Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 28, 2011

Sumber dari kedai kopi Pak Semail.

Mungkinkah gaji di naikkan?
Bonus lagi.
Usia persaraan di panjangkan?
Banyak nya berita yg mengundang senyuman.
Tau,
Kata orang tak lama lagi nak mengundi.
Sudah mekar bunga2 janji dan harum nya sudah sampai ke sini.
Ku harap lebat jugalah buah nya nanti.
Jangan gugur bertaburan berputik tapi tak menjadi.
Tauke ayam di pasar siang2 dah cakap harga ayam naik lagi.
Itu belum naik gaji lagi tu..Baru ura2 nak naik gaji.
Gula? Minyak? Semua naik..
Apa yang turun?
Tentu lah mereka yang masuk calon turun mengenali pengundi.
Perkenalan semusim yg pendek.
Esuk2 nak berjumpa pun sikit punya payah,
macam Ali Baba nak masuk gua,
segala macam ayat dan cable di guna,
pun belum tentu dia ada masa untuk kita.
Dah resam dunia begitu kann..
Masa perlukan kita saja kita di hargai..
Sokonggggggg!
Saya sokong diri sendiri.

Saturday, September 24, 2011

Cepatnya masa berlalu...

Along,
Dah 28 tahun rupanya mummy lahirkan Along.
Rasanya baru semalam.
Along dulu kecik macam Harry ni jugak lah.

Mummy masih ingat,
Mummy lahirkan Along tanpa Papa di sisi.
Mujurlah Nenek along yg urus segalanya.
Arwah Abah banyak memudahkan urusan mummy.
Sewaktu mummy mengandungkan Along, Abah hantar mummy ke sekolah.
Cuma waktu balik saja mummy jalan kaki.
Jauh tu tak lah sangat, tapi kerana mummy dah sarat,terasa sgt penat nya.
Kadang2 mummy sambil jalan sambil menangis.
Tapi segalanya terubat bila dengar tangisan Along buat kali pertamanya di bilik bersalin.
Along tau tak yang Along mula demam2 semenjak berusia 2 bulan lagi.
Along demam hampir setiap bulan.
Dalam mulut Along tumbuh tompok2 putih dan along tak boleh menyusu.
Mummy suapkan susu dengan sudu sedikit demi sedikit sambil Along menangis2.
Tangisan Along kadang tu sampai ke pagi.
Maka sampai ke pagi lah mummy tak tido dan turut menangis sebab tak tau nak buat apa dah.
Setelah Along berusia lebih kurang 3 tahun baru lah kesihatan Along bertambah baik.
Bila melihat Along duduk memangku anak sulung petang ni,
Terasa ada tangisan tersumbat di kerongkong mummy, tangisan gembira, syukur.
Alhamdullilah,
Along dah pun bergelar Abah pada Si Harry ni.
Sekarang Along tau lah macam mana sayang nya ibu bapa pada anak nya.
Dan mummy juga nak ingatkan Along,
jaga lah Isteri Along tu sebaik mungkin.
Sayangi lah dia dan jgn di lupa budi baik dia.
Sentiasa ingat,
Bagi Harry, seorang abah yang baik adalah abah yang menyayangi/menghargai mama Harry.

Friday, September 23, 2011

Mentang2 lah saya mengalah...

Yer, memang saya ni degil.
Saya ingat sampai bila bila.
Sampai mati.
Sekali saya di lukai,
saya tidak akan lupa.
Biarpun ruang untuk memaafkan itu ada.
tapi melupakan pedih sakit luka itu mustahil.
Saya tahu manusia membuat kesilapan.
Saya pun membuat kesilapan.
Tapi bila luka itu luka yang sengaja.
Memperbodohkan saya bukan satu kesilapan.
Itu agenda terancang.
Yer, saya boleh senyum bagai tidak apa apa.
Tapi dendam adalah kudis yang bercambah di dalam.
Tunggu dan lihat,
Allah itu satu.
Satu hari nanti jika awak juga merasai pedih luka seperti saya,
berada di daerah sengsara saya,
saya tidak akan menepuk tangan ketawa.
Tapi saya akan bisikkan ke telinga awak...

" Selamat datang ke dunia saya...."









Sunday, September 18, 2011

Saya pun menyanyi jugak..


