Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, March 31, 2018

Pindah randah lagi

Pindah lagi.
Entah berapa kali pindah sudut nih.
Sekejap letak di belah penjuru tu
Kejap pindah letak di penjuru ni pulak.
Ni pindah lagi, letak di tepi kandang kucing.
Saya perlu sudut untuk letak barang2 berkebun saya.
Tapi masih belum jumpa tempat yg strategik.
Ni yg terkini, baru marin saya pindah randah.
Angkut segala barang2 perlu utk berkebun ni ke sudut baru.
Belum kemas betul2 lagi tuh, main susun tepi pagar kandang kucing saja.
Penat jugak angkut barang2 ni walau bukan nya berlori.
Harap2 hati rasa puas duk sini, x perlu pindah lagi.
Saya ni bukan nya rajin sgt pindah2 ni,
Tapi kalau mata mulai rasa tak puas tengok, duk pandang duk tilik tu,
Mula la timbul rasa lebih elok duk di sudut lain,
Mula lah hati paksa kaki tangan kerja over time.
Pindahhhhh....
Kalau nak tau,
Bukan sudut berkebun saja yg selalu berpindah randah,
Segala perabut dlm rumah, pasu bunga luar rumah dan perhiasan2 semua nya menetap secara sementara.
Sementara belum tiba mood nak ubah kedudukan lagi sekali.
Mungkin dah jadi hobby kot bab heret benda2 tu ke sana kesini...
Hentam jer lah labu.
Minyak sakit urat bersusun dlm kabinet,
Nanti2 mesti berguna tuh!

Tido!

After midnight now.
Go to sleep Hani!
Now!
And you too whoever is still awake....

Friday, March 30, 2018

Episod luka lama

Angin lalu ada kala nya mengusik perasaan
Menjentik hati
Tiba tiba wajah yg hampir ku lupa kembali bermain di ruang mata
Seperti baru kelmarin terukir kenangan itu.
Pahit ke, manis ke sudah tidak ada makna apa apa
Sekadar ulang tayang di kepala
Bukan rindu untuk ulang semula semua nya,
Sekadar permainan hati yg masih belum sembuh luka nya
Usahkan untuk di ulang semula,
Kalau boleh aku mau buang terus dari ingatan.
Biar lupa nama lupa wajah  lupa suara
Rela aku rela
Serik terluka
Sakit nya di tipu.
Aku di bawa mendaki harapan yg tinggi
Dan kau biarkan aku membilang mimpi sendiri
Mudahnya kau permainkan hati
Semudah kau memulakan, semudah itu lah kau mengahkiri.
Terima kasih Tuhan
Aku belajar dari kesilapan.
Mujurlah aku cepat terbangun dari mimpi
Aku pulang ke alam realiti
Walau tidak seindah mimpi
Tapi di sini aku masih gagah berdiri
Menggenggam harga diri.

Wednesday, March 28, 2018

Rutin saya macam ni, awak macam mana?

Bangun pagi
Solat subuh
Hantar tu
Ambik ni
Beli tu
Masak ni
Dah zohor
Hidang tu
Makan ni
Kemas tu
susun ni
Dah asar
Urus tu
bereskan ni
Dengar tu
Cakap ni
Dah magrib
Settle tu
Baiki ni
Buat tu
Buat ni
Dah isyak
Buang tu
Simpan ni
Baca tu
Tulis ni
Komen tu
Bebel ni
Dah lewat malam,
Tido lah.
Sementara esuk ulang lagi rutin yg sama.
Haduhlaaa.....tokcek kata " sakit tiub pada tayar"
Nak masuk calon PRU14 lah, mana tau kot jadi wakil rakyat kurang sikit sibuk.
Sekarang ni saya sibuk ngalahkan menteri.
Kannnnnn?



Tuesday, March 27, 2018

Yer, saya jeles.

Saya rasa jeles pulak dgn Dato Siti Norhaliza.
Apa tidak nya,
Dia dapat semua yg dia nak.
Semua doa dia termakbul.
Dia tak perlu susah payah perah otak belajar tinggi tinggi.
Berjaya juga dalam hidup.
Dia tak perlu susah payah kerja membanting tulang untuk sesuap nasi
Tak kerja pun tak apa.
Dia tak ada susah apa apa.
Dia cantik, lawa dan sopan santun.
Dia kaya raya, jutawan lagi
Dia dikenali ramai, di puja puji
Suami dia dah la berpangkat, penyayang pulak tu.
Dato K tu sangat2 hargai dia
Manjakan dia dan kasih sayang melimpah ruah
Keluarga dia pun begitu juga
Dia nak kan cahaya mata,sekarang dah dapat.
Nak kan anak perempuan, maka Tuhan hadirkan anak perempuan buat dia.
Lengkap, comel dan tak ada sikit cacat cela.
Apa lagi yg dia tak ada?
Semua ada.
Semua mimpi dia jadi realiti
Kata orang tua tua..' barang hendak, barang jadi'
Bertuah nya dia....
Jeles wei....
Jeles sangat sangat!
Dia bintang gemerlapan di langit tinggi
Saya rumput di telapak kaki...




Monday, March 26, 2018

Dah begini cara ku...

Lepas solat subuh.
Dalam sepi awal pagi
Tiba tiba hati bersuara.
Sampai bila nak macam ni?
Tak bosan ke?
Perlu ke terus begini?
Hmm....
Aku serahkan kepada Mu Tuhan.
Aku tidak mau merancang kerana
mimpi ku tidak pernah menjadi realiti.
Biarlah,
Aku akur saja apa jua pengakhiran nya kerana
hanya Kau yg maha mengetahui apa yg terbaik buat ku.
Kau yg menentukan segalanya.
Aku hanya insan lemah yang melangkah ke depan
Selangkah demi selangkah.
Tidah terlalu meminta minta
Tidak mahu terlalu berharap
Sekadar berdoa semoga masih ada belas mu ya Allah
Semoga esuk lebih baik dari hari ni.

