknya memang tak der kerja lain, asyik duk tropong blog orang untuk kepentingan sendiri.
Eh, bayar billboard kat tepi highway laa wei..
Iklan lah secukup rasa.
Yang duk iklan kat blog saya ni awak ingat ada orang baca?
Ada tak orang suka2 baca komen untuk check iklan ?
Kita tuan tanah ni pun tak baca usahkan orang lain.
Harapkan saya publish? No way!
Frankly speaking, kalau sekadar nak promote itu ini,
Tak yah drop by... Menyemak!
Zalim ke saya ni?
Tau tak per.

Monday, September 14, 2015

Ni diaaaa

Projek trbaru saya
Rose garden.
Tak tau la menjadi ke tidak.
Tak ada ilmu, cuba2 saja.
Harap2 kekal berbunga
Kembang mewangi.
Tuan dia layu takper.
Tuan dia dah ibarat bunga yg tunggu gugur ke bumi.
Dah tak wangi, dah tak harum dah.
Tak apa, layu pun layu lah,
Janji baki usia masih ada.
Esuk panjang umur nak tanam sepohon dua lagi.
Wait n see.....
Mood : Happy.

Tuesday, September 1, 2015

jeng jeng jeng

Saya acap abaikan blog akhir2 ni.
Buzy dgn projek terkini.
Projek apa jgn tanya.
Ada lah, rahsia.
Nanti berjaya saya kongsi cerita.
Kalau x berjaya pun saya akan kongsi juga.
Sementara tu....shyyyyyy!!!!

Tuesday, August 25, 2015

Macam2 la

Hahahahaaa....
Lawak pulak la..
Anak saya cakap ...
Hebat lah mummy, tak sangka famous jugak blog mummy ni.
Aik, naper cakap macam tu...?
 Gini cerita nya.
Anak saya sedang mengajar dalam kelas komputer.
( Kelas bagi kakitangan pejabat kerajaan negeri)
Waktu rehat dia terpandang sorang pelajar sedang baca blog saya.
Hmm... sekarang baru kamu tau yer mummy ada follower.
All this while you all anggap blog mummy blog berkulat.
Hahahahahaaaa...
Tapi kan,
Mummy rasa laa,
Maybe orang tu perasan kot yg duk mengajar dia cara2 guna power point tu ada kaitan dgn. Blogger 'Aku kah itu...'
Mayb dah spread news yg your mother is a blogger
Mayb they saw you somewhere in my blog
Now Mummy is not so sure...
Are they reading my blog or are they looking for more information about you?
Bertambah follower ke bertambah menantu mummy nih?


Friday, August 14, 2015

mainan tidor

Tersedar.
Tgok jam baru kul 3 pagi.
Terhenti mimpi.
Astaqfirullahilazim.
Mimpi itu masih segar, macam bukan mimpi.
Semenjak Ja terlantar begini, tidak pernah ada mimpi semanis ini.
Tadi dalam mimpi,
Saya pakai baju kurung bunga jambu
Baju baru.
Ada seseorang yg sedang saya tunggu.
Di kaki saya ada rantai kaki yg cantik.
( dari kecik saya pakai rantai kaki dan rantai kaki itu tercicir di hospital sewaktu Ja sakit)
Berkilau warna emas seperti baru
Saya belek rantai di kaki, memang ni rantai yg hilang dulu
Rantai kaki milik saya kembali terlilit di kaki saya semula.
Hati berbunga bunga.
Orang yang saya tunggu dah tiba
Tak pernah kenal pun orang ni di alam nyata
Tapi kehadiran dia buat saya rasa gembira.
Wajah ahli keluarga saya semua bercahaya.
Bahagia.
Saya tersedar sebelum bermula jalan cerita.
Frust sangat2 sebab bahagia itu sementara.
Saya ke dapur untuk basahkan tekak.
Pranggggg...!
Pecah kaca yg jatuh dari tangan.
Luka jari kaki terhiris serpihan.
Berdebar...
Saya usir segala kepercayaan karut yg menakluk minda
Ya Allah.....
Jauhi keluarga saya dari bencana.
Saya tidak percaya pada mimpi
Tapi
Malam tadi mimpi itu seperti ada maksud disebaliknya.
Apakah ? Hanya Tuhan yg tau segalanya.

Monday, August 10, 2015

Tanam segala stress...

Sedapnya berkebun.
Keluar peluh.
Lenjun.
Stress yg berdaki di hati mengalir keluar bersama keringat.
Hati jadi tenteram.
Minda bebas resah.
Alih pasu yg sini ke sana
Yang sana ke sini.
Cabut pokok tu, tanam pokok ni..
Potong mana yg perlu di potong
Cantas mana yg meliar.
Masa bekerja otak tidak merapu.
Tumpuan hanya nak tgok taman cantik.
Cantik di mata kita lah.
Orang lain kata tak cantik pun tak apa,
Saya peduli apa.
Janji saya puas.
Bila urusan beres hati tenang.
Hirup kopi 0 ais sambil duduk perhati taman sekangkang anak kera saya ni.
Jap lagi mandi dan rehat..
Dan menikmati sakit nya tulang besi urat dawai saya ni
Masa semangat berkebun lupa diri.
Kan dah kena cari minyak panas dan koyok.
Taman punya pasal, saya rela.

Saturday, August 8, 2015

zip mulut

Diam.
Bisu.
Bukan nya tak ada apa2 untuk di katakan, tapi bila tidak ada pendengar saya pilih untuk diam.
Bila bercakap kita perlukan tindak balas Si pendengar.
Kalau macam cakap dengan batu, dgn batang kayu, baik diam.
Diam itu tanda kita rasa kata kata kita tidak bermakna
Kadang kadang diam itu lebih kuat bunyinya dari bising.
Bila diam baru kita dapat perhatian.
Bila diam baru orang tau menilai bicara
Dari suara saya menjadi nyamuk yg membingitkan telinga, saya pilih untuk berhenti bercakap.
Sampai bila?
Sampai suara saya ada harga
Sampai hati saya sembuh luka
Atau pun
Sampai saya dah tak larat bendung ribuan kata2
Diam.
Senjata perang yg bahaya.
Kerana dalam diam hati berkira kira untuk derhaka.

Thursday, August 6, 2015

benda kecik yg sentiasa terlepas pandang.

Bila singgah kat warung 'Nasi Belauk' di awal pagi, dalam kepala bilang jumlah perut yg perlu di isi di rumah.
Cik, nasi belauk 5 bungkus.
1 lauk ayam gulai, kuah asing,
1 lauk ayam gulai nak bahagian kepak
1 lauk ayam gulai, tak nak sambal
1 lauk ayam goreng, kuah ikan gulai
1 lauk ikan gulai, bahagian kepala
Hafal.
Memang tau siapa suka yg macam mana
Cuba turut selera anak negeri.
Agak nya la...
Selera saya ada tak yg tau?
Ada tak yang cuba menyelami isi hati saya?
Ada ke yang peka?
Rasa2 hanya saya yang tau.
Kerana diri saya hanya saya yang ambik peduli.
Nak manja2 harapkan orang lain bersusah payah untuk saya memang bukan rezeki saya.
Lagi pun siapa lah saya ni...
Ok, nasi belauk dah siap di bungkus untuk dibawa pulang.
Bungkus lah rasa hati saya ni juga.
Bukan untuk di bawa pulang, sekadar utk dilemparkan di sepanjang jalan.

Wednesday, August 5, 2015

Terpaksa lupakan niat....

Hari ni bertambah sorang lagi ahli keluarga.
Kelahiran cucu perempuan pertama yg dinanti nanti.
Alhamdullilah, syukur sangat2
Tapi sedih sangat2
Sedih sebab saya tak dapat berada di sana.
Tak dapat pegang cucu baru
Tak dapat hidu wangi bayi baru lahir
Tak dapat sentuh pipi lembut itu
Sedih tak dapat bantu anak menantu
Tak dapat bagi moral support
Sekadar
Saya mendoakan dari jauh
Mengharapkan Tuhan permudahkan urusan mereka
Semoga tidak ada apa2 yang membimbangkan
Semoga baik baik belaka.
Di daerah ini kaki tangan saya terantai dgn seribu tanggung jawap.
Segala urusan harian di atas batu jemala patek.
Nak hela nafas pun rasa tak sempat, ini kan nak terbang seharian.
Nak sangat sangat....
Kalau boleh nak.
Tapi tau tak boleh.
Redha saja laaa...

Thursday, July 30, 2015

huhuhuhuuuu

Pernah kah awak rasa dah penat sgt2...
Tak larat nak hela nafas dah.
Tak mau teruskan langkah,
Nak berhenti di sini saja.
Tamat jam ni jugak.
Pernah kah awak rasa putus asa
Rasa begitu sunyi, begitu sepi
Rasa tak diambil peduli
Rasa menumpang di tapak kaki
Rasa tidak disayangi,
Rasa nak meraung pecah dada.
Bila kehidupan hilang makna
Mimpi lebih indah dari realiti
Bila setan menguasai hati..
Iblis menjajah minda waras
Hanya iman yg mampu mengubat rajuk.
Hanya keimanan saja penyelamat diri.
Astaqfirullah.

Tuesday, July 28, 2015

Tidak apa


Kata2 lebih tajam dari pedang.
Luka ini makin menanah dari dalam

Monday, July 27, 2015

Duit lagiii

Tengah memandu, kereta tiba2 buat hal.
Stering jam dan enjin mati.
Tengah2 roundabout.
Panic.
Nasib baik tak di rempuh.
Nasib baik sempat ke tepi dan berhenti di satu sudut selamat.
Pas tu what to do?
Buta kayu pasal kereta.
Call minta bantuan.
Tu jer yang pandai buat.
Panas, berpeluh kecik, berpeluh besar.
Hati lagi panas.
Benci tol.
Kereta adalah anggota badan.
Seperti kaki dan tangan.
Bila tak ada kereta, segala kerja tergendala
Susah.
Wahai kereta, nasib baik aku duit tak banyak
Kalau duit berkepuk, aku campak kau dlm sungai,
Beli yg baru...
Tak kira la byk mana pun budi mu,
Aku nyampah dgn peel mu.
Tu baru kereta, orang pun kalau aku dah nyampah,
Aku campak juga...
Tapi ikut sejarah lah, tak pernah campak orang lagi...
Di campak orang tu pernah...
Sentiasa begitu,layak nya hanya di telapak kaki...
Ish, lari tajuk nih...
Ok, kembali bab kereta.
Nothing to say anymore.
Sedia duit la...
Huhuhuhhhuuu.....
Mr Pomen, hutang boleh?


