Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, January 31, 2013

Mood : OK

Banyak sungguh projek baru saya.
Nak berkebun lah,
Nak ubah suai kedudukan perabut lah,
Nak menjahit lah,
Nak masak dan jamu kenalan makan2.
Nak bercuti hujung minggu dgn keluarga.
Nak keluar dgn kawan2 ber'shopping'
Nak itu nak ini.....
Lalalalalaaaa.............
Kalau saya senang hati, minda saya laju jer.
Time mood saya di rosakkan oleh anasir luar,
Saya tidor.
Saya ngadap TV berjam jam.
Saya bungkam, bisu dan tak peduli alam keliling.
Tak best kan kalau rosak mood?
Harap2 tidak ada apa2 dan siapa2 rosakkan mood ceria saya.
Kuman dan virus yg menyenggat hati sila jangan hampiri saya.
Dengan izin Tuhan, ketenteraman hati masih ada buat saya
 I am happy this way God, thank you.

Tuesday, January 29, 2013

Kucim dan saya>

Amik kau kucing!
Siapa suruh main dengan dakwat printer?
Biru merah bercampur aduk dan jadi purple bulu tu.
Ko tak malu ke nak keluar dating kalau pakai pesen bulu tak serupa kucing lain?
Bertompok2...
Dah la bulu ko tu putih cepat kotor.
Tak cukup degan sebotol syampoo kalau nak sental badan ko tuh.
Maka aku terfikir cara yang paling cepat dan mudahkan kerja aku.
Cukur.
Boss, pinjam cukur rambut jap.
Tak mintak izin pun, curi pakai senyap2.
Lepas guna nanti saya cuci eluk2.
Kalau saya tak cuci pun dia tak tau
Meh sini Si Susu..kita cukur dulu.Apasal dah tak leh cukur nih?
Panas dah shaver ni, teknikal problem pulak laaa..
Tak per, rest dulu,nanti kita sambung Susu yer.
Aik, shaver tu dah jem, apa nak buat ni
Nampak gaya separa siap lah
Sabor jer lah Kucim, kira KIV dulu. 
Tuan punya shaver dah di notify dan dah kuar sound effect dia dah..
Pot pet pot pet....
Ampun Tuanku... Mana lah saya tau, benda ni rosak kalau shave bulu kucing.
Eleh, kudukut tul lah.Shaver zaman Jepun lagi tu, eluk la rosak, nanti boleh beli yg baru
Pot pet pot pet...Hitler pun tak macam ni.
Haah?
TAAKKK...Saya tak cakap apa pun.
Saya cakap dgn kucim ni jer, kan Susu kannnn
Ko punya pasal lah Susu wei, aku yg kena marah.
YERRR...TAU, SAYA BELI YG BARU ESUK2.




Monday, January 28, 2013

Rugi tak tengok aksi saya tadi. Maaf, tidak ada siaran ulangan.

Nak cerita...Nak cerita ni. Tak sabar nak cerita.
Rugi wartawan tak melintas kalau tidak saya sah masuk paper muka surat depan...
'SEORANG GURU BERGELAR NENEK DI TANGKAP MENCEROBOH RUMAH JIRAN'
Kalau laki2 tu tak pelik, kalau muda pun tak pelik Ni saya yg tak pernah2 panjat pagar, tak pernah2 ceroboh rumah orang, tak pernah2 buzy body hal jiran, tiba2 lupa diri.
Ok, bawak bertenang, macam ni cerita nya...
Sedang saya nak terlelap di sofa tadi, seorang jiran tergopoh gapah dtg mintak tolong.
Katanya jiran yg sebelah sana sedang meraung kesakitan dan meminta tolong.
Aik, apa hal dia beritau saya, pergi aje lah tolong kalau rasa nak tolong.
"Mana boleh cikgu, pagar dia berkunci..."
Aik? lagi pelik. Dah berkunci tu suruh dia bukakan aje lah.
"Dia tak boleh bangun, x boleh berjalan, dia jatuh, patah kut"
Laa..Habis saya nak buat macamana?
Ok ok...the only help I can give is to call the ambulance.
Nak kerumah dia rasa segan gak sebab saya tak pernah tgok pun batang hidung dia.
Bukan tak nak bantu tapi kalau kat kejiranan macam ni, bantuan boleh di salah ertikan sebagai menjaga tepi kain orang.
Pagar batu memisahkan dan menjarakkan hati untuk lebih mesra alam.
Jadi saya bantu call ambulance sebab hati kecik saya kata tak baik kalau biarkan saja.
Settle? No.
One more problem,
Ambulance kalau tiba nanti nak masuk macam mana?
One more stupid question from my neighbour.
The stupid answer that I gave her is...
"Jap, I panjat pagar dia, masuk rumah dia dan tekan remote pagar, Datin tunggu kat depan pagar dia k. In case polis nak tangkap I kerana menceroboh pun, Datin jadi saksi yg I cuma nak bantu dia....Deal?"
Deal, kata datin..(Why on the first place I did not ask Datin to climb..Bila lagi nak tengok mak datin panjat pagar rumah orang? Jahat jugak saya nih!)
So ma so...that was it.
Jadi lah spiderman saya ni..
Panjat pagar rumah orang dan rescue her...
Lalu lintas tak terganggu pun dgn adegan spontan saya tu.
Tapi segan jugak tau, maklum lah orang tau siapa saya dan saya ni isteri siapa.
Buatnya ada yg saya kenal passed by masa tu...
Bijak...Bijak...!
Datin lagi bijak, duk posing depan pagar siap snap photo aksi saya sebagai spiderwoman lagi..
Please, jgn masuk facebook Datin yer, tak rela you!
By the way, if you wonder where were the opposite gender when we needed some help?
Ada.
One of then was sleeping in front of the TV set.
Tak leh harap tul lah.