Dah nak siang dah..
Di luar dah ada cahaya.
Saya nak urus haiwan peliharaan.
Nak siram pokok.
Nak sapu laman.
Nak sedia sarapan
Nak sidai pakaian
Nak kemas ruang.
Mungkin dunia saya tak seindah dunia orang lain.
Tapi ini lah dunia saya sekarang.
Biarkan saya bahagia cara saya.


Sunday, March 25, 2018

Bila semua dah terbang keluar dari sarang.

I hate good byes.
I hate looking at the empty spaces that once were pack with people.
I hate going to the kitchen and there's only the sound of the leaking tap.
I hate seing the washing machine doing nothing.
I hate eating alone.
I hate the sight of the empty chairs.
I hate the silence.
I hate everything when I am alone.
Alone again after having a blast of a time with  my love ones.
God knows how long it will take for me to be back to normal.
Yup,being alone is not a problem.
 Its ok to be alone and I' ve been alone for sometime already.
The problem is being alone after spending good time with all of them.
The goodbyes are hard.
Heartbreaking.
When will I see them again?
InsyaAllah...
Panjang umur jumpa lagi.
Jumpa dan seterusnya macam ni lah...
Sepi hati seorang ibu tua.

Saturday, March 24, 2018

Kami


Sesekali berkumpul anak menantu
Riuh meriah mengusir sepi dari setiap ruang
Kaum hawa sahaja, berlima.
Berlima?
Sepatut enam.
Posing kemain lagi, senyum kemain lagi.
Dalam senyum hadir juga duka.
Selalu pun begitu, sentiasa begitu.
Hati saya terdetik,
Kalau lah ada Ja.
Kalau ada Ja lebih lengkap.
Ja.
Ja.
Ja.
Ja.
Ja.
Walau seronok mcmana pun, ada ruang sepi berbisik di hati.
Kalau lah...
Kalau lah...
Di bibir senyum ketawa
Di hati ku duka bersarang selamanya.

Friday, March 23, 2018

Ikut apa nenek suruh buat.....

SEE NO EVIL
HEAR NO EVIL
SPEAK NO EVIL

Ikut jer apa nenek suruh buat.
Nenek dera cucu.
Suruh posing macam2.
Hiburan.
U all r my happiness

Lunch hari ni

Ok anak natu ku,
Hari ni mummy lantik uols jadi chef.
Masak utk lunch.
Boleh?
What to cook?
Ni menu nya...
U all pilih siapa nak masak yg mana.
Mummy guide sikit2 k.
Menu senang2 simple2 saja hari ni.
Bukan menu yg penting, ramai2 duk di dapur masak tu yg rare.


1. Kurma .
Tumis
Kakah kasar, onion, garlic n ginger.
Add awah kurma.
Add air asam jawa, garam n gula
Add daging,
Add potatoes
Tutup periuk sampai nearly kering.
Add santan n bring to boil.
Add bombay onion belah 4, cili hijau.
Taste.
Biar minyak n kuah pekat.
Squeeze lime n tutup api.
Done.
Easy right?

2. Ikan cuka
Potong ikan
Lumur salt n pepper
Goring sampai masak.
Put aside.
Tumis garlic, green peppers n bombay onions
Add cuka 1 senduk besar
Add gula n seasoning.
Lots of sugar please
Be easy on salt coz the fish is salty enough already.
Add the fried fish
Let it simmer till the liquid is reduced.
Taste..never forget to taste.
Done.

3. Pajeri nenas
Potong nenas kecik2 senang nak makan.
Tumis bwg merah n garlic
Add debu kunyit, mayu manis, biji sawi.
Add cuka n sugar n salt.
Makecsure manis, papa suka manis.

4 kangkung goreng belacan
Tumis garlic, belacan n cili api
Add cuka n nampla
Masuk air sesudu besar
Add kangkung.
Goreng sampai layu
Mesti pedas baru kick!

5.sambal tumis udang petai.
Tumis cili bo, garlic n belacan.
Add air asam jawa, sos tomato labu n petai
Add sugar, seasoning n salt
Add bombay onions n red chillies
Bila naik minyak dan sambal dah masak baru add prawns
Jangan lama2...tutup api.

6. Ayam madu
Perap
Garam 1 sudu
Seasoning
Sos tomato labu
Garlic
Jintan manis/putih
Halia
Serai
Gula n madu
Cili bo
Minyak 1 senduk
Blend semua, lumur.
Gi tido, bulan boleh grill sekarang, kena tunggu sejam dulu.
Nanti jgn pula lupa nak grill.

7.telur oyster
Coat oyster dgn gandum
Eggs, bwg goreng, cili merah, spring onions, salery, corriender, baking powder, gandum 1 sudu. Garam n seasoning.
Heat the oil..lebihkan oil tu.
Goreng..
Biar garing di luar n soft on the inside.
The oyster will be mushy thats way mummy suruh coat dgn gandum dulu so it will not be soggy.

Any questions girls?
Ask.
Will be answered.
Masa mummy masih hidup ni la nak belajar dgn mummy.
Mummy sentiasa sedia untuk kongsi tips masak dan rahsia masak.


Ok, siapa nak set the table?
Yang tak masak set the table.
Siapa nak clean up lepas makan?
Yang tak masak juga.

Lepas org laki2 balik solat jumaat, make sure everything is on the table.
Yes! Bestnya hari ni mummy riba tangan jer.
Thank you anak natu.




Thursday, March 22, 2018

Hari berkumpul anak negeri

Bukan hari raya pun.
Bukan ada apa2 perayaan.
Musim cuti sekolah.
Anak menantu dan cucu balik.
Petang ni pakat berkumpul anak beranak.
Cukup korum.
Bising gelak tawa
Makan makan
Cerita cerita.
Bilik penuh berpenghuni
Tandas kena ambik giliran.
Dapur buka 24 jam
Aircond kerja overtime
Kereta melimpah ke luar pagar.
Anak
Menantu
Cucu
Harta saya tak ada, mujur ada baka keturunan.
Bila usia menghampiri senja
Tidak ada yang membahagiakan selain dari
Memandang wajah mereka.
Bila mereka tertawa, kita tersenyum sama
Bila mereka berduka, kita lebih lagi merasai nya.




