Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, October 31, 2019

Menang membeli menang memakai

Kasut selipar murah
100% plastik
Kena air pun tak apa
Lasak
Tapi walau murah lembut sangat
Tak gigit kaki pun
Selesa
Bukan semua orang boleh pakai kasut ni tau.
Orang macam saya saja yg boleh.
Orang yang tak kisah pakai kasut murah boleh la
Tak kisah pakai kasut tak berjenama
Kasut pasar malam atau pasar tani saja
Biar lah, saya beli sbb suka, berkenan.
Tak malu pun pakai.
Apa nak di malukan, memang padan dgn si pemakai.
Saya bukan ada tittle ke, berpangkat  pun tidak.
Kaya pun jauh sekali
Hidup mengharapkan pencen saja.
Dapat beli yg plastik macam ni pun dah syukur sgt dah.
Alhamdullilah.
 Sebenarnya kalau kaya raya nak beli yang macam ni
Tapi tunggu kaya tak kaya kaya jugak.
Tu pasal lah ....

Kalau mampu beli yang ni betul ke beli?
Tua2 ni boleh ke pakai heels lagi?
Terpeleot nanti
Sakit belakang nanti.
Lutut toksah crita lah.
Lupakan niat nak beli tu..
Tak mampu beli dan kalau beli pun tak mampu nak pakai!
Sedar la diri tu sikit mokcik Hani!

Wednesday, October 30, 2019

Menternak lemak.

Hadiah hari jadi kata nya.
Along belanja lunch.
Cuba makan di restoren ni.
First time n it wont be the last.
Sedap.
Masuk kedai jer bau nasi beriani menusuk hidung.
Memang tidak mengecewakan.
Nama kedai? Lupa dah.
Kedai pun bersih dan sesuai untuk bawa keluarga.
Rating 8/10.

 Marin lunch di restoren wau.
Memang sohor restoren ni.
Tomyam dan masakan panas yg ump!
Tapi saya nak makan masakan western
Frust la sikit..tak menepati citarasa saya.
Mushroom soup dia mcm yg tuang dari tin.
Roti pun kenyal.
Batter untuk fish fillet tu tebal.
Tercucuk gusi bila masuk mulut.
Coleslaw pun over creamy.
No salads n some soggy chips.
Not to my liking, sorry!.
Marin tu lunch bersama anak menantu
Bila nak bayar, cashier tu cakap dah ada orang bayarkan.
Makan free?
Semoga murah rezeki orang yg murah hati belanja kami ni.
Dua hari turut2 makan di sponsor.
Happy sangat sangat.
Syukur masih ada yg sayang.


Tuesday, October 29, 2019

Drama depan pasar.

Lebih kurang kul 7.30 pagi tadi saya memandu ke pasar.
Matahari menyuluh direct ke dalam mata, silau sungguh.
Saya perlahankan kereta sambil intai parking space..
Bila berada betul2 depan pasar kelihatan seorang budak lelaki berlari
melintas jalan dengan sebatang kayu di tangan.
Saya cepat2 brek kerata, sib baik tak langgar.
Budak lelaki tu dalam usia 7 ke 8 tahun.
Dia berhenti betul2 depan kereta saya.
Tak pasal2 dia ketuk bonet kereta saya dgn kayu yg di pegang.
Berkali kali.
Saya hon untuk takutkan dia tapi tak berkesan.
Baru saya perasan, budak ni ada masaalah ni.
Mungkin autism atau hyper atau yg sewaktu dgn nya.
Saya buka pintu kereta untuk pujuk dia ke tepi.
Sambil tu saya bertanya org keliling di mana penjaga nya
 Penonton dah mula kerumun budak tu, pakat tlg pujuk agar dia ke tepi.
Tanya nama dia x jawap pun, nangis pun tak, pandang mata kita pun tidak.
Dia terus duk tumbuk2 kereta dgn tangan dan sekali sekala tendang dgn kaki jugak.
Mintak kayu di tangan dia pun dia tak kasi, erat dia pegang kayu tu.
Dari dlm pasar saya lihat mak budak tu, saya andai mak lah..
Berlari turun tangga dan gopoh gapah datang ke kereta saya.
Mak nya punnnn.....Geram pulak saya tengok perangai dia!
Dah la sikit pun tak minta maaf bagi pihak anak nya,
Sampai hati dia rampas kayu di tangan anak nya tu dan pukul budak tu.
Bukan pukul2 manja, betul2 pukul.
Nasib baik orang ramai leraikan.
Ada seorang lelaki tu tarik budak tu dan jauhkan dari mak dia.
Mak dia dengan muka macam nak telan orang tu lebih ganas dari anak nya tadi.
Macam dah tak malu segan, memaki hamun anak depan orang.
Allah hu.. Kesian budak tu.
Kalau dia sempurna macam budak2 lain dia tak buat begitu.
Kalau dia normal, awal2 lagi dia tak berani ketuk bonet kereta orang.
Kenapa mak nya marah2?
Takde siapa marahkan anak nya pun.
Saya mangsa, tuan kereta yg dipukul pun tak marah.
Apa masaalah mak dia nih sampai gitu sekali marah anak?
Mak dia ni lagi pelik dari anak nya.
Tak kan dia tak tau anak dia ada masaalah.
Kenapa dia tak lebih hati2?
Kalau kena langgar tadi macam mana?
Kesian sungguh budak tu..
Kat rumah macam mana lah..
Entah2 kena dera lagi dasyat dari yg mak dia buat depan orang tadi.
Saya tak tau apa yg berlaku seterusnya.
Bila tengok mak budak tu mengamok,
duk cuba heret anaknya dari pelukan pakcik yg melindungi anak nya tu, saya beredar.
Perlahan lahan saya drive terus balik rumah.
Cancel niat nak beli nasi berlauk.
Dalam kepala saya hanya satu.
Tadi tu Tuhan nak uji kesabaran mak dia, kesabaran kita juga.
That is life.



