Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, September 30, 2018

Ingat mati.

Ya Allah ya Tuhan ku...
Semoga esuk ku lebih baik
dari kelmarin ku..
Semoga kematian ku lebih baik
dari kehidupan ku
Semoga kubur ku nanti lebih lapang dari
rumah ku di dunia ini
Ampuni segala dosa2 ku.
Kepada Mu lah tempat ku memohon.
Aminn.



Saturday, September 29, 2018

Wei, mari lipat ni wei!

Setambun kain atas kerusi
Makcik buat tak peduli

Setambun pakaian baru angkat
Makcik pejam mata, malas lagi nak lipat

Setambun kain baju menunngu
Makcik kata nanti dulu

Setambun ni pakaian siapa?
Tuan dia lah yg kena usaha.

Setambun ni masaalah negara
Siapa rajin tolong uruskan segera.

Setambun pun setambun lah labu...
Makcik nak membawang di group wassup dulu.

Maka begitu lah nasib setambun kain di hujung kaki ku

Friday, September 28, 2018

Thursday, September 27, 2018

Si bongsu

Hari ni MRSM peng Chepa buat majlis graduasi bagi murid tingkatan 5.
Dah nak SPM.
Something for them to remember.
Tanda nak berakhir dah musim berada di bawah bumbung MRSM ni.
Zaman persekolahan dah nak tamat.
Anis,
Masa depan kamu masih panjang
Masih banyak tangga perlu didaki
Semoga Tuhan permudahkan masa depan mu.
Mummy doakan Anis berjaya capai cita cita Anis tu.
Semoga berkat dunia akhirat.

Tuesday, September 25, 2018

Sedih tengok wajah mak dia..

Betul ke?
Allah hu, zalim nya.
Berita pasal anak bunuh mak
Humban dalam tangki najis.
Astaqfirullahilazimmmmm....
Menangis saya baca berita ni.
Dia seorang ibu seperti saya.
Dia selama ini lindungi anak nya
Walau tau anak penagih
Walau masyarakat menyisih
Hati ibu tua tetap menerima anak seadanya.
Pastu, ni balasan si anak?
Ni cara sayang mak?
Berapa ramai mak yg dia ada?
Bunuh yg ni, ada mak lain ke menanti?
Saya bayangkan....
Saat berdua berdepan mak dgn anak setan.
Takutnya mak itu..
Anak sepatutnya melindungi mak.
Tapi anak ini menyerang mak.
Mana mak nak lari?
Nak minta bantuan siapa?
Bergetaran lah setiap urat nadi
Ketakutan melihat mata anak.
Tidak ada belas, tidak ada sayang.
Bercucuranlah airmata mak
Merayu meminta simpati..
Kudrat tua tidak akan mampu menangkis serangan
anak kuat gagah perkasa...
Di hati hanya persoalan kenapa anak ku?
Jangan anak, sakit anak, ampunkan mak wahai anak..
Mak mintak ampun pada anak?
Dah tuli telinga anak.
Dah keras hati anak.
Yang mak kandung dulu bukan anak,
tapi setan.
Yang mak lahirkan dan besarkan bukan cahaya mata tapi
binatang .
Kalau tahu begini jadi nya
Eluk mak bunuh dari dalam rahim lagi
Eluk mak buang janin dalam parit
Eluk mak tak payah ada anak.
Tak apa, mak sanggup tanggung dosa itu
Dari memberikan nyawa kepada seorang anak
Dan akhirnya
Anak itu lah yg mengakhirkan nyawa seorang mak.

Semoga anak ini sempat bertaubat dan insaf sebelum mati.
Apa juga yg mak dia lalui, paling dia tak mahu anak dia jadi durhaka
dan kemudian mati tanpa sempat bertaubat
dan dosa2 itu mengheret anak itu ke neraka.
Agak2 mak dia dah maafkan dia tak?

Semoga roh mak dia ditempatkan bersama orang2 yg soleh..
AlFatihah...






Monday, September 24, 2018

Pinggan tak retak, nasi tak dingin...

