Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 29, 2012

Tak caya, sudahhh...

Saya ni..........
Walau pun usia dah separuh abad,
Walau pun bergelar ticer dan lebih 30 tahun,
Walau pun terdedah dgn pelbagai kemudahan ICT.
Saya ni............,
Kadang2 saya terasa saya ni macam orang primitif yg duk atas pokok..

Apa tidak nya..
Saya tak pandai nak guna prepaid atau nak beli dan isi top up.
Tu pasal lah guna bil untuk handset.
Handset ngada2 nak yg canggih,
padahal hanya pandai SMS dan call saja.
Nak guna Mesin teller kat bank pun saya tak reti.
Keluar masuk duit dan segala pembayaran nasib baik boss tanggung beres.
Saya terliur nak shopping online tapi tak reti jugak.
Tak reti urusan jual beli cara tu.
Kamera saya jenis yg automatic/ digital paling mudah guna.
Kalau kamera yg byk gadget tu menakutkan saya.
Kemudahan internet pun tau yg basic2 aje.
Kalau tersekat sikit mula lah bising cari talian hayat.
Habis lari orang2 yg kebetulan berdekatan kerana sah mereka lah mangsa saya.
Isi minyak kereta baru jer pandai.
Kira ok lah kan berbanding dulu saya tau pandu aja.

Saya ni serba tak reti lah.
serba tak tau.
Jakun pun lagi advance kot.
Kata P Ramlee "Nang bo ti nang. tui bo ti tui"
Tak silap saya maksudnya"org tak serupa orang, hantu tak serupa hantu"
Betul ni, tak caya sudah.

Thursday, January 26, 2012

Penyakit berjangkit macam ni lah.

Kasut dah banyak.
Cukup.
Dah tak nak beli dah.
Hari ni nak duk memerap di rumah.
Nak relax jimatkan tenaga, itu pesanan dari TNB
Dari saya keluar tawaf shopping mall dan beli benda tak berfaedah seperti kasut
baik saya mengemas.
Mula mula nak susun anak tudung dalam drawer saja.
merebak ke almari pakaian.
Berjangkit ke almari pakaian di bilik anak2.
Sepah sepah buku, saya pungut dan bukak almari buku pulak.
Terpandang buku resipi.
Scan resipi baru, nak cuba buat lah.
Bahan tak cukup, start enjin kereta kuar beli bahan.
Kat kedai runcit tak ada, terus ke supermarket.
Dari lorong tepung berjangkit ke lorong sebelah dan sebelah dan sebelah.
Tau tau dah berada di bahagian kasut.
KASUT?
Terkejut 'Hantu kasut' yg saya cuba nak jinakkan!
Jeng Jeng Jenggggggg,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Tuesday, January 24, 2012

Awak pun sama mcm saya jugak kah?

Awak macam mana?
Saya macam ni...
Kalau saya lapang,
saya akan ke blog yg selalu saya singgah,
dan ke blog yg belum pernah saya singgah.
Saya seronok jalan jalan begitu kalau masa mengizinkan.
Tapi,
Yang paling saya tak gemar singgah ialah bila saya berada di depan pintu, lama sungguh menunggu tuan 'rumah' bersedia menerima tamu.
Penat menanti tu kadang2 saya undur diri.
Kenapa jadi macam tu?
Banyak sangat liplap2 ke? sarat sgt dengan assesori ke? atau kenapa ya?
Entah2 'rumah' saya pun macam tu..
In case rumah saya pun macam tu, sila maklum ya.
Hmm..
Best lah singgah di 'rumah' yg ada suara latar yg membelai deria dengar tu.
Mengundang nostalgia juga.
Nampak gayanya saya saja yg ketinggalan pasal ilmu berblogging nih.
Tak per, pelan2 belajar ya tak..?
( Tua mcm saya ni laaagi lah perlahan..)
Dah jalan2 ke 'rumah' orang yg tersergam indah memukau tu,
bila balik 'rumah' sendiri mulalah hati berkata2...
"Sampai bila lah aku ni nak duk rumah setinggan ni....?"
(Tak pernah berpuas hati dengan blog dan N3 sendiri tapi hentam saja lah labuuuuuuu...)

