Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, December 31, 2012

percubaan kedua buat N3 di hari terakhir 2012.

Tadi update blog dengan N3 menggunakan emosi.
Tak patuttt....Tak patutttt..
Kalau yg dah baca yg tadi buat2 tak baca lah yer.
Merapu aja tu...hujan2 ni otak basah sikit maka jadi lah camtu.
Ni N3 yg lebih berhemah, hopefully.
3 jam lebih lagi nak tahun baru.
Orang muda2 berpesta sakan malam ni.
Kita orang yg merasa diri dah tua ni tak sambut tahun baru pun tak apa.
Tak ada apa pun lain nya esuk dengan hari ni.
Cukup lah dengan bersyukur usia masih ada untuk kita tambah amalan.
Niat tu tak nak lh tambah dosa tapi mana tau kannn....
Saya harap esuk saya lebih baik dari hari ini.
Itu saja.
Pasang azam hebat2 pun tak guna kalau tak leh capai.
Ukur baju di badan sendiri lah.
Berazam nak muda kembali? Tak ingat mati nih!.
Berazam nak cantik, Sah mustahil.Tambah kedut ada.
Berazam nak kurus? Hadoiii....kurus tak, makin berisi yer.
Berazam nak jadi baik? Kan dah baik dah punnnnn...
Baik hati, jujur, ikhlas dan sebagainya lagik.
Kan? Kan? Kan?
Sepatutnya saya berazam nak kurangkan masuk bakul angkat sendiri.
Tak muat bakul dah wei....

tak mahu ke tahun baru, nak berhenti di sini saja.

Hari ni hari penutup.
Selamat tinggal penat lelah ku.
Ku kikis segala duka semalam dari terus bergantungan
Bisakah aku berbuat begitu?
Boleh kah?
Mampu kah?

Atau mungkin kah,
ada duka baru akan hinggap.
Seperti selalu,
aku lah yang seringkali di duga tanpa henti.
Terumbang ambing di lautan payah.
mencuba untuk kelihatan gagah
memujuk diri untuk sentiasa tabah.
Pasrah.

Esuk,
Bila melangkah ke tahun baru
yang ku harapkan dari mu Tuhan,
Titipkanlah khabar yg bahagia buat ku..
ringankanlah beban yg ku kendong ini.
Leraikan lah resah yang membelit jiwa.
Tenangkan lah ribut di hati
Kalau pun ujian bagi ku masih banyak menanti,
Berikan lah kesabaran yg mencukupi buat ku.

Aku ini, Tuhan,
Kadang kadang merasa seakan
hak untuk bahagia,
sudah tidak ada.

Sunday, December 30, 2012

Assalamualaikum apa khabar....

Assalamualaikum,
Dah seminggu rupanya saya tak hinggap di sini
Lama tu, tak pernah2 selama ni saya tidak update N3.

Masaalah teknikal.
Line tenet meragam di musim tengkujuh
Tuan tanah pun meragam jugak, saja tak nak ngaku.
Bukan budak kecik saja pandai meragam,
nenek tua pun reti.
Saya expert bab meragam ni.
Tau tak per.
Hari ni tak ada cerita nak di kongsi.
Sekadar nak tunjuk muka kat sini saja.
Sekadar nak let u all know that I am still alive.
Saya masih bernafas lagi tau.
Alhamdullilah, masih sihat walau usia makin bertambah.
Selamat Menymbut Tahun Baru buat semua yg singgah di sini.
Ada azam baru ke tidak?
Saya nak recycle azam tahun lepas saya saja.
Azam tu masih kekal di peringkat azam.
Tu lah selalunya.



Sunday, December 23, 2012

N3 Musim Banjir

Dia ni pelik sikit.
Di musim panas dia berselimut.
Di musim sejuk dia terdedah.
Dedah pun tak seksi sebab badan besar.
Dia ni juga 10 bulan dalam setahun makan gaji buta.
Nak buat macam mana dah tidor aja kerja nya.
Dia hanya berkhidmat lebih kurang 2 bulan sepanjang tahun.
Tapi jangan tak tau,
 2 bulan tu,
Dia kerja lebih masa.
Tak berhenti rehat pun.
Pagi kerja malam kerja.
Tercunggap cunggap.
Yang tak tahan nya,
dia kuat makan.
Sekali dia ngap letrik, bercupak!
Tengok lah bila bil sampai nanti.
Mujur lah dia ni pandai pulak berpakat dgn Si Aircon.
Sewaktu dia kuat makan,
Si Aircon pulak berpuasa.
Si Aircon ni memang rajin puasa di akhir tahun.
Sebagaimana rajin nya Si Dia ni kerja di akhir tahun jugak.
Hari ni hujan masih lebat di luar.
Makluk bawah bumbung saya ni pun satu hal.
Makin kuat hujan makin suka tukar pakaian.
Kesian Si Dia ni...
Selamat bekerja lah Wahai 'Mesin Dryer' ku.
Bakti mu amat ku perlukan.