Mata tak nak tidor

Adoiyaa...Mlm tadi tak dapat tido lagi, sah berat kelopak mata lah nanti..

Tuhan,
aku hanya nak mencari rezeki yang halal maka permudahkan lah urusan ku hari ini, jangan lah mata ini menyulitkan aku untuk menunaikan amanah ku,
Gagahkanlah diri ini agar mampu mendidik,mengajar tulis baca,
Berkatilah tugas ku dan murahkan lah rezeki ku,
aku hanya lah seorang guru biasa,
yang banyak kekurangan sebagai manusia.
Tuhan, aku mencurah bakti disamping mencari rezeki sesuap nasi.
Kalau berterusan tidur ku terganggu,
aku bimbang,
aku risau, aku takut terjejas segala tugasan.
Oleh itu Tuhan,
Kasihani lah aku yang lemah ini...

Sunday, January 27, 2013

Budak pun tau rasa rendah diri.

Tiba2 Si Bongsu saya tanya macam ni..
"Mummy, mummy ada kelebihan apa?"
Haah? Kenapa pulak dia tanya macam ni.
"Mummy ni Anis, tak de kelebihan apa pun. Serba kurang.
Dia pandang saya.
Saya pandang dia.
'Anis, kelebihan kita terletak pada pandangan mata orang yg menilai.
Bertuah lah orang yang di hargai kerana ada kelebihan..
Tapi Mummy tak macam tu, mummy ni serba kekurangan.
Tapi mummy bahagia sebab keluarga mummy menerima kekurangan mummy seadanya"
Dia bertanya lagi
"Cikgu kata semua orang ada kelebihan,
Anis ada kelebihan tak?"
Sambil buat kerja saya, saya terus sambung lagi,
"Anis, bagi mummy Anis byk kelebihan, Anis seorang anak yg tak pernah melawan cakap mummy,
Anis tekun belajar dan pandai menjaga tutur kata bila bergaul dgn orang lebih tua.. One more thing, Anis pandai masak dari seawal usia 6 tahun..Tu mummy tabik spring tu.."
Dia tak puas hati, diasaknya lagi dengan soalan lain
"Kawan Anis Insyirah, kelebihan dia melukis, Alia kelebihan dia ialah dia cantik,  Aisyah kelebihan dia ialah dia pemain Netball bagi sekolah...Anis kat sekolah tak ada kelebihan."
Laaa....Rupanya baru saya faham, dia merasa rendah diri bila berada di kalangan kawan2 dia. Dia rasa a bookworm like her is so boring and dull...
Anis, no matter what people think of you, as long as you are on the right track, nothing matters.
Look at it this way,
You have lots of friends.
Your friends turn to you when they need some help with their studies.
Your teachers put high hopes in you.
Your siblings loves you.
We love you so much, no matter what.
Ok, go to sleep and just be my baby and don't grow up too soon.
Budak2 sekarang, ade jer soalan2 yg kita tak jangka dia orang nak kemukakan.
Fening kepala hotak kita nak betulkan stesen..

.

WORIH WAROH IMAAD

 8 dari 12 mak2sedara dan Pak2 sedara Imaad ada malam ni.
Jadi mummy dan Daddy Imaad celebrate early birthday untuk Imaad lah.
 Imaad ni tak kira kat mana mesti nak joget -Gangnam style or Imaad style.
Atas meja pun hentam saja lah Imaad
 Lawa topi tu Mad?
The only topi left, yg lain habis di kerjakan Imaad.
 Kek Hasil tangan Grandmummy dan mummy Imaad lah ni- Oppa Gangnam Style
 Tiup atuk, jangan tak tiup.
Both atuk were here enjoying themselves.
 Pak sedara Imaad yg sorang ni lebih kurang Imaad jer.
Pakai dua topi sekali...Sharing the same mentality.
 Orang sibuk duk order makanan, Imaad peduli hapa...
OK, tiup Imaad and lets make a wish.
.
Tuhan, berkati lah cucu ku ini dunia akhirat.
Sejahterakan Imaad dan kedua2 belah keluarga Imaad.
Kekalkanlah kebahagian bagi seluruh keluarga ini,
Murahkan lah rezeki kami,
Tahun depan panjang usia, kita celebrate lagi.

Saturday, January 26, 2013

Bukan salah ibu mengandung.

Astaqfirullah....
Astaqfirullah...
Astaqfirullah...
Bergegar Tiang Arasy.

Janganlah tinggikan suara mu sebegitu,
Jagalah peel perangai mu itu.
Ingat asal kejadian mu.
Jangan sampai diharamkan susu yg menghilangkan dahaga mu dulu.
Jangan sampai putus doa restu buat mu.
Jangan perah tangisan dari kolam rasa ibu mu,
kerana dia lah satu2nya ibu mu.
Jangan begitu anak,
Jangan sampai melukakan.
Mengguris pun jangan.
Derhaka namanya tu.
Sudah cukup sarat beban di kendong nya.
kalau pun kau tak mampu untuk berkongsi lelah,
cuba lah untuk tidak menambah payah.

(Anak2,
Bila tengok anak2 orang lain yg tidak menghargai ibu bapa,
tidak hormati ibu bapa,
tidak menyayangi ibu bapa,
mummy cermin diri sendiri...
Nauzubillah....
Nauzubillah...)