Sunday, January 22, 2012

Tak perlu kata apa2.....

Beli Kaftan Batik.
Bila pakai rasa sendat.
Kecik.
Tak muat.
Kaftan pun tak muat?
Tak.
Kenapa tak muat?
Meh dekat sini,( itu pun kalau berani ) nak gitau sebabnya.

Saturday, January 21, 2012

Kenyataan.

Saya lihat dia.
Seorang perempuan separuh usia.
Atau mungkin juga sedikit lebih dari separuh.
Di dahinya ada garis liku kehidupan.
Di penjuru matanya berbaris garis tangisan semalam.
Berkaca walau suram warna nya.
Pipinya sudah tidak lagi kemerah merahan,
malah sudah mula mengendur
sesuai dengan usia.
Ku perhatikan rambutnya yg nipis.
hitam itu sudah bertukar putih.
Agaknya esuk2 putih semua.
Badan nya tidak perlu di ukur lagi.
atas bawah kiri kanan sama saja.
bulat serata.
Lemak bermaharaja lela.
Saya tenung wajah nya lama lama.
lama mana pun wajah nya tidak bertambah muda.
Dia memandang tepat kearah saya.
Bila saya senyum, dia turut tersenyum juga.
Apa tidaknya,
dia adalah saya.
Di depan cermin ini saya sedar siapa lah saya.

Friday, January 20, 2012

Perkara yg sering kita terlepas pandang..

"Hello...Sapa ni, kat mana ni?"
Laaa...Dah awak dial awak aje lah cakap awak nak cakap dgn siapa.
Kalau bukan dengan saya, saya cakap lah wrong number.
Kalau bukan saya yg awak cari, tak perlulah awak tau siapa saya.
Sebenarnya siapa yg patut cakap "maaf yer salah nombor ni"?
Kita yg bergegas angkat talipon, walau tengah sibuk di dapur pulak yg terpaksa mintak maaf.
Di telinga hanya kedengaran tut tut tut....
Dah letak rupanya dia yer..
Hangit dah gulai saya kat atas dapur tu.
Kesian kat saya.

Thursday, January 19, 2012

Makcik Noyah ni jual mahal pulak yer..

Orang yg paling saya tak suka di atas bumi ini ialah orang yg mungkir janji.
Jangan lah berjanji dengan saya kalau rasa janji tu tak dapat di tunaikan.
Memang saya 'peel huduh' kata orang Kelantan kalau bab tagih janji.
Arwah bapak saya pernah cakap yang dia serik untuk berjanji apa2 sekali pun dgn saya.
Saya akan tagih dan tagih sampai saya dapat.
Kalau tak dapat saya buru sampai ke lubang cacing pun...
Nangis guling2 tu watak biasa saya di zaman kecik dulu.
(La ni? Hehehe..segan nak ngaku eh)
The moral of the story, baik jangan confident sangat bila buat statement.
Dari awak cakap "Ok, saya datang tepat pukul 8"
baik awak cakap"InsyaAllah kalau tak de aral, saya akan dtg kul 8 nanti."
Saya lebih boleh menerima kemungkinan kalau macam tu.
Ini tidak,
Promising sungguh ayat nya.
Balik2 habuk pun tarak.
Saya ni macam menunggu buah yg tak gugur2.
Jaga awak, kalau awak melintas depan saya hari ni, perang dunia ketiga lah...
Astaqfirullahhhh...Panas mendidih ni!
(Kes tunggu tukang urut yg dah 2 kali membatalkan temujanji ni..Saya ni punyalah sakit 'stiff neck' dari marin...
Kalau saya pulas tengkuk dia bila dia dtg nanti, boleh tak?
Sama2 stiff neck nanti...)

Tuesday, January 17, 2012

Pepsi tu tersekat di korongkong..Zalim kah saya?