 

Saturday, December 22, 2012

Aktiviti musim hujan


Di luar hujan takpa,
kita berkhemah dalam rumah.

Cepat bawa masuk harta benda yg berkaitan.
Ada siapa2 nak tumpang masuk tak ni?
Dah.
Best nya tido dalam khemah.

Friday, December 21, 2012

Puisi 'Kaya Lemak' buat yg sewaktu dengan ku..

Musim hujan musim menternak lemak.
Membiak subur.
Baja subsidi dari teman2,
dari saudara yg tersayang,
dari Pasar2 berdekatan
dan dari peniaga di tepi2 jalan,
Tak cukup itu, Supermarket di serbu.
Fast Food,Home delivery.
McD, Pizza Douts dan KFC
Pusat biak di depan TV.
Meja makan menjadi saksi.
Ubi rebus cicah sambal tumis pedas2 manis,
Pisang goreng dan Tapai goreng berasap,
Laksa asam dan laksa lemak.
Nasi lemak ayam berempah.
Spaggeti, lasagna dan western food pun sedap.
Nikmat di mulut, buncit di perut.
Makan panas2..Hirup kopi atau ' Milo Tabur'
rintik hujan berganti lebat.
Irama banjir di telinga
Sejuk membekukan segala lemak.
Aduhhh...Sedap sungguh berlingkar dalam selimut.
Jauhkan mesin timbang dari pandangan ku.
Aku tidak mau,
bacaan2 itu mengganggu proses penternakan.
Penternak jaya adalah aku.
Dan KAMU..Tapi,
Kamu saja tak nak ngaku...
Muahahahaha.....

Pensil sebatang melakar harapan.

Mahal.
Mahal pun nak buat macam mana.
Kena beli jugak.
Nak buka sekolah sama dengan nak raya
Duit macam air paip, mencurah keluar.
Orang tak ada anak yg bersekolah tak tau.
Orang yg tak beli peralatan sekolah seronok lah, boleh simpan duit... yer ke boleh simpan?
Ni ada dua makhluk Allah yg masih bersekolah.
Nasib baik 2 aje.
Tapi kalau 6, 6 kali ganda lah perbelanjaan.
.Anak,
duit boleh di cari.
Yang penting belajar rajin rajin.
Tu yg semua mak2 dan bapak2 nak tgok.
Berhabis untuk keperluan kamu menuntut ilmu tak apa, kami redha.
Usaha kamu pun biar lah berbaloi...
Bayar kos persekolahan yg di keluarkan dengan belajar rajin2.
Ganti penat lelah kami dengan kejayaan
Ingat tu anak,
Segalanya adalah pelaburan masa depan kamu.
Semoga Tuhan memberkati mu.



Thursday, December 20, 2012

Dah jelas?