Sunday, July 26, 2015

Dah habis beraya?

Lepas raya yang ketara...
Lemak banyak terkumpul tang sini, tang sini, tang sini...
Duit tak banyak berbaki..
Berbaki tu kira ok la,
Ada juga yang beraya sakan, lepas raya baru tau susah nya nak tunggu hari gaji seterusnya...
Tu la, beraya tak ingat yang lepas raya nak hidup lagi.
Bagi yang dah mula berpuasa enam tu Alhamdullilah, eluk la tu.
Saya ada enam hari saja lagi.......

Tuesday, July 21, 2015

Teman dari bangku sekolah

Teman sejati hadiahkan gelak tawa di waktu duka bersarang di hati.
Terima kasih.
Atas segala moral support.
Segala doa
Setiap titik tangisan yg tumpah bersama
Amat beharga.
Hari ni kau ajar ku tertawa
Kau ajar ku melupakan stress buat seketika.
Biar sekejap cuma
Aku menghargai nya.

Sunday, July 19, 2015

Dah habis ke raya?

Aidilfitri ke3
Macam biasa, macam tahun2 sudah.
Barangan tanpa tuan bersepah.
Dari hari pertama harta karun ditemui di segenap penjuru.
Hset
Cermin mata
Kerongsang
Towel
Stokin
Kasut baby
Sampul duit berisi
Sampul duit kosong x kira lah.
Siapa punya?
Siapa lagi kalau bukan milik suku sakat, kaum kerabat yg berkunjung.
Asyik beraya, berebut toilet utk wuduk,
Bilik solat yg sempit,
Salin baju anak
Mandikan anak
Tidurkan anak
Last last bercupak harta karun yg perlu saya lelong.
Nasib baik yg tinggal anak dah datang ambik.
Tinggaal secara sengaja tu, biasa la
Mak bapak ada 10 rumah lagi nak beraya, anak dah buat perangai,
Maka tinggal saja dgn aunty yer..
Jap jer, jap jer tu maksud malam nanti la baru dtg collect.
Takper...Mood raya kumpul ramai2 setahun sekali
Hati mau baik

Thursday, July 16, 2015

Gendang silat dah berbunyi...

Tak cukup 2 tangan hari ni..
Dalam tak beraya sakan pun,
Ada benda perlu dibuat juga.
Masak wajib masak.
Juadah raya wajib ada untuk anak negeri.
Semua masak sendiri.
Tak pernah tempah.
Sedap tak sedap dah 33 tahun duk bersilat di dapur.
Ketupat, rendang, sate, kuah kacang,
Nasi dagang.
Resipi di hujung jari.
Tu menu utk makan pagi bila keluarga berkumpul.
Untuk tengahari sup , goreng gorengan, sambal tumis dan sebagainya.
Semua kena ready terhidang.
Tak kira dessert lagi...Hmmm.
Rasa2 kalau ada 6 tangan pun tak cukup.
Tapi Alhamdullilah Tuhan beri saya kesihatan yg baik.
Saya boleh masak dari pagi sampai ke esuk pagi.
Dasyat kan?
Tak tido?
Tak.
Tak ngantuk?
Ngantuk jugak tapi puas.
Tengok baka keturunan, suku sakat, anak beranak saya makan, saya seronok.
Berbaloi, tak pernah tak habis.
Ni jam 6 setengah pagi.
Dah nak mula bersilat di dapur lh ni.
Hari ni saya ada 6 tangan.
4 lagi dah tido balik selepas subuh.
Weiiii....Bangunnn!!
Meh bantu mummy kat dapur.

Dia beraya d sana, saya d sini.

Apa yg membuatkan raya best?
Makanan nya kah?
Berjaya menjalani ibadah puasa sebulan Ramadhan kah?
Jumpa sanak saudara kah?
Berkumpul ramai ramai kah?
Main bunga api kah?
Dapat duit raya kah?
 Balik kampung kah?

Raya tahun ni tak best, tak lengkap rasanya.
Anak menantu dan cucu tak pulang beraya.
Huhuhuhuuuuu.....!
Saya tak benarkn dia pulang sbb dia dah sarat .
Buatnya tersakit perut nak beranak dalam jem, camna?.
Takperlah demi keselamatan mereka, saya akur.
Semoga mereka baik2 saja di hari lebaran nanti.
Hati ibu mana yang tidak rindu?
Tapi saya tak boleh pentingkan diri sendiri,
Kena sabar
 x lama lagi, mungkin esuk, mungkin lusa..
Ahli keluarga baru bakal menjelma...
Raya kurang best tak per.
Demi bakal cucu.
On the way, coming soon insyaAllah.

Monday, July 13, 2015

Tahun ke3 Ja tak beraya.

Hari baik bulan baik.
Simpan duka.
Senyum.
Pamirkan yang baik baik sahaja.
Cuba.
Pejam mata
Jangan tengok senarai bahagia orang lain.
Pekakkan telinga
Jangan dengar cerita cinta berbunga bunga.
Jangan
Meski pun di kiri kanan orang memungut tuah dan berkat
biarkan...
Teruskan mengheret langkah
Bertapak di bumi nyata
Tak perlu bermimpi kerana mimpi sudah tamat.
Esuk raya bakal menjelma.
Damai lah duhai hati biarpun
hanya seketika.
Beraya setahun sekali, kesian anak2 kalau semangat beraya mereka
saya musnahkan dengan linangan air mata.
Senyum.
Saya cuba sembunyikan rasa.
Ja....
Kita dah nak raya...

Sunday, July 12, 2015

Kerisauan pre raya

Segala benda mahal.
Mahal pun ada keperluan raya yg kena beli jugak.
Wajib beli gitu.
Yang sunat2 memang dah tolak tepi, tak beli.
Mahal macam mana pun,
Tak kan la tak masak2 apa2 untuk jamu sedara yg berkunjung.
Tak kan la tak beli pakaian baru buat anak anak.
Tak kan la tak hulur sampul duit.
Tak kan tak ziarah sedara hanya kerana minyak kereta mahal.
Mau tak mau, berbelanja juga cuma berhemah
Tahun ni no bunga api k
(Anis kata kalau x ada bunga api mcm tak raya)
No pelita pelita
No lampu lip lap ketupat
No pre raya bbq
No no no....
Itu semua membazir.
Kita beraya seadanya.




Wednesday, July 8, 2015

Biarlah.

Minggu pertama puasa,
naik penimbang berat nya dot dot dot.
Minggu kedua dot dot dot campur 200 grm.
Berat air kot...
Minggu ke 3 Ramadhan 2015,
timbang lagi..tambah lagi 100grm.
Baru lepas berbuka , perut penuh kot.
Tadi timbang sebelum berbuka
Wahhh...meriah kenaikan berat badan nih.
Bagai di pam pam.
Saya berdiri depan cermin
tilik bahagian depan..dasyat,
pusing bahagian sisi...menakutkan
tilik belakang...komfirm gemuk!
Cukup, package yg lengkap.
Tua, hodoh dan gemuk.
Adakah saya risau?
Nehe...nehe, kata kajol.
Adakah saya nak diet?
Nak.
Bila?
Esuk esuk laaa...
Awak rasa saya perlu kuruskan badan saya ke tidak?
Tak yah?
TQ. Betul sangat tu.

Saturday, July 4, 2015

Kerang

Haah, apa?
Rm10 sekilo?
Biar betul.
Tahun lepas2 rm1.50 sekilo.
Tak melebihi rm3.00.
Tak pernah.
Nampak gayanya, terpaksa makan dgn kulitnya sekali ni,
sayang nak buang kulit.
Apa sebab mahal sangat ni?


Wednesday, July 1, 2015

poso2 ni bekeng weiii

Jangan cakap macam tu..
Tak baik tau..
Awak tak kenal saya oleh itu saya maafkan awak..
Tak kenal maka tak cinta kannn
Tak apa, tak payah cinta pun, cukup sekadar tidak benci..
Saya ni payah nak benci orang, tak pernah benci siapa2 pun
Marah ada lah.
Tak sama marah dengan benci.
Bab marah tu hari2 marah pun boleh
Gelegak darah...
Tapi setakat marah saja, tak upah orang bunuh pun.
Tak usik, tak jentik, tak apa2kan orang pun.
TAPI.........
Hari ni hot tahap gaban nih!
Ada ke patut awak cakap......
"eluk la berulang ke toilet, kurus sikit nanti"
Hamboiiii......
bukan nya nak belas simpati.
YaAllah, ya Tuhan ku...
Kena kat dia tau la macam mana sakitnya kena food poisoning.
Terima kasih doktor.



Tuesday, June 30, 2015

Hari ni nak masak apa?

Orang lain duk cerita pasal masaalah dunia
Saya ni tak de kerja lain.
Celik mata pikir hari ni nak masak apa untuk berbuka...
kena fikir dulu baru boleh pergi pasar, elak pembaziran
kadang2 plan lain, dah tgok barang dagangan kat pasar, lain pula jadi nya.
Apa nak buat, mata turut berlapar menggangu plan dari minda
Tapi syukur amat sangat,
Tahun ni saya tak jelajah pasar Ramadhan pun.
Semua masak sendiri.
Lauk mau pun kuih.
Mungkin sbb tahun ni saya dah duk rumah, tak kerja, maka ada masa utk masak.
Mungkin juga sbb saya payah nak keluar petang dan tak de siapa boleh keluar belikan.
Tapi saya lebih suka begini sebenarnya.
Lebih jimat memandangkan beg duit saya tak kembung mana ni
Lebih bersih dan terjamin tanpa bahan2 yg diragui
Lebih ikut citarasa dan selera keluarga
Lebih sedap?
Bab sedap ni diragui...

Saturday, June 27, 2015

Jadi hantu yg makan orang lah

Jika boleh diulang semula,
dari zaman bayi hingga ke usia ini..
Mau kah saya mengulangi nya?
Tak nakkkkkkkkkkkkkk.......!
Saya tak mau lalui semula segalanya.
Tobat serik.
Kalau lah kehidupan ini ada kelahiran semula
Saya nak jadi batu sungai.
Tak nak jadi anak yang menumpang kasih
Tak nak jadi pelajar yang belajar sekerat jalan
Tak nak jadi isteri yg byk kekurangan
Tak nak jadi ibu yang bernasib malang
Tak nak jadi perempuan yg remuk hati nya
Tak nak jadi insan yg tidak berguna
Tak nak lagi hidup bertemankan air mata.
Jadi batu sungai tak per.
Tak ada perasaan.
Jadi pelangi tak per
Di puja di puji..
Jadi matahari boleh gak
Berbakti walau kadang2 dibenci.
Jadi bulan di langit tinggi ?
Boleh aje asal jgn yang ada segumpal daging di panggil hati.
Jadi lah apa saja asal jgn jadi saya.


