Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 31, 2020

God's plan is the best.

Some people are like clouds.
Life is brighter without them.
Social distancing is a blessing.
Feels so good when you dont have to
come face to face with toxic people that
you always want to avoid..
You dont have to run away from them anymore.
They wont be coming near you.
Peace of mind.
In time like this,
Just look at it this way..
These are not bad days
This is a blessing in disguised
Staying at home with love ones,
enjoying quality time with them.
They say that this lockdown is going to be prolong
maybe more than a month or two.
Never mind, doesnt bother me at all.
True, it might be a little difficult.
But I prefer to think positive.
Just make the best of it and always pray to God.
May God bless our days and lift our burdens from our shoulder
May tomorrow be much better than today.
God, in you we put our total trust.
Aaminn.

Monday, March 30, 2020

Terkurung itu pun ok..kami ok.

Dah lama sgt takleh keluar
Otak masuk air
Tak apalah, asal STAY AT HOME

Kalau ada plastik sampah biru tadi,
Sah kami buat baju mcm frontliners pakai tuh
Ambik feel.
Tabik la kat mereka tu.
Budi mereka kami sanjung.

Terima kasih Tuhan
Masih mampu senyum di waktu payah ini
Tadi pakai mask, senyum pun tak nampak.
Aik, ada jugak sorang lagi belum bukak sunglass

Sunday, March 29, 2020

Awak awak, saya saya.



Rumah saya
Rumah awak
Saya bersama ahli keluarga yg besar
Awak hanya berdua.
Tak serupa.
Rumah saya bising riuh dgn suara
Rumah awak tenang damai aman sentosa
Rumah saya bersepah sepah penat mengemas
Rumah awak cantik tersusun asyik menghias
Rumah saya masak apa pun licin, makan tak berhenti
Rumah awak makanan terhidang belum terusik masih bersaji.
Rumah saya penuh pakaian di jemuran, kerja mesin basuh tak berhenti
Rumah awak tersusun indah kain baju dalam almari
Di rumah saya celik mata marah2 saman menyaman.
Meter marah menyala merah dan berkelip kelip tanda amaran.
Di rumah awak mata bertentangan dgn penuh kemesraan.
Meter kasih sayang tak pernah 'empty' sentiasa 'full tank'
Kita memang tak serupa.
Kehidupan kita berbeza.
Saya tak reti nak hidup macam awak
Awak tak kan boleh hidup macam saya.
Sampai bila pun kita tak kan sama.
Di musim begini..musim covid19 ni
Bila terkurung lama kadang2
kita merasakan nasib orang lain lebih baik dari kita.
Mereka lebih bahagia dari kita.
Salah tu...
Saiz selipar kasut kita pun tak sama,
ini kan pula nikmat atau ujian dari Tuhan.
Kasut saya selesa di kaki saya.
Kasut awak muat di kaki awak,
Saya pakai kasut awak melecet kaki
Awak pakai kasut saya mcm serba tak kena.
Maka.....
Satu jer saya nak cakap sebenarnya..
Bahagia adalah subjektif.
Dtg dari pelbagai bentuk rupa dan cara.
Jadi....duk sorang, duk berdua atau duk ramai2
Letak tangan di dada dan ucaplah
Syukur Alhamdullilah.
Mujur ada rumah.


Saturday, March 28, 2020

Dah berbuih mulut...

Kamon laaa....
Please lar...
Jangan keluar kecuali perlu.
Awak boring? Saya pun.
Awak mati kutu asyik memerap saja kat rumah? Saya pun.
Tapi kan kita ni dah tua bukan anak remaja.
Tau baik buruk nya.
Tak keluar bukan kerana takot polis sergah.
Duk rumah bukan kerana PM suruh duk rumah.
Berkurung bukan kerana takut kena denda rm1000.
Bukan macam tu.
Demi mencegah dari dijangkiti kuman.
Itu saja sebab nya.
Ada faham?
Just to break the chain.
Kalau kita makbapak, kita larang la anak2 kita tu..
Tapi kalau kita mak bapak dah mengeletis nak keluar rumah,
tak heran la kalau anak2 duk main berkumpul tepi jalan pun.
Cakap eluk2 tak pakai dah, pendekatan saikologi tak jalan dah.
Kalau buat macam ni jadi tak?
- tutup hospital.
Kalau sakit sendiri tanggung.
Jgn nyusahkan org lain.
Nyusahkan keluarga sendiri yg degil sgt tu.
Padan muka.
Geram sungguh dengan orang yg bodoh tak leh nak di ajar nih.

Thursday, March 26, 2020

Sekali sekala perlu bersembunyi juga.