Sedap lah awak cakap,
tak ada bibik pun awak boleh urus segalanya.
Dik, saya ni dulu pun tak ada bibik.
Kerja rumah tetap beres.
Tapi sekarang ni memang saya perlukan bibik.
Selain dari usia saya yg menghalang saya dari over aktif,
kerja rumah saya jauh lebih byk dari awak tau..
Memang tak larat nak buat sorang sorang.
Tak caya?
Awak rasa awak pun byk kerja yer.
Mari kita banding kerja nak?
Ok ni saya senaraikan kerja saya.
Kalau awak rasa awak boleh buat sorang2 memang akak tabik lah.
Ok, Ni senarainya.
-2 buah rumah untuk di urus (satu rumah yg di huni dan satu rumah hujung minggu)
-2 laman untuk di trim rumputnya,pokok hiasan nya dan dijaga rapi
-2 kolam hiasan dan kolam ikan untuk di beri makan dan di rawat airnya.
-4 ruang tamu dan ruang keluarga, 8 sliding doors yg perlu di lap dan
perabot perlu di nyah debu. 
-10 bilik tidur untuk di tukar cadar dan di mop/vacuum.
-6 bilik air untuk disental
-4 ruang dapur untuk di susun atur peralatan
-1 kandang kucing besar bagi sekeluarga kucing.Satu lagi dlm pembinaan.
-Kenderaan bertayar 4 ada setengah dozen  perlu di cuci selang sehari.
-Memasak untuk keluarga yg besar dan sering ada tetamu
-Mendobi tu tak yah cerita sbb mesin yg buat.Setakat jemur dan lipat tu tak de masaalah.
Maaf, jgn salah anggap. Saya bukan nak bilang asset tapi saya geram jugak bila ada yg tak faham.
Mereka ingat ada baby saja perlu ada bibik.
Mereka asyik bertanya saya kenapa pakai bibik.
Mereka siapsindir2 saya lagi
Salah ke saya pakai bibik?
Bukan hamba sahaya, saya bayar gaji.
Mereka tak tau,
Saya ni bukan suri rumah tangga sepenuh masa, saya juga kuli gomen.
Masa terhad
Tanggung jawap banyak.
Selain tu,
keluarga saya suka melancong dan selalu tinggalkan rumah.
Kalau tak ada bibik siapa nak jaga rumah saya sepanjang ketiadaan saya tu?
Sebab yg terakhir ni bagi saya amat penting.
Hospital menjadi rumah kedua saya kerana ada ahli keluarga yg uzur.
Sewaktu saya terpaksa bermalam dan berkampung di hospital(kadang tu sampai berminggu)
Siapa yg akan urus anak2 saya? kucing2 saya? rumah tangga saya?
Kalau awak sanggup tolong urus boleh lah awak cakap yang saya ni tak perlukan Bibik.
Astaqfirullahhhh....Mulut tak de insyuran macam tu lah.
Eh, tak pasal2 saya naik hangin ni naper yer..
bukan dia yg bayar gaji bibik saya pun.
Sedap mulut dia jer ngata orang.
Tak, saya tak marah...
Esuk datang lah, tolong saya cuci kandang Rimau.kucing tu.

Kita yg bertuah.

Nak makan apa hari ni?
Celik mata di pagi hari ini lah soalan pertama yg hinggap di benak fikiran.
Nak jamu ahli keluarga makan apa?
Kerana kita dilahirkan di bumi bertuah ini maka
hanya ini yg menjadi tanda tanya.
Nak beli ke nak masak..
Kalau beli nak beli kat kedai mana
kalau masak nak masak menu apa
 Tu, penduduk Gaza tu...
Boleh sedut nafas ke tidak hari ni belum tentu
Ahli keluarga selamat tak?
Yang sakit ada ubat tak?
Yang mati ke yang hidup lebih merana di bumi itu.
Hanya Tuhan yg tau azab sengsara mereka.
Kita bersimpati juga,
tapi time makan kita makan besar
Time tidur kita tidur lena
Dapat bercuti, dapat berlibur, dapat berhibur.
Dapat senyum.
Dapat tengok anak2 senyum.


Alhamdullilah, kita di lahirkan di sini.
Celik mata, hujan atau panas,
Rezeki tetap melimpah.
Cukup.
Jangan pandai2 nak nafikan.
Kalau rasa masih tak bahagia di sini,
pindah jer duk kat tempat lain.
Ada yg asyik merungut saja
Tak reti nak bersyukur.
Ikutkan nak komplen, tak habis habis.
Ko larat, ko komplen la...
Saya ok jer.....



Wednesday, December 19, 2012

La la la lalaaaaaa..........Senang nya dalam hati.

Nak beli ni , nak beli tu
Nak beli ni, nak beli tu
Nak beli ni nak beli tu.
Haiya, dah dapat bonus ni banyak pula yg nak di beli
Senarai berjela.
Tok Jib, Tahun depan tok sah bagi bonus lagi lah.
Susah hati lah saya,
lagi banyak bonus lagi panjang senarai saya ni...
Heheheheheeee......................

Tuesday, December 18, 2012

Tak perlu mengejar pelangi

Orang kata,
setiap kali lepas hujan hadir lah pelangi.
Ye ke?
Ni baru lepas hujan,
tak de pelangi pun.
Tak de pun.
Dah lama duk tunggu kehadiran pelangi.
Tunggu dan menunggu.
Bila nak ada pelangi nih?
Hujan, ribut petir dan hujan lagi.
Pelangi tak muncul2
Tak nak tunggu lagi lah.
Harapan berkecai menjadi debu.