Wednesday, June 24, 2015

Nak putus urat dawai ku...

Malam tadi betis cramp.
Aduiii...sakit tak leh cerita,
Lepas tu kaki jadi lengguh,
Nak bergerak pun payah, sakit.
Bukan sekali cramp,
Sekejap cramp lagi.
Tolongggg.....!
Tak tau nak buat apa melainkan tunggu sakit itu hilang sendiri.
Sakit tu satu hal.
Sendirian tu lebih memeritkan.
Nak mintak tolong siapa?
Bukan orang lain boleh ambik sakit tu 10 % pun.
Sendiri tanggung lah.
Cuma nya
Kalau ada orang berdekatan sekurang kurang nya boleh tolong ambik minyak urut.
Atau pun boleh tolong membebel
" Kan saya dah cakap, jgn duk alih pasu bunga ke sana sini..."
Bukan kerana tu laaaa....
Faktor usia.
Kan?

Thursday, June 18, 2015

paip bocor boleh baiki, ni payah ni

Pagi ni
Basuh baju dan sidai
Menangis
Kosongkan sink yg penuh muatsn
Menangis
Sapu laman dan kutip bunga kemboja yg luruh
Menangis
Mandi
Menangis
Menangis jer kerja saya di pagi 1 Ramadhan ni.
Bukan nak menangis pun,
Mata bocor.
Tengok dia
Perhatikan dia,
Cepat2 pandang ke arah lain sebab mata mula bocor lagi
Buka blog.
Nak tulis ni untuk Ja...
Ja, dah 3 kali Ramadhan dah ni
Jaaa.........

Tuesday, June 16, 2015

Sayu sangat2

Ramadhan datang lagi.
Ramadhan ke3 kali nya kita begini.
Begini lah kamu
Masih terlantar begini
Masih diam sepi begini
Masih tidak bertanya apa yg mummy masak untuk berbuka
Masih tidak berbuka bersama keluarga di meja itu
Kamu masih begini...
3 kali Ramadhan kamu masih diam begini
Kamu tidak lagi singgah ke gerai dan beli ikan keli percik, konon nya sebab mummy suka.
Kamu tidak sibuk buka tin fruit cocktail untuk dicampur dgn susu.
Kamu juga tidak lagi kalut tidurkan anak supaya tidak ganggu kamu berbuka.
Kamu tidak lagi bising begini begitu
Kamu hanya diam anak ku
Aku kehilangan suara mu
Dan hati ku pun sudah semakin beku
Ramadhan bagi kita bagai hilang warna



Saturday, June 13, 2015

kalau boleh nak.

Alangkah bagus nya jadi orang yang dirindui.
Tak sakit dan tak derita
Tak rasa apa apa
Sedangkan orang yg merindui seperti mau pecah kepala.
Tukar tempat nak?

Friday, June 12, 2015

sakit nya tuh di sini

Mengemas barang dia
Masukkan dalam kotak
Seal
Nak dispose later on
Sementara tu letak di sudut paling jauh
Paling belakang
Paling corot.
Biar terlndung dari pandangan mata ini
Hilang dari mata dengan harapan lenyap dari hati.
Bukan baju dia
Bukan buku2 dia
Bukan barang peribadi dia
Tapi
Dalam kotak itu ada mimpi saya
Harapan saya
Kebahagiaan saya
Masa depan saya
Dan
Ada rindu saya yg cuba saya rantai di situ
Sayang sekali,
Walau saya cuba berpaling ke arah lain,
Kenangan lalu mengejar seperti bayang,
Lebih ganas dari bayang kerana di waktu kelam malam
Bayang tidak kelihatan
Tapi kenangan bersama dia hadir dlm pekat kegelapan.
Setelah lampu dimatikan,
Tabir malam dilabuhkan
Saya dihimpit bayangan masa silam
Perkara yg saya ingin lupakan itulah yg sentiasa saya ingat

Anak, walau pun aku masih ada kamu
Tapi
Rindu itu telah mula berkumpul dan membiak.
Apa lagi yang mampu aku lakukan?
Apa?

Monday, June 8, 2015

Saya sorang saja yang tau

Saya rasa laaa
Tidak ada sorang manusia pun yg betul2 kenal saya.
Betul betul tahu hati budi saya
Tak ada.
Tak ada yang tau apa yang saya suka
Dan yang saya tak suka
Apa yang menjadi kegemaran saya
Dan apa yg menjengkelkan saya.
Tak ada yg tau
Apa warna kegemaran saya
Apa makanan kesukaan saya
Apa yg menakutkan saya
Apa yang menggelikan saya
Sememangnya tak ada yg kenal saya sebegitu sekali kerana
Saya bukan lah siapa2 utuk dikenali
Bukan Queen of England
Bukan Siti Norhaliza
Bukan orang penting bagi siapa siapa pun
But what the heck,
Biaq pi.
Orang tak kenal lagi best.
Go on pretending Hani..
Pretend to be ok
Pretend to b fine
Yes, I am good at it.

Sunday, June 7, 2015

2 lagi

I have 2 more Saidatuls
Since the first Saidatul is taken ill,
I spend most of my time taking care of her.
What about these two?
These two Saidatuls understand
They know
Somerimes I feel guilty.
Neglecting them.
My dear Saidatuls,
How I wish I can be a better mum
How I wish.

Friday, June 5, 2015

Buang masa sia sia

Bukan senang nak keluar jalan2 ambik angin saja saja.
But yesterday I make an effort to.
Memandangkan cuti anak dah towards the end and lately we almost never have time for fun, maka kita orang keluar bersama
Ja duk rumah dengan private nurse yg terpaksa kerja overtime.
Sebelum asar kami dah siap gosok baju, excited for no reason.
Kiranya dalam hati ada taman la...
But.
Tapi
Jeng jeng jengggg....
Things didnt go as planned.
Buat penat jer plan bagai
Hampehh...!
Buat rugi masa dan tenaga.
Kesian anak anak.
We went to this beach, niat nak makan2 sambil tgok ombak
Nothing!
Gerai byk yg kosong
Yang ada tu makanan yg dijual limited.
Lalat banyak
Kebersihan out.
So tukar plan.
Kami ke restoren terapung yg sohor juga sikit masa dulu.
Kami order macam2..
10 minit...20 minit....30minit...
1 jam, thats it, 1 menu pun tak sampai2.
So we walked to the counter, cancel our orders
(Pelik gak, pekerja restoren tu tak mintak maaf pun, at least cakap dah nak siap ke....niaga stail mana ni?)
Went back home with long faces.
Lepas magrib makan nasi goreng n mee bandung bungkus
Just like always.
What a frustrating day.
What a frustrating way of life.
Rasa terbakar hati tapi tak tau nak salahkan siapa.
Agaknya once you r a loser, forever a loser!

Wednesday, June 3, 2015

Pilih

Ada duit, susah mikirkan duit.
Tak ada duit, laaaaagi la susah.
Atau lebih senang x ada duit?
Jangannnn, dunia sekarang duit lebih berkuasa dari budi.
Ada kawan, susah mikirkan nak jaga hati kawan.
Tak ada kawan, adakah lagi susah?
Atau lebih senang tak ada kawan?
Bergantung lah jenis kawan yg macam mana.
Ada anak, susah mikirkan nak jadikan anak seorg manusia.
Tak ada anak, nak anak.
Untuk apa perlu ada anak?
Supaya ada org yg panggil kita mak?
Supaya orang berhenti bertanya " ko bila nak beranak?"
Supaya ada yg mendoakan kita bila kita dah padam?
Atau adakah supaya masa sakit kita ada yg jaga?
Ada surat jaminan ke?
Belum tentu.....
Hidup ini susah.
Mati pun belum tentu senang
Jadinya....
Kita tidak tahu sama ada keputusan2 kita akan menyenangkan kita
Atau lebih menyusahkan.
Payah nya jadi orang.
Jadi monyet laaaaagi payah.
Ingat senang ke nak panjat kelapa?
Susah weiiii

Sunday, May 31, 2015

Sekali sekala

Happy jumpa teman lama
Hati sedikit terhibur
Makan makan
Gelak gelak
Ulang tayang sejarah
Imbau masa silam
Terima kasih teman

Sunday, May 24, 2015

pagi2 dah merapu.

Kalau dilayan fikiran ni, mcm2 tajuk hinggap tanpa sengaja.
Ini nak crita pasal sejarah hidup.
Marin bila cerita2 dgn kawan2 ama,
Saya perasan yang saya kehilangan masa muda begitu saja.
Saya kahwin awal, agaknya tu lah penyebab nya.
Sewaktu kawan2 masih boleh enjoy2 keluar in groups,
Saya waktu tu dah dokong anak.
Banyak yang saya terpaksa lepaskan bila pilih utk kawin.
Sangat banyak, sekarang baru tau.
Usia awal dua puluhan, baru dapat gaji, baru tau dunia ini luas
Kawan2 sibuk shopping, sibuk gathering..
Melancong dan sebagainya.
Saya terpinggir.
Siapalah nak ajak saya bila sedia tahu saya ada komitment.
Waktu tu saya x terkilan pun sebab saya sibuk dgn anak kecik dan sebagainya.
Tapi bila saya fikir kembali...
Saya hilang peluang bahagia itu.
Sekarang kawan2 semua dah kahwin, dah bahagia juga
Macam saya mereka dah ada anak, ada cucu juga
Saya jeles sebab mereka ada masa muda yang happening
Dan juga masa tua yang sangat bahagia
Kalau kehidupan ini satu pelaburan, mereka untung besar.
Dan saya?
Saya x pandai melabur.
Bad bussinesswoman!
Kesal?
Bukan kesal.
Life goes on n on until the last breath.
Tapi nak ingatkan yg masih muda dan solo,
Hargai masa muda, buat pilihan yg terbaik
Mencintai dan dicintai
Be happy.
Hidup hanya sekali.
Dah senja macam makcik ni...
Nothing can be done.
Redha saja.

Friday, May 22, 2015

Trying

I am tired
So tired.
Drained.
I wish I can recharge my energy
Freshen up
But there is no new day for me
The chores goes on n on
None stop.
Never ending.
So,
What to do,
The choice is not mine.
He decides.
Just hope that He will give me all the strength that I need.
Still hoping for a miracle.
Insaa Allah.