Ni nak cerita pasal cara2 nak berkawan.
Mood nak marah ni.
Bukan apa,
Kalau nak berkawan tu cuba lah mesra alam sikit.
Kalau kita tak layan tau pulak cakap kita sombong.
Kalau kita cuba nak sembang sembang, dia punya beku
ngalahkan air batu.
Kita tegur, tanya khabar 10 patah,
dia jawap sepatah.
Kita santai2 melawak dan nak kongsi gelak
Dia diam, kongsi' haha' pun takper jugak,
ini tidak..diam jer..
Kadang kadang kita mcm bercakap sorang sorang.
Entah mana mula, mana hujung..
Saya ni bukan apa...
Bila dia yg hulur salam utk sambung kembali persahabatan,
Saya terima dgn tangan terbuka..
Kecil tapak tangan, airport peng chepa saya tadah.
Tapi kalau dilihat pada situasi sehari dua ni,
Macam dia terlalu buzy utk berkawan.
Dah buzy sgt tu tak payah la nak berkawan.
Duk la buzy sorang2 kat mana2.
Saya x rugi apa pun...
Kawan2 saya dah cukup ramai dah.
Saya ok jer kalau awak tak ada pun.
Pelik kan?
Ada jugak orang macam ni.
Saya pun tak tau apa yg menyebabkan kami terputus hubungan selama ni.
Agaknya sikap dia tu dari dulu macam tu..
Tu pasal lah saya tidak rasa kehilangan pun tanpa dia.
Padan laaaa....
Dah sah betul nih!
Sorry la awak, bagi saya seorang kawan ialah seorang yg boleh kita kongsi cerita, kongsi masa dan cuba untuk menghargai kawan.
Kalau rasa tak ada masa, tak leh cari masa buat kawan, tak payah laa...
Setakat nak ngaku kenal buat apa.
Senang cerita kalau org tanya saya, saya kenal tak awak..
Saya akan jawap...
Pernah kenal tapi dah tak kenal.
Masa merubah segalanya tapi bukan awak.
Awak tak berubah.
Sombong dari dulu.
La ni pun sombong.
Nyampah pulak aku!

Sunday, September 23, 2018

Ada kawan hari ni

Seperti saya janjikan
Pagi tadi saya ke pusara dia lagi.
Assalamualaikum wahai ahli kubur...
Saya datang ni...

Hari ni saya bawak bangku plastik.
Marin duduk alas tikar buat kaki saya kebas.
Saya bawak cangkul kecil buat kuis2 rumput.
Bawak pokok bunga nak tanam tepi pusara.
Kiri kanan bimbit barang masuk ke perkarangan pusara.

Masa tiba di pagar tanah perkuburan tu,
Terserempak dgn seorang wanita sebaya saya.
Saya senyum, dia senyum.
Nampak ceria.
Rasa2 dalam hati kami serupa.
Tak ceria mana sebenarnya.
Dia bawak surat khabar.
Untuk alas duduk kot.
Bawak pokok kaktus kecik.
Bawak sekampit batu hiasan
Dia pun kiri kanan bimbit barang.
Cuma barang2 yg dia bawa tak serupa dgn yg saya bawa.
Hanya satu persamaan kami.
Kami sama2 usung rindu dalam hati.

Saya duduk di sudut ini
Dia duduk di sudut itu.
Kebetulan dekat.
Sambil kemas pusara saya macam biasa la
berbicara dlm hati
Kongsi segala dgn penghuni pusara ini.
Mengadap surah yassin dan
Mendoakan yg baik baik
Sekali tu mata saya terintai wanita itu
Nampak dia menangis, menyapu muka dgn kain tudung.
Tiba2 mata kami bertentangan.
Saya berbahasa isyarat
Sabar lah, tak baik menangis di pusara
Dia terus menangis, tutup muka dgn jari.
Saya biarkan dia.

Saya dah siap kemas pusara.
Doa pun sudah.
Opocot!
Terkejut saya.
Entah bila dia dtg duk sebelah saya.
Dia senyum dan usap belakang saya.
"Sabar lah...."
Kata dia.
"Saya menangis tadi, tak tahan tengok awak sedu sedan sandar kepala di nisan"
Opssssss....!
Rupanya dia lebih dulu memerhatikan gelagat saya.
Saya ni bukan main lagi nak tunjuk kuat tabah gagah.
Siap pujuk dia lagi..
Rupanya kantoi!
Dia menangis kerana saya.
Dan sekarang kami nangis sama sama.

Jom la pulang.
Matahari sudah menggigit kulit.
Terima kasih berkongsi duka
Mengubati sedikit saja pun tidak apa.