Hidup ini amat payah.
Mati pun belum tentu mudah.
Pasrah dan redha
hadapi segalanya seadanya

Pertunjukkan tanpa pentas.

Dah 40 tahun agaknya saya tak 'melompat'
Terlompat atau meloncat.
Rugi betul sesiapa tak tengok saya semalam.
Semalam saya terloncat loncat tanpa di suruh.
Haaa...Persembahan dengan penonton yg minima.
Persembahan tak bertiket.
Sempena apa?
Sempena kuali dan roti tu lah.
Aduh du du du du duuu......
Macam ni,
saya nak goreng roti yg saya dah siap uli tu.
entah macam mana bila dah nak siap menggoreng,
letak roti terakhir dalam minyak,
merencik minyak panas tu kat lengan.
Sakit woiiii.....Panas menggigit.
Maka terloncat loncat lah saya secara sukarela.
Nasib baik ada doktor dalam rumah.
Tapi dah bagi First Aid pun pedih panas tetap terasa lagi.
Tak tau nak buat apa..
Sambung loncat lah.
Meloncat dan lagi dan lagi
Astaqfirrullah, macam budak kecik.
Tak kira, bukan orang lain ada menonton pun.
Siapa pernah kena minyak panas tau lah rasa nya.
Hari ni lengan saya dah berbatek batek kemerahan dah.
Merah dan akan jadi kehitaman nanti.
Kulit tak menggelembung sebab doktor cepat rawat.
Alhamdullilah, terima kasih lah Dr Saidatul.
Semoga Tuhan sentiasa memberkati anak ku ini.
Terima kasih juga kepada dua orang 'Saidatul' yg lain nya kerana tolong jadi penonton yg ketakutan.
Maklumlah, tak pernah tengok mummy terloncat loncat begitu kannn..
Ok, jom kita makan roti goreng..
Haah?
Dah habis?
Aiyalaaaaa......Esuk uli roti lagi lah nampak nya.

Monday, December 17, 2012

Bukan musim ribut petir ni.

Hari ni hujan lagi.
Esuk pun mungkin terus hujan.
Musim tengkujuh di pantai timur ni biasa lah.
Saya suka hujan tapi takutkan petir.
Dari zaman kanak2 lagi saya pantang bunyi guruh akan berlarilah menyorok.
Guruh dah kalut, kalau petir memang menangis nangis lah.
Kalau petir berdetum, bawah selimut lah saya.
Sekarang pun masih takutkan petir.
Cuma tak tahap menangis dah.
Bila kilat meyambar, macam otomatik, rasa nak menyorok.
Tak leh salahkan anak2 kalau mereka takut petir sbb mak mereka macam tu jugak.
Kalau tak wajib, saya tak kan keluar rumah bila ribut petir.
Kalau dah kat luar rumah saya tak kan balik selagi petir tak reda.
Petir di tengah malam lebih menakutkan.
Tak leh bukak mata, tangan menutup telinga dan mulut terkumat kamit baca doa.
Takut.
Tu baru petir di dunia.
Belum azab di neraka lagi.
Tuhan, aku tak layak untuk ke syurga mu tapi aku tak sanggup untuk ke neraka mu..
Tak sanggup sungguh....

Sunday, December 16, 2012

Lawak terbaik tahun 2012

"U nampak kurus sikit laa.........."
Hahahahahaaaa.....
Wakahkahkahkahhh....

TQ..Terperasan kurus kekejap.
That is the best statement of the year.
Tapi pedih juga pipi bila ditampar realiti.
Huhuhuhuhuuu........................!

Tunggu lah, bila saya kurus macam model nanti,
saya nak tayang foto saya kat sini banyak banyak.
Bila nak kurus tu?
Tomorrow.
My diets starts tomorrow.
Thats what I said yesterday.
Thats what I've been saying for the past 10 years.

Sabo jer lah Cikgu Hani kannnnnnn...

Saturday, December 15, 2012

Bukak kotak komen ada jer hamba allah ni..