Sunday, October 27, 2019

Pecah rahsia saya hari ni...

Ada rahsia tau.
Sebut Deepavali teringat rahsia lama
Cerita lama
Tapi sebelum tu nak terangkan dulu,
Apa makna Deepavali bagi saya...
Maknanya dapat tengok cerita bollywood kat tv/astro.
Ulang tayang cerita lama2.
Best..Nostalgia.
 Selain tu, kalau musim Deepa,
Dapat makan makanan tradisional kaum India.
Tapi tempat saya ni susah nak dapat.
Dulu sewaktu saya menetap di East London, ramai India.
Macam2 kueh ada..semua sedap sedap.
Yang bulat2 kuning di goreng dan dicelup air gula tu,
manis bersira tu alah best nyerrrr...
Teringat la pulak...


Sempena Deepa ni, meh mokcik nak bukak rahsia...
Shyyyy...! Lepas baca buat2 tak pernah baca tau.
(Tau pulak segan...)
Saya zaman muda2 dulu
Berangan nak kawin dgn raja.
Rajagopal.
Terpikat dgn ketampanan pelakon2 bollywood.

Mungkin sbb saya keturunan cina, hidung kemek, kulit pucat dan tak cantik,
 maka saya berangan kalu kawin dgn india, dpt anak mesti cantik!
Tapi sayang tak ada Rajagopal yg handsome nak kan saya.
Kalau ada pun setakat keling jual botol tu buat per...
Tak nak keling, nak bollywood!
Ngada, memilih pulak!
Tu pasal lah sampai sudah tak ketemuan.

Rupanya jodoh saya dengan seorang yg berketurunan cina jugak.
'Back to square one' kata orang putih
Malah dia lebih pure chinese dari saya yg telah byk keturunan nih.
Aiseyyy....berterusan lah generasi sepet saya.
Sepet pun sepet lah, pucat pun pucat lah.
(Sib baik dlm keluarga saya sorang tak sepet, mata ikut ayah yg pure melayu)
Syukur seadanya.
Perancangan Tuhan adalah yg terbaik, Alhamdullilah.


Tapi mana tau kannnn,
entah2 esuk2, ada anak cucu bakal bertemu jodoh dgn Rajagopal.
Apa2 pun redha...janji mereka bertemu jodoh dan bahagia
Esuk di tangan Tuhan...
Who knows..

Selamat menyambut deepavali buat semua kaum India/penganut hindu.
Cahaya menghapus kegelapan.
Ni lirik lagu khabie khabie...
Kenapa la saya suka sgt dgn lagu ni, crita ni...
Bercinta dgn orang lain, kawin dgn orang lain, pastu bertemu semula.
Awkward!
Aik, macam terkena batang hidung sendiri jer nih...
Kwang kwang kwangggg!!!



Saturday, October 26, 2019

Motivasi diri..

Sentiasa ingat ni Hani....
 Sentiasa cuba jadi kuat...
 Sentiasa sabar dan berlapang dada
 Sentiasa percaya bahawa perancangan Tuhan lebih baik dari perancangan kita.
 Sentiasa think positive dan berbaik sangka.
InsyaAllah Hani, segalanya akan baik baik belaka.....

Friday, October 25, 2019

Don't judge a book by its cover.