Tuesday, May 19, 2015

Ku panggil nama mu anak, berkali kali ...Ja......

2 tahun
24 bulan
104 minggu
730 hari
17, 520 jam
1, 051, 200 minit
63, 072, 000 saat
Selama itu lah kau membisu
Selama itu lah aku membilang rindu
Yakin bahawa Tuhan tahu yg terbaik buat dia, buat aku dan buat kita semua...

Monday, May 18, 2015

Salam takziah..Innalillah buat arwah.

Setiap kali mendengar berita kematian
Luruh jantung dari tangkai nya
Tambah2 bila kematian yg mengejut.
Terbayang ketabahan yang terpaksa
Luluh hati dan merana jiwa ahli keluarga
Kehilangan mengundang rindu, jika hari ini rindu mula bertamu,
esuk makin byk rindu singgah bercambah.
Sehingga tak terbendung lagi
Tapi apa daya kita.
Orang2 yang dekat di hati kita bukan nya kekal abadi
Pinjaman dari Dia untuk kita sayangi
Ajal memisahkan.
Mahu tidak mahu kena cuba untuk berlapang dada,
Menerima perpisahan dgn redha
Cuba nampak gagah

Malam tadi seorang kawan kehilangan anaknya dlm nahas jalanraya.
Tabahnya dia, tidak setitik airmata gugur di riba.
Tenang dia mandikan anak nya buat kali yg terakhir,
Persiapkan anakanda untuk pulang bertemu penciptanya.
Sabar dan gagahnya dia menerima percaturan dari Tuhan.
Aku yg mendengar berita dari pesanan ringkas terduduk
Dan mata masuk habuk.
Aku pasti di dalam hati dia, seperti juga aku...
dia menangis semaunya
Dia baru kehilangan cahaya mata sedangkan aku,
Setiap hari adalah keilangan yg tertangguh.
Sampai ketika nanti..
Boleh kah aku setabah dia?

Friday, May 15, 2015

Bekas saja...

Musim meraikan guru.
Tahun ni tahun pertama saya bukan lagi 'ticer'
Rindu juga.
Tak apa lah, belajar utk redha.
Terima hakikat saya sudah undur secara terhormat.
Semenjak saya letak jawatan guru ni nak tau apa kerja tetap saya sekarang?
Saya sekarang memegang jawatan perdana menteri di kerajaan saya
(Negara yg diperintahkan oleh raja...Ampun tuanku!)
Selain jadi perdana menteri saya juga...
Jururawat peribadi
Supir
Hang Kebun
Tukang masak
Tukang cuci
Waitress
Loyar, tu belum time jadi majistrik lagi tuh.
Kadang kadang saya kerja sambilan jadi
Wartawan
Tukang paip
Tukang cat
Pegawai IT
Ada kala jadi pegawai hasil dalam negeri
Cukai kena kutip kalau tidak siapa yg seksa?
Siapa lagi, Si penulis blog yang tak bergaji ni laaaa....

SELAMAT HARI GURU BUAT RAKAN GURU DI MANA JUA KAMU BERADA

Friday, May 1, 2015

Demi dia

Lama beku blog.
Tak pernah selama ni beku sebelum ni.
Bagi yg tau, sudah tidak bertanya apa apa.
Bagi yg tak tau, buat2 tau jer lah.
Tak per, beku sekejap saja.
Bila dah routine kembali seperti biasa,
Saya akan kembali bersiaran.
Ok, bye bye, ta ta , ti ti, tu tu...
I labiu.

Friday, April 24, 2015

S. M. Salim (Ibrahim Bachik / S M Salim)

Tak Seindah Wajah
( Lakunan Hidup... )

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

( 1 )
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Sunday, April 19, 2015

Ssumbakkk

Ayat2 yang tidak ada dalam kamus hidup saya hari ni.
Kelmarin mungkin pernah ada dan esuk mungkin ada semula.
Tak tau. Hanya Tuhan yg tau.

Hari ini lebih baik dari semalam
Selepas hujan ada pelangi
Susah dulu senang kemudian

Ayat di atas ni dah tak boleh pakai dah...
Kena ganti dgn ayat macam ni.

Semoga esuk tidak lebih buruk, syukur hari ni macam ni.
Selepas hujan buat apa ada pelangi, cantik sekejap jer, tipu aje tu..
Susah dahulu, senang ke tidak kemudian tu, hanya Tuhan yg menentukan nya

Entah hapa2 saja la ....

Wednesday, April 15, 2015

Serik

Setuju tak kalau saya kata....,
Orang yg busuk hati, jahat, penipu dan sekali tengok pun kita dah tau dia jahat, tak lah sejahat orang yang jahat tapi langsung tak nampak jahat, nampak baik jer, beriman, cakap pun lembut gigi dari lidah, pandai ambik hati, prihatin, ala2 makluk sempurna gitu.Orang jahat yg menyembunyikan kejahatan nya di sebalik raut wajah dan sikap yg terpuji ni lah yg paling jahat. Tak terzahir sikit pun kejahatan dia kecuali bagi yg pernah terkena, tertipu, terpedaya...
Setuju tak ni?
Pernah jumpa tak orang macam ni?
Saya pernah.

Thursday, April 9, 2015

Ombak masih tak tau...

Setelah selesai tugas menghantar suami dan anqk ke sekolah saya singgah di sini.
Di Pantai Cahaya Bulan.
Tak ada orang, sunyi sepi,
Yang kedengaran hanya bunyi ombak.
Bayu pagi mendamaikan
Saya perlu menangis hari ni.
Perlu lepaskan resah yg menyumbat kerongkong di sini.
Saya matikan enjin kereta, kaki melangkah ke batu2 besar sepanjang pantai.
Saya duduk mengadap laut.
Sebaik saja tgok ombak yg bergulung, tiris lah mata...
Menangis sungguh sungguh.
Teriak kuat kuat.
Bergetar segenap urat dan salur darah
Kebas rasa pipi ...
Menangis lagi dan lagi...


Ombak tidak tahu duka ku
Tidak perlu tahu
Cukuplah pasir diam dan hadam setiap raung tangis seorang aku,
Duhai laut yg luas...
Kiranya duka ini boleh terlucut semudah aku terjun kedasar mu,
Nescaya dah lama aku terjun.
Kiranya arus boleh menghayutkan setiap kecewa,
Dah lama aku kongsi kecewa dipelukan mu
Kau bawalah rasa hati ini duhai ombak...
Ambik lah
Bawa la
Kikis la


Mentari mula menjilat pipi
Saya harus beredar, kembali mengadap realiti
Perlahan lahan saya hidupkn enjin kereta
Selamat tinggal duka
Diam lh di sini..
Saya teruskan perjalanan
Dan
Resah yg saya bawa ke sini mengekori saya dari belakang.

Wednesday, April 8, 2015

Cuba mengucap...

Otak kalah pada hati.
Cakap pun dah jadi mcm orang bodoh
Fikiran bercelaru.
Ada ke patut...
Terlintas dalam batu jemala patek,
Termakan pujukan iblis.
Caya tak, saya boleh terfikir untuk berhenti berbuat baik?
Sungguh! Nak berhenti dah berbuat kebaikan..
Buat baik pun apa yang saya dapat?
Buat baik supaya dibalas baik,
Buat kebajikan supaya kebajikan kita terjaga
Buat hapa, x der pekdah nya...
Orang jahat pun hidup lebih berkat.
Orang tak baik pun tak merasa susah sebagaimana yg saya rasa...
Jahat benar kah saya selama ni sehingga dihukum begini?
Banyak benar kah dosa saya sehinggakan penuh bahu saya memikul ujian demi ujian.
Mati itu menakutkan
Tapi hidup pun menakutkan.
Mungkin awak da berkira kira nak bagi tazkirah kat saya.
Terima kasih jer laaaa...
Saya dah penuh telinga dan sendat otak.
Tq anyway.
Kalau rasa nak kutuk saya, wat per baca from the begining?
Sebenarnya saya nak kikis semua ni dari hati saya
Biar melekat di blog ini kerana minda saya perlu bebas dari anasir2 negatif begini...
Jgn risau, saya masih waras.
Waras ke?
Something is not right with my mind..



Monday, April 6, 2015

Terpandang ibu tua berkerusi roda dan ditolak oleh anaknya yg trsenyum manis...

Sepanjang hidup ini,
Sudah acap saya jaga orang sakit.
Keluarga terdekat.
Ayah saya 9 bulan terlantar di hospital.
Nafas terakhir dia di hospital juga.
Nenek saudara yg membesarkan saya pun lama duk hospital
Kami hanya bawa pulang jasad dia untuk di kebumikan.
Jaga anak2 sakit di hospital waktu mereka kecik
Jaga suami yg terlantar dan menjalani pembedahan jantung.
Sekarang pun masih urus suami yg uzur.
Urus anakanda yg sakit jugak.
Mak pun acap tak sihat.
Mak mertua ada kala uzur
Kakak sulung pun dah tak aktif mana, sakit lutut.
InsyaAllah,
Selagi saya sihat, saya boleh jaga mereka yg dekat di hati saya ni.
Tapi,
Bagaimana nanti bila saya yg sakit terlantar?
Siapa yg boleh urus saya?
Siapa yg akan bawa saya ke hospital?
Siapa akan tolak kerusi roda utk saya?
Siapa yg akan duduk di birai katil saya dan bacakan yassin untuk saya?
Siapa?
Saya tahu Tuhan dah ada perancangan nya yg tersembunyi
Yg terbaik
Tapi sekali sekala terlintas juga di fikiran saya,
Bagaimana saya nanti
Saya hanya berdoa agar tuhan matikan saya dgn mudah
Jangan sakit lama lama..
Jangan sampai menyusahkan siapa siapa
Jangan lh saya jadi beban orang lain.
Tak mau begitu.
Hari ni saya amat penat , cuba selesaikan masaalah orang lain,
Cuba untuk memudahkan segalanya.
Saya tidak ada bantuan kecuali bantuan dari Tuhan.
Tuhan beri kekuatan untuk saya.
Penat badan sikit sahaja kalau nak dibandingkan dgn penat minda.
Payah juga rupanya bila saya hanya ada diri sendiri utk memujuk hati.
Tak apa lah, dah ini bahagian saya.
Redha dlm terpaksa.

Saturday, April 4, 2015

Yang kaya, biasa2 jer...