Siapa kah yang selalu singgah dan menyapa saya dengan tidak memperkenalkan diri?
ANONYMOUS
Heran jugak.
Ni mesti orang yg mengenali saya.
Atau mungkin saya tak mengenali dia
Atau mungkin orang yg tidak mempunyai blog tapi suka lawat blog.
Atau orang yg sengaja tak nak saya tau siapa dia sebenarnya. Menyamar.
Atau orang yg kerjanya Spy Menyepai.
Atau apa apa lah.
Saya tak kisah, dah awak tak nak perkenalkan diri saya nak buat macam mana.
Singgahlah dan tinggalkanlah jejak, saya tetap hargai nya.
Janji jangan komen yg tidak mendapat kelulusan Finas cukup.
Biar sesuai untuk tayangan gitu.
Ada juga yg singgah untuk promosi segala jenis bisniz.
Ini saya tak suka.
Saya bukan kaki bisniz, kalau nak niaga saya dah lama jadi bisnizwoman.
Maaf yer.
Tapi kalau nak suruh saya buat lawatan balas tak apa.
Tak suruh pun saya akan membalas lawatan, dah hobby macam tu.
Ada masa saya akan lawat samaada secara senyap atau meninggalkan kesan.
TQ ebribodih.
May God bless Uols..........

Friday, December 14, 2012

Akta berpakaian kena ubah di musim hujan.

Hujan dari marin tak reda lagi.
Yang paling tak best bila tengok bakul kain yg perlu di cuci sarat.
Nak cuci pun yg semalam belum kering di ampaian.
Betul lah tak payah lipat kain baju sehari dua ni,
tapi bila kering semua yg kat ampaian tu,
berbukit lah kerja tertunggak.
Kain baju ni pun satu hal lah.
Dah pakai nak kena cuci
dari cuci nak kena jemur.
Dah jemur nak kena angkat
dah angkat nak kena lipat
dah lipat nak kena masuk almari
Yang saya geram nya, kalau nak pakai baju,
rakyat jelata saya ni mesti nak ambik yg dah tersusun dlm almari
Tak boleh ke pakai yg baru di lipat tu..
Gilir yg sama setiap hari, tak boleh?
Kan duk rumah saja ni, bukan keluar kemana mana pun.
Kalau ingatkan penat duk urus pasal kain baju ni,
Rasa nak tampal notis 'DI LARANG BERPAKAIAN' kat dinding.
Boleh ke buat macam tu?
Tak de lah, cadangan di kala otak serabut tengok pakaian berselerakkan saja.
Kalau letak notis pun hanya lah notis....
' SENDIRI PAKAI, SENDIRI CUCI!'
Ada faham?











Wednesday, December 12, 2012

Sempena tarikh yg cantik ni..

12/12/12
Cantik nya tarikh ni.
Sempena tarikh cantik ni saya nak buat apa yer..Tangkap gambar sendiri sempena tarikh ni boleh ke?
Ok, bab posing ni saya tak ada masaalah langsung.
tapi kena tunggu camerawoman bangun dari tidur dulu.
Bawak bersabar yer tuan2 dan puan2...

2 jam sudah berlalu, camerawoman dah masuk opis.
OK, posing sudah...Pas tu nak buat apa lagi?
Tukar baju lah, posing sekali lagi.
Hehehe...ngalahkan model nih.
Model purba pun purba lah..
Baju saya, blog saya, suka hati saya lah kannn..

Nampak kurus sikit tak?
Soalan bonus buat yg singgah di sini.
Tak per tak kurus pun,
perasan kurus pun dah cukup baik dah.

Abaikan bab saiz saya tu.
Cer tgok kasut saya..
Haa...Ada berani pakai ke sekolah?
Maunya terkehel urat betis ni.
Kasut anak saya ni, saya pinjam buat posing.


Last sekali cuba tgok background
Depan peti ais pun posing.
Macam tak de tempat lain.
Memang tak ada tempat lain pon.
Ini lah tempat yg paling acap saya singgah dalam sehari.
Soalan bonus kedua.
Buat apa saya singgah depan peti ais?



Ada laaa...................