Saya ni tak sombong tapi acap jugak la saya dengar orang cakap saya sombong.
Mungkin wajah saya yang tak manis dan lebih pada mencuka.
Tu tanggapan orang yg tak kenal saya.
Kalau dah kenal baru tau siapa saya sebenanrnya.
Waktu saya masih mengajar dulu 'sombong' ni memang sinonim sangat dgn saya.
Cikgu2 baru tambah2 cikgu2 pelatih tu pandai jer cop saya sombong.
Lama2 bila dah kenal, dah tegur sapa akan ada lah yg cakap
" ingatkan kak hani sombong, takut nak tegur mula nya..."
Hmmm...dah beribu kali saya dapat ayat begitu.


Selain dari wajah yg tak berapa nak manis menawan,
saya dianggap begitu mungkin juga kerana saya payah nak break the ice.
Betul, tu la saya, pemalu! Sangat2 pemalu.
Saya tak akan tegur orang yg saya tak kenal sbb saya segan.
Saya takut nak approach orang
Saya tak pandai nak cari tajuk pembuka salam perkenalan.
Selalunya kalau orang tegur saya dulu baru saya respond.
Dengan orang yg saya tak kenal saya berhati hati.
Tak reti nak buat2 kenal..
Maka nampak lah kesombongan saya di situ.
Salah tu.....Wrong impression!

Bila dah kenal.....
Tak cukup mulut nak crita laa
Pot pet pot pet tanpa noktah.
Kuat gelak, kuat mengusik, kuat menyakat.
Tanya la siapa yg mengenali saya,
Tanya kawan2 saya,
Jiran2 saya,
Sedara2 saya,
Tanya lah mereka.
Sah dia orang akan mengiakan.
 Tu lah masaalah saya sebenarnya...
Saya ni walau payah mulakan perhubungan,
Tapi kalau dah kenal, saya mudah mesra, terlalu mudah.
Cepat benar percaya dan sanggup buat apa saja utk seorg kenalan.
Di sini kelemahan saya sbb tu acap dipergunakan, di tipu.
Pulak dah.....kalau over baik camni pulak jadinya.
Tak reti la saya......
Jadi boleh tak awak jangan cepat label saya sombong?




Foot note : Jari saya lebih laju berkata kata bila mulut terkunci.




Thursday, October 24, 2019

Selamat pagi cikgu.

Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu.
Bila masuk kelas, jadi murid semula,
Saya yg pencen guru pun terkeluar feel perangai lama
Kelas saya tu khas untuk org tua, warga emas gitu.
Kelas Bahasa Arab/Al Quran.
Kami semua sebaya malah ada yg lebih senior.
Seronok jadi pelajar semula.
Perangai zaman kanak2 pun terserlah kembali.
Kalau zaman di bangku sekolah dulu begitu,
Sekarang pun begitu.
'Old habits die hard' kata mat salleh.
Apa tidak nya..
Saya perhatikan,
Yang selalu dtg lambat tu orang yg sama..hari2 lambat!
Yang suka duk belakang walau dtg awal, akan duk di belakang. Back benches.
Yang kuat menyampuk bila cgu ngajar, tak habis2 nak menyampuk.
Yang hanyut ke alam mimpi tenang damai dalam dunia nya..
Yang suka mencatat, kerja dia mencatat saja tak henti henti..
Yang pemalu macam saya ni, cepat tunduk bila mata bertemu mata cikgu.
Bukan pemalu, penakut.
Takut cgu soal tu cepat2 ngelak....
Kawan saya sorang ni,
Masa sekolah dulu kami sekelas.
Kawan baik, sekarang pun duk sebelah mcm dulu jugak.
Kami suka cerita ceriti ceritu bila cgu tgah ngajar.
La ni, kami masih macam tu, suka sgt bukak cerita.
Cgu tau, bukan dia x perasan pun, cgu acap jeling2 pandang2..
Haish, tua2 ni cgu tak sampai hati nak suh diri luar kelas kot.
Dah,dah..fokus k fokus!
Saya ni kalau awak bisik mula la tadah telinga.
Tambah2 kalau bisik tajuk membawang.
Nak gelak besar jugak la bila tengok perangai kami ni
Macam kelas dewasa dlm cerita pendekar bujang lapuk.
Apa pun, saya happy dan tak nyesal join kelas ni.
Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu.
Ok saya janji, saya siapkan kerja rumah kali ni.
Baik cikgu.
Buah cempedak di luar pagar
Tolong jolokkan letak atas beranda.
Kami org pencen baru nak terhegeh hegeh gi belajar.
Kalau salah, ampun cikgu jgn denda.

Wednesday, October 23, 2019

Tipu lagi.