'Somebody ' datang rumah saya.
Dia someone yg berjawatan tinggi
Berpangkat, bertittle...
Low profile sangat
Siap angkat pinggan ke sink selepas makan.
Berdiri di pintu dapur
Puji suburnya pokok kacang panjang saya.
Pakai selipar buruk saya
Turun tgok kawasan
Penuh mulut duk cerita
Rumah dia tak sempat dia urus sebagaimana saya urus rumah saya.
Pandai lah dia, sedapkan hati saya.
Sedangkan tandas rumah dia entah2 lebih luas dari dapur saya.
Orang gaji dua tiga urus kediaman setaraf istana.
Seperti padi yg tunduk bila berisi.
Beza sgt dgn yg sorang ni..
A nobody mcm saya jer
Tapi dia tin kosong yg merasakan dia penuh berisi biskut import
Mata memerhati setiap ruang setiap kali singgah.
You masih guna gadget ni, mine dah lama kasi orang.
Toilet you ada liquid soap tak, I tak suka sabun buku, kasar.
Ngada ngada tul lh minah ni.
Di UK, correle ni dah di jual di tepi jln sbb pattern lama.
I duk buat collection bla bla bla blaaaaa.....
Yer ke?
Yer ke?
Yer ke?
Tu aje saya boleh jawap
Menanah telinga.
Biarlah, saya tau dia byk kekurangan tapi cuba sembunyi di balik hebatnya mimpi
Bagi peluang utk dia lepaskan stress.
Tak sihat dia ni,
Tin kosong kebanyakan begini.
Cakap x kalah, meninggi diri
Macam la saya tak tau status ekonomi dia
Tak kaya berlagak kaya.


Thursday, April 2, 2015

Tuesday, March 31, 2015

pengumuman

Terima kasih kerana melawat blog baru saya.
Sebenarnya blog baru tu adalah jerit hati.
Seratus peratus jerit hati tanpa lembaga penapis
Kalau di sini nak tikam orang terang2 sah kena saman
Ramai yg kenal saya personaly di sini.
Payah nak serang terang terangan
Nak bedil ke nak tembak ke perlu berlapik.
Blog baru saya seratus peratus orang yg tak kenal saya dan saya x kenal mereka.
Tak perlu kenal maka tak perlu control ayu.
Maka kalau pun ada yg dah kesana, ke blog baru saya..
Paling2ada yg akan cakap.....
"Siapa la pemilik blog ni....
Tanpa nama
Tanpa wajah
Tanpa pengenalan diri
Sekadar luahan hati berkongsi cerita siapa saya yang sebenarnya
Cerita yang hanya boleh dikongsi dgn strangers.
Kenapa?
Well, strangers can say what they like
They can judge the writer as they wish
As for me,
I can write what ever I like
What ever I wish
The inner side of me reveals
Sejujur jujurnya.
Ok, thank you again.
Singgah lah tapi jangan pula buat novel dari situ
Buat drama tv pun jangan..
Bukan apa, saya takut yg cuba buat tu
Akan tanggung kerugian besar
Tak laku awakkkkk!
Entah2 kena saman dek orang2 tertentu.
Jangannnnnnn
I told you not tooo...
Hadoiii....baru lah puas rasanya ada blog baru yg bebas dari
CIA
SCOTLAND YARD
CSI
XFILE
MATA2 GELAP
NAZIR PERSEKUTUAN
SIRIM
FINAS
JPJ
DIA...DIA....DIA...

Tapi blog ni tetap hidup,
Insyaallah masih bernyawa selagi tuan nya di beri kelapangan oleh Tuhan.
Suka duk sini tau....
Terima kasih juga bagi yg setia bersama saya di sini
I LABIU

Sunday, March 29, 2015

Mula lah tu...

Ada kesal yg teramat tebal untuk di jilid
Maka ku biarkan kesal itu beterbangan
Tidak perlu dihitung
Kerana untung batu tenggelam
Untung sabut tak selalu timbul
Ada lawak yang terlalu lucu
Sehingga aku menangis
Kerana aku lah watak bodoh itu
Terkial kial mencari diri sendiri
Mengutip harga diri di telapak kaki
Ketawa sehingga berjuraian air mata.
Ada nafas yang terlalu payah
Hendak di sedut terasa lemas
Karam bernyawa
Adakah mati itu lebih baik
Atau
Perlu ku tampar muka sendiri setiap kali
terpacul soalan ini di hati tua?
Ada doa yg masih tiris dari jari
Sedaya upaya ku cuba kirimkan mimpi
Peram harapan biar tetas setiap impian
Tapi Dia sebenarnya lebih tahu
Apa yg terbaik buat ku.
Ada kesabaran masih bersisa
Mujurlah..
Kalau tidak entah dah jadi apa aku ini sebenarnya.

Wednesday, March 25, 2015

mencari lubang cacing

Pernah tak awak rasa macam ni....
Rasa rendah diri tahap nak masuk dlm lubang cacing?
Itu yang saya rasa bila sembang dgn kenalan pasal kehidupan.
Saya tak ada apa benda nak diceritakan.
Saya serba kurang.
Mereka cerita pasal baka keturunan hebat
Saya pula melayu celup.
Mereka cerita pasal harta berkepuk
Saya pula cukup makan pakai sahaja.
Mereka cerita pasal tahap pendidikan dn kerjaya
Saya pula hanya bekas cikgu sekolah atap
Mereka cerita kejayaan dan kehebatan anak2.
Anak2 saya pula biasa2 saja
Mereka membilang bahagia melimpah ruah
Saya menguis nguis sisa bahagia kalau pun masih berbaki
Mereka tenggelam dalam rahmat dan berkat kiriman dari Tuhan
Saya?
Dugaan demi dugaan melemaskan saya.
Yang paling membuatkan saya rasa seperti sampah
Bila mereka diselimuti kasih sayang dan ada tempat bermanja
Mereka dihargai dan diambil peduli
Sedangkan saya..
Susah senang tanggung sendiri
Seperti lilin yg hampir padam
Terlalu lama menerangi ruang
Diri sendiri terbakar
Menunggu saat lenyap cahaya
Dan dilupakan.


Saturday, March 21, 2015

Gud morning sunshine

Gud morning ebribodih...
N
May God bless all of you,
Life is short for old people like me
Make the best out of it,
In your life people come n go
Some left a mark in your heart when they were here
Some left a hole.
Some memories are better to be forgotten
Some lingers on your mind forever
God let those people crossed your path for a reason
Let them stay for a reason
And let them move over for a reason too
Trust in God.
No regrets,
Life is much better when you think positive,
Why am I telling you all this?
I am not telling you,
I am telling myself.
And that is a hard thing to do.
Well, dear heart......,
Please heal.
Please.

Friday, March 20, 2015

Asa yg putus..

Siang ke malam
Malam ke siang
Siang ke malam
Malam ke siang
Siang ke malam
Malam ke siang
Serupa
Mimpi pecah
Doa tiris di celah jari kah?

Thursday, March 19, 2015

Kaya

Ni foto orang kaya kaya
Tutup mulut tu jgn terlopong....
Tak payah terkejut k.
Kaya tak semestinya kaya harta saja.
Kaya byk jenis kaya...
Ni semua wanita di sini kaya usia
5 series.
Mak2..
Nenek2...
Kaya pengalaman hidup.
Yang belakang sekali tu kawan saya yg kaya cerita
Peramah dan terhibur bila dgr cerita nya.
Kaya senyum dan mesra melimpah.
Yang kiri sekali tu kaya kerabat
Keluarga besar dan keturunan istana
Pemurah dan kaya bantuan, suka sgt bantu kawan2.
Sebelah dia tu kaya kemahiran
Pandai masak dan pandai bisniz
Suka bergurau, kaya bahan lawak.
Sebelah dia, saya la...
Saya hanya kaya dugaan.
Macam2 dah saya lalui..
Kaya air mata.
Yang paling depan belah kiri.
Ni memang kaya harta..
Datin yg amat merendah diri
Tak sombong, kaya yg disenangi.
Sebelah dia tu kawan saya yg kaya budi bahasa
Dari dulu lagi semua cikgu puji,
Lemah lembut...lawa pulak tu
Akhir sekali kawan saya yang kaya kasih sayang
Seorang ibu dan nenek yg sangat ambil berat pasal keluarga
Pandai ambik hati kawan2 jugak
Kaya sokongan, sentiasa positive thinking.
Sebenarnya dalam ramai ramai ni..
Semuanya kaya keikhlasan
Kami berkawan dari dulu sampai sekarang.
Kami kaya sahabat.

Wednesday, March 18, 2015

Kemarau

Daun sudah merajuk
Awan kedekut
Kemboja tunjuk perasaan
Merah menyala
Gembira,
Mentari garang membakar
Bougenvilla ketawa
Meriah bunganya
Kaktus berjemur
Menyerap setiap haba
Kesian si keladi
Melecur  badan
Layu dan memohon simpati redup
Bahasa kemarau di laman adalah bahasa kontang
Dahi ku berkerut, mata silau dan kulit hangus hitam.
Baru pukul 11 pagi tapi aku tak boleh lama di sini
Bilakah akan turun nya hujan?
Menanti
Kemarau di hati terbakar dlm diam.