Tuesday, December 11, 2012

Pagi2 dah dapat benda FREE


Tak ada yang free sekarang ni.
Kecuali 'Malu'.
Malu memang dapat for free.
Dimalukan
Lagi lah free, beserta perasa tambahan lagi.
Hari ni saya dapat malu free, 2 in 1 pulak tu.
Malu +Sakit.
Tu lah, nak kejar lori sampah yg datang awal pagi lah konon.
Kan dah tertiarap depan pagar.
Berterabur sampah keluar dari plastik sampah.
Bau malu saya semerbak, mengalahkan bau lori tu.
Siku saya berdarah kena pavement.
Tapi dek kerana dah 'Malu'
Saya salahkan tukang pasang pavement tu
Marahkan JKR yg tanam pokok tu
Marahkan lori sbb dtg awal pagi, belum cerah tanah lagi.
Marahkan selipar jepun buatan Msia
Marahkan anak2 sbb tak buang sampah mlm tadi.
Marahkan semua orang kecuali diri sendiri.
Orang dah 'Malu' memang macam ni.
Marah2 tu nak cover malu jer....

Monday, December 10, 2012

Bukan saya tak kesian tapi saya tak nak galakkan.

Pintu pagar saya separa terbukak kerana ada kereta tamu depan pagar.
Jam menunjukkan pukul 9 malam.
Saya sibuk di dapur menyediakan makan malam buat tetamu saya.
Oleh kerana tetamu ada pertalian darah, kami sembang2 kat ruang keluarga saja.
Riuh gelak tawa.
Tiba2 kedengaran suara memberi salam.
Malam2 begini siapa pulak ni...
Oleh kerana pintu pagar rumah kami terbukak, dia dah masuk tercegat depan pintu menunggu untuk pintu dibuka..
"Waalaikumussalam, Cari siapa?"  Saya tak kenal wajah orang ni.
Seorang lelaki pertengahan umur mendokong seorang anak kecil sebaya cucu saya.
"Saya nak minta derma" Kata beliau selamba.
Malam2 begini ada jugak orang nak mintak derma, siap bawak anak lagi.
"Derma apa malam2 begini?" Saya rasa cuak tapi berani sebab dalam rumah saya ramai orang.
"Anak saya nak berkhatan esuk, tak cukup duit." Dia memancing simpati saya.
'"Laa, dah tak de duit kenapa tak pergi kelinik kerajaan saja?" Saya dah mula rasa tak senang dah ni.
"Alah puan, tak kan tak leh bagi rm50, kereta pun 5-6 buah bawah porch ni" Berani dia cakap macam tu.
"Eh, senang nya awak nak duit, main mintak aje...Islam tak galakkan mintak sedekah tau!" Dah, tazkirah dah nak mula dah ni..
" Tolonglah puan, nak beli susu anak lagi" Sambung dia lagi.
"Ambik jer rm5 ni.." Saya tak tahu saya ikhlas ke tidak.
Meter marah saya naik ke tahap keluar lampu merah bila dia menolak cadangan saya. Saya cadangkan dia dtg esuk hari, saya nak upah cuci kereta dan kemas2 kawasan rumah, rm100 pun saya bagi.
Di tolak nya mentah2.
Kalau ikutkan hati rasa nak tazkirah panjang2 tapi takut jugak, buatnya dia dtg tengah2 mlm nanti di lontar batu kat cermin tingkap mau nyer rugi lagi banyak.
Suka hati dia lah nak menjadikan minta sedekah cara hidup dia.
Suka hati dia lah nak usung anak kecik tengah2 malam ke hulu ke hilir.
Suka hati dia lah dah dia tak malu.
Dia tak merompak pun kira syukur dah.
Kenapa dia jadi macam tu?
Di Msia ni kalau nak duit cara halal bukan payah mana, pendatang yg datang sehelai sepinggang pun kaya raya.

Malam tadi saya terlena dengan wajah dia di ingatan saya dan terbangun dengan terbayangkan gelagat dia malam tadi.Ada juga orang macam tu yer?


Sunday, December 9, 2012

Saya tak sanggup.

kita mempermainkan perasaan orang, kita memperbodohkan orang..
dan kita gelak ketawa diwaktu kita perah tangisan orang.
Kita merasa kita lah orang hebat dan langkah kita bersalut kesombongan,
Kita berbahagia dan mendabik dada puas setelah menjatuhkan orang.
Kita tak terjejas apa apa...Kita nikmati hidup seperti sediakala.
Tapi ingat...
Tuhan hanya satu.
Bukan nak cerita bab dosa ni,
Nak cakap bab balasan Tuhan di dunia.
Belum lagi balasan di akhirat.
Cuba renung wajah keluarga kita, anak anak kita.
Tak kesian ke kalau mereka yang akan tanggung akibat dari perbuatan kita tu?
Kalau lah anak cucu kita yg menjadi mangsa sebagaimana kita menjadikan orang lain mangsa,
sanggup kah kita melihat mereka menderita?
Sanggup kah?
SANGGUP KAH?
Kalau tak sanggup, jangan pandai2 permainkan orang.