Ye ke?
Saya macam tu ke?
Tak lahh....
Ada yg betul nya  tapi bukan semua betul.
Wait, let me digest...
A, a laaa....betul lar.
Memang sebijik macam saya.
Paling tepat bab 'very tolerant except for liars'
Ya, memang saya paling tak leh tolak ansur dgn org yg suka menipu.
Cuba tipu saya sekali.
Sejuta kali saya tak caya dah!
Tobat ! Sampai mati saya ingat bila saya di tipu dan siapa yg menipu saya.
Liars will always be liars!
Benci bukan bererti saya perlu elakkan dia
Tak jugak, saya boleh jer masih berhubungan dgn dia.
Tak perlu tembak menembak, tak payah perang dunia ketiga.
Saya boleh jer menerima penipu dlm hidup saya..
Saya masih boleh senyum depan seorang penipu.
Boleh buat2 tak kisah dia menipu dan memperbodohkan saya.
Takper, biar dia tak tau apa sebenarnya dlm hati saya.
Benci saya simpan hanya untuk saya saja.Meluat! Jijik!
Marah saya sorok dlm hati, terbakar hati dlm senyap.
Dalam senyum saya ada maki hamun yg tersembunyi.
Dlm mesra saya ada menyampah yg dia tak tau.
Dia ingat dia sorang pandai menipu.
Dia ingat saya mudah untuk melupakan.
Adoiii..nak gelak la pulak.
Jadinya..
Siapa yg tipu siapa ni?
Apa awak kata?
Doakan yg baik baik buat dia?
Lain tahun laaar!
Tak kuasa I.
U go rot in hell!
So,
Dont make an october girl angry,
you wont like me when I am angry.


Tuesday, October 22, 2019

Allah selamatkan saya...

Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to Hani dear
Happy birthday to me....

Uwaaaa.....Sedih la pulak!
Dah makin tua dah..
Kalu tong gas tu kira tak byk mana dah baki gas,
Tong dah ringan kot.
Tak lama lagi habis gas...
Selamat hari jadi Hani...
Bertambah setahun lagi usia.
Bertambah juga uban dan kedut.
Pahala ada penambahan tak?
Ke asyik2 dosa yg makin byk?
Dah di penghujung usia ni bawak2 la bertaubat kann..
InsyaAllah, insyaAllahhhhh....

Di hari jadi saya ni..
Saya tak mintak hadiah emas permata
Nak nyanyi? Ish jgn lah, suara awak bukan sedap mana pun.
Kek pun tak payah sebab saya sedang jaga paras gula dlm darah.
Bunga? Takyah la membazir layu begitu jer..
Kereta? Nak.
Smartphone terkini? Samsung? Boleh jugak.


Jauh dari lubuk hati..
Hanya ini yang ku pinta..
Tuhan ku,
Di akhir usia ku ini,
Kau lapangkan lah hati ku untuk lebih redha dgn setiap ujian dugaan dari Mu.
Kau tetap kan hati ku agar tidak berbolak balik.
Kau tebalkan sabar dan iman ku.
Kau hadirkan lah sedikit bahagia buat ku semoga aku mampu senyum.
Kau sejahterakanlah diri ku dgn kesihatan yg baik baik semoga aku mampu beribadah.
Tuhan,
Semoga masih ramai yg ambik peduli akan diri ku.
Kau hadirkanlah mereka yg ikhlas menyayangi ku seadanya.
Semoga anak cucu sanak sedars masih memerlukan ku, yg menghargai kehadiran ku.
Semoga ada kawan yg menyambut tangan ku sewaktu aku memerlukan sokongan.
ada teman yg akan bangunkan ku sewaktu aku rebah dan
ada sahabat yg memimpin ku sewaktu aku goyah.
Tuhan...hanya pada Mu tempat ku memohon.

Terima kasih buat yg ingat yg hari ni hari jadi saya.
Yang tak ingat dan hanya ingat bila diingatkan tu pun terima kasih jugak.
Yang ingat tapi buat2 tak ingat tu pun terima kasih kerana dlm diam awak ingat juga.
Yang tak ingat langsung, serius tak ingat, hmm...tak apa lah, nak buat macam mana dah tak ingat kann....
Sebenarnya saya sendiri pun tak kisah pasal hari ni...
Tua2 ni tak ada makna dah, bukan nak celebrate apa2 dah...
Cukup dgn bersyukur ada lagi sisa usia..
Ke birthday last dah ni ?
Terima kasih Tuhan atas segala suka duka kehidupan yg dah saya lalui selama ni.
Terima kasih.


Sunday, October 20, 2019

Menyusuri jalan kenangan

Buku ini...
Patah kata yg tersusun..
Foto2 yg terakam...
Segalanya tentang buku ini..
Mengimbau kenangan silam.