Di sebalik masker itu
Kita sembunyi emosi
Senyum yg terlindung
Rasa hati terkurung
Payah nya membeli hati
bila hanya bibir yg berbicara.
Tanpa pamer bahasa jiwa.
Komunikasi beku tidak berperisa.
Hanya mata penghubung rasa.
Mata yg berkata kata.
Kadang kadang mata bisu.
Tapi adakalanya,
Lirikan mata penuh makna masih bebas hinggap di jantung.
Jelingan tajam itu masih mampu menggegarkan dunia.
Sekali sekala mata menghukum hanya dengan
satu pandangan kosong.
Bahasa mata itu bebas di waktu separuh wajah terselindung.
Masker adalah tirai wajah yg berkurung.
Expresi bibir bertabirkan sekeping material.
Bukan hanya penapis habuk kuman dari luar.
Juga menapis penyakit hati
dari tembus ke udara
Masker ini mendamaikan.
Nikmat tersembunyi yang menghiburkan.
Aku boleh saja menjadi aku di mana saja.
Tak perlu hadiahkan senyum paksa.
Bermanis wajah atau mencuka sama sahaja.
Di belakang masker aku rakam bahasa hati
Dalam diam dan penuh priversi.



Pesanan penaja
Pakai face mask tu kalau keluar rumah.
Kalau x penting toksah keluar.
Duk diam2 di rumah!
Jaga jarak dari org lain..1 meter ok.


Tuesday, March 24, 2020

Imaad dan donut.

Cara2 nak buat donut versi Imaad.
1. Ulang ulang duk suruh nenek ajar buat donut.
2. Nenek mengalah. Meh Imaad kita masuk dapur.
3. Imaad ambik besin besar. Masukkan bahan2. Nenek selia dan pantau.
4. Proses menguli. Dua tangan sekali? Hentam la Imaad..Kamu jer yg akan makan nanti.
5. Ketepikan biar naik sekali ganda dulu.
Sementara tu sekajap intai sekejap intai tengok kot dah naik...alahai Imaad, tak sabar kamu ya.
6. Dah boleh buat bentuk. Ini yg ditunggu tunggu...Buat lah, entah jadi bentuk apa dah.Imaad having fun, siap warna warni lagi doh tu.

7. Biarkan seketika dan pekakkan telinga. Tak habis2 duk tanya bila boleh goreng.
8. Ok, dah boleh goreng. Imaad sorak gembira.Nenek goreng, Imaad gi main jauh2, bahaya nih.
9.Sessi makan..makan lah cucu. Seronoknya tgok mereka makan. Siap riba besin donut lagi. Agaknya teruja sbb donut yg mereka buat sendiri...

Imaad buat, Imaad makan.
Nenek? Hmm...nak ambik hati cucu makan la jugak...
(Kalau ingat cara Imaad duk main dgn doh masa bentukkan donut tu rasa tak lalu nak telan tapi demi sayang cucu, nenek sanggup apa saja)
Ada sapa2 lagi nak belajar masak dgn nenek?
Syarat kena tahan telinga bila nenek bebel.
Imaad tak apa, dah biasa dgr nenek bebel.
Kan Imaad kann?

Monday, March 23, 2020

Aktiviti menternak lemak anak negeri

Jom kita masak sate , kuah kacang dan nasi impit.
Hari ke 6 lockdown hari ni.
 Bosan sungguh.
Kita masak sesuatu yg semua orang boleh ambil bahagian.
.

Bahagian bakar membakar ni memang jadi rebutan.
Mula2 jer berebut nak bakar.
Last2 tinggal lah sorang yg patuh..

Sambil bakar sambil makan.
Bila dah kenyang semua cabut lari

Sedap tak Iyaad?
Kalau tak sedap pun cakap sedap tau.
Suka sungguh jamu anak negeri.
Licin
No complaints

Sunday, March 22, 2020

Nasib mereka macam mana?

Tak tau nak buat apa dah.
Tak ada tempat nak mengemas pun, semua dah kemas.
Nak tanam pokok? Semua dah tanam.
Nak cabut rumput? Dah licin dah...
Urusan di dapur toksah cerita, tak tergendala langsung.
Rancak dan masih beroperasi.
Tadi sewaktu duduk2 depan porch
Bertemankan kucing2 saya yg baru balik melawat kawasan.
Dlm kepala saya tiba2 terlintas pasal kucing jalanan.
Macam mana lah mereka tu...
Biasanya rezeki mereka sentiasa ada.
Kedai2 makan dan pasar menjadi tempat mereka menagih simpati
Waktu pagi saya selalu tgok ada seorang perempuan cina.
Dia bawak makanan kucing dan letak di setiap bucu tangga kedai.
Kucing2 selalu ikut jer bila nampak dia datang.
Saya agak dia pun dah tak datang bagi kucing2 tu makan.
Kesian.
Lapar kah kamu kucing?
Ibu kucing yg beranak kecik lagi lah.
Seksa nya kamu.
Kucing saya gemuk gedempol.
Berlari lari bermain dgn cucu2 saya.
Wahai Sudu, Owk dan Kajol...
Kamu bertuah ada tuan tau tak?
Tau tak per.

Saturday, March 21, 2020

Rindu itu datang dan tak pergi2.