Lagu mana yang awak paling suka?
'Bahtera Merdeka' suka tak?
'Tanah Pusaka' pun sedap.
'Malaysia Baru' tu rasa cam nak joget pulak.
Hari ni nyanyi lagu 'Satu Malaysia' dan lagu 'Jalur Gemilang'
Nyanyi juga lagu '31 Ogos'.
Sempena penutupan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.

Sambil nyanyi sambil posing.
Nasib baik jadi cikgu,
Tak masuk Akademi Fantasia pun boleh nyanyi juga.
Tak kisah lah pitching lari punnn....
Janji ada feel, sampai maksud dan kita orang happy.

Saturday, September 17, 2011

Doa saya buat dia.

Ya Allah ya Tuhan ku,
Ini doa ku buat mereka yang ku kenali.
1. Kawan ku ni dah lama sakit..
Kalau pulih itu lebih baik untuk dia, ku pohon rahmat dari Mu, Kau pulihkan lah dia kerana aku terlalu simpati bila melihat dia menangung azab sakit itu.
2. Kawan ku yang dekat dihati ku ini berhadapan dengan persoalan yang besar, perlu membuat pilihan.
Kau lapangkan lah hati dia dan tunjukkan lah pilihan yang terbaik buat dia.
3. Yang sorang ni pula sedang risaukan kesihatan ayahanda yg agak kritikal.
Semoga Kau berikan dia peluang untuk lebih lama lagi dapat bermanja dan berbakti kepada ayahanda. Panjangkan lah usia ayahanda nya dan kembalikan keceriaan di wajah kawan ku ini.
4. Dia ni pula dah dapat tawaran menunaikan haji tahun ni.Tuhan ku, kau permudahkan lah urusan haji nya nanti dan semoga dia mendapat haji yang mabrur.
5. Yang terakhir ni payah sikit...Kawan lama ku ni ada anak yang istimewa. Anak bongsu, Oleh kerana dia pun dah warga emas, dia selalu memberitau ku yang dia sentiasa doakan semoga usia anak nya lebih pendek dari usia nya. sebab nya dia bimbang kalau sudah sampai ajal nya, siapalah yang akan uruskan kebajikan anak istimewa nya itu.
Tuhan, aku tidak tau doa apa yang harus ku pinta bagi pihak dia.
Hanya Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk makluk mu.
Maka bahagiakan lah hati kawan2 ku ini.
Aku tidak pernah berdoa semoga kau ringankan beban dugaan yg kau peruntukkan buat mereka kerana kau maha mengetahui.
Aku hanya pinta semoga kau berikan lah mereka kesabaran yang berganda untuk menghadapi segala dugaan itu.
Sebagaimana Kau juga telah dan sentiasa memberikan ku kesabaran yang secukupnya..
Ya Allah ya Tuhan ku.....
Kau lah tempat ku memanjatkan doa.
Hanya kau lah yang tahu segalanya.
Subhanallah.

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday 6-Beli kereta secara cash, betul lah!

Tak, bukan yang semahal ni..
Yang ni pun bukan pilihan saya.
Yang ni buat Imaad wordless. Ni baru betul2 Wordless Wednesday.
Ni kereta nenek beli buat Imaad k..
Senyuman tu yang lebih mahal dari harga sebuah kereta..

Tuesday, September 13, 2011

Saya nak komen diri sendiri

1. Borosnya awak ni, cuba berhemah sikit masa membeli belah tu.
2. Berdikari lah. Awak ni suka sangat bergantung pada orang lain.
3. Tak boleh ke awak lupakan saja benda2 yg menyiksakan otak awak tu. Dah laa. Tak berbaloi duk fikir2 beratus kali benda yang sama.Tahu bezakan bila awak tak di perlukan supaya pengorbanan tidak menjadi sia sia.
4. Syukur. Berapa kali awak bersyukur hari ni? Lihatlah org yg lebih teruk nasibnya dari awak tu..Nak awak tukar tempat dgn dia?
5. Redha. Hani, dah berapa kali saya nasihatkan awak supaya bersyukur dan redha?
Payah? Saya pun tak kata ianya senang.
6. Cer duk depan cermin...Bila nak diet a? Buruk nar lah awak sekarang..
7. Dah, gi tido...tau awak tu ngantuk dari lepas magrib lagi.Mana tak ngantuk awal, malam tadi awak tak tido pun... Semoga malam ni awak lena hingga ke pagi.