Friday, January 25, 2013

Mana ada bumi yg tak di timpa hujan, ada yg banjir punn

Tok sah cakap lah, walau ramai mana kawan kita, berlori sanak sedara kita,
masa kita susah hati, kita kesaorangan.
Saya tak tau lah orang lain,
mungkin mereka lebih bertuah dari saya.
Tapi saya ni,
Luka pedih pilu di hati.
Saya tanggung sendiri.
Kalau soal hati memang tak siapa yg dapat ramal.
Apa di dalam hati saya hanya saya yg menanggungnya.
Bukan nak tuduh orang lain tak ada belas kasihan.
Ada.
Tapi tak semua perit di hati dapat saya kongsi.
Ada yg terlalu personal dan hanya Tuhan saja tempat saya mengadu.
 Kalau setakat nak lelong air mata bukan saya lah.
Kalau saya menangis pun, menangis dalam bilik air.
Berjurai jurai air mata bersekali dgn air paip/shower.
Saya rasa kalau saya luah pun bukan nya orang boleh tolong.
Setakat tolong dengar dan silap hari bulan tolong sebarkan tak payah laa.
Saya lebih suka kongsi ketawa.
Kadang tu bila kongsi ketawa, hati saya terubat.
Cukup bersyukur yang saya masih ramai kawan ketawa.
Eh, sunyi awak tau kalau tak ada orang nak gelak2 bersama.
Nak keluar jalan2 pun saya sentiasa ada kawan, ada kaum keluarga yang nak join sama.
Tak apa lah, itu sudah lebih dari cukup.
Tak apalah kalau bantal saya lenjun,
asal bantal orang lain tidak.
Tak apa lah kalau pun dalam ketawa saya menangis di dalam
Jangan orang sedang bersedih saya yg ketawa sorang2.
Tu dah tahap parah dah kalau macam tu.
Sebenarnya bila ada orang cakap,
"Awak ni ceria betul, tak pernah ada masaalah ke?"
Nak saja saya jawap,
"Ada. Awak nak sikit tak?"


Thursday, January 24, 2013

Khamis

Pagi pagi dah tunggu Tesco bukak pintu.
Gaji ke tidak, itu lah kerja saya kalau hari cuti.
Beli barang keperluan dan barang tidak perlu jugak.
Saja, suka jalan2 dalam pasaraya-terapi minda.
Balik rumah angkut segala dari kereta ke ruang dapur.
Yang beku ke freezer., yg patut masuk kabinet, masuk kabinet.
Barang seludup kena cepat2 masuk tempat rahsia sebelum orang tanya..
"Tu beli per benda tu..Bazir lah tu!"
Eleh, saman JPJ pun kita tak heran, ni kan saman dia.
-Jom gi Pengkalan Kubur, beli buah 'Pauh Mas Hitam'
Mak oi, sikit punya jauh, kat pasar KB pun berlambak
Tapi sebab poket bengkak, pergi jugak lah.
Lagi pun kalau public holiday macam ni sah ramai orang.
Maka saya hanya nak tolong ramaikan lagi orang kat situ, tu aje.
Pusing pusing, sudahnya tak beli apa pun.
Abaikan ayat di atas, ayat menipu tu!
Saya beli baju untuk anak cucu.
Beli thermos kecik..Nak buat apa belum tau, saja rasa nak beli.
Sekadar penuh bonet jer.
Pauh Mas Hitam? Eh lupa laaa.....
Balik rumah dah zohor, terus masuk bersilat di dapur.
Ramai orang lapar sedang menanti nak makan.
Orang lapar yg sedang masak pun garangnya bukan main lagi.
Sambil masak mulut tak berenti pot pet pot pet.
Maklum lah letih nyopping belum habis sambung letih di dapur pulak.
Teringat lagu P Ramlee
"Begini lah nasib diri ku yg malang oh Tuhan
Tak boleh bersenang lenang
Berehat sedikit orang dah meradang
bekerja kuat nanti sakit tulangggg
Sakitttt tulangggg...."
Tapi saya tak kerja berat pun.
Saya tak sakit tulang.
Nasib saya pun tak malang,
Syukur seadanya.
Malah kalau nak keluar nyopping sekali lagi petang ni pun boleh.
Dah nama pun kaki shopping kannnnnn....!
Boss, esuk kita ke Cameron highland nak?
Amboiii...kalau awal bulan otak ligat sungguh.
Di akhir bulan, monyokkkkk...
This is me. 100% me.


Wednesday, January 23, 2013

Mimpi rompak bank.

Bukan rajin sangat ni.
Kering idea.
Tak suka paksa diri untuk update blog.
N3 secara paksa kualiti nya tahap suam2 kuku.
N3 dari hati lah yg paling saya suka.
Hati saya.
Pengalaman saya.
Blog saya.
Ni nak buat N3 ni tapi hati tak berapa tenteram.
Banyak masaalah hari ni.
Kucing belum di bagi makan.
Orang pun belum makan.
Kerja sekolah dah berbukit di meja ni.
Kerja rumah berlonggok.
Berat badan tak setabil.
Berat poket menyusut, makin ringan.
Semua sumber kewangan dah di sedut,
termasukdalam poket seluar orang.
(Dalam poket saya buat hapa, asam boi ada lah..)

Masaalah yg paling besar ialah......
BILA NAK GAJI NIH?


( kata orang kalau mimpi rompak bank, esuk mesti nak dapat gaji lah tu...)


Tuesday, January 22, 2013

Sakit

Bila saya cakap kaki melecet lebih sakit dari putus cinta ramai yang tak setuju.
Mereka kata putus cinta penyakit paling menyakitkan..Yer ke?
Maaflah, saya tak pernah putus cinta.
(Mana lah pernah bercinta, muka macam ni dari mudadulu pun tak de orang nak...hehehe)
Kalau hati pernah tercalar pun setakat koyak sikit saja.
Tidak menyakitkan sebab tak berbekas apa pun.
Parut pun tak ada.
Mungkin juga sebab saya ni degil, keras hati maka saya tak mengalah pada cinta.
Tah lah, tak reti nak cakap.
Tua2 ni semua tu dah tak penting. Kan?
Tapi kan, sakit gigi pernah rasa.
Sakit mak oi!
Sakit nak keluarkan seorang bayi dari badan saya ni pun dah saya rasa.
Sakit kena fitnah pernah rasa jugak.
Sakit di hina pun pernah.
Banyak tul perkara2 yg menyakitkan ni yer..
Tu tak kira azab neraka lagi tu.
Kena buat bancian nih, sakit apa yg paling menyakitkan...
Wahai kawan2, saya setuju, luka di hati payah nak sembuh tapi
walau tak sembuh cukup lah kalau ia tak menyakitkan atau memudaratkan.
Biarlah hati begitu dengan kelukaan nya.
Hari ni kaki saya berplaster, masih sakit dan tak boleh pakai kasut.
Huhuhhuhuhuuu....