Wednesday, March 21, 2018

Belasah jer

Entah hapa hapa
Mural ke graffiti ke, tak tau
Ni hasil kerastangan anak gadis yg tak suka melukis
10 minit siap
Dah
Cukup kata dia
(Untuk yg tak tau, berderet nama2 kat bawah tu semua nama kucing kami yang menghuni kandang kucing besar ni)


Ini pulak hasil kerja conteng cucu
Mula tu dah cantik,
Main tambah itu ini..
Kan dah jadi caca merba
Biarlah.
Nanti dia besar dia mesti suka tengok
Hasil seni waktu usia 7 tahun.

Aisey terakam ekor kucing pulak la.
3 hari saya nak siapkan hasil tarian jari saya ni
Bukan nya apa, tangan kiri saya kebas
Carpal tunnel syndrome.
Tapi kerana minat bab rosakkan dinding
Cuba buat juga
Buat sikit sakit tangan, berhenti dulu
Esuk sambung sikit, sakit pulak.
3 hari untuk lahirkan benda macam ni.
Dasyat la
Pecah perut pelukis pro tengok.
Macam lukis dgn kaki.
Rilekkkkkk, apa susah?
Kepuasan boleh conteng dinding berjemaah anak beranak.tu yg best nya.
Berjaya juga hasilkan seni yg menyakitkan mata.
Mata orang laa..
Di mata kami dah cukup cantik dah.
Perasan.
Lepas ni kita nak conteng kat mana pulak ya?

His new hobby, my new 'kerja' adding to my endless list.

Ikan yg pakai topi oren tu Imaad punya
Ikan yg bintik hitam dan baju merah tu Iyaad punya
Ikan yg ada tudung merah tu Arman punya
Lisha punya yg baju kuning ada bintik hitam.
Haah?
Grandmommy still cant tell which is which..
The fish are all the same apart from small differences here n there.
Never mind, if that makes you happy go ahead.
Just make sure everybody have one.
But which one is mine Imaad?
Imaad says..
" Jenmommy dah tua nak main ikan jugak ke?"
Wow!
It hits me like a wrecking ball.
Dush! Right on the forehead.
Yer lah,  yer lah.
Jenmommy ngaku kalah lah
My task is just to look after your fish.
Making sure they survive.
Dont worry about that.
So by the end of the day I am appointed with one more job.
Tukang cuci akuarium!
Whatever !

Tuesday, March 20, 2018

Biar lah

Bila kehidupan orang lain lebih penting dari kehidupan sendiri,
Bila keperluan orang lain menduduki senarai wajib selesai.
Bila kemahuan orang lain lebih perlu di utamakan
Bila kehendak orang lain lebih mustahak
Bila kemudahan untuk orang lain harus di ambil kira
Maka
Tidak ada apa lagi yang boleh aku kata.
Pujuk lah diri sendiri
Tahan diri
Jangan tayang emosi
Simpan tangisan
Kurung kesal dari meliar
Pesan pada minda supaya ajar hati untuk redha,
Kelmarin boleh saja telan segala yg terbuku
Hari ni pun masih boleh
Esuk insyaAllah terus boleh.

Maka Tuhan ku,
Maafkan aku, ampuni aku..
Aku yg seringkali kurang sabar dan
Mementingkan diri sendiri
Dan iman yg senipis kulit bawang
Menjadikan aku keluh kesah
Dan rasa tidak puas hati
Tuhan,
Aku insan pendosa.



Monday, March 19, 2018

Dunia kucing ku

Hadiahkan graffiti buat kucing.
Macam la kucing peduli.
Kabinet bawah sink dalam kandang kucing.
Berkulat dah pintu nya.
Nak cover kulat, ku lukis lukis.
Ikut rasa hati dan gerak jari
Bebas.
Nenek dan cucu sekepala.
Suka conteng2.

Satu hari x siap.
Mungkin perlu 2 hari
Atau 2 minggu kalau bertangguh.
Ok lah, siap dah separuh,
Tinggal kemas kini saja.
Tunggu cucu lain datang
Kita kongsi idea.
Kita kongsi darah seni yg mengalir dalam diri kita.
Ye ke berseni?
Ke main hentam saja lah?
Hentam saja lah cucu...
Nenek suka.


Sunday, March 18, 2018

Silap timing!

Nak masuk waktu magrib jer baru nak update blog,
Nak update blog jer, dah nak masuk waktu magrib.
Haishhhhhh!!
Solat dulu lah.
KIV lu segala idea yg terlintas di kepala.

Saturday, March 17, 2018

Musim munga munga...

Musim bunga di jajahan takluk saya.
Tengok lah pokok bunga kami
Cantik!
Saya cakap cantik sebab saya dah penat letak baja.
Siram dan bela.
Puas hati bila semua keluar bunga.
Tak apa lah kalau org lain rasa tak cantik mana,
Atau mungkin rumah mereka lebih lebat bunga nya.
Tak kisah lah..
Saya seronok sangat ni,
Itu pasal la masuk bakul, junjung sendiri.
Masuk lift pun kena tekan butang sendiri.
Kannnnn?
 Bunga kertas.
Musim panas galak berbunga.
Warna warni.
Tengok saja tau.
Jari jangan rasa gatal nak petik.
Jangan terlintas pun nak usik
No!
Amaran.
Siapa usik, petik, cantas, libas, tebas...
Akan saya jatuhkan hukuman berat.
Cuba kalau berani.