Dari helaian pertama
Saya baca dan hati lonjak gembira
Tumpang keseronokan penulis.
Menjejak kaki di bumi UK
Melalui Airport Gatwich.
Wahhh...teringat bunyi pesawat melalui bumbung rumah
Teringat anak2 melambai pesawat.
Rumah kami dulu abah, tidak jauh dari Airport ni.

Foto abah dlm 'Tube' hampir buat saya menangis
(Tube panggilan org tempatan bagi keretapi tu)
Teringat...
Kenderaan awam yg sentiasa kami gunakan untuk bergerak.
Mengheret anak2 yg masih kecil waktu itu, naik turun.
Bunyi aliran keretapi tu, bau di setiap stesyen masih segar di minda
Sungguh lah abah, baca buku ni seperti saya kembali ke kelmarin.

Abah coretkan kenangan di Iceland.
Kagum, belum pernah saya menjejak kaki di sana.
Teringin juga tapi rasa macam mustahil dah..
Tak apa, kongsi detik abah di Iceland dan tumpang seronok.
Setiap baris kata kata abah buat saya senyum sorang sorang.
Kebahagian milik abah dan isteri.

Kembali semula ke UK.
Dari senyum, mood saya boleh berubah disebalik helaian buku.
Baca...terus baca, Stonehedge, Bath, Portmarian, Liverpool..
Aduhhh...di sana byk kenangan saya terakam.
Banyak bahagia kami sekeluarga tersimpan...
Bayswater.
Di sana lah saya tunggu arwah hampir setiap minggu.
Dia habis kuliah dan saya dari rumah..
Tunggu di stesyen itu untuk jalan2 shopping di central London
Bayswater.
Pernah juga menyewa apartment di sini sekejap sebelum berpindah ke Kessington Street.
Bayswater....tiba2 tangisan tumpah.
Rindu waktu bersama arwah si bumi itu melimpah.

Abah,
Buku ini bukan hanya sebuah hadiah dari seorang kawan.
Buku ini telah mencungkil kenangan yg lama saya simpan.
Buku ini ada nyawa, ada kuasa....
Mengheret saya menyusuri jalan2 kenangan.
Terasa seperti baru semalam, lupa bahwa segalanya sudah lama.
Buku ini sebenarnya,
dah lama nak baca dan sekarang Tuhan membolehkan saya
menggenggami nya dlm tangan...Alhamdullilah.
Ambil masa berhari hari nak habiskan.
Lama sebab sentiasa duk ulang ulang...
Sekali sekala undur semula bacaan dan membayangkan kenangan.
Jejak abah itu meniti di setiap jejak semalam kami yg tertinggal.
Takapa lah walau tangisan tumpah sewaktu buku di riba,
Tangisan itu tangisan gembira.
Terima kasih abah...
Abah dan mak poi iceland dan UK,
dan telah bawa kami bersama juga.


Saturday, October 19, 2019

Mukabuku

Bila tengok kawan2 duk mengemas, rasa nak mengemas kini jugak lah.
Bukan kemas rumah, kemas kini akaun facebook.
Ruangan yg perlu dikemas ialah friends list
Memang kena kemas kini.
Friendlist saya tu..
Ramai la jugak tapi betul ke friends?
Ramai yg sentiasa kongsi cerita, kongsi foto dan sebagainya.
Ramai yg menghiburkan, menjadi penawar duka, pengubat sepi.
Ada yang suka 'like' segala posting, baca pun tidak, like jer. At least like jugak.
Ada yg peramah, sentiasa menyapa dan eluk saja bahasanya.
Ada yg sentiasa buat saya tersenyum dgn komen2 yg lucu.
Ada yg tak berapa kenal, hadir kerana kita kenal kawan dia tapi dia berusaha untuk mengenali kita.
Ada yg memang tak kenal tapi ikhlas nak berkenalan. Sopan dan jaga tutur kata.
Saya berterima kasih kepada mereka yg buat akaun facebook saya lebih meriah, lebih ceria.
Selalunya yang sememangnya kenal di alam nyata tak jadi masaalah.
Kawan lama lebih memahami dan pandai menghargai kawan.
Sedara sepupu sepapat pun no problem,walau berjauhan tapi facebook mendekatkan.
Anak menantu juga sentiasa ada melintas, tidak hilang dari radar, senang nak pantau.
Yang jadi masaalah nya.....
Di friendslist saya tu..
Ada yang tumpang tidur dan bangun setahun sekali kot.
Ada juga yg kaku beku, tak tau masih bernafas ke tak.
Ada yg hadir hanya untuk jadi spy? Ada ke macam ni?
Ada yg kata mereka buzy..Dah buzy tak payah la berfacebook bagai.
Ada kawan yg tak pernah respond dgn komen kita ...kawan ke camtu?
Kita message pun dia diam.
Kita pulak rasa tak laku..haishhh!
Dan ada juga yg kita tau dia aktif tapi bila kita hampiri dia,
tau dia buat apa? Dia buat derkkk!
Ni lah yg nak kena angkut buang dalam lori sampah.
Menyemak saja.
Tak perlu ramai kawan.
Tak apa lah sikit kawan pun, janji berkualiti.
Maka hari ni saya mula tapis...
Saya timbang sukat..
Saya tak nak semakkan facebook saya dgn orang macam tu.
Kalau tak suka saya, tak setuju dgn posting di akaun saya, sila berundur.
Pintu sentiasa terbuka untuk melangkah keluar..
Its a free country they say.
If you wish to go, go!
If you want to stay you r welcome but please b friendly.
Adakah saya paksa awak buat apa yg awak tak suka?
Tak paksa.
Tak suka, just leave sebelum saya unfriend.
I know its rude to unfriend but you are asking for it.
Selamat jalan..
Sila pergi tidur di akaun facebook orang lain.
Bye bye.


