Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, July 22, 2013

Semangat dari Iyaad.

Iyaad.
Iyaad ni sebijik macam mummy dia.
Dahi dia, mulut dia...
Kalau tengok Iyaad, dah boleh agak Ja ni mummy dia.
hari hari Iyaad datang jumpa mummy.
lepas Zohor, Mak mertua Ja datang bawak Iyaad.
Iyaad di letakkan di sebelah Ja.
Iyaad tidur di atas bantal Ja.
Kalau Iyaad tak tidor, Iyaad kuis2 pipi mummy.
Suara Iyaad buat Ja bernafas kencang.
Kadang2 Ja pusing kepala macam mencari2 arah suara anaknya.
Iyaad tak tau apa2.
Dia tak tau pun yg di sebelah dia tu mummy dia.
Ja tau tak anak Ja yg kat sebelah Ja tu?
Tau kan....
Semalam ramai yg ada di birai katil Ja.
Iyaad duk terlentang sebelah kepala Ja.
Iyaad nangis nak susu. Kuis2 kepala Ja
Ja macam menghela nafas panjang
Berombak dada...
Naluri ibu agak nya.
Naluri ibu2 yg berdiri di tepi katil ja turut tersentuh.
Merah hidung kami semua
Merah mata kami tahan tangisan.
Belas hati kami tengok penanggungan Ja.
Cepat lah Ja bangun pangku anak.
Cepat lah.....


12 comments:

Irfa said...

BANGUN LAH JA..
BANGUN UTK IYAAD DAN SEMUA YG SAYANG PADA JA

Anonymous said...

Assalamualaikum Pn Hani,
sangat sebak bila baca n3 di blog ni..especially hari ni bila baca anniversary wish menantu Puan di FB Ja. I hv been following your blog for years now, and we did exchange a few comments before, Hj Saipuddin is my ex-boss. Since day 1, i hv been following Ja's condition..been asking my doctor friends in HUSM n HRPZ..hari2 tgk FB Ja kut2 ada info baru, lega bila puan update blog semula. Teringin sungguh nak ziarah..tp tell u the truth i dont know what to say to you..saya berdoa dr jauh (walaupun tak jauh) semiga dipermudahkan segala urusan keluarga Puan..
Saliza

indah-chan said...

sungguh indah hubungan itu.. bangun pja. rangkullah anakmu itu..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Semoga semangat Iyad mampu membangunkan Ja

Anonymous said...

bam bam nyo iyaad. nok kekoh pipi bulih? hehe.. ja bangun lah tgk iyaad.

Ros said...

pilunya....
moga Allah mempermudahkan..

Anonymous said...

Comei...tembam sgt..Alhamdulillah..xtrungkap iktan ibu n anknya..Jaa bgnlaaa tgok Iyaad n Imaad betapa rindukan pelukan seorang ibu!Allah bantulah hambamu Ya Allah..kasihanilaa Jaa..kasihanilaa kami..betapa kami mhrap mnunggu Jaa kembali spt dlu..doa kami xpenah putus..Amin

Anonymous said...

iyaad comel sgt..bam bam la beby ni..geram. semoga mummy iyaad cpt sembuh.amin

Anonymous said...

kuat ye sume..huhuk

Anonymous said...

Imaad dan iyaad, saya doakan kedua2 anak ini menjadi anak2 yang soleh. Yang sentiasa mendoakan kedua2 ibu bapa mereka. Comelnye iyaad. Dua2 sebaya dengan anak2 saya. Saya doakan yg baik2 shj utk mereka.

Anonymous said...

Kak ..sy dah bertahun jadi silent reader blog akak..hari saban hari tertanya2 cerita anak akak ne maksud sy asal kejadian bagaimana..rasa ingin tau sangat2..boleh tak akak cerita awal hal ne terjadi..bukan bmaksud mnambah luka..sy tau rasa naluri akak sabagai ibu kerna sy juga ibu kak..setiap x baca blog akak akhir2ne pasti airmata sy mgalir tnpa dpinta..doa sy sentiasa utk kluarga akak tutama utk ja..mawar..maaf kak sy kai anon krna sy tak ada acc

nurie said...

Tembamnya pipi..
Semoga iyaad dpt rasai pelukan kasih ibu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...