Tanda2 dia tak datang...

Kenderaan parking eluk jer.
Tersusun diam kaku di penjuru ni.
Tak menghalang lalu lintas,
Atok tak accident,
Saman pun tak di keluarkan hari ni.

Toys semua masuk kabinet.
Yang bergayut tu tenang bergayut tanpa gangguan.
Yang duduk bermalasan tu diam di situ.
Tak siapa usik.












Selipar2 ni..
menunggu untuk di sarungkan di tangan.
Di kaki tu biasa lah....
Diam berderet bawah kabinet.
Kalau letak dalam kabinet,
dengan selipar nenek sekali di angkut nya.

Dia tak datang hari ni.
Segalanya beku.
Hati pun beku.
Kalau dia ada. penat pun nenek suka.



Tak apa penat asal hati terubat.

Saturday, December 8, 2012

Baru pukul 5..Lambatnya kul 6.

Membazirkan cuti adalah.
Memerap.
Memerap adalah acara yg paling membosankan.
Habis selesai kerja rumah, memerap.
Siap kemas mengemas. memerap.
Tak tengok langit pun.
Langsung tak kena mentari.
Kecuali kalau keluar hantar anak tuisyen.
Cuti pun bukan seperti bercuti.
Hari2..Pagi ke malam..Tak de kerja lain.Bila beres kerja rumahtangga ngadap laptop.
Jengok  itu ini, mata naik kelabu.
Mulut mula menguap.
Terubatkah boring dengan tidur?
Penawar hati kah dengan lawak2 di kaca TV?
Cuti ni tidak seronok langsung.
Harapkan tak payah pergi ngajar saja.
Senarai perkara yg nak saya buat semuanya kena KIV.
Jangan tanya kenapa kerana pertanyaan itu akan hanya buat saya NAK MAKAN ORANG.

Jadi,
Biarkan saya merapu rapu di sini melayan hati.
Membuang masa dan usia saya secara kurang bijak.
Ok apa?
Sekurang kurangnya saya tak kacau orang lain.
Hanya saya dan keboringan saya.
Full-stop!

Friday, December 7, 2012

!!!!!!!!!!

Serabut.
Amat serabut dalam kepala saya ni.
Banyak nya benda wajib fikir,
sunat fikir dan
makruh fikir.
Entahlah sampai bila saya macam ni
Bila saya rasa berserabut dalam kepala,Rasa nak teriak kuat kuat.
nak lepas perasaan.
time macam ni lah rasa tak adanya tempat mengadu.
Memanglah ngadu tu pada Tuhan tapi ada kala sebagai manusia,
kita nak juga ada bahu buat kita sandarkan resah.
Aduhhh, nak pecah batu jemala patek ni.
Nak tak nak hadapi saja lah.
Serabut wehhhhhhhhhhhhhhhhh....!

Harta karun yg saya jumpa bila mengemas

Bila balik rumah dan bukak tudung,
saya letak kerongsang merata.
Kalau bukak tudung di dapur, maka kerongsang menumpang di atas kabinet  dapur
Kalau bukak tudung depan TV maka di situ lah kerongsang akan bermalam.
Pas tu kalau nak pakai balik mula lah mencari cari.
Semalam saya mengemas rumah.
Ni kerongsang yang saya temui sedang bersembunyi di segenap ruang rumah saya.
Saya suka bentuk haiwan yg cute gitu.
Ada lah 12 ekor yg di jumpai, ada lagi yg masih sembunyi.
Nasib baik tak bernyawa, kalau tidak sah dah mati kelaparan.
Mungkin sebab kerongsang saya ni yg murah2 saja
itu pasal kalau letak merata pun tak de siapa nak curi.
Tapi murah pun, nak dapatkan reka bentuk yg saya suka payah jugak.
Janji saya pada diri sendiri, nak letak tempat senang di cari.
Tapi saya kenal diri saya ni.
Sekejap jer simpan dlm bekas, dlm drawer macam ni.
Sebulan dua lagi kosong balik lah drawer ni.
Mana pergi brooch saya tu?
Merayap.
Menjalar,
Terbang..
Tu lah pakai brooch haiwan sangat.