Baru saya tahu,
rupanya kesilapan2 yang kecik boleh membawa implikasi yg besar.
Mungkin ini kesilapan saya jugak.
Kesian budak penghantar pizza tu.
Dik,
Akak tak sengaja dik.
Tak terlintas pun akan jadi macam tu.
Tak berbaloi langsung jika di banding dengan harga sebotol Pepsi.
Akak tau adik tak sengaja,
itu pasal lah akak dah cuba panggil adik berkali2
Tapi adik tak dengar sebab dah pakai topi keledar.
Terus memecut pergi.
Kalau akak diamkan saja kan lebih baik.
Ini tidak, akak gatal tangan dan call semula.
Akak cuma nak maklumkn yg pepsi yg akak order bersama pizza tu tak ada.
Kalau boleh nak lah di hantar mcm yg dah di bayar,
lagi pun kedai tu dekat jer dgn rumah akak ni.
Small matter jer bagi akak.
Rupanya Big matter bagi pekerja penghantaran makanan segera macam adik ni.
Tak pasal2 headquarters talipon balik kat akak, memohon maaf.
Adik datang semula hantar pepsi, tq dan ok lah tu.
Yang tak ok nya,
akak dapat tahu yg adik terpaksa bayar kos makanan tambahan yg di hantar atas tanda kemaafan dari pihak kedai tersebut.
Haah?
dan gaji adik di potong rm70 atas kecuaian ini.
Haah?
Dan adik terpaksa di berhentikan.
Haah?
Laaaaaaa......Sumpah akak tak tau macam tu sekali hukuman bagi pekerja penghantaran makanan segera!
Hanya kerana sebotol Pepsi.
Hanya kerana akak tak pernah tau begitu caranya.
Ya Allah, sungguh saya tak tau!

Sunday, January 15, 2012

Ombak tidak lagi rindu


Aku adalah camar yg tidak lagi mau singgah di pantai mu.
Sudah jemu menjala ombak yg datang dan pergi.
Bayu resah sudah bermukim.
Pantai mula tenang
Air pasang di muara
Tersenyum mentari jingga.
Kamu terus lah meredah lautan.
Hanyut bersama pasang surut arus.
Pendayung sudah di tangan.
Nakhoda terbilang seperti kamu
tidak kan tenggelam.

Maaf, aku sudah tidak sanggup mabuk laut.
Hari ini aku mau pulang,
Tanah daratan tidak semasin kuala,
namun tidak juga memedihkan mata
Selamat tinggal pasir pantai ku.
Semoga ombak kembalikan rindu mu.

Friday, January 13, 2012

Berlumba dengan panas dan hujan.


Sekejap berlari angkat kain di jemuran. Sekejap jemur balik.
Sekejap hujan, sekejap mentari mengintai di balik mendung.
Tak buat kerja lain dah saya hari ni.
Cuaca seakan nak bergurau, main acah2 dengan saya.
Suka lah tu tengok saya mengah hulu hilir mengejar panas yg sedikit.
Bukan apa, saya bimbang kalau2 berlarian begini akan buat saya ter'kurus' nanti.
Jap, dah nak hujan, kena alih jemuran dulu.
Siaran tergendala sebentar ya...........

Thursday, January 12, 2012

Rujuk Doktor Pakar apa kalau macam ni?

Sakit saya sakit yang lain dari yang lain.
Sakit saya macam ni..
1. Sakit tumit.
Sakit nya datang kalau banyak guna tumit kesana kemari buat kerja rumah atau naik turun tangga kat sekolah.
Tapi jangan tak tau, kalau tawaf shopping Mall, lama mana pun tak per, eluk jer tumit tu.
2. Kebas jari
Kalau menggosok pakaian atau mencuci pinggan mangkuk, alamat tak leh tidur lah malam nanti, jari sakit macam di gigit2..
Tapi kalau duk depan laptop, jari menari di keyboard bukan main laju lagi...Tak kebas mana punnn.
3. Sakit kepala
Bila ada mesyuarat penting2 jer sakit kepala, bila tengok bil jer sakit kepala, bila ada hal2 dalam negeri perlu di timbang tara mula lah berdenyut2...
Tapi kalau mesyuarat AJK tingkap tak de masaalah, tengok citer korea sehari suntuk tak apa, bila timbang diri sendiri dan tau berat badan meninggkat tak pula berdenyut kepala, makin kuat makan ada lah.