Friday, October 18, 2019

Tuan tanah.

Tak salah kannn...?
Bila x de tajuk nak ulas,
Bila tak ada modal nak buka cerita,
Saya share foto diri sendiri yg dah purba.
 Bertambah lah purba hari ke hari.
Artifek sejarah, antik?
Tu istilah untuk benda ada nilai sejarah,
Saya ni mana la tahap tu, sekadar seorang nenek,
seorang ibu, seorang sedara, seorang kawan
yang kuat membebel tahap tak leh bawak bincang!
Nak tengok, tengok lah
Tak nak tengok pun tak apa...
Model tua memang lah cam ni..
Senyum ke tak senyum ke, serupa. Sama.
Kedut dah banyak, puas edit nampak jugak.
Letih kameraman tangkap gambar beribu keping, asyik tak kena jer..
Nampak gemuk lh, nampak pucat lah..Mcm2 komplen.
Nampak tua? Tu takleh komplen sbb memang dah tua pun, tau.
Saya lah yg komplen, jurugambar mencuka dah tu!
Tak apa lah, bukan saya nak masuk pertandingan pun,
Ni foto terbaru tau, marin baru posing ni...
Kecuali foto yg bawah sekali tu, foto awal tahun lagi tuh.
Ok, kalau tak nak tengok, stop sakat ni, sila ke blog seterusnya.
Tak kecik hati, sumpah!
Kalau nak teruskan, jangan la kecam, sian orang tua ni...

Ni la wajah tuan tanah ni...
Seorang blogger yg berblog hanya untuk suka suka.
Bahasa tunggang langgang
Ayat bertaburan
Bukan sasterawan sekadar penulis yg menulis dari hati.
Maafkan kekurangan saya yg banyak...
Terima kasih kerana sanggup baca posting ni sampai habis.
Satu jer nak tambah khas buat yg masih baca apa yg saya tulis......
Awak seorang yg sabar!
Sangat2 sabar...hehehehe....

Thursday, October 17, 2019

Dari hati...

Suka suka suka.
Bila orang ingat kita, kita suka.
Bila orang hadiahkan kita apa2, kita suka.
Bila org kirim salam pun dah cukup suka.
Tanda ingat.
Tanda dihargai.
Kalau saya beli barang harga rm100, saya suka.
Tapi bila orang hadiahkan saya barang yg sama, saya lebih lagi suka.
Nilai nya tidak lagi rm100, bagi saya ia priceless!
Kenapa?
Sebab barang tu dah dibungkus dgn ingatan dan keikhlasan.
Bukan hanya pos laju yg hantar, tapi hati seorang sahabat yg ambik peduli 
telah membolehkan barang2 itu tiba ke pangkuan saya.
Saya hanya mampu ucapkan terima kasih.
Tq soooooo much!
Saya doakan yg baik2 sahaja buat si pengirim.

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yg baik dikenang juga.



Wednesday, October 16, 2019

Kakak

Hari ni dating dgn kakak.
Makan makan.
Cerita cerita.
Cerita tentang anak cucu
Cerita tentang kelam malam bersendiri.
Cerita air mata
Cerita gelak tawa.
Bila dgn kakak setiap cerita telus.
Tidak ada prejudis.
Cerita tidak dimanipulasi.
Kakak dengar dgn ikhlas
Seperti seorang ibu
Memahami luahan anak...
Begitu lah kakak ku, tempat aku mengadu.


Kak, makan lah hani belanja.
Nasi dari warung kecil tepi sungai.
Murah sangat harga nasi berlauk tu.
Air sirap manis semanis senyuman toke kedai.
Nilai makanan tak sama dgn nilai masa yg kami luangkan bersama.
Priceless!
Seronok.