Tuesday, March 17, 2015

Kawan lama , selamanya

Time magrib pun buat N3..
Suka hati saya lah kannn.
Baru sekejap kawan lama dtg ziarah.
Happy happy happy.
Banyak cerita nak di kongsi
Kalau tak kerana masuk waktu magrib, sah masih sedap bercerita.
Takpe, insyaAllah kalau dia balik KB, dia singgah lagi.
Singgah lah lama lama
Macam dulu dulu..
Kita kongsi rahsia
Rahsia mu rahsia ku.
Seronok tengok dia ceria dan ramah.
Tak berubah walau dia dah berada digolongan orang atasan.
Suami dia dato, dia datin lah
Suami saya pun datuk, tapi saya hanya nenek.
Kadang2 org yg dah berpangkat dan berharta ni tak sombong pun.
Yang sombong dan ngada2 adalah orang yg serba salah
Pangkat tak ada tapi perasan bos
Harta bukan berkepuk tapi cakap sikit punya besar
Kawan,
Terima kasih kerana masih sudi memeluk ku, bergurau macam dulu2
Ketika aku ceritakan kisah hidup ku air mata mu mengalir.
Simpan lh simpati mu kerana aku tidak apa apa.
Nasib kita tak serupa.
Terima kasih sahabat.
Terima kasih sangat sangat.

uwekkk

N3 kedua khas buat orang yg sombong.
Saya ni sedang berasap otak dgn orang yg sombong sgt ni.
Itu pasal N3 berturut turut pasal ni.
Orang sombong ni sebenarnya rasa
Dia serba tahu
Dia hebat
Dia buat jahat pun tak siapa ambil tindakan
Dia buat baik sekadar utk kepentingan diri
Dia hulurkan bantuan sbb ada agenda tersembunyi
Dia hanya anggap kita kawan bila dia perlukan kita, hampeh!
Sombong laa awak nak sombong pun
Saya peduli hapa...
Bila dah tau isi hati orang seperti awak,
Saya dah tak rugi hilang kawan pun.
Tak payah ada kawan macam awak
Tak ikhlas.
Saya rasa macam terhegeh hegeh muka x malu
Tegur awak, sapa awak dan ingatkan awak tu boleh huat kawan
Rupanya tidak,
Awak buat derk, sombong yer...
Waktu awak perlukan saya, persahabatan saya..
Lembut gigi dari lidah...
Wehhh, nyampah sungguh!
Bukan sekali dua dia yg buat saya rasa berasap ni
Acap dah tapi saya sabar bila ingatkan persahabatan tu dah lama benar.
Kawan2 awak yg lain pun ada suarakan rasa terkilan dgn kesombongan awak ni.
Mereka pun mangsa sombong awak gak.
Sayangkn persahabatan, dulu dia tak macam ni.
Tapi,
Sabar pun ada had yg membezakan sabar dgn bodoh.
Macam la saya tak ada kawan lain..
Harga diri saya terasa macam dipijak2...
Ok...malas dah saya nak mengalah.
Go ahead jadi sombong semau nya.
Ingat...
Once saya tak kenal awak, sampai bila pun u r a stranger.
Be it.

Pinggan tak retak....

Saya perlu melupakan apa yg perlu dilupakan.
Saya tidak perlu menjadi bodoh
Sedia tahu
Manusia berubah.
Pandang ke depan,
Tidak mau menoleh ke belakang.
Jika sesuatu itu sudah menjadi kuman,
adalah menyakitkan untuk terus dibiarkan berada di dalam badan.
Maka
Padam lah yang perlu dipadamkan.
Awak siapa?
Kat mana?
Bila?
Tak kenal pun.
Silap orang kut.

Saya ni kalau orang boleh berlagak sombong dgn saya, saya boleh buat lebih dari itu..

Sunday, March 15, 2015

terima kasih atas ingatan.

Cuti sekolah
Anak2 bercuti
Mak bapak pun bercuti
Semua pun bercuti
Ada ke luar negara
Ada yg bercuti dlm negeri saja
Orang bercuti saya dapat buah tangan
Suka.
Duk rumah pun rezeki dtg menggolek.
Alhamdullilah.
Musim cuti musim kenduri
Balik kampung
Jalan sesak
Shopping mall padat
Orang tua senyum
Anak cucu usir sepi sementara pun tidak apa.
Cuti datang dan pergi
Musim meriah brganti musim sepi nanti.
Cuti bercuti percutian
Hanya untuk orang lain
Untuk saya, tidak ada cuti
24/7/12/360
Hari hari serupa.
Hadapi dengan redha
Bahagia cara saya.

Thursday, March 12, 2015

6/100

Geng bus sekolah.
Macam tu lah akrab nya kami dulu.
Sekelas.
Sekepala.
Facebook dan wassup menemukan kami semula.
Banyak cerita2 tertiggal nak di kupas semula.
Seronok.
6/100
Saya ingat lagi dan dia ingat lagi.
Itu lah markah ujian addmaths yg dia dapat.
Berasap kepala cikgu waktu tu.
Sekarang bila saya (seorang guru) fikir balik,
Bukan senang nak dapat markah begitu.
Kalau hanya betul satu soalan addmaths,
Paling kurang dapat la markah 2 digit.
6/100?
Markah kesihan kot.
Upah tulis nama di kertas jawapan ujian.
Upah hantar kertas jawapan merapu.
Itu 38 tahun dulu.
Sekarang yg dpt 6/100 dah jadi usahawan.
Pandai pulak tolak campur darab bahagi.
Saya yang markah jauh lebih baik dari dia ni,
Kekal macam ni
A nobody
Once a nobody forever a nobody.
Takper,
Janji kawan ingat saya.
6/100
Markah ujian sikit tapi markah bagi persahabatan kita
100%
110% campur GST.

Tuesday, March 10, 2015

GST

Kalau tanya mak saya
Apa itu GST....
Mak cakap tak tau.
Mak tak peduli GST ke hapa ke.
Yang penting anak2 yg duk jauh balik sekali sekala.
Cuba tanya saya
Apa itu GST...
Saya pun tak berapa faham
Tapi saya malas nak fikir
Hentam jer laaa

Sunday, March 8, 2015

Kebakaran

Dekat rumah.
Ramai jadi penonton tak bertiket.
Sesak jalan, banyak mata yang nak tengok.
Bomba besar bomba kecik
Bomba dari Malaysian Airports pun turun.
Abam polis tiup wisel sampai bengkak pipi
Tak sorang hiraukan pun.
Basir karen jer
Apasal semua sibuk nak tengok, nak tanya dan nak tau?
Busy body tul lah.
Ni, tengok kat sini.
Kebakaran si hati saya ni da berkurun
Tak sorang pun nak ambik tau
Usahkan nak tolong padamkan.
10 kereta bomba pun tak leh rawat ni..
Dah hangus sampai ke tangkai jantung
Dah rentung hati dan organ berdekatan.
Tak perlu lah seramai itu untuk sejukkan hati ini
Cukup lah ada yg sudi menjirus panas dgn sejuk nyaman perhatian.
Sebetulnya tidak ada yg lebih menyejukkan dari rasa di ambil peduli.
Aik? Dah kurang dah asap.
Orang yg ambil peduli masih ramai..
Bomba masih ada.
Polis masih tunjuk kuasa.
Aku di balconi melihat langit mengumpul asap.
Walau hati masih terbakar, asap nya tidak ada.
Bomba tak tau, polis tak dpt maklumat.
Yang hangus nya hanya aku.

Wednesday, March 4, 2015

Sambungan citer semalam

Yang di tunggu dah tiba.
Okalohlaaaa...kering garing dohhh...!
Lepas solat magrib En Hubby beritau parcel yg saya tunggu2 tu dah tiba.
Nasib baik En Hubby yg tandatangan terima,
Kalau saya yg jadi tukang terima,
Mau nya berbaldi baldi syarahan free yg saya hadiahkan buat budak penghantar tu.
Tengok keadaan kotak yg kemek pun dah tau kualiti perkhidmatan mereka.
Isi dalam tok sah cerita laaa...
Nazak dah pokok bunga saya tu.
Kesian, kuning daun nya dan yg gugur pun berlambak.
Dah berapa hari berteriak lemas minta cahaya dan air.
Cepat2 saya buka bungkisan, bagi first aid.
Pagi tadi saya dah tanam, bukan kebumikan, tanam semula
Harap2 masih ada rezeki saya.
InsyaAllah hidup subur nanti.
Lebih kesian lagi pada Si pengirim pokok.
Bila tau pokok yg dia hantar tak kunjung tiba,
Dia dgn rela, kirimkan sekali lagi pokok2 tu secara percuma.
Tuhan saja balas keikhlasan hati dia
Tuhan akan tambah suburkan taman dia
Murahkan rezeki dia...
TQ Nano nursery kerana selalu berurusan dgn kak hani.
Dan buat pos laju yg tak berapa laju tu, dengar sini....
Sila tukar nama perkhidmatan awak tu
Letak jer nama
POS KURA KURA.
Ada faham.?

Tuesday, March 3, 2015

Jaga !

Menunggu pos laju.
Tunggu
Tunggu
Berkulat
Bersawang
2 hari boleh sabar lagi
Hari ketiga mata melekat di pintu pagar
Telinga tangkap setiap bunyi hon.
Gila.
Memang penantian amat menyiksaan.
4 hari
5 hari.
Pos laju apa benda ni?
Laju mcm kura2 kah?
Laju mcm siput kah?
6 hari
7 hari
Pokok yg di pesan tak tiba juga
Dah kering dalam kotak kot.
Pasu dah siap di isi tanah sejuk di penjuru tangga.
Jaga kau pos laju....
Kalau dengar saja loceg pagar,
Tercegat saja kau dgn bungkusan yg dah basi tu,
Aku nak hulur pasu, nak suruh kau tanam pokok yg dah kering tu jam tu jugak
Kau tiup lah ayat apa pun, janji pokok tu tumbuh.
Tuip lagi dan lagi
Hembus kuat2
Doa panjang2
Rawat pokok ku itu sampai senja.
Duk kat pagar tuh,
1 hari ke 1 minggu ke ada aku kesah?
Zalim ke?




Sunday, March 1, 2015

kawan baru saya

Katak.
Walau tak makan orang tetap terganggu dengan kehadiran dia.
Betul la tak berbisa macam ular, tapi cukup menakutlan.
Dalam pasu ada katak
Dibawah daun hijau ada katak
Ditepi pokok paku ada
Dibawah paip dekat tempayan ada.
Sentiasa memerhatikan saya
Buat saya terkejut.
Hodoh
Tak suka
Kulit macam berkudis
Ada yg kurus kering, melompat cukup pakar.
Hinggap di sana sini
Ada yg gemuk basah
Kembung semacam
Hari2 berperang dgn mereka ni
Perang dingin.
Saya sorang buka langkah silat
Lengkap senjata mortien ridset bagai
Dia orang cool jer, diam trkebil kebil
Eh Encik Katak,
Kalau awak tu putera raja yang datang untuk selamatkan saya tak per,
Ada juga guna nya...
Kalau bukan putera raja, cukup lah awak boleh jadi tukang kebun.
Ringankan kerja saya.
Boleh?


Thursday, February 26, 2015

Awak tak kenal dia

Saya kenal.
Dia ni seorang yang suka ketawa.
Jovial and bubbly
Tapi awak tak tau
Dia sebenarnya menangis di dalam

Dia seorang yang sentiasa gagah
Menggalas liku2 kehidupan dI bahu
Sarat bagaimana pun tetap di pikul sendiri.
Tabah dan cekal
Tapi awak tak tau,
Sebenarnya dia sudah berkali kali rebah
Berterabur segenap mimpi
Dia lemah, teramat lemah.

Dia ramai kawan
Saudara mara di kiri kanan
Dia telinga yg mendengar setiap rintihan
Tempat mengadu masaalah,
Tapi awak tak tau
Dia sepi sendiri
Seperti lilin yang membakar diri
Menunggu sumbu habis dan bila
dia sudah tidak mampu menerangi orang lain,
Kegelapan akan menjadi pusara nya...
 