Hai la Belalang....Mana nak cari ubat bagi penyakit pelik saya ni...?

Tuesday, January 10, 2012

Ku mencintai mu lebih dari apa pun..itu kata kumpulan Ungu.


Ada
Jangan tak caya, saya ada kekasih gelap.
Ku mencintai mu..Lebih dari apa punnnn.
Biar pun tak seorang pun yg tahu.
Kumpulan Ungu pun tak tau.
Si gelap saya ni,
Ada misai tau.
Handsom giler.
Manja.
Suka ekori saya kemana saja.
Suka gigit kaki saya.
Suka di riba.
Cute miut.
Bermata coklat.
Ni 'Kekasih gelap' saya.
Gelap sungguh.

Belum buat surat beranak lagi nih.
Sedang fikir nak letak nama apa.
Nama Kropok dah ada.
Nama kicap dah ada.
Kopi, lychee pun dah ada.
Ada kawan bagi cadangan letak nama 'Sotong'
Dgn panggilan manja 'Sot'
Saya berkenan dgn nama 'Aji no Moto'
Nama manja 'Aji'
AJI?........
Kang terasa lak Mak2 Aji dan Pak2 Aji kat luar tu..
Payah juga nak pilih ni.

Monday, January 9, 2012

Tok Jib, tengok la ni....

Nak tau apa mereka buat pada duit rm 100 yg kerajaan bagi untuk setiap murid sekolah?
- Beli belah di pasar malam
-Beli hset baru
-beli top up
-Beli rokok
-Beli segala benda yang tak sepatutnya di beli dengan duit tu..

Buku tulis anak ?
Alat tulis anak?
Tak payah beli, bukan Tok Najib tau pun kalau salah guna duit tu...
Sudahnya, wal hasil balik asal.
Bukak sekolah anak2 ke sekolah dengan tidak ada buku tulis jugak.
Anak2 masih meminjam alat tulis kawan2 jugak
Anak2 bawak beg koyak itu jugak tahun ini.
Lepas ni dapat KWAMP pulak, dapat bantuan itu ini pulak...
Tak per, suka hati kau orang laaa.....

Friday, January 6, 2012

Hati seorang guru biasa seperti saya.


Di sini,di hospital ini,
ada yang masih memanggil ku Ticer,
maklumlah walau dah menjadi orang yg berguna,
mereka tu mula mengenal A B C didalam kelas saya.
Sudah tentulah saya bangga dan bersyukur.

Di sini pun ada......
Dulu mengira 1 2 3,
sekarang dah mengira juta juta..
Dulu nak beli nasi di kantin ticer yang tolong kira duit kamu,
Sekarang ticer pun dah tak cukup jari nak kira pendapatan kamu tu.

Di sini bakat kepimpinan menyerlah.
Dulu ketua murid saja,
mungkin juga pengawas sekolah,
murid biasa pun ada yg mampu duduk di sini.
sekarang walau dah bertittle YB,
kamu tetap ingat jasa guru.

Di sini dia sekarang.........
Dulu dia hanya membaca Alif ba ta di buku Iqra' jilid satu dan asas fardu Ain,
sekarang sudah tahfiz dan ilmu Akhirat penuh di dada..
Alhamdullilah....

Di sini ada jugakah dia,
yg pernah memanggil ku ticer?
Yg pernah ku ajar tulis baca...?
Yang kurang mendapat ajaran kah yg menjadi kurang ajar?
Atau yang terlebih ajar?

Anak anak didik ku,
Yang ku ajar hanya lah ilmu yg ku harap boleh di manafaatkan dan tidak memudaratkan.