Monday, January 21, 2013

Putus cinta pun tak sesakit ini.

Apa yang lebih menyakitkan dari luka kerana putus cinta?
Salah satu contohnya...
Saya pakai kasut baru hari ni ke sekolah. Melecet. Sakit sungguh.
Tambah menyakitkan bila kena buat2 tak sakit dan teruskan pakai hingga balik rumah.
Tau apa yang lebih membahagiakan?
Bukak kasut tu dan bebaskan kaki yang terpenjara dalam that stupid shoe.
Legaaaa.........................!



Masaalah negara yg Tok Jib pun tak leh selesaikan

Entah bila nak tamat.
Cerita macam cerita ayam dengan telor.
Entah mana hujung pangkal nya.
Awak ingat senang ke nak jadi kami ni?
Kami mewakili perempuan yg bertudung..
Susah tau.
Kadang kadang boleh sakit kepala memikirkan nya.
Apa tidaknya, pagi2 sebelum menggosok pakaian untuk ke tempat kerja, ini lah masaalah kami ni.
Masaalah negara ni.

 ANGKAT TANGAN SIAPA DI KALANGAN KAUM HAWA YANG ADA BERBAGAI TUDUNG DAN PAKAIAN TAPI TIME NAK MATCHING NYA CUKUP PAYAH?

Haaa...Ni lah titik mula masaalah yg saya nak oyak ke demo ni.
Saya ni bila beli baju, pening fikir nak pakai tudung mana..Yg ada rasa tak sesuai.
Kena lah beli tudung baru.
Bila beli tudung pula, tak ada baju yg betul2 masuk dgn warna dengan tudung baru tu.
Maka terpaksa lah beli pakaian baru.
TERPAKSA kata saya, harap maklum!
Heran kan, tak leh ke kerajaan keluarkan arahan supaya boleh pakai tudung mana2 sekali pun,
matching ke ridak, tak apa...
Kalau ada arahan begitu tidak lah saya beli tudung dari muda sampai ke tua,tak habis habis..
Pas tu beli pakaian...
Kadang2 nak sedapkan hati saya, saya fikir camni saja lah.
Kalau semua orang berhenti beli belah, kesian pulak dengan Si Penjual.
Kalau saya tak tolong jana ekonomi negara maksud nya saya tak sayangkan negara yg tercinta ni lah.
OK, bertuah sungguh Msia ada rakyat macam saya dan geng2 kaki shopping ni kan?
Terbaekkkkkkkkk...!





Sunday, January 20, 2013

Ada yg nak kena bunuh ni.

Dah lama saya perhatikan dia.
Sedap2 datang duk rumah saya tanpa di undang.
Mengganggu ketenteraman keluarga
Membuat anak2 tak selesa.
Saya lagi lah..Sungguh saya takutkan dia.
Pandangan mata dia penuh misteri.
Tak byk cakap, diam tapi sekejap di situ sekejap di sini.
Kalau pun dia keturunan raja, saya tak heran.
Tak hingin pun saya bermenantukan dia.
Dengar sini anak2, jgn nak cium free.
Benci nya sayaaaa...Nyampah tul tgok dia.
Tolong halau dia dari sini.
Saya dah naik benci.
Silap hari bulan saya upah pembunuh upahan.
Atau saya sendiri yg jadi pembunuh.
Kerana dia, dari semalam saya tak ke ruang itu.
Ruang yg dia huni tu.
Harap2 adalah Ultraman yg datang membantu.
Superman2 yg kat rumah ni dah tak leh di harap
Asik suruh saya biarkan saja.
Biarkan?
Mana boleh begitu..
Kang saya suruh awak pilih dia atau saya nak?
Ada siapa2 nak bantu saya tak?
Tolong lahhhh...
Tolong lahhh...
Saya geli giler tengok dia melekap di sliding door saya ni.
Tolongggggggggggggggggggggggggggggggggg....!


Saturday, January 19, 2013

Teringat.

Tiba tiba teringatkan orang orang yg pernah hadir dalam hidup saya.
Ada yang hadir dan memberikan saya kebahagiaan.
Ada yang hadir bagai kuman yang membawa penyakit.
Di mana mereka semua ni sekarang?
Lama sungguh tak dengar berita.
Hidup lagi kah?
Sihat kah?
Yang kuman tu masih menjadi kuman kah?
Yang membahagiakan tu sudah tentu sentiasa diberkati Allah.
Terkenang gelak tawa, senyum mesra lawak jenaka.
Terimbau setiap lirikan mata dan gaya.
Teringat juga luka yg terbit dari cerita semalam.
Terasa masih baru, masih di ingatan.
Masih kan diri ini ada di ingatan mereka?
Atau hanya aku yang sering mengulang tayang siri lama
sedangkan nama ku pun dah mereka lupa.
Tak apa lah,
Bukan ku pinta untuk di kenang.
Cukup lah ingin ku katakan,
Detik yg kita lalui bersama dulu tidak akan berulang.
Kenangan manis menjadi ingatan
Kenangan pahit menjadi pengajaran.