Jap....apasal jurukamera amatur ni ambik sudut ni?
Berterabir pakaian di jemuran.
Hadoiiii....abaikan, abaikan!
Langit biru tak nampak gaya nak hujan.
Kena jirus pokok la petang nanti.
Hang kebun kena bertugas overtime .
Menyiram pagi dan petang.
Siapa Hang kebun?
 Siapa lagi, kan dah cakap tadi.
Saya laaaa........

Friday, March 16, 2018

Mengintai dari jendela hati...belum sampai lagi kah?

Anak anak,
Sekali sekala kamu pulang,
Mengisi ruang kosong di pondok kita
Cubalah untuk merasai kehidupan ku
Kerana di sini ibu tua ini saban hari memikul
senarai kerja perlu buat dan wajib siap.
Mengheret tugasan agar tidak keciciran.
Payah adalah udara yg mengisi dada
Lelah mengejar masa dan waktu.
Tapi sesibuk mana pun seorang ibu,
Tidak pernah lupa untuk rindu kehadiran anak
Biar pun hadir sekejap sekejap.
Anak anak,
Sekali sekala kamu pulang
Mengisi ruang kosong di bangsal kita
Meletakkan kepala di bantal lama kamu
Brrselimutkan rasa selamat di daerah kelahiran
Di sini sarang tempat kamu belajar terbang.
Segalanya sudah terbiasa dan kamu rasa aman.
Selamat dari rutin harian mu.
Di lantai ini kamu menjadi raja masa dan
jari waktu sudah hilang bicara.
Tanpa cuba mengira
Berapa minit kah yg telah kamu luangkan
Untuk bertanya khabar ibu
dan mengikis sarat rindu
Cuba lah,
Tadah telinga dan peduli
Telan saja setiap cerita tanpa menghakimi nya
Kerana ibu tua ini mengumpul setiap jejak
Untuk dikongsi dengan anak anak
Sudah berguni duka dan suka terukir di hati
Himpunan pameran bila anak anak kembali .
Anak anak,
 sekali sekala kamu pulang,
Mengisi ruang kosong di hati ibu
Ringankan lah beban dihati ku
Kurangkan lah resah yg membelenggu
Hulurkan sokongan emosi
Bantu lah dgn tenaga ikhlas mu
Fahami lah hati tua ini
Dekati lah jiwa usang yg kesepian
Yang saban hari berdoa agar kepulangan anak anak,
Meringankan bukan membebankan
Memudahkan bukan memayahkan
Membawa tawa bukan menambah duka.
Mengubati bukan menyakiti
Pulang menghadiahkan ceria buat ku
Dan seperti selalu membawa bagasi berat berisi
kasih sayang cinta anak menantu dan cucu
buat aku seorang ibu.
Aku ini anak, sentiasa menunggu kepulangan kamu,
kamu dan kamu.....
Anak anak,
Walau di sini bukan istana mahligai menyapu awan.
di sini tetap ada dan sentiasa ada ruang
Untuk mu kembali.

(Musim cuti, tak sabar nak berkumpul ramai2 sekali lagi.)






Thursday, March 15, 2018

Kekasih gelap ku...edisi terkini

Hitam kan?
Sangat sangat hitam.
Hitam la cantik.
Menawan
Gelap
Kalau malam payah nak cari
.
Macam arang
Rentung

Nak bagi nama apa?
Belum boleh decide
Membesar lah dgn sihat wahai kucing hitam.
Doakan aku murah rezeki untuk beri kamu makan.
Beli pasir utk jamban kamu
Ubat ubatan
Mainan
Aku murah rezeki kamu jugak tumpang senang.
Tak gitu kucing?
Kamu tau tak yg kamu ni bernasib baik?
Kalau kucing jalanan nak makan pun payah.
Untungnya kucing jalanan satu jer.
Tak ada sesiapa nak bebel.
Aman sejahtera telinga tu.
Nak jadi kucing jalanan?
Tau tak per.

Wednesday, March 14, 2018

Cuma kek pisang.

Kek pisang seloyang
Baru masak
Belum sempat sejuk
Dah tinggal sikit.
Walau tak sesedap kek pisang chef tersohor
Tetap laku tanpa perlu promosi.
Anak negeri suka.
Raja pun suka.
Makan panas2 walau nak hiris pun payah.
Gigi kepanasan
Mulut menghembus keluar haba
Lidah nak terbakar.
Tak senonoh betul lah!
Cuba sobar
Tunggu sejuk.
Bau kek pisang dari dalam oven dah menggoda.
Duk tunggu bunyi'tinggg' tanda kek dah masak.
TINGGG....!
Nikmatnya bila masak kek pisang.
Mudah, sedap dan tak basi.
Mana nak basi, sewaktu buat N3 ni, kek dah habis.
Anak negeri menternak body!

Tuesday, March 13, 2018

Ahlan wasahlam

Kawan2 datang bertandang.
Terima kasih sudi datang jenguk saya.
Sudi jejak kaki di pondok saya.
Seronok.
Cerita ceriti
Makan makan
Gelak gelak
Gossip? Sikit2.
Posing sakan.
Dulu semua kurus melidi.
Sekarang dah tukar saiz dah.
Perkembangan tubuh badan selari dgn perkembangan usia.
Walau saiz bertukar tapi hati budi kekal macam dulu.
Masih seperti dulu.
Harap2 kekal begitu.
Mokcik lilin..takut cair kena panas, lebih rela posing bwh bayang porch.

Monday, March 12, 2018

Anonynous yang telah mengundang duka di hati saya.