Awak tak kenal dia dan tak tahu apa sebenarnya yang dilaluinya
Saya tahu.
Maka jangan cepat menghukum dan menghina
Kalau awak berada di tempat nya,
Belum tentu awak boleh senyum setenang itu
Biarpun senyuman itu hanya senyuman pura pura.
Awak tak kenal dia, saya yakin begitu.

Monday, February 23, 2015

Tua bangka pun penakut!

Aduh mak sakit nya.
Rasa2 lah, sakit ini sakit yg paling seksa!
Ya betul, sakit gigi.
Sakit ni datang lagi.
Mungkin kalau panjang umur sakit ini akan datang 32 kali lagi.
Tak nak lah macam tu...Gerun.
Ada siapa2 tau penawar sakit gigi tak?
Jgn cakap gi dentist.
Itu saya pun tau.
Yang jadi masaalah nya ni, tak nak gi dentist.
Takooooooot,
Ada tak cara matikan sakit gigi tanpa bantuan dentist?
Ajar laaaaaa.....
Agaknya orang yg sudah tinggal gusi tu merasai sakit gigi berkali kali lah yer,
Pengsan la kalau nak hadapi 32 kali sakit lagi.
Saya heran laa..
Dunia perubatan dah maju tapi tak sorang pun boleh cipta penawar sakit gigi tanpa perlu cabut gigi.
Tanpa perlu kena cucuk di gusi.
Tang cucuk tu yg seriau sangat nih.
Masaalah ke2 saya ialah bila sakit gigi, takut nak makan.
Perut minta diisi..selera ada tapi takut nak mamah makanan.
Berlapar lah saya.
Huhuhuhuhuuu.....!
Kurus la kalau macam ni....

Sunday, February 22, 2015

Broken

Hopeless
N
Helpless.

Zero
Nothing
Gone
Vanished

Life sure sucks!
Not living,
Merely moving forward
Step by step.
What other choices do I have?
None.

Thursday, February 19, 2015

menari bila lantai tinggi rendah

Bukan mengidam,
Tua2 ni menakutkan kalau tiba2 mengidam.
Scary!
Tapi kadang2 ada bau yg ingatkan saya pada makanan yg pernah saya makan dulu.
Tiba2 teringat rasa nya, bentuk rupa nya dan bau nya.
Ada lah..
Sesuatu yg saya sgt suka makan di zaman kanak kanak.
Sekarang nak cari kat mana pun tak tau.
Harap2 sebelum mati, dapat rasa sekali lagi.
Small thing matters.

Bukan rindu
Tua2 ni mustahil kalau masih jiwang mcm remaja.
Not like that.
Tapi kadang2 teringat kemesraan gelak tawa kawan2 sewaktu kanak2
Tiba2 teringat lawak bodoh dan perangai ' saja cari penyakit' kawan2 lama
Sekarang ni masih ada kah usia mereka
Kalau lah boleh jumpa semula
Miss the good old days

Bukan dendam
Tua2 ni tak larat dah nak dera hati
Malas nak ambik pot.
Tapi kadang2 bila luka lama berdarah semula
Kalau pun sembuh parut tetap ada
Sampai bila2 hati tetap terasa
Tak lupa. Ingat sampai bila bila
Kalau lah boleh diubah sejarah diri
Alangkah seronok nya
Tapi apa nak buat,
Dia merencanakan segalanya.

Di kehidupan ini ada rasa yg datang menjenguk sekali sekala
Kadang kadang
Seperti menabur garam pada luka
Kadang kadang
Mengundang senyum tawa
Kadang kadang
Aku tak mampu menipu diri sendiri
Maka aku hanya mampu menari bila gendang rasa bergema..





Tuesday, February 17, 2015

Ada yg terasa pedas?

Terbaca di status facebook seorang yang saya kenal.
Sedap dan tepat kata kata ni..
"Kenapa saya diam diam mengikuti perkembangan orang yang pernah mempermainkan saya?
Yer, bukan kerana masih sayang, tidak sekali kali.
Tapi kerana amat benci. Meluat. Menyampah
Sekadar nak check sama ada dia dah mati ke belum.
Sepatutnya dia dah mati sebab dia pernah cakap tak boleh hidup tanpa saya.
Eh ya tak ya juga kannn....


Saturday, February 14, 2015

Berkebun

Sediakan tapak semaian
Semai benih
Harap2 tumbuh.
Ikutkan hati tak nak semai apa2 dah.
Sepanjang usia menyemai budi,
Tidak di pandang orang juga....
Menyemai harap agar bahagia subur,
Yang tumbuh hanya dugaan demi dugaan.
Derita sepanjang jalan.
Apa lagi yg boleh di semai?
Mimpi?
Kebun orang subur dan mekar
Harum dan ranum..
Kebun sendiri gersang, bunga layu kekuningan
Duri mencucuk kaki

Ishhhh...entah hapa2 jer laaaa
Berbalik pada tajuk...
Kebun bunga saya yg sekangkang anak kera tu, dah penuh sesak dgn pokok2 bunga.
Betul awakkk.
Happy sangat tengok penat lelah saya berhasil
Terapi minda.
Ini semai lagi pokok2 baru..
Nak letak mana lagi ni, entah, tak tau .
Nanti tumbuh saya fikir lh tempat sesuai.
Nanti, esuk bila dah berbunga semuanya, saya nak share foto kebun saya tu,
Nak soho....

Tuesday, February 10, 2015

Bila saya penat, saya letih dan saya rasa tak larat dah nak bernafas, apa saya buat?
Saya menangis.
Menangis pun tak boleh lama lama.
Kena kumpul kudrat, teruskan melangkah ke depan.
Bila saya terlalu tidak berdaya dan sabar menipis apa saya buat?
Saya menangis.
Menangis sambil mandi
Menangis sambil masak
Menangis sambil memandu
Menangis sebelum tidor
Menangis bila terbangun dari mimpi
Menangis sorang sorang.
Bila lega sikit saya mengadap Dia.
Hanya dia tempat saya mengadu selama ini.
Selama nya.

Thursday, February 5, 2015

Takut

Takut kehilangan dia.
Saya nak buat apa kalau dia tak ada?
Saya nak kongsi isi hati dgn siapa?
Nak share rahsia
Nak share gossip
Nak mengadu
Nak menangis dan nak ketawa dengan siapa?
Takut hilang dia
Tanpa dia, saya berdiri sendiri.
Tidak ada sokongan emosi.
Sudah bertahun di birai katil dia lah tempat saya tumpahkan rasa, biar pun dia diam dan memandang ke arah saya pun tidak,
Saya tau dia ada bersama
Mendengar dalam diam.
No, I will never ever be ready for the worst.
Never.
Takut.
Tak nak pikir lah,
Menakutkan.


Wednesday, February 4, 2015

Ku usung jua

Rindu
Sangat sangat rindu detik itu
Tak mungkin berulang.
Walau ada
Sudah bagai tiada
Rindu bersarang
Takut kehilangan
Walau sedia maklum
Tidak ada yang kekal melainkan
Tuhan.
Rindu pada mu
Sesaat tidak lupa.
Sedetik tidak berlalu tanpa resah rasa
Sentiasa menjeruk hati
Selamanya.

Thursday, January 29, 2015

Musim mendung

Kelmarin macam ni
Hari masih serupa
Esuk adakah sama?
Sudah teramat lelah
Membilang harap yg relai
Gugur hari hari, berderai...
Dalam genggaman ini, yg tinggal hanya debu,
Hanya sisa sisa minta yang tewas
Entah bagaiman untuk terus berpaut pada gagah
Bila lantai yang dipijak seakan reput jerlus
Melangkah dalam rebah amat payah
Tenggelam timbul
Lemas.
Tuhan,
Aku di sini.
Di sini
Di sini
Di sini
Masih bersimpuh didepan Mu
Pandang lah aku yg tak berdaya ini
Tengok lah
Lihat lah
Aku amat memerlukan belas ihsan dari Mu.

Monday, January 26, 2015

Terima Kasih

Suka warna nya
Suka bentuk nya
Suka
Suka bila ada yang beri hadiah
Tanda dia ingat kita
Tak kira lah hadiah apa pun.
Tetap suka.
Dia hadiahkan tudung unggu cair
Lilac
Warna kegemaran saya.
Tapi segan lah saya,
Asyik asyik dia yg hulur itu ini
Ada saja buah tangan
Hiasan rumah
Kain baju
Tudung
Tissue bercorak
Makanan tok sah cerita la
Saya tak tau nak bagi apa kat dia
Dia dah ada segala gala nya
Untuk membahagiakan dia memang payah
Sbb dia sememangnya dah mewah bahagia
Mewah segala gala nya
Tu pasal la saya takut nak belikan dia itu ini
Takut tak kena pada taste dia sbb saya tau dia memang bijak membeli
Saya hanya mampu kirimkan
Makanan yang dimasak sendiri
Roti
Lauk
Kueh
Tu aje....
Maaflah kakak, saya sepatutnya lebih berani mencuba.

Saturday, January 24, 2015

Nak jujur pun payah...

Nak isi minyak kereta.
Depan rumah jer pam stesyen tu.
Hbag pun tak bawak.
Lesen, hset dan duit rm50 utk isi minyak saja,
Cam biasa lh bayar dan tuang.
Aik, dah exit rm50 minyak masih mencurah masuk?
Tunggu dn tengok.
Dah jumlah rm100 baru diam.
Tak pasal2 penuh tangki nih.
Saya ke kaunter semula.
"Dik, akak bayar rm50 jer tadi, ni dah masuk sampai rm100.
Akak x bawa duit lebih dik, sekejap akak pulang ambik duit k"
Nak call suruh anak tolong hantar pun malas nak 'perang' .
Budak2 ni kalau kita nak cepat, baik buat sendiri.
Lagi pun dekat jer, 10 minit paling lama
Tapi yang buat saya tersentak dan sedikit malu pada pelanggan lain yg sedang nak buat pembayaran ialah ayat budak cashier di stesyen pam tu.
Patut ke dia pandang saya semacam dan cakap
" Makcik, kalau nak hutang dulu, tinggalkan ic di sini"
Ya Rabbi.....Saya bukan nak berhutang.
Saya cuma kesiankan dia , mana tau dia yag kena top up bila tutup accout x balance nanti.
Saya pun x nak minyak haram yg menggerakkan kereta saya di jalanraya.
Saya repot ni sbb nak bayar bukan nak lari dari buat bayaran.
Kalau saya belah macam tu saja pun boleh.
Tapi saya tak di didik oleh makayah untuk jadi pencuri.
Hadoiiii....
Tak pasal2 dimalukan depan orang.
Kalau ikut hati saya yang berbaka samseng kampung dusun ni nak saja saya cakap.
Awak nak ke tidak belen duit rm50 nih? Tak nak tak payah.....
Tapi bila tarik nafas dan minda menguasai hati,
Saya mengalah jer....
Nasib baik dia hari ni.
Nasib tak baik saya nampak nya.