Membebel pasal 'Tua'...

Nyampah betul lah dengar komen " Risau la, I dan masuk 50 ni...."
Kami yang dah bertahun masuk era '5 Series' ni tak kecoh apa pun.
"Nak makan ubat apa, nak pakai krim apa yer...?"
Laaa...Pakai jer krim  cap 'Redha'
Telan saja pil 'Kenyataan'
Lainlah kalau awak ada masaalah kesihatan berkaitan dengan usia.
Tu kena jaga pemakanan tu, gi checkup.
Heran kan, bila meningkat usia yang di fikirkan hanya lah pasal fisikal.
Kesihatan mental tu penting..Ingat mati jugak!
Kalau dah tua tu sinonim lah dengan kedut dan kendur.
Tak kan usia 50 nak suruh kelihatan macam manis 17 gitu.
Awak tak tau ke, barang lama mahal tau!
Kelas gituuu...
Muzium duk cari..Artifek sejarah.
Eleh, setakat saham jatuh tu tak pelik.
Muda2 dulu pun bukan laku mana..Hahahahahaha!
(Sory, jgn marah, kan awak tak suka cepat tua?)
Saya tak kisah kalau orang cakap saya nampak tua.
Dah memang tua kannn..
Kalau ada orang cakap saya nampak muda saya naik risau pulak.
Mana tau kot orang tu nak 'jek' saya, nak pnjam duit ke..
Sah sah dia tak ikhlas.
Lain lah kalau mereka yg cucuk tang sana cucuk tang sini.
Gerenti nampak muda, macam anak patung yg tak ada nyawa.
Muka keras nak senyum pun takut tembus pipi.
Yer, saya dah berkedut seribu. Ngaku.
Tapi ada saya kesah?
Kedut lah nak kedut berlipat2 pun..Redha.
Kendur lah nak kendur sampai menyapu lantai pun,
Kecut lah nak kecut sekecut kecutnya pun
Doa saya pada Tuhan hanya lah,
Panjangkan usia saya supaya saya dapat bayar saman2 kesalahan saya tu.
Juga supaya saya dapat menambah simpanan dalam akaun pahala saya.
Berikan saya kesihatan yang baik supaya saya tidak akan membebankan orang lain.
Tebalkan keimanan dan tabah hadapi hari tua yang entah macam mana nanti.
 Suntikkan redha kedalam hati saya,
 supaya saya dapat menerima ketentuan Tuhan dan berlapang dada.

Friday, January 18, 2013

Maaflah anak, mummy terlupa.

Kelmarin besday anak saya yg ke3.
Entah macam mana saya boleh terlepas pandang.
Mungkin kesibukan yg melampau.
Sebenarnya tidak ada bezanya anak yg mana sekali pun
Sayangnya tetap serupa.
Mungkin bagi orang lain anak saya ini tak sehebat anak mereka.
Biarlah,
Saya tahu anak saya ni tidak secemerlang anak orang lain,
Saya sedar anak saya ni tidak setampan anak orang lain,
Saya faham anak saya ni tidak sesempurna anak orang lain.   
Tapi saya menerima setiap kekurangan anak2 saya seadanya.
Mereka tetap hebat di hati saya.
Hebat kerana mereka menjadikan saya ibu mereka.
Bersyukur kerana di waktu saya memerlukan sokongan dia ada buat saya.
Dia sering buat saya ketawa di waktu hati menangis.
Dia teman yg mengusir sunyi saya.
Dia anugerah buat saya.
Dan dia tak merungut pun bila saya terlupa nak ucap 'hepi besday' tepat waktu nya.
HAPPY BELATED BIRTHDAY MY DEAR SON.
Besday Boy saya ni dah dewasa, dah 23 tahun usia nya.Dia masih belum habis belajar,
merangkak2 mengikut kadar yg termampu oleh nya.
Saya hanya mampu doakan yg terbaik untuk masa depan nya.
Nak bekalkan harta saya tak punya apa apa,
cukup lah saya doakan Keberkatan buat dia dunia akhirat.

Anak,
Tuhan tidak merubah nasib manusia.
Mummy yakin Perancangan Tuhan adalah yg terbaik.
Semoga jalan yg harus kamu lalui bukan lah jalan yang terlalu berliku.
Semoga kamu berjaya mengatasi setiap gagal.
Selagi ada hayat mummy selagi itu lah mummy doakan bahagia buat mu.

Happy Birthday Kimi.
All the best n may your wish come true.
We all love you.

Thursday, January 17, 2013

Cakap senang.

Terbaca kata2 ni kat wall posting seorang sahabat.
Benar sekali apa yang di kata.
Setuju 100%

Forgive those who hurt you.
Forget those who leave you
Appreciate those who are still with you.

Maafkan mereka yang telah melukakan hati mu
Lupakan mereka yg meninggalkan mu
Hargai mereka yg masih bersama mu.

Begitulah hidup ini.
Selagi ada hayat, selagi itu hidup perlu di teruskan.
Perkara yg paling payah untuk kita lakukan ialah
memaafkan dan melupakan.
Didik lah hati untuk cuba lagi dan lagi.
Kerana memaafkan dan melupukan adalah ubat mujarab bagi penyakit hati.
Dendam adalah kuman.
Redha adalah penawar.
Minda setuju seratus peratus kenyataan di atas,
Hati?
Hati berkata..
I CAN FORGIVE A THOUSAND TIMES BUT TO FORGET TAKES EXTRA COURAGE!

Wednesday, January 16, 2013

Now look here and listen class..