Semua masih tidur.
Aman dunia sekejap.
Dah 3 hari x leh keluar ni anak cucu dah resah.
Tapi masih akur dan bertahan seperti sepatutnya.
Cuba guna masa sebaik mungkin.
Yang suka makan tu makan saja kerja nya
Yang suka tido tu tidor saja manjang.
Yang asyik buat sepah tu memang menduga meter sabar ku.
Yang duk main hset tu tak kaku ke jari tu?
Yang tgok movie dah berapa byk movie kamu layan?
Yang rajin bukak quran tu tak lama dah nak khatam.
Yang ikuti news covid19 asyik duk update perkembangan
Yang duk gali foto2 lama di album2 lama tu apa hal?
Habis segala almari kabinet di selongkar.
Yang saya ni.....
Dah kul 1 belum tidor kenapa?
Duk fikir menu apa utk anak negeri esuk.
Duk fikir aktiviti apa buat budak2 untuk hilangkan bosan
Duk fikir kucing nak makan apa sbb bekalan makanan dah nak habis.
Duk teringat kat awak.
Ingat sangat sangat.


Friday, March 20, 2020

3rd day

Inhale exhale inhale exhale.
Hmmm....
What to do now?
Am I by myself? No!
And what are those lovely ladies doing?
Surfing the internet.
Can you all please for one second put down the hset, tab, laptop or what not.
Since this is the only time everybody is here why not try to make the best of it.
Have you all heard of the word 'communication'?
Cant we just hv a good talk while watching tv or over lunch?
Out of date eh?
Talking is out of date?
Really?
Ok then, I will do it your way.
My dear girls, I just want to talk over something but never mind....
You prefer not to communicate the old school way.
So I, like all of you will talk to you thru sosial media..
Well girls,
There is some amount of cash under the Quran in my room.
Those are for your early raya shopping, mayb after the curfew.
Please take the money and put it in your possesions.
If ever by one hour, the cash is still there, consider those are mine.
The deal is over by one hour.1 HOUR.
Done by one hour.
Dont say I didnot tell you.
I am telling you right now, thru social media.
You prefer it that way, dont you gals?
The clock is ticking....
Tick tock tick tock......
53 MINUTES MORE TO GO......

Thursday, March 19, 2020

Bahagia cara kita

Hari kedua perintah berkurung.
Tak ada masaalah apa pun, syukur.
Tuhan permudahkan semua urusan.
Kita berlapang dada saja lah.
Duk rumah 24 jam ni memaksa otak ligat.
Susun jadual aktiviti anak negeri.
Tak leh jadi asyik makan tak reti kenyang.
Mau nya lepas habis tempuh berkurung, saiz bertambah.
Cucu2 selain makan perlu ada aktiviti isi masa lapang.
Kalau tak, perang sesama sendiri ngalahkan perang sabil.
Dah tu segala mainan dibawa keluar.
Kapal pecah tak seteruk bilik mainan mereka.
Saya paling tak suka benda nama 'lego' tuh.
Terpijak rasa nak teriak!
Tu belum kira jumlah kertas yg dah diconteng.
Sana sini ada saja hasil seni mereka.
Sib baik tak conteng dinding saja.
Yang dewasa pulak bukan nak pantau yg kecik tuh
Mata tajam renung hset macam nak tembus.
Wei...cam x der kerja lain walhal kerja berlambak.
Yang tua?
Dah nama pun kena duduk rumah, tidur lah jawap nya.
Pagi tidur, tgahari tidur, petang tidur.
Dah tu komplen malam tak leh tidur.
Tidur apa lagi kalau dah terlebih cukup tidur di siang hari.
Macam macam la peel perangai rakyat negeri saya ni.
Saya?😊
Cam biasa la pot pet pot pet..
Membebel secara terus menerus.
Tazkirah percuma tak payah ambil tiket untuk hadir.
Semua pun dah menanah telinga dgr saya membebel.
Fuhh! Penat gak membebel ni tau.
Tapi kan, saya rasa macam dah habis tajuk dah saya ulas.
Perintah berkurung ada 12 hari lagi.
Nak bebel tajuk apa nanti?
Ulang2 tajuk sama boleh?
Kalau tak membebel rasa nak demam la pulak.
Haishhhhhh!

Wednesday, March 18, 2020

Kami patuh, akur dan taat.

Dah bermula perintah tak leh keluar.
Berkurung
Cucu 2 ketul ni tak leh kemana mana dah.
Terperap kat rumah.
Boleh ke?
Mampu ke?
Adoiyaaaa......!
Fening nenek nak perah otak tua ni
Nak susun aktiviti yg boleh isi masa mereka
Painting?
Gardening?
Masak cookies?
Pertandingan lego?
Mengemas rumah?
Sorry you guys, you have to stay at home.
Like it or not we hv too  
2 minggu akan dtg ni yg pasti...
Rumah nenek jadi kapal pecah
Mulut nenek pot pet pot pet dari celik mata pagi sampai ke pejam mata malam nanti
Hentam sajalah cucu wei..
Semoga Tuhan jaga kita
Permudahkan urusan kita.
Nenek suka kamu ada.
Penat takper, bising takper.
Syukur ada kamu isi sepi di hati nenek.
Alhamdullilah.