Old Habits die hard.

Thursday, December 6, 2012

N3 tak de tajuk.

Sudah solat magrib ngadap laptop.
Tadi sibuk, tak leh singgah.
(Maklum lah bibik bercuti, segala nya atas batu jemala patek lah)
Penat sebenarnya ni tapi puas.
Dapat ngemas sebuah rumah hari ni.
Macam ni lah selalu nya,
Bila bibik cuti jer saya buat spring cleaning.
Banyak benda perlu di hapus kira.
Banyak juga yg perlu di susun semula.
Bukan nya bibik tak buat semua tu,
tapi dia buat stail dia.
Kalau dia ada saya pejam mata aje walau tak setuju cara dia ngemas.
Kang komplen byk2, lari bibik tu siapa yg susah?
Sayaaaaa jugak lah.
N3 ni tak der tajuk specifik pun ni.
Sekadar catatan.
eh awak tau,
ngemas punya mengemas, saya tiba2 jadi kaya tau.
Jumpa duit lah awakkk...
Kat situ seringgit dua, kat sana not merah..
Kat atas tu, kat bawah ni
Kat dlm briefcase, kat dlm poket seluar dia..
Dah kita jumpa kira duit kita lah.
Aku kayaaaaa....!

Wednesday, December 5, 2012

N3 sindir orang...

Saya tau awak tak cerdik dan saya tak suka
( WARNING-Ayat pertama yang menunjukkan mood penulis tak stabil)
Saya suka lelaki yg bijak.
Macam mana nak tau dia bijak ke tidak.
Cara dia bercakap pun dah tau
Siapa kawan2 dia,
Hobby dia,
Penampilan dia,
Pandangan dan cara pemikiran dia akan menunjukkan mentaliti dia yang sebenar.
Latar belakang pendidikan tu dah sah lah.
Kalau yang buat2 bijak tu tak kemana,
Nak tipu orang sekejap boleh la,
lama2 orang dapat hidu juga.
Selalunya orang bijak ni low profile.
Resmi padi...

Tapi orang yg kureng bijak ni kekadang ngalahkan org yg bijak.
Eksen lebih..Nyampah sungguh!
Kalau setakat pakai kot dgn tie, berkereta import dan pakai barang berjenama bukan penentu kuasa minda lagi tu.
Kalau duk bilang kenal VIP sana sini tapi VIP tak pula kenal dia, omong kosong saja tu.
Kalau bercakap pun guna bahasa kurang sopan, tak reti hormat orang lain, buat lawak bodoh sah sah la bodoh nama nya tu.
Yang paling menjengkelkan ialah bila perasan berjawatan tinggi sedangkan dgn kelulusan tu siapa pun tahu setakat mana lah gred jawatan tu boleh di lonjakkan..
Aduhhh...Terima saja lah kemampuan awak tu, jadilah diri sendiri ..Kan lebih baik begitu.
Yer betul, saya nak sindir seseorang ni...

Maaf yer..orang2 yang tak berkenaan yg telah baca N3 ni..Maafkan bahasa saya ni, saya kalau tengah marah terus menaip ini lah jadi nya....Dah lama marah dah...tunggu meletup saja, ni belum meletup lagi ni.

Monday, December 3, 2012

The Boss

He's the Boss
Imaad rules here.
Kalau dia nak,
larang pun dia nak jugak.
Kalau dia tak nak,
Bodek macam mana pun dia tak nak.
Kalau dia nak tengok Upin Ipin,
Satu negeri tengok Upin Ipin.
Kalau dia sebut  Miyo'
Semua orang tak sebut Milo lagi,
dah jadi 'Miyo'
Kalau dia dokong kucing,
Tau pulak kucing tu diam tak meronta
Imaad jenjeng lah macam mana pun,
Kucing tu rela.
Kalau Imaad tidor,
semua kena jaga suara.
Silence Please
The Boss is sleeping
and
the grandmummy needs some rest.
Shyyyy....!

Sunday, December 2, 2012

Mencuba.

Sempat lagi ke saya berubah?
Boleh ke?
Niat di hati tu nak berubah ke arah yg lebih baik.
Mampu ke?
Yang paling saya takut ialah hati saya ni.
Hari sentiasa menderhaka pada minda.
Tak tetap hati
Sekejap begini sekejap begitu.
Payah nya nak jinakkan hati.
Tuhan tolong saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...