Rupanya pusara yg sunyi sepi
menjadi saksi dukalara insan2 yang ditinggalkan
seperti kami.





Saturday, September 22, 2018

Bila kamu ku hampiri..

Assalamualaikum...
Saya datang ni..
Menziarahi tempat bersemadi mu
Setelah 4 bulan 10 hari beredah dan berkabung
Hari ni kamu ku dekati
Buat pertama kali.
Dari rumah sewaktu mengatur langkah
Aku himpun segala rasa utk dipersembahkan pada mu
Untuk di kongsi seperti selalu kita kongsi
Untuk kamu dengar biarpun kamu sudah tidak peduli.

Saya datang ni...
Duduk di samping kamu seperti selalu
Nisan bisu seperti jugak kamu..
Ku buka surah yassin, menunggu tangisan reda utk mula membaca
Diam lah kamu di sini, tenang lah, damai lah
 dan dengar lah getar suara ku
Menahan sebak yg berombak.
Seperti rumput yg dibasahi embun
Hati lenjun.

Saya datang ni...
Membersihkan pusara mu
Mendoakan kesejahteraan mu
Sentiasa mendoakan walau selalu nya bukan di sini
Tak pernah lupa kamu
Ingat kamu..
Ingat segalanya tentang kamu

Saya datang ni...
Membawa sarat rindu seorang balu.
Kiriman rindu anak cucu
Kiriman sayang anak menantu
Segunung doa kami
Segalanya ku tinggalkan di sini
Tinggalkan di pusara ini.
Buat kamu.

Saya dah nak balik...
Tenang lah kamu di sini.
Selamat tinggal suami
Esuk saya datang lagi

Aku bangun dan berpaling utk pergi
Tapi aku menoleh sekali lagi
Mencari wajah yg hilang
Tidak ku jumpa.
Seakan lupa
Kami sudah berpisah alam rupanya.
Tiba2 sepi mengecutkan hati
Menangis lagi

Assalamualaikum arwah suami,
Mahu pulang tapi hati mau diam di sini
seakan
pusara merantai kaki.
Berada di sini membuatkan aku
Rasa dekat dengan mu.
Al Fatihah.





Friday, September 21, 2018

Hanya di pusara mu


Aku akan ke sana
Menziarahi mu
Ku bawa bersama
Segala duka
Segala kesal
Segala pilu
Segala hiba
Segala mimpi yg lebur
Segala harapan yg hancur
Aku mau kongsi
Setiap susah
Setiap marah
Setiap rajuk
Setiap payah
Sangat tidak adil kau biarkan aku
Menggalas semua nya sendiri
Sedangkan kau dgn mudahnya
Melucutkan tanggungjawap mu
Seperti menepis debu di bahu
Segalanya berpindah ke bahu ku.
Pandang lah dan tengok lah
Perhatikan betapa tidak kuat nya aku
Sampai hati mu,
 membiarkan aku berdiri sendiri
Rebah pun sendiri....
Allah hu.
Bila terlalu perlu berbicara dgn mu
Mencari cari wajah mu, suara mu...
Aku pejam mata dan
mencari mu dalam alam tidur ku.
Sekali sekala kau ada di situ tapi
tidak sedikit pun mengubati hati
Malah tambah melukakan,
 bila
Aku terjaga dan menyedari
Segalanya hanya mimpi
Payahnya memberitau hati
Untuk sedar yang kau ...
Kau sudah pergi
Kau sudah pergi
Dan
Takkan kembali.
Astaqfirullahhilazimmmm
Esuk,
Bila aku kesana
Bukan semua itu yg akan aku bawa
Bukan, bukan, bukan!
Sebenarnya..
Aku hanya mau berada dekat dgn mu
Mau merasa yg aku tidak bersendiri.
Mau berbisik kepada mu..
Semua nya baik baik belaka
Aku cuba jadi yg terbaik setelah kau tiada
Biarpun sewaktu kau masih ada
Aku tidak pernah jadi yg terbaik buat mu.
Tenanglah kau di sana
Aku tidak bersaorangan di sini, Tuhan ada.
Tuhan teman ku mengadu.
Semoga roh mu damai.
Ku kirimkan AlFatihah buat mu.





Thursday, September 20, 2018

Puasa 10 muharram

KADANG KADANG
DIAM ITU
LEBIH BAIK
DARI
BERKATA KATA.