Hai la nyawa,
Hai la badan..
Kita hanya cerita pasal dunia kita pun ada yg nak kecam.
Rupanya ada jugak makcik pakcik bawang kat dunia blog ni.
Apasal la duk kutip fikir pasal dosa pahala saya?
Blog saya ni bukan untuk jadi famous..
Blog merapu meraban suka hati saya jer.
Saya cerita apa yg saya nak cerita.
Nama pun blog saya, suka hati saya la kannnn
Nak ngadu, nak legakan stress.
Kadang tu nak kongsi lawak anak beranak.
Nak hibur hati kerana saya memang suka menulis.
Cara saya, gaya saya.
Nak baca saya persilakan
Nak komen pun boleh tapi biar lah komen membangun.
Kalau rasa tak selesa baca blog saya, jangan baca.
Sikit tak paksa tau.
Bila saya scroll semua N3 saya yang lepas2
Tak ada pulak N3 saya pasal kutuk orang.
Pasal kondem parti mana2 x pernah pun.
Saya juga bukan dalam sgt pasal agama jadi saya tak reti nak ulas dosa pahala orang.
Itu saya mengaku.
Memang saya jahil.
Dan saya ni dah tua, dunia saya tak menarik seperti dunia orang muda.
Dunia saya hanya ada anak menantu cucu, sanak saudara dan teman rapat.
Hobby saya dan kehidupan saya pun biasa biasa saja.
Tak berpangkat besar dan harta pun tak berbukit bukit.
Jadinya...apa kesalahan saya?
Riak? Allah hu Akhbar.
Maaf, saya tak tau tang mana saya riak kerana
Tak ada apa pun kelebihan saya untuk di 'riak'kan.
Sedih saya tau..
Di dada blog ini lah tempat saya hiburkan hati mencari kedamaian hati
tapi di sini pun ada juga orang yg cuba menyuntik duka di hati saya.
Tolong lah jgn buat macam tu....

Sunday, March 11, 2018

Masih belajar jugak, sentiasa ingin belajar.

Dunia sekarang...
Kalau ngaji Quran,
Tok guru tunggu anak murid.
Zaman dulu dulu,
anak murid tunggu tok guru turun le musolla.
Baca la beratus kali sambil tunggu tok guru turun.
Kalau diam tok guru akan intai siapa tak baca surah.
Takut,
Tok guru garang kemain.
Nampak kelibat tok guru, cepat2 fokus mengaji.
Sejuk kaki tangan kalu tok guru panggil ngadap.
Tu belum kena rotan lagi.
Tok guru rotan di lantai papan, bunyi kuat.
Tak kena badan kita pun tapi cukup untuk buat suara ketar2, gigil dlm bacaan.
Saya pantang tok guru keraskan suara.
Berjujuran la air mata.
Bacaan tak dpt diteruskan, tunduk muka rapat ke Quran.
Itu pasal Tok guru sentiasa hati2 dgn saya.
Manja? Bulan manja, penakut amat!
Kalau dapat maju ke surah seterusnya hati happy giler!
Senyiummmmm....
Selesai ngaji, tutup Quran dan rasa ...merdeka!
Merdeka untuk hari ni, esuk datang mengaji lagi.
Darjah 4 saya khatam Quran dan mula belajar tajwid.
Alhamdullilah..
Berkat arwah ayah titik beratkan pasal mengaji ni saya celik AlQuran.
Sedih tengok orang yg usia saya masih merangkak rangkak nak baca ayat lazim.
Tapi mereka yg dlm proses belajar tu jauh lebih baik dari yg sampai ke tua tak belajar.
Sampai ke tua duk hapal lagu hindustan.
Semoga terbuka hati mereka untuk belajar Quran. InsyaAllah.
Saya pun masih dlm proses belajar, byk lagi yg perlu belajar.
Kalau banding dgn kawan2 yg boleh baca berlagu bertaranum, saya rasa amat rendah diri.
Segan sangat...
Opss..kul brapa dah?
Saya nak gi nagji.
Tok Guru duk tunggu tu, baik saya cepat.
Tu pasal la saya kata tadi, zaman sekarang Tok guru tunggu anak murid.
Betul kannnn.

Saturday, March 10, 2018

Masaalah negara

Peti ais penuh.
Sendat.
Bersusun susun bekas berisi baja.
Ya baja utk suburkan body.
Nak buang, rasa boleh simpan lagi sehari dua.
Nak makan, tak termakan.
Nak bagi orang tak selesa pulak, makanan left overs kan.
Segala benda sumbat dlm peti ais.
Ada dalam plastik
Ada dalam bekas kaca pun
Dlm periuk pun ada, main sumbat selagi muat.
When it comes to my fridge,
I am not that organised.
Sekali sekala mengemas peti ais tu memang la,
Tersusun macam iklan tupperware.
Siap ikut warna lagi..well planned, apa nak letak di mana.
Selama mana?
Selagi belum ada jari bukak pintu peti ais.
Selagi belum ada jari nak ambik yg paling belakang.
Selagi belum ada jari yg suka bukak container dah biarkan terbukak.
Kadang2 cantik tersusun separuh hari.
Tu kira dah baik la kalau bertahan selama tu.
Most of the time berhimpit himpit isi kandungan.
Biarlah..rezeki tu.
Alhamdullilah mujur ada makanan.
Tapi yang buat darah saya menggelegak lah,
Pesen tau ambik makan tapi biarkan bekas hampir kosong terpacak dalam peti ais.
Tektik malas basuh bekas.
Kalau habiskan sah kena basuh bekas, kalau tak menanah telinga tadah khutbah mummy.
Maka ditinggalkan juga lah walau sekeping sebesar ibu jari.
Wei, korang ingat mummy tak tau tektik kotor kamu tu?
Tau sangat sebab mummy pun pernah bergelar anak dan duduk bawah sayap mak..
Elehhh...I know what u did bcoz I've done that too...
So jap lagi nak gi kemas peti ais.
Nak hapus kira byk benda yg tersimpan tu.
Hapus kira meaning kenyang la malam ni....
Oran kelate kata ' Pada bazir baik batil'
Tak faham search meaning dlm mr google.

Friday, March 9, 2018

Rasa bertuah.