Tuesday, March 17, 2020

Korang tak tau sebab korang tak berada di tempat saya...

Aaa...sudah!
Macam mana ni.....?
Lockdown ke, lock up ke lock apa sekali pun,
Akan jadi masaalah bagi saya.
Saya dan orang sakit dibawah jagaan saya.
Semalam dah terasa bahang dari bala covid19 nih.
Apa tidak nya,
Dah bertahun saya dapatkan keperluan anak saya yg sakit dari farmesi ni.
Tiap2 bulan mereka sediakan semua medical needs buat anak saya.
Saya pergi ambik dan bayar saja.
Semalam farmesis tu cakap yg bekalan tak ada.
Byk bekalan tak sampai mungkin tak ada dlm pasaran.
Kalau ada pun hanya boleh sediakan dlm kuantiti yg kurang dari biasa.
What?
Barang wajib bagi pesakit saya tu wei....
Please lar, dont tell me that I might not get all those things in this coming few months.
Ni kes orang semua panic, duk pakat beli dan stock brg2 tu.
Kesian Si pesakit yg perlukan benda2 tu.
Macam mana nak urus keperluan harian dia kalau dah ini tak ada itu tak ada.
Contoh nya face mask tu..
Dah 8 tahun saya dan nurse yg jaga anak saya tu duk guna hari2..
Tiba2 sekarang tak ada stock.
Gloves, sanitizer, sodium chloride,dettol semua payah nak dapatkan.
Sedangkan tu benda wajib ada.
Covid19 ke hapa ke saya tak nak fikir.
Yang dalam otak saya ni macam mana nak cari benda2 wajib tu.
Semua farmesi duk cakap tak ada bekalan.
Pastu mana saya nak cari?
Nak merayu pada siapa?
Nak tagih simpati siapa?
Semoga cepatla bala covid19 ni di tarik balik oleh Tuhan.
Semoga murka Tuhan pada kita insan pendosa ni surut.
Semoga Tuhan kesian belas dan permudahkan urusan penjagaan dan rawatan anak saya tu.
Sabar Ja k, mummy akan cari juga bekalan wajib tu.
By hook or by crook tak kira.
By the way, ada tak siapa2 boleh tolong dapatkan semua tu?
Pleaseeeeeee.........Help me.

Monday, March 16, 2020

Tanda sekolah dah mula cuti



Hentam saja lah cucu.
Makin di larang makin menjadi.
Larang serupa suruh.
Asal kamu happy.
Kura kura penat tak apa.
Anak ikan mati kelemasan tak apa
Kucing kuyup kamu kerjakan pun tak jadi masaalah.
Teruskan jadi kanak2 jgn terlalu cepat membesar.
Seronok tengok mereka yg bebas masaalah.
Tau nak main saja.
Jap nenek tukar pakaian, nenek nak main jugak lah.

Sunday, March 15, 2020

Darah daging

Saya dengan seorang cucu dan seorang anak sedara

Anak saya, cucu saya dan mak saya

Kakak saya, anak2 sedara saya, cucu saya
Keluarga saya darah daging saya
Asal keturunan saya
Pewaris dan bakal meneruskan susurgalur baka saya.
Tak apa lah saya tak kaya harta benda pun,
kaya darah daging sudah cukup membahagiakan.
Ni gathering skala kecik, kalau mau di himpun semua memang imposible.
Terlalu ramai.
Ini baru beberapa orang dari berpuluh puluh anak sedara saya.
Cucu sedara belum kira.
Adik beradik ipar duai,sepupu sepapat?
Penat nak senaraikan.


Saturday, March 14, 2020

Santai santai pagi Jumaat.

Buai laju laju
Sampai hujung sana
Apa dalam baju
Hati yg munga munga.
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh posing makcik posing sakan
Suruh duduk,diri apa pun mau.
Tuai padi antara masak
Esuk jangan layu layuan
Tak yah intai,dah nampak
Ada ni tongkat dagu layan fikiran.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Bangku utk duduk tapi makcik berdiri
Kalau jatuh malu kat orang
Tanam pinang rapat rapar
Agar senang puyuh berlari
Dua kali lima, anak beranak.
Otak masuk air tapi takper, janji happy.

Tiba tiba saja rasa nak ke Pantai Pualu Kundur
Dah orang duk cerita tentang keindahan nya
Memang cantik cuma belum betul2 cantik
Perlu byk lagi kemudahan dan baik pulih.
Apa apa pun, kami bagi markah 7/10.

Siapa rasa nak dtg sini tangguh dulu.
La ni musim covid19 ni tak eluk keluar tempat ramai.
Tau pun!