OK, ZIP MULUT!



Monday, September 17, 2018

Tak wangi pun

Tak semua bunga wangi.
 Ada yang hanya cantik di pandang..
 Mekar walau tak harum tetap sedap mata memandang.

Saturday, September 15, 2018

Pilih lah anak...

Anak anak
Kalau kamu perlu menjadi burung yg terbang bebas
Jangan lah menjadi helang
Angkuh menyapu awan
Bertenggek di dahan paling tinggi
Mengintai mangsa menunggu masa
Menerkam penuh kuasa

Jangan juga cuba jadi garuda
Mengaum dan sayap menyapu dunia
Merosakkan segala
Kedatangan mu tidak dinanti
Kehadiran mu bagai bala turun ke bumi

Tapi jadi lah layang layang
Malu2 bersarang dlm kelam gua
Hinggap di bucu atap dan tidak merosak.
Dalam diam kamu menenun emas
Ada harga dan dipuja puja.

Atau jadi saja murai kecil yg hina
Menyambut suria pagi dgn ceria
Merdu suara mengubat telinga
Menghibur hati semua

Tapi sekiranya kamu pilih untuk menjadi
Burung besi...
Terbang menguasai langit
Berlepas dan mendarat mengikut jadual
Memisahkan dan menemukan hati
Berbakti.
Jadilah burung besi yg rajin berkhidmat
Jangan hilang dari radar dan tersasar
Jangan lenyap tanpa berita

Kerana bonda di sini adalah
Helang yg sentiasa memerhati dan mengawasi
Garuda yg berkuasa ke atas kamu
Murai yg sentiasa ada buat kamu berkongsi suka duka mu
Dan kadang2 bonda pun burung besi.
Tapi burung besi tentera yg berjuang demi
Menyelamatkan anak negeri...
Tapi setiap kali nya bonda hanya lah airport yg menanti nanti
kepulangan dan menangisi pemergian.

Anak anak
Terbang lah semau mu
Langit itu persinggahan.
Bumi lah kekal setia menerima mu bila
sayap mu telah penat
dan
kaki mu rasa ingin mendarat.








Friday, September 14, 2018

Garden ke hutan?

Rupanya semalam saya tak update apa apa.
Tak ada N3 baru.
Niat di hati hari hari nak pos tajuk baru tapi tu lah,
Terlepas pandang pulak.
Bukan buzy ke apa, memang slip out of my mind.
Hari ni Jumaat.
Pagi tadi duk tilik  laman memalui jendela.
Byk sungguh pokok2 bunga kat situ.
Semak.
Jiran tanya..tak takut ular ke?
Mau nya tak takut!
Nak buang pokok2 tu sayang pulak
Dah lama duk bela.
Lagi pun saya temui ketenangan di laman tu
Walau berpeluh peluh siram pokok dan sakit urat urus 'garden', saya seronok.
Enjoying myself very very much.
So what should I do?
Try hard urus dan susun atur pasu2 tu
Sentiasa kawal rumput liar dan cantas yg tak perlu.
Last but not least,
Doa.
Sentiasa doa jangan la ada makluk Allah yg panjang tu..
Tak payah la bertandang ke mari..
Gi main jauh jauh k...sho...shooooo!
Jangan ganggu aku wahai Si Panjang...
Biarkan aku dgn dunia ku yg sebesar sekangkang anak kera ni..
Semoga Tuhan jauhi perkara2 yg tak diingini.






Tuesday, September 11, 2018

Kita masih seperti dulu rupanya.

Ada tamu singgah
Kawan lama.
Saya menerima kunjungan dia
dengan tangan terbuka
Gigih gali memori lama
Perah otak cuba ingat
Bukan sehari dua terpisah.
Berpuluh tahun.
Dia byk berubah
Tak kenal langsung kalau
 hanya berpandukan wajah
Setelah menyemak biodata,
ingatan perlahan lahan datang
Alhamdullilah,
sempat bertemu lagi sebelum
nafas terhenti.
Masa yg singkat tadi kita
Ketawa ketawa
Gelak gelak
Kongsi juga cerita duka
Cerita langkah mu yg rapuh
Langkah ku yg tersasar
Sedih pulak laaa
Basah mata kita...
Rupanya
Walau lama sungguh kita jauh di mata
Di hati ku, kamu tetap kawan yg memahami.