Buah tangan dari kawan2 yg bercuti di Cameron highland.
Baru jap tadi saya terima.
Suka sangat sangat.
Suka kerana ada yg ingat nak kongsi gembira bercuti.
Alhamdullilah.
Saya sentiasa dapat buah tangan dari mereka yg dekat di hati saya.
Tq Kawan lama
Tq Kawan baru
Tq Adik kakak
Tq anak2
Tq Saudara mara
Tq Worih waroh
Tq Jiran
Tq anak murid/bekas anak murid
Tq tq tq tq
Yang tentunya dari mereka yg ingatkan saya.
Semenjak saya tak boleh kemana mana
Terantai kaki dan tangan.
Mereka ni kesiankan saya agaknya.
Memahami payah saya
Cuba menghiburkan saya.
Saya dapat macam macam.
Semua saya hargai, suka sangat2.
Murah mahal tak kira, keikhlasan tu membuat hati terharu.
Buah tangan dari dalam negeri ke luar negeri ke,
Semua nya buat saya bahagia.
Macam macam saya dapat, yg saya heran nya macam mana mereka tau apa yg saya suka?
Kalau dapat mesti benda yg saya nak.
Hiasan rumah paling banyak.
Fridge magnet 
Perkakas memasak.
Apron
Towels
Pakaian
Telekung
Makanan kegemaran
Pokok bunga
Pets
Alatan berkebun
Brooch
Set dandanan
Gincu
Barangan kaca
Beg
Kasut selipar
Tudung
Buku
Tak dapat nak di senaraikan lah, byk sangat.
Apa yang lebih mengembirakan selain dari rasa masih ada yg sayang?
Terima kasih Tuhan kerana menghadirkan mereka dalam hidup saya.
Kalau nak sebut satu2 nama mereka yg telah mengembirakan saya memang saya tak mampu
Ramai sangat.
Menerima buah tangan adalah kejutan yg manis.
Tak mampu nak ucapkan terima kasih secukupnya
Tapi nak juga ucapkan sekali lagi di sini.
Jutaan terima kasih buat semua yg pernah memberi.
Saya doakan kamu murah rezeki sentiasa.
Tuhan sajalah membalas baik budi semua orang yg memberi.
Sebenarnya kamu tidak tau bagaimana kamu semua telah membuatkan hati saya berbunga bunga.
Ok, nak kongsi buah tangan terkini..

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik itu budi...

Tidor, tak tidor.

Tidor

Tak tido

Tido

Dua2 tak tido

Tido.


Thursday, March 8, 2018

Satu satunya cucu perempuan saya.

Cucu,
Sanggup kah kamu memimpin tangan ku bila mana aku memerlukan pimpinan dari mu.
Membawa ku ke balkoni melihat warna pelangi
Atau memimpin ku ke bilik air, memandikan ku, menyikat rambut ku dan memakaikan ku bedak, sanggup kah kamu cucu ku?
Cucu.
Boleh kah kamu bantu aku berwudhuk?
Menyapu muka ku dan membasuh kedua kaki ku?
Boleh kah kamu sarungkan telekung menutupi aurat ku sewaktu aku mau mengadap Dia yg memanjangkan usia ku..
Cucu, laratkah kamu mendengar hikayat yg sama yg aku ulang tayang setiap pagi dan petang. Tidak akan jemu kah kamu?
Cerita2 basi sejarah mak ayah kamu itu ku dendangkan di telinga mu  berulang ulang kali?
Dan sanggup kah kamu menjawap soalan2 sama yg aku tanya lagi dan lagi sedangkan jawapan nya adalah serupa..tidak bosan kah kamu nanti?
Sanggup kah kamu?
Cucu,
Bila sampai waktunya aku sudah tidak tau bezakan subuh atau senja,
Bila tilam menjadi dunia.
Bila makan ku bersuap
Dan tidur ku sekejap sekejap,
asyik memanggil mangil mu,
Bergantung harap.
Bila usia ku kembali menjadi bayi.
Sanggup kah kamu?
Cucu,
Sanggup kah kamu melayan kerenah ku?
Aku ini kalau boleh tidak mau menyusahkan siapa siapa,
Namun baki usia hanya Tuhan yg tau..
Sekiranya destinasi terakhir masih jauh,
Aku sangat bimbang..
Mana tau aku mungkin terpaksa tua dan menyusahkan.
Seperti Quran buruk yg rabak, yg sudah tidak cukup mukasurat,
Berdebu di atas almari..
Di simpan hanya kerana rasa bersalah untuk dibuang.
Di letak tinggi hanya kerana kehendak alam
Sedangkan entah berapa kali terlintas di hati
Alangkah baik nya kalau tidak perlu dipamer lagi.
Cucu,
Manis sekali kamu, mirip wajah ibu mu.
Halus mulus kulit mu.
Comel keletah mu menghiburkan kami semua.
Semoga kamu membesar sebaga insan yg tulus hati nya
Eluk budi pekerti nya
Santun tutur bicara
Solehah dan tebal iman nya.
Alisha,
Nenek sayang kamu..
Sentiasalah jadi anak yg menyejukkan hati orang tua.
Menjadi cucu kesayangan nenda.

Wednesday, March 7, 2018

Lain kali anak kunci jgn hilangkan, kan dah jadi masaalah negara dah..