Tuhan,
berikan lah keberkatan buat ilmu yg telah aku perturunkan.
Berikan ku kekuatan untuk terus menjadi 'Ticer'
Aku hanya lah seorang guru biasa.

Thursday, January 5, 2012

Alahai Mak Bapak budak2.

-Cikgu, ni anak bongsu saya,manja. Dia tak suka di paksa paksa..
-Cikgu, anak saya takutkan cikgu sebab kakak2 dia duk cakap yg cikgu ni garang sungguh.
-Cikgu, anak saya ni anak yatim, sensitif dan perlu di pujuk pujuk..
-Cikgu, PM cakap dah tak payah bayar yuran, buku tulis pun free jugak ke?
-Cikgu, letak anak saya di depan lah, dia saiz kecik kut tak nampak whiteboard .
-Cikgu, boleh anak saya duduk dgn sepupu dia dalam kelas..?
-Cikgu, cikgu buatlah anak saya ni macam anak cikgu sendiri yer...
Macam macam hal.
Ok,ok..Serah pada saya, bisa di urus,InsyaAllah.
Tapi ada mak yg sorang ni, buat saya tersenyum sorang2.

"Cikgu, eh..Cikgu masih ngajar kat sini ker? Ingat dah pencen."

Haah? Balik ni saya kena pergi facial dan makan jamu kot.
Sah la saya dah kelihatan macam dah usia 60 tahun ni...
Ke sebab saya gemuk?
Adoii...Sabo jer la cikgu Hani yer.

Tuesday, January 3, 2012

Tak ke berasap kepala otak..

Cuba awak bayangkan awak berada di tempat saya.
Bagaimana kalau tiba tiba...
1. Kat Airport sewaktu nak check in/ambik boarding pass tiba tiba anak cakap "Mummy IC hilang."Waktu tu baru pukul 7 pagi dan kapal terbang akan berlepas tak sampai sejam lagi. Berpinar bijik mata sekejap.
2. Kat dalam bilik anak beritau yang cermin mata dia telah termasuk dalam beg galas kakak nya yg baru sekejap tadi kehilangan IC di Airport.Kakak dah mendarat di Kl dan esuk sessi persekolahan bermula. Haah? Biar betul ni...
3. Kat kedai Jahit pukul 5 ptg sehari sebelum buka sekolah."Makcik, baju anak makcik tu tak dapat di kesan, kami akan jahit yg lain sebagai ganti boleh?" Nak aje saya cakap "Saya bakar kedai awak boleh?"
4. Hujan dah byk hari. pakaian bertimbun belum di cuci, yg dah di cuci penuh di ampaian. Hari ni nampak panas, maka saya keluarkan pakaian lembab dan sidai bawah mentari. Saya keluar ke Mall sekejap. Balik rumah dah hujan. Pakaian yg lembab jadi basah kembali. Sang makhluk Allah ada bersusun sedang tengok TV. Huhuhuhuuu.....

Tolong panggil bomba, saya dah jadi naga.

Sunday, January 1, 2012

Kicap.


Dapur basah saya agak terbuka.
(Sebenarnya ruang ampaian yg saya jadikan dapur basah).
Maka tikus ada saja yg tersesat kesini.
Bagi racun, lenyaplah sekejap.
Nanti ada lah balik.
Sekarang tak ada tikus yg berani singgah.
Saya guna 'Kicap'
Letak Kicap disitu tikus tak berani datang.
Tikus tak suka Kicap jangan awak tak tau.
Tapi bukan sebarang kicap.
Jangan kicap kipas udang,
Kicap Adabi pun tak menjadi.
Ni 'Si kicap' saya ni.
Duk lah ko kat situ 'Kicap' wei...
Setiap malam jadi jaga.
Aku kasi ko elaun lebih sikit.
Ikan selayang rebus dengan susu segar.
Selang seli dgn makanan segara.
Kucing lain jgn jeles, Kicap berkhidmat untuk negara.
TQ Kicap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...