Monday, September 10, 2018

Singgah sekejap


Tak boleh jadi nih
Nak buat kerja pun tak senang.
Rasa nak lemparkan sarat resah dalam diri
Jom Anis, kita keluar ke masjid.
Sekarang bukan waktu solat, mesti masjid kosong.
Duduk2 di wakaf di tepi masjid.
Tengok tenang nya air sungai
Damainya suasana
Solat sunat dan baca quran sikit.
Tak boleh berlama lama
Saya pulang dgn lapang dada.
Selamat tinggal Masjid ArRahman
Terima kasih kerana menerima duka ku
Dan membekalkan aku dengan damai jiwa.
Cantik masjid ni,
pahala lah buat yg mewakafkan tanah dan binaan nya.
Saya hidupkan enjin kereta dan tekan minyak perlahan lahan.
Duka jangan lah ikut ku pulang.



Sunday, September 9, 2018

Bertuah punya Si Pattah

Entah kenapa tiba tiba kucing tu buat perangai.
Berak atas karpet.
Tak pernah2 dia macam tu.
Pintu terbuka luas
Bukan terkurung pun
Pasir dia baru di tukar
Nak lepak dalam pasir pun boleh.
Saja ni....
Memberontak tak puas hati apa tah.
Berak la lagi atas karpet kalau berani.
Sekali aku sabar
Dua kali mungkin boleh sabar
Kalau kau ulang ulang kesilapan sama ni
Mau nya aku kurung kamu dlm sangkar kecik tu
Nak?
Sanggup?
Mengiau lah kamu kat dalam tu
Padan muka kamu.
Hari ni padan muka aku
Basuh kapet, cuci najis mu.
Hai la nasib....
Dah berak merata pandai nak manja manja...
Pandai buat muka 10sen.
Dah, gi main jauh jauh!
Tak mengenang budi langsung!
Bayar balik kos ikan rebus ku.
Kos pasir
Kos ubat cacing
Tu lah, aku dah cakap....
Dont make me angry
You wont like me when I am angry!

Saturday, September 8, 2018

Ridset mana? Sembur sikit serangga perosak tuh!

Bila mood rosak, habis tergendala segala kerja.
Hari ni saya perlu put an end to whats bothering me lately.
Malas nak fikir fikir dah.
Makin kita duk timbang ,duk ulas dalam kepala makin serabut
Tak berbaloi.
I just want to let go.
So, baru sekejap tadi saya tetapkan hati dan buat keputusan.
Thats it.
Thats the end of it.
Tamat
Kalau boleh history pun nak delete.
Dah. Cukup2 lah.
I just want to move on.
Be myself n do what makes me happy.
What makes my family happy.
Tak leh biarkan orang lain ganggu fikiran kita.
Pengaruh negatif.
Virus
Tuhan jauhi aku dari makhluk2 perosak.
Jagalah keluarga ku
Sejahterakan anak cucu ku
Amankan fikiran ku
Damaikan kehidupan ku
Hanya pada mu tempat ku berserah harap.

Friday, September 7, 2018

Melewati surah alinsyirah di pagi Jumaat..

Di saat saya merasakan Tuhan tidak makbulkan doa2 saya sebenarnya
Tuhan telah pun berbuat demikian.
Tuhan telah makbulkan doa saya dengan cara Dia.
Kerana hanya Dia yg tahu apa yang terbaik buat saya.
Yang saya pinta itu mungkin bukan semestinya yg terbaik buat saya.
Jadi Tuhan hadiahkan keputusan yang lebih baik buat saya,
yang mana saya tidak nampak sebelum ni.
Saya asyik merasakan doa saya tiris di celah jari..
Memohon dan memohon
Menangis dan merintih
Menanti bila lah Tuhan akan ambik peduli.
Allah hu...jahil nya saya.
Butanya saya.
Bodoh nya saya.
Rupanya...
Ini lah jawapan bagi doa doa saya
Ini lah pilihan yg lebih baik buat saya
Perancangan terbaik dari Tuhan buat saya.
Kerana Tuhan tidak benci saya, Tuhan sayang saya maka
Tuhan pandu saya kearah yg lebih baik.
Terima kasih Tuhan...
Diwaktu setiap pintu keluar seperti terkunci..
Disaat diri terasa terkurung
Gelap suram
Hati pecah bertaburan
Kelam...
Tiba tiba saya rasa tenang damai
Redha dan pasrah
Pintu2 harapan belum berkunci rupanaya
Masih terang jalan yg perlu saya jejaki
Saya perlu kutip cebisan hati dan mencantumkan nya kembali
Terima kasih Tuhan
Aku perlukan bimbingan dari Mu
Agar langkah ku tidak kecundang
Alhamdullilah
Syukur
Menerima segala nya dengan lapang dada.