Dari kelmarin pintu tandas ni terkunci dari dalam.
Entah siapa tertekan punat di tombol pintu tanpa melepaskan nya kembali sewaktu nak keluar.
Bila terkunci tandas, tak ada masaalah, boleh guna tandas lain.
Cuma masaalahnya, laluan ke bilik solat pun ikut terkunci.
Betul, boleh jer solat dalam bilik masing2, that is not the main problem here.
Hadoi..susah nak jelaskan nih,but I am trying my best ok.
Ok ,ok, cam ni, tandas ni menghubungkan antara rumah ibu dgn bilik solat.
Bilik solat pula sebahagian nya (bahagian belakang) di jadikan tempat menggosok pakaian dan tempat menyimpan segala bantal, comforter dan segala mak nenek benda yg jarang2 diguna.
Haa...tu la masaalah sebenar nya,tu pasal la kalut!
Bila tandas terkunci, nak ke ruang menggosok baju kerja dah tak boleh.
Betul lah saya dah x kerja tapi tu , orang sebelah saya tu tak kan nak gi kerja pakai baju seluar x bergosok.
Nak ambil bantal spare, comforter spare bila ada tamu x boleh.
Nak ambik baju yg dah digosok dan digantung di rak pun tak boleh.
Tandas terkunci tu tak penting, tak leh guna ni bilik ni yg jadi masaalah besar nya.
Jadinya...
Hari ni, segala usaha dibuat.
All the king's horses and all the king's men kata mat salleh.
Saya dah cuba,suami cuba, anak menantu cuba, adik beradik cuba, helper cuba, tukang cat cuba,jiran cuba, tokey kedai buku cuba, kira habis sepelusuk dunia bantuan di terima.
Tak jadi jugak!
Last panggil tukang kunci.
Taraaaa.....sekelip mata dah siap bukak seluas luasnya.
Phewww! Lega.
Tu lah, dari awal nak call tukang kunci semua orang ada teknik sendiri yg nak dicuba pakai....wasted time, wasted energy and wasted my air liur duk membebel.
Awak perasan tak?
Kalau tuan rumah x ada kunci punya la payah nak buka pintu...
Kalu pencuri?
Tak yah guna kunci pun boleh, senang2 jer...
Sepatutnya panggil pencuri jer urus pintu tu..mesti sekelip mata settle kannn..
Bad idea.

Tuesday, March 6, 2018

Hasil dari menyusuri jalan kenangan, ni yg saya dapat.

Hidup dah 57 tahun tapi rasa macam sia sia saja.
Selama hidup tak ada apa yg dapat saya capai.
Tak ada apa yg dapat saya banggakan.
Good for nothing me!
Sungguh, kalau saya perhatikan orang lain..
Banyak nya kejayaan mereka dalam hidup.
Ada yg sekali sekala berjaya.
Ada yg sentiasa berjaya.
Saya? Sentiasa gagal.
Betul lah Tuhan tidak mengubah nasib kita, kita yang ubah..
Kita yg buat pilihan
Agaknya saya tersalah pilih lorong yg perlu saya tempuh.
Tu pasal la segalanya tercicir ditengah jalan.
Bukan tak bersyukur, saya sekadar duk imbau apa yg dah saya lalui.
Banyak sungguh kekecewaan saya.
Banyak kali tersungkur.
Orang yg tak tau jangan mudah nak kecam ya.
Orang di sekeliling saya saja yg tau pahit getir hidup saya.
Tengok luaran memang la tidak ada yg kurang.
Tapi soal hati, soal perasaan memang amat melukakan.
Kalau nak buat novel, tebalnya kalah kamus dewan bahasa pustaka.
Kalau nak buat cerita wayang, 4 hari 4 malam pun tak habis.
Cukup la saya katakan, kalau diberi peluang untuk hidup sekali lagi,
saya tak nak dah jadi saya.
Saya nak jadi batu sungai.
Sejuk kaku tanpa hati, tanpa perasaan.
Diam bungkam tidak melukakan
dan tidak di lukakan.

Monday, March 5, 2018

Keperluan mendahului kehendak.

Ada yang saya nak miliki tapi sampai sekarang saya masih tak berpeluang untuk memiliki.
Ada makanan yang saya nak makan tapi belum dapat rasa di lidah lagi.
Ada benda yg saya nak sangat beli tapi belum terbeli lagi.
Ada perkara yang nak saya selesaikan tapi masa belum mengizinkan ia selesai lagi.
Ada orang yang nak sangat saya jumpa tapi dia entah di mana.
Ada niat yang sepatutnya dah terkabul tapi terpaksa didiamkan dulu buat masa ni.
Ada sesuatu yg saya nak sgt tengok tapi tak sempat nak saksikan lagi.
Ada rahsia ya saya nak sangat hebahkan tapi bukan masa nya lagi.
Ada kata2 yg perlu saya ucapkan tapi lebih baik saya diamkan sahaja buat masa ni.
Ada kesal yg bersarang di hati...
Kesal dan kadang2 tu pasrah juga.
Nak buat macam mana,
tak ada siapa pun yang tahu yg terbuku di hati.
Usahkan orang lain, diri saya sendiri pun tak terlayan kehendak hati yang tersembunyi.
Adakah kerana keperluan orang lain lebih penting dari kehendak diri sendiri?
Begitulah nampak nya...
Kehendak hati selamanya tertanam dalam hati.
Bawa bersama nafas terakhir nanti.
Berkubur bersama jasad.
Menunggu mati.
Sampai mati pun kehendak tidak akan kesampaian.
Keperluan orang lain saya sentiasa cuba penuhi
Kehendak saya tidak ada siapa yg yg ambik peduli.
Sabar lah wahai hati.....


Awal betul kau datang...

Jap jap japppp...
Dah nak subuh ni tapi perlu share sikit jer lagi.
Kucing siapa pagi buta ni dah tunggu depan pintu dapur saya ni?
Terbalikkan tong sampah saya?
Kencing di penyapu saya?
Kucing siapa a?
Wei kucing, siapa tuan kamu?
Kucing haiwan yg cerdik, tapi tuan nya yg bodo.
Bela kucing lepas bebas merata..
Hati hati..
Kang saya tangkap kucing ni kurung dlm sangkar saya.
Jadi hak milik saya.
Boleh macam tu?
Rela ke wahai tuan kucing?
Pagi2 buta dah perang dgn kucing orang.