Friday, March 13, 2020

Tadi

Ni yg berlaku.
Kebakaran di sebuah kilang.
Dekat dgn rumah saya.
Asap menjadi awan hitam.
Manusia jadi mcm kelkatu hurung lampu.
Berpusu pusu keluar nak tengok.
Saya kebetulan melalui jalan tu turut terperangkap dlm kesesakan jalanraya tu.
Terperangkap secara rela.
Boleh gak saksikan sendiri.
Boleh tengok bomba buat kerja.
Boleh tengok rakyat msia sibuk rakam kejadian
Semua duk hala hset ke arah asap.
Kecik besar tua muda ada hset di tangan.
Pameran hset berlangsung seiring dgn kejadian kebakaran.
Ngalahkan wartawan uols!
Anak saya salah seorg perakam tu.
Ni lah foto dari hset dia.
Entah jam berapa padam kebakaran tu.
Saya sekejap saja di sana tadi.
Betul ke ada orang cakap, biasa nya kalau
perniagaan besar2 nak bangkrap,
kebakaran tu perkara biasa?
Katanya untuk dapatkan claim insyuran.
Kata orang lah, entah betul ke tidak.
Bagi saya satu jer.
Takut tgok api besar.
Sangat menakutkan.



Thursday, March 12, 2020

Saya pun tau.

Elehh, bukan payah pun.
Kacang saja tuh.
Senang sangat.
Paip di sinki tu ada masaalah sikit.
Tutup macam mana pun tetap air menitis.
Problem? Takpun....
Ikut cara saya, tiru cara saya.
Macam ni.

Langkah pertama- gi beli kepala paip baru.
Suis kereta saya mana?
Ni mesti ada jari yg tak reti nak letak suis di tempat sepatutnya.
Tak pasal2 tazkirah buat anak negeri dulu sebelum keluar.
Anak negeri buat pekak, kucing pakat lari jauh2..

Langkah ke2
Beli di kedai Mr DIY.
Sejam di kedai tu sebab terbeli 10 barang lain yg tak wajib beli pun.
( Tolong cadangkan supaya kerajaan tutup kedai ni. Kalau masuk payah nak keluar)
Balik2 la wei..

Langkah ke3
Sampai rumah bukak jubah dulu, masuk uniform tukang paip pulak..
Paip baru beli letak depan mata, jgn tercari cari pulak..
Bukak laci tempat simpan segala maknenek tools hardware gitu.
Wahh...banyak nya barang dlm ni, ada screwdriver, playar, tukul, paku..
Ada 100 benda lain yg saya x tau nama nya dan tak tau kegunaan nya..berguna ke?
Ok ok, nak ambik yg mana satu, nak guna apa ...fikir hani fikir.
Jap google dulu lh...
Sejam kemudian selepas google dan
selepas minum kopi cicah biskut ping pong habis setgah peket,
hadap laci harta karun tu sekali lagi.
Mana satu yg namanya spannar nih?
Air paip masih menitis di sinki.
Sabarrrr...jap laaa!
Kucing berbelit di kaki.
Serabut la mu pum!
Gi main jauh gih...

Langkah ke 4
Jap, baru saya ingat ada cara yg paling senang untuk baiki paip di sink.
Yes! Kenapa la tak terlintas dari tadi.
Cepat2 cari hset.
"Hello, Matyie...
Acu mari sini semeta teh, paip di sinki kak hani ni buat hal.
Bocor jak marin lagi. Yie mari slalu deh."
Ok, selesai masaalah.
Jap lagi MatYie dtg la tu..
Semangat nak baiki sendiri dah padam.
Kan jauh lebih mudah cari plumber jer.
Life is simple, no stress.
Wei, sapo kata saya x pandai baiki paip?
Saya pandai la.....cuma kesiankan MatYie tu..
Kalau saya baiki sendiri MatYie x de kerja pulak.
Kannnn?
Sekian dulu perkongsian cara baiki paip (cara saya) hari ni.
Siapa nak khidmat saya utk baiki paip sila dail nombor saya.



Wednesday, March 11, 2020

Bulan ketiga.

Januari
Februari

Mac
Dah 3 bulan berturut turut duk tampal foto dan cuba buktikan masa merubah segalanya.
Rasa malas la pulak nak teruskan..
Hmm ada 9 bulan lagi untuk sudahkan projek ni.
Harap2 boleh teruskan.
Bear with me ok, please bear with me.

Tak habis habis....

Serabut.
Malam tadi tak leh lelap langsung.
Serius cakap ni, memang hati sgt serabut sehari dua ni.
Kalau diikutkan hati yg terbakar menyala lu lu nih,
mau rasanya saya lari ke hujung dunia.
Allah hu.
Astaqfirullahilazim.
Sabar Hani sabar.
Mujur ada blog.
Ada tempat meluahkan perasaan.
Tak kira, org baca ke tidak, yg penting boleh let go.
Tak suka ngadu pada manusia..
Bukan tak ada sedara, bukan tak ada kawan,
tapi saya tak suka kongsi air mata dgn mereka.
Lebih rela sorok setiap duka dan pamer yg indah2 saja.
Di blog ni lah saya himpun segala luka duka pecah berkecai hati .
Setiap kali saya luah di sini saya akan rasa lebih baik selepas itu.
Boleh berwudhuk, solat sunat...
Nak doa byk2...nak doa sehabis harap.
Tuhan ada dan Tuhan sayangkan saya.
Sebab tu lah Dia duga saya.