Thursday, September 6, 2018

Sibuk ngalahkan menteri

Pening batu jemala patek.
Duk fikir nak selesaikan masaalah negara nih.
Semua nya kalau boleh nak settle sendiri
Tak nak nyusahkan orang lain
Tadi saya gi settle tunggakan di LHDN.
Urusan dgn BSN dah beres dah
Ni duk fikir pasal nurse nak bercuti panjang
Nak kena ubah jadual kerja
Nak cari replacement yg cekap mcm dia payah wei.
Kena latih dulu, tu pun belum tentu ok.
Bab baiki rumah saya belum settle jugak.
Masih tertangguh
Kena cari tukang rumah lain kot.
Risau sgt sbb dah berbulan tak siap siap.
Ok ok...dah dah dahhh..
Tak perlu hurai semua.
Ni baru sebahagian benda dlm kepala.
Yang melibatkan hati dan perasaan tak ulas lagi ni
Tak ada masa nak fikir bab hati dan perasaan.
Sel otak penat dah.
Alanglah bestnya kalau boleh pejam mata dan tidor.
Boleh letak tepi semua masaalah.
Bila byk sgt dlm kepala, muka pun jadi kelat
Mencuka memanjang.
Nak senyum pun tak kuasa.
Orang nak tegur pun takut
Mengalahkan hantu kak limah!
Hani, u can du it...

Wednesday, September 5, 2018

Suka hati saya.

Tak ada modal nak ulas sebenarnya.
Tapi nak update juga
Tak tau nak tulis apa
Copy paste senang cerita.
Siap!
N3 hari ni lah ni
Main hentam jer...

Tuesday, September 4, 2018

The day iffah dropped the bom.

Masa anak saya kecik dulu
Saya pernah bawa dia ke rumah seorang kawan.
Ada majlis meraikan apa saya dah lupa.
Iffah ni memang banyak mulut.
Tak leh duk diam
Kalau nak bawa dia kemana mana, kena briefing dulu.
Dalam kereta, sebelum sampai destinasi kena siap warning itu ini
Kena akur janji, kena patuh.
Dia macam biasa lah angguk2 tanda paham.

Bila sampai dan masuk rumah orang,
mata saya tak lepas dari duk perhatikan dia
Dia bab PR memang bagus, melayan jer soalan orang.
Petah dan tak takut2 mcm budak lain.
Nak dijadikan cerita, kita ni bila dah jumpa kawan,
byk tajuk nak membawang.
Lupa anak dah.
Fokus pada ulasan tajuk terkini.
Tiba2,
Dari jauh saya dengar suara dia memanggil
Mummy....mummy...
Saya cari suara itu.
Tu dia, di muka pintu bilik tidur utama
Bilik tidur orang.
Dia tercegat kat situ memanggil nama saya
Cukup kuat sehinggakan tetamu ikut toleh ke arah suara dia tu.
"Iffah, meh sini, buat apa kat situ, meh makan ni.."
Saya tak sedap hati dah...
Tau apa yg keluar dari bibir anak kecik usia 6 tahun ni?
"Mummy, come n see...
Kube lana bilik dia mi!"
(maksud dia bersepah sungguh bilik org tu)
Semua orang dengar dan semua orang pura2 tak dengar.
You should see her face, bundar mata dia.
Opsssssss..!
Alohlaa anak aku...
Sudoh kijo doh laaa....
Dia berlari kearah saya nak sambung ayat dia tadi.
Cepat2 saya suapkan mee goreng.
Shut up girl! Just shut up!

Apa perasaan tuan rumah saya tak tau.
Saya?
Nak pengsan kat situ jugak!