Monday, September 12, 2011

Dah jadi sampah ke?

Dah koyak tu buang saja lah.
Masa baru beli dulu sayang bukan main.
Suka sangat warna shocking pink nya
Polkadots nya yg cute gitu.
Di dalam ni lah alat tulis saya bermastautin.
Segala benda pun saya sumbat..
Sehinggalah koyak rabak dah zipper dia tu.
Dah koyak tu tak perlu di simpan, buang aje.
Ganti yang baru.


Ni yang baru.
Kawan yang belikan.
Warna Unggu.

Sebab benda baru, tak cantik pun rasa cantik.
Bergantilah tugas beg alat tulis lama kepada yang baru.
Sayang? Sah lah sayang, dah baru tu sayang lah.
Ini baru nasib beg alat tulis seorang guru.
Bukan nasib seorang guru lagi.
Atau nasib seorang yang bernama Hani.
Entah2 nasib saya lebih buruk dari beg alat tulis saya,
mana lah saya tau kan.
Saya cuma berdoa bila saya tidak diperlukan,
jangan lah anggap saya sampah terbuang.
Kerana walau seburuk mana pun saya ini,
Saya masih ada harga diri.

Sunday, September 11, 2011

Makan lah, tunggu apa lagi...

Rm 5.00 sebatang.
Sebatang dipotong lima.
Jadi lah rm1.00 setiap satu.
Murah jer.
Sedap.
Ais Krim Potong.
Di jaja di tepi pantai Tok Bali.
Kena makan cepat2 sebelum cair dan jatuh dari lidi buluh tu.
Ni pertama kali makan, tak cukup satu.
Bukan kerana saya makan banyak, tapi AisKrim asyik jatuh dari lidi saja lah..
AisKrim cap Ayam camni lah.
Cap hayam pun hayam lah, janji sedap!

Thursday, September 8, 2011

Sime Darby medical center

Dah hari ketiga di sini.
Baby tido..
Shyyyy...!!!!
Mak Si Baby dalam toilet.
Nenek Si Baby?
Luruskan kaki, rebahkan kerusi dan...
Zzzzzzzzz........
Ngantuk nyer.

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday-Arman Hareez-6/9/2011

Pegawai JPJ ada sama

Driving 6 jam ke Kl.
Pegawai JPJ ikut sama.
Hati2 lori balak tu...
Kereta nak kuar simpang tu...
Bus tekan break tu..
Motor tu...
Van tu...
Aduhhh mak, baru saya tau rupanya ada:
540 buah kereta ,
100 lori
50 bus.
motorsikal berapa mak?
orang nak melintas ramai mana mak?
Mujur mak tolong bilang kan mak...
mak siap pantau had laju lagi.
Tak ngantuk ke mak?
yang mak tekan break sebelum saya sempat break tu nape mak...
Senyap.
Sunyi.
Shyyy...!!!
Pegawai JPJ dah lena.

Monday, September 5, 2011

Anis cakap kalau mcm artis Korea baru kira lawa!



" Mummy, masa mummy muda dulu mummy lawa tak?"
Laa Anis, ni soalan cepumas ni.
Ok look here girl, let me tell you our family secret.
Dulu kan...
Kami ni 'slim melim' semuanya..Arwah Saloma pun tabik tau!
Tu nenek Anis tu, Ratu Kebaya sebelum perang kedua lagi.
CikLong tu jelingan mata dia..Adoii tak tidor malam Ayah Long dibuatnya.
Cer tanya CikNgoh, tahun berapa dia pegang tittle Miss Malaya.
Itu yang Ayahngoh tergila gila tu
MummyChik pulak kalau keluar ke pekan, berderet hero2 ikut, sampai bertikam,bergusti berebutkan dia.
Tapi Uncle yg menang at last.
Mummy?
Mummy lagi dasyat tau..Kalau P ramlee tgok, mesti dah dapat berlakun jadi heroin dah.
Tapi mummy tak nak lah ganggu periuk nasi heroin2 lain kann.
Ini belum cerita pasal mak2 sedara Anis yg lain2 lagi ni.
Pendek cerita lebih kurang Madhuri Dixit dan Aisywarya rai lah.
Opsss, Anis tak kenal yer.. Ok kira mcm sikit atas dari artis Korea yg Anis minat tu..
Hmm..amacam Nis, agak2 menjawap soalan Anis tak?
Anis terkebil kebil, terkumat kamit.