Kak, jom kita main buai.
Semua yg datang sini tak lepas peluang utk berbuai.
Kita welfi.
Kita share kat wassup group.
Kami ni anak2 duk jauh...
Mesti dia orang pun suka tgok kami ber'dating'.
Kakak, tq for the time spent.
Luv u kakak





Kesayangan saya

SI Pattah.
Si Sudu
Si Owk

Ni yg berkaki empat lah.
Yang berkaki dua tak leh nak bilang, ramai sangat.
Sayang semua yg menyayangi saya.
Sayang juga yg tidak menyayangi saya.
Yang benci saya pun saya sayang.
Kerana dalam hati ini tidak pernah hadir benci utk sesiapa pun.
Marah tu ya, benci tak pernah.
Betul. Sumpah.

Monday, October 14, 2019

Jejalan dengan kawan.

Sakit perut duk gelak.
Begini lah kalau keluar dgn geng mokcik2.
Lupa usia dah nak masuk 60.
Telatah macam budak 17 tahun.
Tak habis habis la....

 Masa sekolah dulu saya aktif di pentas.
Walau kaki bangku, tak pandai bersukan,
saya ada darah seni yg mengalir dlm badan.
Di maktab perguruan pun saya penari, badan kebudayaan.
Tu dulu lar..
Sekarang dah keras kejung dah pergerakan.
Itu pasal la saya gelak sakan tadi
Acah acah menari makyong la konon.
Sib baik tak ramai pengunjung hari ni..
Kalau orang tgok sah la di kata nya kami ni buang tebiat ke hapa.
Memang kelakar habis.


Naik basikal berdua la pulak.
Orang kata lah, bukan saya kata.....
Kalau bawak beruk kena letak kat depan.
Nanti kalau orang tengok, orang akan panggil 'beruk cikgu'.
Ok la kannn..
Tapi kalau kita boncengkan beruk kat belakang, lain jadi nya.
Kalau orang tgok, orang akan panggil 'cikgu beruk'.
Ingat tau.
Beruk duk depan.
Cikgu duk belakang.
Noted!

Ok dah. 
Sudah2 la merapu tuh!
Jom balik.
Beli buah, kacang dan makanan serba sedikit cukup.
Kita berhenti lunch kat kedai PokSae.
Mee sup.
Sedap.
Murah
Bersih.
Terima kasih pada yg belanja tadi.
Semoga Tuhan murahkan rezeki awak.
Lain kali awak belanja lagi k.

Bagi cadangan sikit.

Dah sihat, alhamdullilah.
Kepala dah tak sakit.
Hati pun lapang..
Mujur tak melarat ke demam.
Sentiasa ada 'mujur'
Bila dah sihat, pagi2 otak dah fikir nak buat apa pagi ni.
Kadang2 saya rasa boring betul la ...
Walau byk kerja rutin, tapi bila ada waktu luang tu,
rasa tak tau nak buat apa...
Saya bukan jenis suka tidor siang hari..
Kecuali tak sihat.
Duk diam depan tv pun tak leh lama2.
Tak suka.
Kalau badan berehat otak mula duk fikir nak buat apa.
Mengemas ke? Dah tak ada tempat nak kemas.
Shopping? Tak der keperluan dah..
Lepak umah mak? Ni dah rutin dah..
Ajak kawan makan2? Ini kena plan awal2..
Habis nak buat apa?
Seronok sangat kalau hari ada kelas.
Tak kira lah kelas alquran ke, kelas bahasa arab ke...
Kelas apa pun memang saya suka.
Sebab nya saya boleh habiskan separuh hari dah kat sana.
Tak lah duk terperap kat rumah saja.
Hari ni x ada kelas apa2...
Tolongggggg...saya nak buat apa ni?

Saturday, October 12, 2019

Selsema saja kot

Rasa macam tak sihat lah.
Kepala berdenyut.
Lemau lesu saja badan ni
Rasa macam nak baring seharian.
Demam ke?
Sib baik panadol ada.
Hanya panadol peneman waktu demam.
Sedih la pulak.
Apa nak buat dah nasib badan kannn..
Orang lain sakit saya boleh jer urus, jaga..
Waktu kita sakit, keseorangan tanggung sendiri.
Ke klinik sendiri.
Picit kepala sendiri.
Tapi tak apa, dah biasa begini..
Dah dari dulu pun kalau sakit tak nyusahkan orang lain.
Selagi mampu urus sendiri tak nak bergantung kepada orang lain.
You can do it hani!
Yes I can, insyaAllah.
Tapi kan, saya ni, tua2 begini selalu berdoa...
Kalau lah satu hari nanti saya sakit berat,
Saya nak ahli keluarga saya biarkan saya pergi.
Tak perlu usaha lebih..
Tak perlu life support machine ke hapa ke...
Lepaskan saya utk pulang ke pangkuan Nya.
Sehabis segera.
Kalau boleh tak nak sakit lama lama.
Anak cucu sampai kena bergilir cuti, nyusahkan mereka.
Semoga Tuhan permudahkan urusan kepulangan saya ke pangkuan Dia.
Aminn Aminn Aminnn....
Hari ni bila uzur sikit otak dah fikir macam2.
Maklum lah dah tua begini,
Hidup pun dah tak ada erti dah...
Apasal rasa nak nangis jer nih.....