Sebelum subuh

Maja membutang dari kul 3 tadi lagi ni.
Kepala dah puas asah bantal,dah panas bantal.
Baik saya bangun jer.
Cari aktiviti di waktu org lain melayan mimpi.
Lambat nya subuhhhh....
Setiap sudut rumah dah siap saya kemas.
Bukak tv pun bukan ada cerita menarik.
Ngadap quran dah habis satu juzuk .
Tahajjud pun dah.
Belum subuh gak lagi
Nak buat apa ah?
Kemas kini blog lah.
Tapi otak buntu, tak ada idea nak tulis.
Sambung tidur?
Ish, dah nak subuh ni..
Mesin basuh dah siap tugas dia, dah bunyi muzik tanda
 boleh keluarkan pakaian yg dah di cuci.
Gelap lagi kat luar tu, biar dulu.
The only thing to do now is ...BUKAK PETI AIS
Haaa...kannnnn.....
Ok, kita clear the fridge dulu.
Senang jer...tak membazir langsung!
Ok microwave, next is your task.
Panaskan leftovers and.....
Lets eat.
Jamu selera sorang2 sementara tunggu subuh.
Lalalalalala......
Wei, bukan ke awak tu kena jaga makan, kena diet?
SHUT UP!!!!!!!


Saturday, March 3, 2018

Good news

Hari ni mereka dah ok sikit.
Saya rasa lar.
Mayb marah itu sudah reda.
Mujurlah tidak jadi isu yg berpanjangan.
Sikit2 ribut taufan tu biasa lah kan.
Lega hati tua saya ni.
Kelmarin saya sgt2 risau.
Orang muda darah muda cepat menggelegak.
Tapi tak salahkan dia, memang siapa pun di tempat dia akan melenting.
Nasib baik pandai pujuk yer..Tahniah!
Alhamdullilah, sikit jer Tuhan uji hati tu.
Dah la tu anak anak....
Buang yg keruh ambil yg jernih.
Banyak lagi benda lebih penting perlu difikir.
Banyak!
Nak undi siapa pilihan raya nanti pun perlu di fikir juga
Kamu jgn tak tau,
Tudung artis yg bikin sohor satu msia tu dah sold out waktu kamu sibuk duk perang dunia ke3.
Yang masih begitu hanya lah pondan tu,
 masih lagi duk ngaku 'kita pompuan laa'
Tengok, byk benda kamu miss...
Dah naik pening pening mummy duk fikir pasal kamu, tu belum kira pening bila baca segala komen pasal benda viral di media sosial.
Tu satu hal...
Ni pun satu hal yg hari2 kena fikir.
Nak masak apa hari ni..
Jenuh otak adjust menu.
Kamu budak2 ni tak kesian kan mummy tau!
Serabut mummy laaa...
Ok ok...Syukurlah segalanya dah baik baik belaka.
Mummy pun tak payah jadi burung hantu berjaga malam dek kerana duk pikir pasal kamu.
Esuk mummy dah boleh pikir pasal kucing mana nak kena bawak gi vet.
Pasal burung yg kematian pasangan.
Pasal pokok kacang yg kurus keding tak cukup baja
Back to normal.
Alhamdullilah..Syukur.
Tuhan menduga kita sesuai dgn kemampuan kita.




Friday, March 2, 2018

Saya doakan dia kuat 11

Sesuatu yang berlaku itu
Punya sebab.
Kadang2 kita tau
Kadang2 Tuhan sembunyikan
Biarlah apa jua sebab nya,
Kita cuba untuk hadapinya
Cuba untuk kuat
Rasional
Matang
Ubat hati kita dengan memaafkan.
Mengalah itu kemenangan.
Tidak kira lah silap nya dimana, salah nya siapa
Yang dah terjadi jangan berulang
Belajar dari kesilapan
Jangan seluk pekasam kalau tidak mau busuk jari tangan.
Jangan ukur lautan kalau galah tidak cukup panjang
Hati ibarat kertas.
Dah di gumpal tidak mungkin pulang asal.
Tidak apa lah kalau kertas ada kesan garisan.
Kerana garisan itu lah tanda ingatan.
Sudah sudah lah...
Jangan garisan itu menjadi koyak yg tak mampu di tampal.
Tidak ada jaminan hubungan sesama manusia akan kekal.
Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Kita hanya merancang, Dia yg menentukan.
Kita doakan yang baik baik.
Hari ini kita susah hati mana tau esuk
Tuhan ganti susah dengan senang.
Jangan menangis.
Segalanya akan kembali tenang.
Ini hanyalah satu episod luka dalam drama kehidupan.

Thursday, March 1, 2018

Saya doakan dia kuat.

Bila dengar dia berendam air mata, hati ku pecah.
Ketawa sudah surut dari bibir manis itu.
Suram mata nya yang tidak merindui lena.
Jangan terus dijeruk perasaan mu sayang
Tuhan ada,
kita mohon agar segalanya hanya sementara
Bertabahlah hadapi musim luka ini
Kuatlah, cekal lah..
Sememangnya aku hanya mampu menjadi bahu,
Cuba memikul duka mu
Apa daya ku selain dari meminjamkan telinga
Sabar lah anak,
Dugaan ini dari Dia..
Merintih lah di ribaan Dia
Dia lebih tau yg terbaik buat mu.
Aku ini duhai anak,
dari malam tadi,
sebaik mendengar berita airmata mu..
Sebak ku menjadi jadi.
Remuk di hati ku menjelma kembali
Aku pernah melalui lorong berduri itu.
Pernah tersungkur seperti mu
Tapi aku bangkit kembali dan melangkah ke depan semula.
Memaafkan bukan melupakan.
Memaafkan demi ketenangan hati sendiri.
Memaafkan kerana kita insan biasa
Sentiasa ada khilaf nya.

Tuhan ku,
Aku menyusun jari sepuluh memohon limpah kurnia Mu.
Padamkan lah segala resah di hati wanita ini
Kembalikan ceria di wajah nya
Semoga segala ribut dan mendung cuaca mengundang
hadir nya pelangi yg bercahaya...
InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...