Listen!
Hari hari guna perkataan ni dalam kelas.
Arman listen! Nurul listen! Danish listen!
Bukan perkataan baru pun.
Semua ticer pun guna.
Tiba tiba hari ni saya rasa penggunaan nya meluas dah..
Semua orang duk sebut sebut.
Kecik besar tua muda pandai sebut listen.
Apa hal nih?
Aneh dan perasaan nak tau melonjak lonjak.
Saya pun cari lah info kat tenet.
Bukak U tube dan listen.
Oooo....ini rupanya.
Kelakar lah...Sampai dah ada yg rakam suara.
Listen,
Saya bukan nak memihak kebelah mana pun.
Peringatan buat diri sendiri.
Lidah itu lebih tajam dari pedang.
jari yg menaip juga tak kurang tajam nya.
Tapi ni bukan kes jari, ni kes lidah.
Hati hati lah...
Listen,
Nak buat apa2 atau cakap apa2 kena hati2 di 'Musim Menuai' ni.
Jangan nanti padi hampa...
Listen, listen and listen.
Tok sah ulas panjang lebar k.
Baik masuk dapur dan makan apa yang patut.
Tok sah listen, SEE AND JUDGE FOR YOURSELF.
Action speaks louder than words.

Biasa nya rumput memang lebih hijau di laman orang

Terima saja lah,
redha saja...
Dik, tau lah dia tu tak sehensem Aeron Aziz.
Tak manco.
Jutawan pun bukan,
Tak ada mesin cop duit.
Tak apa kalau dia tak pernah bawa bunga.
Tak pernah reti nak 'romantik'
Bahasa pun main bedal saja.
Nak harapkan dia bukakkan pintu kereta macam hero hollywood tu mustahil.
Baik jangan harap yg lebih2 dari dia
Terima seadanya.
Sudah cukup baik bila dia sentiasa hormati orang tua.
Bersyukurlah kerana dia sentiasa ada untuk awak.
Payah dah nak cari yang sanggup tunggu awak shopping sampai tertido dalam kereta.
Ada dia merungut? tak kan?
Lelaki mana yang masih berada di pihak awak sewaktu orang lain semua salahkan awak hari tu?
Dia lah.
Dia tak kisah penampilan awak tu, awak gemuk ke kurus ke, dia terima awak seadanya.
Di bibir dia hanya nama awak yg di sebut2.
Bukan sayang namanya tu?
Itu lah kasih sayang sejati.
Yang kat luar tu, yang lembut gigi dari lidah tu, belum tentu dik.
Berlakon saja tu..Indah yang sementara.
Setan bertopengkan manusia ramai dik.
Caya lah..Cakap melalui pengalaman nih!
Dik,
Cubalah menerima dia seadanya sebagaimana dia menerima awak tu seadanya juga.
Akak tau lah dia tak pernah puji kelebihan awak pun tapi dia menerima kekurangan awak kan?
Lelaki macam mana lagi yang awak nak?

Saturday, January 12, 2013

Jangan sapu kat muka orang, tak baik tau!

Buka pekung di dada
Pekung tu sejenis penyakit kulit yg menjijikkan.
Kalau ada penyakit pekung, mesti nak sorok, jangan sorang pun tahu.
Tutup, sorok dan ubati diam diam.
Tapi tu kalau pekung di dada.
Kalau pekung tu kat dahi macam mana?
Nak tutup dengan topi keledar?
Tak kan nak pakai topi keledar 24 jam.
Begitu juga dengan kekurangan kita yg lain nya.
Sorok lah macam mana pun, esuk2 ada yg bakal tau.
Cukup sorang saja tau, tersebar secepat taufan melanda bumi.
Nak tak nak, hadapi saja lah segala kemungkinan.
Terutama kemungkinan untuk malu dan dimalukan.
Tu baru pekung, sejenis penyakit dari dalam diri sendiri.
Kenal arang?
macam mana kalau arang di sapu ke muka?
Selalunya orang lain yg jadi tukang sapu.
Tapi ada kalanya diri sendiri yg sapu.
Sapu sikit2 boleh lah bilas dengan air paip.
Tapi kalau dah sapu bilas dan sapu lagi...
Lama2 berdaki kat muka lah arang tu.
Kalau dah tebal sangat arang, tak ada malu lagi dah.
Hadapi saja lah...Hitam itu menawan.
Kalau di bagi pilihan lah,
harap2 jangan lah pekung berkudis di dada.
Arang juga jangan lah terpalit di muka.
Setakat jerawat batu di muka cukup lah.

Friday, January 11, 2013

Apa Ada Pada Nama

Nama budak2 sekarang sikit punya canggih!
Panjang berjela pulak tu.
Bayangkan satu kelas ada 30 orang murid dengan 30 macam nama.
Sorang murid paling2 dua nama, contoh Muhammad Hafizuddin.
Terkini ramai yg 3 nama, contoh Muhammad Khairul Danial,
Tu belum masuk nama ayah lagi tu.
Muhammad Khairul Danial b. Abdullah Solihin.

Kesian cikgu tau!
Nak panggil pun payah.
"Muhammad khairul Danial, kedepan jap. "
Diam, tak siapa keluar ke depan.
"Khairul Danial, nama awak Khairul Danial kan?
Diam jugak.
"Ada orang nama Danial tak?"
Aik...Tak ada respond pun.
Saya hampiri dia.
" Awak nama apa?"
Saya pandang wajah dia, mata dia dah mula berkaca.
Jap lagi banjir lah ni kalau tak ribut taufan pun.
"Bukan ke Muhammad Khairul Danial tu nama awak?"
Dia menggeleng kepala.
" Cer gitau cikgu, apa nama awak ni? "
"Along"
"Ayah nama apa?" Saja saya nak duga.
"Papa"
Along bin Papa pun, Along bin Papa lahhhh...





Jaga jangan tak jaga.