Tuhan ku,
Tenangkan lah hati yg duka lara ini.
Damaikan minda yg bercelaru
Jinakkan amarah ku
Diamkan lidah ku, senyapkan suara ku.
Aku cukup takut bila kesabaran mengundur diri
dan memberi ruang pada iblis mencorak langkah.
Nauzubillah...tak nak macam tu.

Sekejap lagi selepas selesai dhuha saya nak keluar.
Nak memandu ke mana saja...rehat minda sekejap.
Saya dah biasa rasa stressed, depressed dan whatnot.
Saya yakin kejap lagi insyaAllah saya akan baik2 saja.
Ok, kena stop menangis dulu ni...
Dah Hani dah...
Sudah sudah la wahai mata....

Tuesday, March 10, 2020

Bahasa hati bahasa rindu.

Bahasa rindu kakak ku
Sarat nya duka yang dia kongsikan.
Aku hanya mampu menelan sendu.
Aku tau kak, sungguh aku tau.
Hadam.
Sabar lah kak.
Bahasa rindu kakak ku
Ku baca ulang ulang
Aku faham kak.
Terlalu faham.
Kata kakak.....



Sabar la kak.
Tuhan lebih sayangkan dia.
Kirimkan doa yg baik2 buat dia.
Semoga roh nya di cucuri rahmat.

Monday, March 9, 2020

Promote kedai orang.

Pak Ya gulai kawah.
Nampak kedai biasa biasa saja
Tapi serius cakap, sedap sungguh!
Pelbagai lauk pauk
Ulam ulaman banyak
Speciality nya gulai kawah dan kari kepala ikan .

Kedai tu terletak betul2 di tepi jalan sebelah pantai irama
Kalau tgok land mark ni kena berhenti di sini.
Kedai tu sebelah ni saja.
Nak parking no problem..ample parking space.

Dekat kedai ni ada alur atau anak sungai.
Cantik tapi tak terjaga
Dari sini nampak lautan cina selatan kat belakang.
Walau kedai tanpa aircond tapi tak rasa panas sbb angin pantai kot.
Kena cuba, kena singgah siapa belum pernah singgah.
Saya akan singgah lagi.
Tadi saya makan sup daging, kawan saya makan kari ikan ...
Lain kali nak cuba lauk lain pulak.

Thumbs up la Pak Ya!
Kekalkan mutu hidangan tu Pak Ya supaya perniagaan laris.
Saya tolong promote for free ni Pak Ya.
Mana tau kot2 lain kali singgah dpt discount.
Hehe...

Sunday, March 8, 2020

Musim tukang jahit berkuasa.

 Problem masaalah ni.
Belum masuk bulan Syaaban, jauh lagi Ramadhan,
tukang jahit dah tak ambik tempahan.
Biar betul.
Kita ni, material pun belum beli lagi.
Warna tema tahun ni pun anak menantu belum decide.
Dah terlambat dah.
Kena fikir plan B lah.
Plan B bermaksud kena  guna kuasa rayu.
Merayu bagai nak rak.
Tolong la dik, akak ni kan regular customer..
Rakyat seisi negeri kalau nak raya tempah baju kat kamu dik..
Please lar...
Betul lah kamu dah call pesan dari bulan Feb lagi kalau nak tempah cepat2 hantar kain.
Tau, salah akak tapi terlepas pandang pulak lar akak nih.
Ok ok...my mistake tapi boleh tak sayang, baju anak negeri 6 pasang jer....
Akak ni kamu tau la kan, fussy, payah nak kena.
kalau tukang jahit lain yg jahit memang sudahnya kena alter.
Kamu jer yg faham dan tau ukuran yg betul bagi kami sekeluarga.
( ukuran ala2 model ni payah tau nak cari tukang jahit yg pandai sorok lemak)
Kalau kamu yg jahit, ngam ngam jer....
Memang perfect.
Esuk akak hantar kain k.
Dont worry, kain jenis senang nak jahit pun.
I lab u dik.
Done!
Berjaya!
Kuasa rayu ambo masih laku.
Hehehee....Masih berbisa pujuk rayu ku ini!

Cuba pikir.Senang sungguh kerja tukang jahit ni..
Goyang kaki jer ..
Duit tetap masuk.
(Sekarang guna letrik, tak goyang kaki dah kan?)
Sepasang upah jahit dia dpt paling kurang rm45.
Kalau dia jahit 2 pasang sehari...rm90
Nak raya 3 bulan lagi..90hari x rm90
Rm8,100 tanpa kira yg selebihnya lagi tu.
Lumayan dik.
Buat duit ko dik!

Bakpo la ambo tak jadi tuke jahit etek.....?

Saturday, March 7, 2020

Kalau berani cuba lah...