Iffah, did u remember all this?
Sekarang pun iffah masih macam tu.
Direct dan straight forward.
Stick to what she believes is right
Eluk sangat lah dgn bidang kerjaya dia.
By the way iffah,
Nasib baik iffah balik ke kolej dan tinggalkan bilik dlm keadaan kemas.
Kalau KUBE LANA, mummy nak tulis notis kat luar pagar rumah
'BILIK IFFAH KUBE LANA'



Monday, September 3, 2018

Kita dua jer yang tau...

Saya tau
Tapi masih buat tak tau
Kadang kadang rasa nak beritau
Tapi takut dikatakan menyibuk pulak.
Jadi saya perhatikan saja
Mengumpul bukti
Macam lah saya suka sangat jadi spy
Tapi dah depan mata kita,
Kita tengok lah selagi boleh tengok.
Gaya ngalahkan dato2, tan sri2
Projek sana sini
Baik nya dia bagi yg tak tau.
Lembut tutur kata, senyuman berbunga
Belum azan dah nampak ke masjid
Manusia mithali.
Ya ke?
Itu baru bahagian luaran.
Dalaman?
Hahaha....
Kita orang2 yg tau duk diam2.
Kita tunggu dan lihat aksi musang
berbulu ayam.
Pandai sungguh tupai ni melompat.
Bijak menjerat.
Wei awak, kubur dah melambai tu..
Sudah sudah laaa.....
Ikut hati saya, nak saja hubungi mangsanya.
Nak saja tamatkan sandiwara dia.
Haduhhh..lambat lagi ke Tuhan nak tunjukkan kebenaran
Please God, please please God let truth reveals.
Sementara tu.....
Hani ,gi main jauh2.
Hani jgn duk stalk segala langkah dia.
Hani, jangan jaga tepi kain orang.
Kain sendiri koyak rabak.
Kannnn......

Tak pasal2 sakit kepala kita bila kita tau.
Baik tak tau.
Lebih aman otak bila tak tau.
Kenapalah awak beritau saya rahsia ni?
Nyesal tau.


Sunday, September 2, 2018

Dia soal, saya jawap. Ikhlas.


Jumpa kawan lama kat wassup
Banyak tul soalan dari dia.
Saya rasa soalan dari dia ni
 dan
jawapan dari saya yg ni
Akan melekat dlm kepala dia,
Ingat sampai bila bila.
Soalan ikhlas dari dia
dan
jawapan jujur dari saya.

Soalan: Buat apa sekarang selepas pencen?
Jawapan:  Aktifkan hobi lama.
Soalan : Owh, hobi apa tu?
Jawapan : Menternak.
Soalan : Wahh...rajin tu. Ternak apa?
Jawapan : Lemak!

Dia gelak.
Dia ingat saya buat lawak.
Saya gelak
Saya memang nak buat lawak tapi
Bila dia share foto dia di wassup saya menyesal.
Maaf, ampun, sori berlori.....
Tak niat pun nak sindir awak tau..

Tadi saya sapa dia di wassup.
"Gud mornin Fat.."
Opssss...silap type pulak dah!
"Gud mornin Fah" tu sepatutnya.
Dia diam...tak online kot.
Huhuhuuuu....!
Rasa nak kerat jari nih!


Saturday, September 1, 2018

Masa merubah segala nya..

September.
Bulan apa pun sama saja.
Cuma umur yg bertambah.
Sisa usia makin berkurang.
Tempoh untuk hidup susut lagi.
Entah esuk
Entah lusa
Gol!
Mati itu janji Allah.
Nak fikir bab hidup dan kehidupan.
Macam mana nak teruskan kehidupan.
Bahagia ke derita ke tetap kena teruskan hidup selagi ada nyawa.
Harap2 esuk bawa lebih byk bahagia dari duka.
Lebih byk kumpul pahala dari duk ternak dosa.
Poket tak tebal tak apa,  asal cukup untuk keperluan harian.
Nak bermewah mewah tu tak lah, hidup serba sederhana.
Syukur dgn apa yg ada.
Hari ni masih sihat, masih tidak bergantung pada bantuan orang.
Harap2 terus sihat utk tidak menyusahkan anak menantu.
Tak suka menyusahkan siapa siapa.
Selagi boleh nak buat semua benda sendiri.
Nak berdikari.
Bila kita tidak mengharapkan orang lain,
hati pun tenteram...
Kata perpatah dari mana tah,
Lower your expectition so that you will be less dissapointed.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...