Friday, October 11, 2019

Menyeberang

Bukan tak biasa.
Kami ni ke luar negera hari2 pun boleh, kalau nak laa...
Tak pelik pun.
Naik perahu lintas Sungai Golok.
5 minit sampai ke luar negara.
Bye bye Malaysia
Hello Thailand.
Pagi ni mokcik2 ni menyeberang lagi.
Ke luar negara hanya untuk breakfast, kelas you!
Pusing2, tgok2 barang jualan...
Tawar menawar, beli nya tidak!
Beli jugak mana yang nak di beli saja.
Panas nya toksah cerita, sampai pedih mata masuk peluh.
Kotor? Of course laar....pekan cowbow kannn
Doesnt matter, janji happy dgn kawan2..
Janji boleh spend some stress free time with friends.
Sooooooo happy!


Thursday, October 10, 2019

Omaprazole

Segala macam ubat dah cuba
Tapi kelegaan yg sementara.
Dari zaman muda lagi,
takleh silap makan, cepat nak kembung.
Sakit ulu hati..
Perut jadi keras semacam
Loya, nak muntah jer rasanya
Jalan pun takleh tegak.
Sakit
Kadang dlm ruang dada pun rasa tersumbat.
Gastrik.
Makin tua makin acap.
Kalau setakat antasid yg dijual di farmesi tu, x berkesan dah.
Sekali sekala boleh la.
Kalau serangan gastrik yg teruk semua tu dah x leh pakai.
X membantu.
Sekarang ni saya sentiasa ada pantoprazole dlm beg.
Bila rasa x sedap, cepat2 telan.
Omaprazole tu ok gak.
Ke ada sapa2 tau ubat lain yg lebih baik?
Petua2 ke...
Nak tau lar, nk cuba.
Tadi makan asam pedas.
Pedas yg berasap kepala, masam yg takleh bawak bincang!
Sedap...
Pastu makan melon.
Minum air soya.
Mau nya tak gastrik!
Haduhhhh...padan muka aku larrr!

Wednesday, October 9, 2019

Tak ada apa nak cerita

Dah pukul 10 malam
2 jam lagi masuk hari baru, tarikh baru.
Tiba2 teringat yang saya belum update blog hari ni
Aaa..sudah! Sib baik ada 2 jam lagi.
Tapi otak kosong, tak ada apa benda nak cerita.
Hari ni biasa biasa, sekadar rutin biasa.
Pas tu nak crita pasal apa ah?
Share foto jer lah.
Let the photos speak for themselves.
Ok...layannnzz┼║zz....


Model lama
Kereta lama
Baju lama
Rumah lama
Eluk sangat dah tu....

Sunday, October 6, 2019

Baik ada benda tu....

Anak anak...
Nak pesan sikit.
Kalau nak berkawan,
kena ingat...
Jangan berkawan dgn orang yg banyak berahsia.
Segalanya rahsia.
Tapi dia byk nak tau pasal kita.
Tak ikhlas tu..
Orang begitu selalunya ada agenda
Penipu dgn lain perkataan.
Penipu yg handal.
Hati hati...
Anak anak,
Makcik ni cakap melalui pengalaman.
Pernah terjebak.
Pernah di tipu hidup2
Hati hati lah yer...

Saturday, October 5, 2019

Darah daging

Tak ada orang lain selain dari darah daging sendiri..
Huduh molek pun adik beradik kami
Tua muda pun anak menantu kami
Kaya miskin pun tak ada beza.
Bila berkumpul begini
Terasa diri tidak berdiri sendiri.
Alhamdullilah syukur ramai sedara.
Miskin harta tak apa jangan miskin worih.
Jom kita jamu selera.
Yang kena pantang tu makan cara berhemah ya.
Yang perlu makan ubat tu makan ubat dulu sebelum makan
Yang tak leh makan byk jgn makan banyak, tgok orang lain makan cukup lah.
Happy birthday cucu ku Sofia..
Semoga kita semua dalam rahmat berkat.
Alhamdullilah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...