Breakfast pagi ni. Pulut kuning tu tak pelik.
Tapi pasangan pulut kuning tu lain dari yg lain tau.
Special.
Lauk tu namanya ' Yesterdays leftovers'
Hak cipta terpelihara.
Ciptaan mummy.
Cayalah, sedap awak!
Nak resipi?
Haha...senang jer, meh mummy ajar.
Mula2 bukak peti ais.
Keluarkan semua lauk2 semalam yg tersimpan.
Tak kira la gulai ayam ke, sambal bilis ke, goreng daging ke..
Masukkan dalam kuali.
Tambah santan dan yg sewaktu dgn nya.
( Kali ni chef tambah cili boh, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut maka jadi mcm rendang gitu)
Boleh juga tambah apa2 bahan lagi, ikut gerak hati chef lah.
Janji bila test di lidah chef, rasa sedap secukup rasa.
Masak hingga hampir kering.
Tadaaa.....dah jadik dah!
Sedap tau.
Resipi sentiasa berubah mengikut keadaan
Tapi awas agak bahaya pada perahu2 kecil nih...
Jangan pelik kalau lepas makan masuk acara lari berganti ganti ke tandas.
Bukan selalu macam tu, kadang kadang, jarang jarang.
Jangan salahkan chef.
Tapi salahkan perut siapa yg makan, dah perut gred C  camtu lah.
Ke ada perut yg gred D.?
Ok selamat mencuba.
Majulah sukan untuk negara.


Friday, March 6, 2020

Lama tak membebel..

Dah lama tak hujan.
Hari ni hujan.
Hilang dahaga tanah yg kontang.
Rindu Sang kodok terubat.
Hujan lebat juga.
Walau sekejap,
Mampu menyejukkan udara seketika.
Selepas hujan langit cerah semula.
Hujan mengusir debu habuk jerebu.
Pohon2 kekenyangan, rumput puas.
Aku di sini,
berdiri di anjung rumah memerhatikan
laju aliran air ke longkang.
Haishhhh!!! Geram pulak laa...
Pagi tadi tak nak hujan...
Susah payah aku menyiram demi pohon bunga yg kelaparan.
Selepas tu bergegas ke pusara dia pula
Mandikan kemboja yg sudah seminggu berpuasa.
Haus dahaga pokok2 meminta simpati ku.
Rupanya sia sia saja aku bazirkan tenaga.
Suapan penawar haus dari Tuhan lebih memuaskan.
Aku? Apa aku dapat?
Penat dan lelah sahaja.
Apalah hujan ni punnnn....
Mcm nak usik org tua..
Nak main main dgn mokcik yg kurang karen agaknya.
Hmm...geram nya laaaaar!

Thursday, March 5, 2020

Nak marah ke nak gelak...



Kelas masakan hari ni.
M: Meh sini mummy ajarkan masak.
     Sediakan bahan dulu.
     Bawang merah 5 ulas.
     Kupas. Mayang.
Iffah: Bawang merah yg besar2 ke yg kecik2?
M: Mana2 lah..kalau kecik ambik 7,8 ulas.
     Ambik lengkuas besar ibu kaki.
Iffah: Ibu kaki mummy ke ibu kaki iffah?
M: Allah hu Iffah, agak2 la...
     Halia pun sama, mayang jer.
Iffah: Halia yg mana satu?
M: yang mcm kunyit tu lah..
    Halia pun tak kenal, camna nak masak ni.
     Gi ambik daun limau purut kat tepi tangga tu.
Iffah: Ni ke?
M: laaa...ni daun pokok bunga mummy nih.
        Daun tu kan ada bau hidu lah...
       Tu laa, mummy selalu suruh bantu mummy masak tapi kamu x nak.
       Serai tak potong sekali?
Iffah: Serai....tau tau yg panjang kan?
     Dah potong dah...nah.
M: Apa yg kamu potong ni, mana bahagian bawah nya?
      Daun aje buat apa?
Iffah: Ops, tadi suruh ambik daun limau purut siap pesan daun aje,
     Serai nak pakai jugak yg bawah tu?
     Ingat nak daun jer.
Mummy pengsan.
Iffah beli nasi kakwok.


Ok lah, mungkin dia tak sebaik adik nya bab masak tapi ada kelebihan dia tersendiri
Dia cekal, saya byk bergantung pada kecekalan dia menghadapi apa jua keadaan.
Begitu lah anak2 ni walau dari kilang sama tapi personaliti tak serupa.
Mummy sayang anak2 sama saja, anak2 lah yg menguatkan kita.
U can do it iffah!

Wednesday, March 4, 2020

Belum ku temui damai.

Aku masih lagi berdiri
di balik tirai kenangan ini.
Mencari cari bayang mu
Mengintai senyum mu
Dalam diam aku menjeruk hati
Menyiksa jiwa raga sendiri.
Masih begini, sentisa begini.
Rindu ini sangat meletihkan
Amat lelah mengusung duka ini
kesana ke mari
Namun ku heret juga bersama.
Berkali kali aku cuba lupakan mu
Berkali kali pula terbit ingatan
Kamu di mana?
Mimpi ini belum tamat.

Tuesday, March 3, 2020

Tajuk utama akhbar dan di kedai kopi.

