Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, July 14, 2013

Adegan yg tak sanggup saya tonton.

Dia berdiri di depan tu.
mengintai di balik pintu kaca
dari semalam dia merengek2 untuk di bawa ke sini.
Semenjak dia di beritau mummy ada di rumah atuk,
dia tak sabar nak jumpa mummy.
Tapi langkah nya terhenti di depan pintu.
Siapa kah yang terbaring itu?
Kenapa pulak mummy terbaring?
Agaknya itu lah yg di dalam benak kecil nya.
"Imaad, meh masuk sini, tgok mummy"
Saya cuba kawal suara agar tidak berlapik getar tabgisan yg saya cuba sembunyikan.
dia datang, matanya tak putus2 merenung mummy.
Saya pangku dia, letak dia di ribaan saya di sebelah katil mummy.
"Imaad, panggil mummy, suruh mummy bangun"
Payah sungguh nak bercakap dgn cucu walau ayat tu pendek benar.
Kerongkong makin tersumbat.
Imaad tenung mummy
"Mommy banun..Mommy banun..."
"Nape mommy tak nak banun banun?"
Imaad, mummy demam k, mummy sakit kepala, sakit perut, sakit kaki.
Imaad nak kiss mummy tak?
Imaad tunduk terus kiss pipi mummy.
Ja menarik nafas panjang.
Saya menangis. Tak leh tahan dah.
Ja. celik lah tengok anak kamu datang ni.
Ja, tangan kecik Imaad sentuh pipi Ja.
Sentuh lengan Ja.
Ja rasa tak?
"Imaad nak duk kat luar lah"
Imaad turun dari pangkuan saya dan berlari ke ruang tamu.
Saya kesat mata.
Tahan tangisan yg membanjiri mata.
Allah, tak tertanggung rasanya...
Imaad, dengar sini...
Insyaallah mummy Imaad dengar suara Imaad tadi.
Insyaallah mummy Imaad sedang kumpul tenaga untuk pangku Imaad
Sekejap sekejap Imaad datang nak tgok mummy, nak touch mummy.
Mommyyyyy...Banunnnn......
Mommy banunnn...
Sakitnya kerongkong saya menelan tangisan bila dgr dia memanggil manggil begitu.
Allah Hu Akhbarrrrrrrrr ,
Tuhan, dengar lah rayuan anak ini menyuruh mommy nya bangun.
Allah hu Akbar...
kepada Mu lah tempat ku memohon belas kasihan.


14 comments:

Kakcik said...

AllahhuAkbar

roshanilawatey said...

Salam Kak Hani,

Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui apa-apa yang terbaik buat Ja. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ja dan Kak Hani sekeluarga. InsyaAllah, Allahuakbar.

Luxee said...

Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilahaillah Wallahhuakbar!

ma yusoff said...

AllahhuAkbar...Subahanallah...

Acik Erna said...

Imaad..in syaa allah mummy dengar..in syaa allah mummy bangun nanti

Haslina said...

Kak Hani, na rasa sebak tak dpt kata apa2.. moga sentuhan dan suara Imaad dapat segera membangunkan Ja..

Anonymous said...

semoga suara dan sentuhan imaad menjadi pemangkin utk pja sembuh dgn lebih cepat.. amin.

Anonymous said...

InsyaAllah, ramai yang doakan semoga kak pja cepat sembuh. InsyaAllah, berkat bulan ramadhan ni, banyak doa yang termakbul. InsyaAllah, dengan izin-Nya.

Irfa said...

dtg jenguk Ja,airmata pun turun lagi
doa sy utk Ja untuk 'banun' demi yg tersayang

ct cubby said...

tak tertanggung hati membaca.yang menanggung apetah lg

A.I said...

alahai Imaad :(

Nik Hidayah said...

Sedihnya saya bila baca blog auntie..sy kwn ja kat naim dulu. X de peluang lg nk g jenguk ja. Insyaallah ja cepat sembuh.

nyanyisunyi said...

sedihnya..berlinangan airmata sy kak..sy baru dapat baca sekit2 kisah yg berlaku..muga Ja akan kembali pulih..insyallah

aizamia3 said...

Nak kena baca entry terdahulu baru faham entry ni tapi apa-apapun moga keluarga Ja kuat dalam menempuhi ujian dariNYA.. dan moga Ja cepat sembuh hendakNYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...