Saya tidur, dia masih belum balik rumah, keluar minum dengan kawan2.
Saya sedar tgah malam, dia depan TV..
Saya bangun sebelum subuh, dia masih ngadap laptop, berchatting dengan siapa tah .
Saya baru nak mulakan tugas2 harian, dia tarik selimut, baru nak tido.
Bangun nanti kalau tak waktu Zohor pun, waktu hampir2 nak habis Zohor.
Tu pun kalau dikejutkan, kalau tidak terbabas lah.
Nak kejutkan pun satu hal jugak, kena guna loud speaker.
Satu kejiranan boleh berbangun bila saya kejutkan dia.
(Tapi kalau hari ada lecture atau ada hal, pandai pulak bangun sendiri).
Weiii anak.., awak ni orang ke hapa ni stail berjaga belah malam?
Kita di Malaysia ni, ke awak ikut waktu di Jerman?
Dah terbalik siang dengan malam.
Tapi bagus jugak,
saya tak perlu upah 'Jaga'
Jaga free ada.



Thursday, January 10, 2013

Cable size XXXXL


Mujur esuk tak yah ke sekolah,
kalau tidak entah macam mana saya nak tunjuk muka.
Muka hodoh ni bertambah hodoh dengan bantuan ruam merah dan bengkak di sekeliling mata.
Time macam ni kalau awak nak saya muat turun foto saya di sini, jawap nya 'No way!'
Bayar beratus pun tak nak ...Kalau beribu nak.
Nak keluar rumah pun rasa macam nak pakai topi keledar yg ada penutup muka tu.
Nak pakai topeng dan baju Ultramen pun tak muat.
Aiyaaa...kenapa pulak saya duk cerita pasal allergic saya ni,
bukan ini yg nak saya ceritakan.
Nak cerita pasal kawan saya yg cari makan di bawah bumbung yg sama dengan saya.
Sama2 kuli gomen, sama2 kais pagi makan pagi, tengahari, petang dan malam makan lagi.
Saiz pun serupa.
Kawan saya ni dah nak pindah ke sekolah lain dah.
Uwaaa.....! Cedih lah saya ni.
Kehilangan seorang kawan lah saya nanti.
Walau ada Sheila, Sham, Zini, Ros, Zipah, Yam dan 45 orang lagi,
tetap tak serupa, tak sama.
Setiap kawan ada kelebihan mereka sendiri.
Rozan saya suka kerana kami boleh cerita2 dan gelak2.
Rahsia ku rahsia mu.
Kesian Rozan,
Dia mangsa keadaan.
Nak cerita pun payah sebab complicated.
Tak yah tau lah..

Rozan,
Biarlah mereka bergembira diatas duka mu.
Biarlah mereka berpesta di atas kekalahan mu.
Tuhan itu satu.
Rahmat bagi mu lebih banyak menanti.
Pintu rezeki mu bertambah luas terganga.
Dengan izin Allah tidak ada yg mustahil.
Tabah lah, payah ini sementara.
Aku doakan yg terbaik buatmu di sana.
Semua ini ada hikmah nya.
Sabar lah Rozan,
Adat dunia memang begitu.
Yang ada 'Cable' dia lah juara.







Wednesday, January 9, 2013

Rabu Merapu.

Belum ada lagi perkhabaran yg menggembirakan yg saya terima setelah 10 hari di tahun baru.
Baru sepuluh hari.
Ada 356 hari lagi, peluang untuk ada masih banyak.
Think positif sokmo sokmo.
Dah bersusun perkhabaran yg meruntun hati yang telah saya terima walau baru 10 hari di tahun 2013 ni.
Ada lagi 356 hari berbaki.
Banyak lagi ke yg sudah di poskan tapi belum sampai?
Besar mana parcel duka yg dalam perjalanan?
Muat ke Post Box di minda saya ni?
Ikut hati memang rasa tak larat dah nak terima.
Nak return to sender pun tak boleh.
Mau tak mau bukak parcel dan ratah saja lah.
Sabar
Tabah
Redha
Semua orang cakap macam tu..Sabar, tabah dan redha.
Tak kena kat awak senang cakap laaa...
Tarik nafas dan hembussss....
Urut dada..
Tuhan ada.

Cerita saya di pagi hari.

Pagi ni rasa nak cerita ceriti.
Bila tengok kerenah murid darjah satu teringat pengalaman sendiri.
Anak sulung saya dulu
tak mau ke sekolah
pagi saya hantar,
Sekejap jer dia lari balik rumah.
(Rumah dekat dgn sekolah)
Bila saya marah dan larang dia balik rumah,
Dia lari ke rumah nenek dia yang kebetulan berdekatan juga.
Kalau paksa dia duk dalam kelas, dia akan meraung satu sekolah boleh dengar.
Alasan dia ' Tak ada kawan, kalau mummy tunggu dalam kelas ok '
Sehari boleh lah tunggu, lama2 mana boleh.
Mummy pun nak ke sekolah ngajar jugak.
Jadinya,
Saya suruh orang gaji saya, Noh( gadis dari selatan thai) tunggu.
Mintak jasa baik guru kelas nya utk memberi kebenaran.
Ok pass.
Dari seminggu jadi sebulan.
Anak saya ni memang tak berenggang dgn Noh.
Noh di paksanya menulis bila dia menulis.
Buku Noh sama banyak dgn buku anak saya.
Sebulan dua jugak lah begitu.
Mujur cikgu kelas tu ( yg juga kawan baik saya) sabar
At last,
Tau apa jadi?
Selain dari anak saya dah boleh membaca dan menulis,
Orang gaji saya yg buta huruf tu pun boleh juga.
Dulu Noh tengok majalah, duk tatap gambar artis saja.
La ni siap beli majalah sendiri dah..
Masa tu URTV menjadi kegemaran dia.
Ni cerita 25 tahun dulu.
Sekarang anak saya dah bergelar bapa.
Noh pun dah kawin dan menjadi seorang bisniz women yg berjaya.
Setiap kali Noh berkunjung dia selalu sebut pasal dia ke sekolah dgn anak saya.
Ada juga untung nya kan?