Bukan saya tak ikuti, saya baca juga dan tgok juga.
Setiap yg berlaku tu saya tau..
Cuma saya jenis yg tak memihak.
Bagi saya yg salah tu salah tak kira dari pihak mana.
Yang betul, benar tu tetap benar.
Tapi saya malas nak tumpang sekaki dalam menambah perasa.
Biarkan saja luncai terjun dgn labu nya..
Siapa pun, pihak mana pun yg menang saya doakan sejahtera.
 Jgn menang jadi abu dah, kalah jadi arang batu, batu api.
Yang menang tu jadilah pembaik pulih apa yg perlu dipulihkan.
Yang kalah tu terima lah kekalahan sebagai batu loncatan untuk
perbaiki diri sebelum meloncat utk kali seterusnya...
Loncat, lompat ni biasa, bukan tak biasa.
Malas nak komen pasal tu.
Cukup lah saya kata...
Siapa pun pemimpin, saya masih begini..
Kehidupan saya masih begini
Tidak sedikit pun berubah..
Saya tetap PM di negeri saya
Celik mata pagi2 kena fikir pasal anak negeri saya nak makan apa.
Saya kena bereskan rutin2 seterusnya.
Urusan saya serupa, no complaints...
Masaalah saya masih sama tak kira lah siapa pun menang.
Sendiri tanggung, kena hadap juga walau paksa rela.
Ada duit hati senang, x ada duit pun bukan boleh mintak dgn mereka kan?.
Tak perlu lebih2 sokong mana2 pihak..
Yang dapat elaun nya mereka..
Yg dapat pingat mereka..
Yang dapat projek mereka..
Dpt nama, dpt kumpul harta..
Semua mereka.
Kita duk diam diam jer lah..
Kalau bising pamer emosi yg kita dpt hanya seteru.
Tak pasal2 masam muka dgn orang hanya kerana berlainan cita rasa.
Tak berbaloi wei...
Dia org nak tertumbuk ke, nak fitnah apa ke biarlah, kita tgok jer.
Esuk2 tak mustahil dia org telan ludah masing2 mcm telan nasi, tak heran pun.
Hari ni mereka bertinju esuk peluk penuh kasih sayang.
Tak pelik sikit habuk!
Kita?
14 keturunan x bertegur sapa dah dgn kawan yg kita dah anggap pemberontak.
Nak gi masjid pun segan sbb dgn tok imam tak sehaluan.
Apoolaaar...
Jangan lah hilang akrab kerana orang yg tak kenal kita pun.
Awak ingat dgn tolong sokong bagai nak rak tu ada pekdah?
Ya, ada pekdah kalau org yg awak sokong tu wassup awak, call awak
atau pun sekurang kurang nya dia sebut nama awak dalam teks ucapan nya.
Ada dia bantu hantar kita gi spital waktu tayar kereta kita pancit?
Ada?
Tak kannn...
Si mamat sebelah rumah juga lah yg tlg kejar/ tangkap arnab kita yg terlepas.
Mokcik jual goreng pisang kat simpang tu jugak la yg acap
tanya kita kemana kalau lama tak jumpa.
Ada YB buat mcm tu? Kenal pun tidak, mau nya!
Simpanla bodoh kita tu utk jaminan masa depan, gitewww....
Panjang umur kita, kita boleh saksikan negara kita tambah maju
Kita doakan macam tu...
Cukup sakat tu weh.
Jap nak juga tanya,
Awakkkk,
Yang awak duk melalak tgah jalan secara percuma tu apa hal?
Sengaja nak org maki eh?
Pelik laaa....
Bak kata orang mana tahh..
BUAT BAIK TU BERPADA PADA.
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI,
BUAT BANYAK KALI.


Monday, March 2, 2020

Tahu kah anda?

Masjid ni nampak biasa biasa saja
Tapi luar biasa nih
Ramai orang tak tahu
Masjid ni ada cerita di sebaliknya
Masjid ni di panggil Masjid Sultan brunei.
Kenapa panggil begitu?
Sultan Brunei yg bina masjid ni.
Betul lah, jgn tak caya pulak.
Satu2 nya masjid di Kelantan yg dibina oleh Sultan Brunei.
Kenapa beliau bina masjid dalam kawasan terpencil ni wallahualam.
Kena soal selidik dulu..ke rahsia?

Cantik tau disekitar masjid tu
Di bina di tepi danau yg luas terbentang
Danau ni dijadikan tempat berkelah santai2 bersama keluarga.
Saya bukan dtg untuk berkelah, singgah tanpa di rancang saja.
Saya sempat la posing tapi nak posing lebih2 segan jugak.
Nak snap photos lebih2 pun segan sebab waktu saya singgah ada anak2 pondok tahfiz dlm masjid.
Saya singgah unplanned, tak bersedia dan tak tau yg masjid ni dlm kawasan pondok tahfiz.
Saya hadir tangan kosong, rasa sangat terkilan.
InsyaAllah lain kali akan kesini lagi dgn lebih bersedia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...