Thursday, January 22, 2015

Mentadbir negeri bukan mudah

Semenjak galas tugas bibik ni
Saya cukup pantang tengok rumah tak terurus
Bebel saja tak cukup,
Kena ugut lagi...
Wei anak negeri....
Siap la kalau saya dapat tangkap siapa
Yang tak basuh pinggan lepas makan
Siapa tak letak balik apa yang di ambil guna
Siapa yang sepahkan ruang dan tak kemas balik seperti sebelum nya
Siapa yang tak kemas tempat tidur
Siapa yang tak susun buku dan tinggal bersepah atas meja
Siapa yang sumbat segala leftovers dalam peti ais dan forget about it.
Siapa yang guna tandas seperti jakun
Siapa yang jari tu tau bukak suiz tapi x reti nak tutup.
Siapa yang tak reti2 ttup pintu kabinet dan tutup drawers
Siapa yang tak letak baju terpakai dlm mesin
Siapa yang berani buat semua ni?
Buat la kalau berani...
Ingat cerita basikal samseng yg digeruni orang kampung hilang hari tu?
Tau apa samseng itu buat?
Balik jalan laki lah....
Saya pun nampak gaya kalau dah anak negeri buat derk saja
Nak tak nak,
Sayaaaaaaa jugak lah yg kena buat!

Monday, January 19, 2015

Apa benda ni...

Qu putih....
Malu tengok orang promote diri sendiri
Kebodohan tahap gaban.
Apa, orang hitam tu tak cantik ke?
Entah kenapa saya cukup tak suka dengan iklan ni
Nampak macam perasan.
Nampak macam putih itu segala gala nya.
Meh sini nak cakap,
Adakah putih boleh menjamin kebahagiaan?
Putih pun kalau dah wajah tak cantik, tak cantik juga..
Kalau pun putih, IQ tahap tu juga, tak semestinya jadi lebih bijak
Kulit putih tapi budi bahasa dan perangai ke laut.
Putih pun mati
Hitam pun mati
Kan?
Kecik hati orang yg berkulit hitam.


Friday, January 16, 2015

Memahami


Saya dapat berita terkini suami seorang kawan baik di sahkan mengidap kanser.
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Kawan saya yang sorang lagi sedang berulang alik ke hospital jugak
Katanya cucu coma selepas terjatuh dari katil
Satu2 nya cucu dia
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Kawan saya yang ni pulak sakit nya datang lagi
Masaalah saraf yg serius, dah tak boleh berjalan
Dah la ibu tunggal.
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Cerita anak kawan saya yang berkawan dgn dadah dah tersebar luas
Selain dari malu dia juga hidup dalam ketakutan
Anak dah jadi ganas dan sanggup cederakan ibu bapa
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Kewangan menjadi masaalah utama bagi kawan yg sorang ni
Payahnya dia cuba untuk besarkan anak2 dalam kedaifan
Berhutang dan sentiasa mengharapkan simpati orang
Hidup berteman air mata
Kesian kawan saya, harap dia kuat dan tabah...
Dugaan hidup ni macam macam
Setiap orang ada dugaan nya yang tersendiri.
Saya ada dugaan demi dugaan demi dugaan demi dugaan
Juta juta dugaan.
Kesian saya, harap saya kuat dan tabah.
Huhuhuhuhuhuuuu......!



Tuesday, January 13, 2015

jgn pecah di mulut, di blog takper.

Tua itu pasti
Kecuali pendek umur.
Tua usia , tua fizikal dan tua mental biar selari
Hati pun kena ikut serta
Kalau usia 50an, fizikal dah tak berapa nak licin, halus mulus, mental pun dah acap lupa ituini, kira sah ahli kelab 5series.
Hati?
Jangan pulak hati tak puas2 merasa muda
Kita manusia bukan pasu
Pasu makin lama makin mahal, antik.
Sedar la sikit....sedar byk2 pun lagi baik.
Tapi payah sungguh nak sedarkan orang yg tak sedar diri dimamah usia ni.
Biarlah...Malas nak jaga tepi seluar dia..
Biarkan luncai terjun dgn labu nys, kundur nya, timun nya, betik nys...
Lapang sikit perahu tanpa luncai,
Go ahead.

N3 hari ni buat dia yg usia fizikal sebaya saya, tapi 20 tahun lebih muda usia mental nya.
Segan sungguh kalau keluar dgn dia.
Penampilan dia mcm budak remaja
Hadoiii,..camna nI, nak tegur ke tidak
Nak nasihatkan pun tak reti la saya
Maka
Tu pasal la saya zip mulut dan meletup di sini.

Monday, January 12, 2015

Selesai sudah

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yg menerima.
Saya hanya lah tangan yang menghubungkan tangan atas dan tangan bawah.
Sebagai wakil, saya serahkan bantuan bencana kepada yg berhak menerima nya.
Bukan kerja senang dan bukan juga kerja payah.
Kerja yang memberi kepuasan bila amanah dah dilaksanakan.
Puas.
Puas bila boleh mengurangkan beban orang lain
Puas bila dapat mengadakan yg tiada
Puas bila tangisan mereka bertukar senyuman
Penat memang penat
Tapi berbaloi.
Pahalalah buat si pemberi
Semoga tambah murah rezeki
Saya hanya mampu bantu tenaga
Masa saya terhad tapi saya cuba juga.
Alhamdullilah
Saya dah boleh menarik nafas lega
Dah beres tunaikan amanah dari orang2 yg dermawan
Fuhhh....Lega.
Hari ni saya hirup kopi 0 ais, belunjur depan TV.
Semoga yang memberi sedang minum kopi juga
Semoga yang menerima pun sedang hirup manis nya kopi
Kopi kita mungkin tak sama jenama
Sedap nya serupa.

Friday, January 9, 2015

kecewa

Tidak dinafikan
Ada ketika nya
Sabar menipis
Harapan terhakis
Kerana aku manusia biasa
Bukan malaikat
Aku juga bukan
Nabi yang bebas dosa
Tidak dinafikan
Ada ketikanya
Berputus asa
Kecewa
Kesal
Bernoktah mimpi
Tidak di nafikan
Aku
Ada ketikanya
Rasa seperti
Mau saja mati.
Hati rosak
Minda tersumbat.
Nok tiokkk wehhhh....!

Tuesday, January 6, 2015

Segalanya hanya sampah di mata mereka

Ini lah kelmarin yg di rampas oleh kuasa air
Timbunan kenangan ini bukan sampah
Bukan.
Ini lah kubur cerita kita.
Banyak ketawa dam air mata terpalut di situ
Sarat daki usia dihanyutkan ke tepi tepi jalan
Sejarah siapakah ini yang berakhir begini?
Kenangan siapakah yang terbiar begini?
Alangkah sayunya melihat titik peluh berwarna selut.
Hati bagai di cakar rasa tidak rela.
Meratap lah, menangis lah...
Terpaksa melucutkan segala cerita dari dada
Kenangan kita berkampung di pinggir jalan ini
Dan sampai hati mereka anggap ini sampah
Kita hanya mampu tengok  catatan hidup kita pergi begitu saja
Pandanglah buat kali yang terakhir  sebelum ia di makan lori2 perbandaran
Tataplah bekas2 kehidupan lalu sebelum bomba kikis segenap pusara rasa
Sampah kata kamu
Harta kata ku
Busuk bau selut kata kamu
Semerbak bau rindu kata ku
Jentolak sudah datang....
Ambil lah segala susah senang, suka duka yg hanyut terdampar ini.
Ambil semua..
Esuk, mau tidak mau kita ukir cerita baru
Kita cuba untuk lupakan longgokan riwayat semalam.
Azam baru
Tahun baru
Sampah pun baru.

Monday, January 5, 2015

Cakap mudah, siapa pun boleh cakap...

Satu ketika dulu
Awak pernah pandang ke dalam mata saya dan berkata
Sabar lah Hani
Semua nya ini ujian dari Allah
kerana Dia lah perancang yg terbaik
Jangan kelu kesah, redha saja.
Think positive.

Semalam sewaktu bersalaman
Itulah juga kata2 yg keluar dari mulut saya
Pandangan dia suram
Seakan masih binggung dengan musibah yg menimpa
Dia menangis dan memeluk saya erat
Sekali lagi saya berpesan
Kuatkan semangat k, be strong.
Tuhan pilih kamu sebab kamu kuat.
Sabar dan redha lah.

"Bukan senang nak sabar dan redha.." Kata awak.
Haaa kan?
Kan?
Now you know.
Sekurang kurangnya sekarang awak tau kenapa selama ni saya menangis setiap kali awak
guna ayat begitu.
Welcome to the club dear.
Mata yang memandang tidak akan tau berat nya bahu yg memikul.
Sabar dan redha lah yang membolehkan kita terus melangkah ke depan.
Kalau tak sabar dan tak redha, tak macam ni lah saya ni,
Entah2 dah tak berblog pun...
Who knows except Allah.



Saturday, January 3, 2015

Nasib mereka.

Bumbung menyembah bumi
Dinding berderai menjadi kepingan papan2 usang
Yang tinggal hanya tangga batu
Selut lumpur menyembunyikan retak lantai.
Itu rumah dia setelah bermandikan banjir
Hari ini masih begitu
Ruang dapur yg sempit kebetulan masih utuh,
telah menjadi
Ruang rehat
 menjadi bilik tidur
Menjadi ruang tamu
Menjadi ruang makan
Menjadi ruang berkumpul keluarga
Menjadi ruang menangis dan
Ruang cuba untuk redha
Tin biskut dan 2 kampit gula
Minyak masak dan sebiji periuk
Tikar dan pakaian berselerakkan
Bantuan bencana menjadi hiasan dalaman
Hanya ruang berselut yang layak bergelar rumah
Mungkin sementara mungkin sampai bila bila

Bila melihat kemusnahan kediaman mereka
Tiba tiba pondok kecil saya yang banyak kekurangan ini
 terasa seperti sebuah istana.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...