Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, October 11, 2011

Kalau ada yg tau tolong bagi tau, Ticer tak tau ni.

Si Zulhilmi tak nak basuh kaki semasa ambik wuduk untuk solat zuhur berjemaah kat sekolah.
Puas di pujuk, baru lah perlahan lahan dia mula basuh kaki.
MasyaAllah...Padan lah dia malu untuk pamerkan betis dia tuh.
Berkudis..Ada yg dah berparut dan ada yg masih basah.
Berasal dari keluarga yg daif, dia tak mampu ke Klinik.
Memang lah perkhidmatan kesihatan tu free tapi mak dia kerja 7 hari seminggu.
Cuti sehari bermakna tak berlauk lah nasi hari tu.
Saya amat faham.
Saya bayangkan kalau lah anak saya yang berkudis macam tu, tentu gatal hingga tak boleh tidor malam.
Awak gatal tak Zulhilmi?
Sakit tak?
Tapi keperitan hidup buat dia hanya geleng kepala bila saya tanya.
Ok, kita cuba ubat ni.
Setiap pagi bila sampai ke sekolah awak dtg ke meja Ticer dan sapu ubat ni.
Sebelum balik awak datang sapu sekali lagi.
Ticer pun tak tau nak bagi ubat apa.
Ikut kata budak farmesi tu ubat ni sekali dgn antibiotics.
Nak bagi awak ubat telan sah tak boleh sebab Ticer ni kan cikgu, mana ada lesen bagi ubat..
Silap hari bulan kena saman pulak.
Ticer bukan doktor tapi Ticer kesian tgok awak lah.
Nak sangat tgok kudis awak sembuh.
Ada siapa2 tahu tak ubat apa yg patut saya bagi kat budak ni?
Econazin dah cuba tapi tak baik jugak.
Calamine lotion cuma tahan gatal tapi tak menyembuhkan.
Hellooo..siapa boleh bantu ni?

16 comments:

IMANSHAH said...

kesian zul..dulu masa kanak2 pun saya pernah berperasaan begini

eni osman said...

salam hani...anak saya pun ada penyakit kulit...ekzema..tapi rasanya tak sama dgn yg ni kut..kami cuma monitor pemakanan dia dgn bagi ubat sapu klinik yg warna putih tu...anyway tersentuh dgn cerita budak ni...

Marina Monroe said...

Salam cikgu,

Rasa nya, ubat sapu dah tak jalan sebab kudis nya dah merebak dan besar2, kena makan ubat juga.

che mid said...

Penyakit macam tu memang lambat baik kan..kena bawak juga ke klinik tu, agaknya kalau doktor cucuk baru lega sikit..kesian dia..baiknya cikgu Hani keep it up dear

Pia said...

"ubat tu pun saya selalu guna kak..bagus utk fungus..tp kes si Zul ni susah sikit sbb dia kena jugak pegi jumpa doktor la kak..dan kena ambik ubat makan juga...silap2 kena inject lagi..kalau takat krim mmg payah...sbb agak serius ni..pandangan saya jer ni...kesian budak tu kan..."

ikatankasihku said...

akak, try cream Uniflex-N..kecian tengokkan dia...cream ni serasi utk mslh kulit mcm ni..kat farmasi ada jual

ajumohit said...

Tersentuh dgn citer adik ni kak, saya baru nak suggestkan ubat calamine tu, mgkin persekitaran Umah adik ni pon tak brp bersih, saya nasihatkan sapu ubat berterusan Dan dptkan nasihat doc, mgkn bleh anta adik ni ke klinik kerajaan berdekatan, wallahualam

Aku said...

Aku pernah kena seakan-akan macam ni dulu-dulu. Tapi puncanya... kutu babi. dapat semasa meranduk hutan untuk memancing.

taring dia erputus dan melekat dalam daging. punya la gatal... sedap menggaru sampai berdarah-darah dan daging terpokah tapi sebabkan gatal, tak ada rasa sakit langsung.

bila dah jadi 2ndary infection, baru pegi hospital. seminggu masuk wad sebab kena makan, cucuk, titis antibiotik.

yang atas tu bukan kudis buta ke?

Acik Erna said...

kesian zul..mungkin dah lama tu yang susah nak baik..kalau le boleh dibawak keklinik sekali aje..mungkin boleh dapat ubat/cream yang sesuai..

muhaini said...

Hani,kudis dah lama & melarat ... terbaik jumpa dokter!! Apapun suruh dia pantang sikit ... nak2 BUDU. Keep up the noble works dear!!

munna said...

alahai kesiannya kak.... mmg kena bawa doctor pakar agaknya kak

ieja amieja said...

salam cikgu..
rasanyer ubat fucicort tu lbh krg jer ngan econazin kot..sesuai untk fungus..tp x sesuai utk zul kot sbb dah makin teruk..rasanyer kene jgk g klinik..atleast doc lbh tahu kan..cian zul..

secangkir madu merah said...

beruntung murid2 yg dapat ticer macam ni.. alhamdulillah mudah2an kebaikan yg ticer lakukan hanya Allah saja yg akan membalasnya..

Haslina said...

kak hani, kalau gatal2 selalunya na bagi anak2 na FUCICORT atau FUCIDIN.. sebab berserta dgn antibiotiks dah.. tapi rasanya your student kena makan antibiotik disamping ubat sapu.. sebab keadaannya dah teruk..takleh ke mintak dgn GB keluar bawak budak ni gi klinik swasta/klinik wcy sekejap waktu sekolah? kesian kat dia.. sakit, gatal..

Maryam said...

kalau guna lintah? atau, pacat?

- jangan approve ye, sekadar cadangan.. :)

Anonymous said...

Try zaricort cream

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...