"Dah tu kenapa Anis tgok kat foto ni tak lawa pun...."

Alamak Anissssss...Pasal foto yg mummy belum ready ni rupanya..
Susah payah mummy REKA STORY, ingatkan hapa tadi.
Anis, cantik hati yang penting.
Luaran tak cantik tak apa.

(Gelak sakan anak beranak bila saya jawap soalan Anis tadi, yer lah dah sedia maklum kami ni memang jauh dari lawa pun, pengaruh baka menyebabkan antara kami ramai yg sepet dan itu lah agak nya buat Anis tertanya tanya.)





Sunday, September 4, 2011

Mengusung rindu.

Ada dan tidak ada silih berganti.
membuahkan lebih banyak rindu.
Membusung rasa yang tidak terucap.
Biarlah hati ku pecah,
Namun tidak seorang jua pun yang dapat meneka
Apa sebenarnya erti sepi di dada ku
Suara itu sekejap berlagu ditelinga,
Sekejap bisu dan kalau kedengaran pun
hanya siaran ulangan di minda.
Apa daya ku ,
di sini ku berselimutkan mimpi.
Selagi fajar belum mencucuk mata
Aku mahu terus lena tenggelam,
terhanyut oleh derasnya arus perasaan.
Karam dan terbiar.
Sendiri dan sepi.
Bilakan musim kepulangan itu kan hadir lagi?
Atau kelmarin itu tidak akan ada esuk,
Mungkin juga baki usia seorang ibu tua,
membatasi segalanya.

Saturday, September 3, 2011

Crop sana crop sini

Dasyat...dasyat!
Kasi crop bahagian2 yg tak lulus untuk tayangan.
Lemak2 kasi buang.
Crop jgn tak crop!
Pas tu yg tinggal nya hapa?
Ni lah hasil nya.
Ni saja lah bahagian yg kurang gemuk dan di luluskan oleh sirim.
Esuk2 pipi pun kena crop..
Orang suruh diet, tak nak.

Aduyaiii....Tau pun gemuk itu siksa.
Dah tu siapa suruh makan banyak?


Lepas beraya sakan.

Rumah bersepah macam kapal pecah.
Pinggan Mangkuk masih belum masuk dalam stesen yang sepatutnya.
Peti ais seperti ibu mengandung 9 bulan-sarat.
Songkok entah kemana kotaknya,sampin belum disimpan dan baju belum ke dry cleaning penuh satu kotak.
Kerongsang dan assessori berterabur atas meja solek dan ada yg perlu di jejaki kerana anak2 ni main letak merata bila sudah guna.
Anak2 dah mula isi beg untuk balik ke tempat yg sepatutnya mereka berada waktu belajar.
Sedara yg pulang beraya mula mengosongkan ruang.
Bibik nak pergi klinik, dah demam pulak.
Semua kereta bawah porch kehausan minyak.
Pil 'chi kit teck onn' banyak yg luak.
Mesin timbang berteriak...Warning! Makluk lebih berat badan berkeliaran.
Dan yang paling ketara....
Saya harus kembali ke rutin yang itu itu jugak.
Sendiri lagi, sunyi dan sepi tanpa keriuhan kelmarin.
Tak suka pun kena suka,
tak mau pun kena mau.
Huhuhuhhuuu...Dah habis raya lah ni...

Friday, September 2, 2011

Perintah berkurung dah tamat..


Hati hati adik2 dan kakak2...
Abang2 dan pakcik makcik pun.
Jangan tak tau.
Setan dah terlepas ni..
Iyer, betul....
Setan yang kawal jabatan pemakanan tu..
Tu pasal lah ada orang makan aje kerja nya.
Pingan tu cam melekat kat tangan.
Mulut tu tak lenguh2 menguyah.
Dah hancur dah niat nak diet..
Bye bye lah musim kurus itu.
Welcome fatty bom bom.
Tak ngata/ngumpat orang lain ni, frankly speaking for myself.
Setan jabatan hal ehwal tepi kain orang lain belum terlepas kot...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...