Tuesday, January 8, 2013

Anak murid saya yg paling degil.

Berpuluh tahun memegang title 'Ticer'
Mendidik dan mengajar.
Tau tak siapa yang paling payah untuk di didik?
Paling tak nak dengar nasihat?
Paling tak nak terima ajaran?
Paling payah nak didik?
Sepanjang hayat saya, diri sendiri lah yang paling payah untuk di ajar.
Yang selalu derhaka pada ajaran saya ialah 'Ticer Hani'.
Saya mengajar diri sendiri untuk mendengar kata minda yg lebih rational.
Tapi saya sering mendengar kata hati saya yg emotional.
Tapi pengalaman rebah, kalah, dan gagal lah yg telah menjadi Tok Guru kedua.
Padan muka saya lah.
Belajar cara menyakitkan.
Bukan di rotan oleh diri sendiri tapi belajar melalui pengalaman yg perit.
Tu lah, bila otak kata jangaaannnn monyettttt.....
Hati kata "Aku nak jugak! aku nak jugak!
Kan dah rasa pedas nya kenyataan hidup.
Hentam saja lah Ticer Hani weiii...........


Monday, January 7, 2013

Somanu, hanya Tuhan yang mampu mengubah haluan nya.

Malam ni di jangka Kelantan akan di landa 'Ribut Tropika Somanu' (yg sedang bergerak kearah negeri ini) mengikut jabatan kaji cuaca.
Apa persediaan yg perlu kami buat? Ngeri dan amat membimbangkan. Pakat2 kita solat hajat untuk kesejahteraan semua.


Kun Fayakun.
Segalanya dari Allah,
Hanya pada Allah kami berserah.
Jauhilah kami dari musibah itu..
Duhai Somanu ubahlah laluan mu...
Lemparkan ganas mu di dada laut,
Usah dihembus walau debu sekalipun
Jangan luruh walau sehelai daun kerana mu
Reda lah wahai angin yg berkecamuk.
Marah mu adalah tamu yg tak pernah kami undang
Ganas mu adalah mimpi ngeri kami
Balik lah ke asal mu,
Pulang lah ke daerah mu dengan tenang.
Tuhan bersama kami, InsyaAllah.

Sunday, January 6, 2013

Kereta saya, kemera saya, blog saya dan saya.

Kan dah cakap tak ada kerja.
Ni foto ambik dari fbook.
Tak sharp pun tak pe.
Kalau sharp sangat kang jelas pulak segala tanda2 penuaan.
Foto 'Sendiri Senyum Sendiri Snap' ni.
10 kali posing, yg ni saja yg ok sikit.
Payah jugak nak tangkap gambar sendiri ye.
Tgok orang lain buat senang jer.
Ada cerita di sebalik foto nih.
Sedang asyik duk senyum snap, senyum snap tu,
tiba tiba perasan yg dalam kereta sebelah saya ada makluk bernyawa.
Agaknya apa lah tanggapan dia terhadap saya.
Bila saya pandang arah dia, dia senyiummmmmm.
Senyum ada makna tu.
Maknanya kalau ikut tafsiran batu jemala saya lah..
" Makcik ni buang tebiat ke hapa?"
Tak kisah, bukan dia kenal saya pun.
Fikir lah nak fikir apa pun,
janji saya bahagia.



Betul ke esuk hujan luar biasa lebat?

Khabarnya esuk bermula lah 'hujan lebat luar biasa' mengikut ramalan pusat kaji cuaca.
Kemungkinan untuk banjir gelombang kedua ni.
Kerajaan pesan supaya berjaga jaga..
Cuba tanya mereka yang berada di kawasan rendah.
Mereka berjaga2 jaga ke tidak?
Sepanjang usia mereka berjaga jaga dan berdoa.
Tapi nak buat macam mana dah kediaman mereka tu berada di 'Zon Banjir'.
Terpaksa hadapi jugak lah.
Kesian kan?
Kawan saya di lahirkan dan di besarkan di kawasan tersebut.
Tapi mengikut cerita dia, teruk tu teruk lah.
Tapi seronok pun ada.
Pesta air setahun sekali.
Mana tak nya, kolam renang di ruang tamu saiz Olimpik lagi.
Keluarga dia telah menyimpan bekalan makanan yg mencukupi.
Pesta makan dan yg paling best,
itulah masa berkumpul dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Quality time.
Tapi ada juga yg ambil kesempatan masa banjir ni.
Dapat makanan free dan duit bantuan lagi.
Bagi yg betul2 di landa musibah tu tak kisah lah, memang patut pun menerima bantuan.
Tapi yg buat2 di landa musibah ni..
Tuhan bagi musibah betul, baru padan muka!
Apa2 pun kita tunggu dan lihat esuk bagaimana.
Takut jugak kan.
Semoga Allah melindungi kita dari sebarang kerugian harta dan nyawa.
InsyaAllah

Tuesday, January 1, 2013

Hari pertama tahun baru.

Membuka tirai 2013 dengan penuh kesyukuran.
Setiap dugaan itu sebenarnya 'Blessing in disguise'..
Hari pertama di tahun baru ini saya merasa lebih tenang dari hari kelmarin.
Saya percaya Tuhan itu satu dan Dia maha mengetahui.
Dia lah yang menjadikan saya tetap gagah bertapak ke depan.
Selagi hayat di kandung badan saya akan terus mencari redha Nya.
InsyaAllah, saya akan terus mencuba untuk menjadi lebih baik dari semalam.
Fainnama'al usri yusra
innama'al usri yusra...Surah Insyirah 5-6

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...