Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, May 25, 2020

Kenapa tak beritau awal2?

Duk baca cerita raya kat facebook.
Semuanya ceria dan bahagia.
Alhamdullilah.
Tapi tiba2 melintas depan mata cerita ni
Allah hu...

Ni dah hampir tengah malam.
Kalau awal2 tau dah saya selesaikan masaalah mereka ni.
Kalau setakat biskut raya, kek raya, juadah raya tak jadi masaalah pun.
Boleh jer kami share. Kongsi rezeki.
Takper, jap lagi makcik gi hantar ya anak2..
Kesian sungguh.
Saya rasa lah jiran2 semua tak tau ni..
Laahai, rasa bersalah pulak la bila tengok hidangan kami di atas meja.
Bukak peti ais penuh sendat dengan makanan..
Sedih pulak laa.....
Alangkah leka nya kita dengan bahagia kita.
Di waktu kita beraya, meriah makan minum rupanya
mereka tidak ada sekeping biskut raya pun.
Usahkan nak makan juadah raya,
nak tanak nasi pun tak berlauk.
Sabar ya.....jap lagi makcik sampai.
Bukan jauh pun tempat mereka berteduh tu.
Cuma selama ni saya tak tau.
Tak terfikir pasal dia orang.
Mujur la Si Ady ni ketengahkan masaalah mereka di facebook.
Jom la, belum terlambat untuk kita bantu mereka merayakan aidilfitri ni.
Miskin kaya semua ada hak untuk bergembira kan?

Sunday, May 24, 2020

Kita jaga kita

Kita masak untuk kita.
Kita hidang untuk kita
Kita yg makan
Kita yg jamu selera.
Kita posing sesama kita.
Kita basuh sendiri pinggan mangkuk yg hanya kita guna
Kita lap sendiri kerusi meja makan yg hanya kita sepahkan.
Kita tak apa apa.
Raya tetap raya.
Kita jaga kita.
InsyaAllah tahun depan rumah terbuka semula.
Kerinduan pada riuh tetamu tetap ada.
Maaf zahir batin dari kami sekeluarga.
Selamat hari raya.
Hanya kita.

Beraya cara kita

Social distancing kann
Jom makan...
Nasi dagang ganu...
Saya masak pagi2 lagi buat santapan anak negeri.
Nasi impit, rendang,kuah kacang..
Semua masak sendiri, sedap ke tidak, hentam saja lah.

Saturday, May 23, 2020

Kalut la mokcik nih

Hari ni la nak rebus ketupat..
Hari ni la nak baking kek2 untuk di agihkan.
Hari ni la nak kupas bawang utk persediaan masak gulai nasi dagang malam nanti
Hari ni la nak merendang daging
Hari ni la nak kacau kuah kacang, rebus nasi himpit dan cucuk sate
Hari ni la nak gosok baju raya
Hari ni la nak menhemas
Hari ni jugak la pembantu aka nurse yg jaga anak saya tu nak mintak cuti.
Pastu camna?
Haiyaaaa....bersilat berkung fu di dapur tu tak ada masaalah kalau orang sakit terjaga dan terurus.
Nak teriak rasa ni...
Nak meraung!
Tapi saya kan wanita tabah..
No problem.
Akan cuba juga bereskan segalanya walau dlm payah.
Cuma perlu pembantu.
Wei......mana pembantu2 yg dihormati sekelian nih?
Tidor.
Ngadap hset.
Nak keluar cari baju raya.
What? No no no no....
Bab keluar tu no way, never!
Kita raya sama kita jer kan?
So please lar ..please tolong mummy kat dapur.
Boleh kan?
Tak boleh secara suka rela, cara paksa rela.
Mummy bilang sampai 5.
1
2
3
4.........

Friday, May 22, 2020

Selera

Macam macam la wei..
Dah byk hari duk nak makan kerabu meggi
Yang pedas dan masam tu
Sedap sungguh.
Tapi tak jadi jadi nak buat.
Give way pada menu anak negeri dulu.
Tapi kelmarin dah tiba masa utk menu mummy pulak.
Takapa kalau anak negeri nak makan menu lain pun
Janji menu mummy ada. 
Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, 
tapi kerabu meggi mummy ni sedap la awak.
Nak resipi? No problem.
 
Rebus sotong, udang, crab stick, crab ball, fishtaufu dan apa saja yg ada dlm freezer
masukkan nampla, cuka dan meggi cukup rasa sikit.
Dalam mangkuk mayang serai,bwg ,carrot,tomatoes, cili dan daun ketumbar.
Bila kuah dah sejuk masukkan bahan dari mangkuk tu.
Perah lemon byk2.
Rebus meggi.tua g dlm kuah sekali dgn perencah nya.
Nama aje meggi tapi jgn guna meggi.
Guna mee segera jenama dari negara jiran tu.
Tak sama tau.
Seterusnya makan lah.
Pedas, masam dan sedap sangat sangat...
Cuba lah buat kalau tak caya.


Thursday, May 21, 2020

Jelawat.

Ikan dari kolam.
Tulang banyak
Tapi tak ada masaalah.
Noxxa kan ada..
Masak asam pedas.
Masuk dlm noxxa 1 jam.
Tulang hancur mcm ikan sardin dlm tin.
Boleh makan tanpa susah payah.
Ikan ni mahal, kalau beli tak laaa
Ni free aje, tangkap jer.
Ok, selamat berbuka ya.

Wednesday, May 20, 2020

Bau raya

Tak kisah la raya nanti beraya sesama sendiri ke tak.
Tak jadi masaalah.
Raya tetap raya.
Di hujung2 Ramadhan ni seperti biasa lah
Buat biskut raya.
Bukan makan sangat biskut2 ni..
Kalau nak beli pun berlambak kat kedai.
Tapi sebenarnya bila buat biskut raya,
bau tu.....
Bau raya.
Bila bau biskut dlm oven menerpa hidung,
feeling raya itu ada mari..
Walau raya ni tak leh jumpa sanak sedara,
takleh berkumpul anak beranak macam biasa,
cukup la ada bau raya ni..
Hmm...harum semerbak satu rumah.
Pecah kesunyian hati sekejap.
Jom buat biskut...
Biskut apa ni?
Letak nama baru lah..
Biskut 'airmata syawal'.
Biskut 'say no to covid'
Biskut 'stay safe'.
Hentam saja la labu..

Ni satu lagi baru masuk oven

Monday, May 18, 2020

Sahur ku pagi ni.


Malam2 kesepuluh terakhir Ramadhan.
Malam2 yg berkat.
Lailatul kadar menjenguk..
Tadahlah tangan mu..
Pinta lah..
Pohon lah.
Semoga doa ku kali ini tidak meleleh di celah2 jari ku.
Semoga doa ku di angkat ke ribaan Mu ya Allah.
Doa ku doa yg sama, doa itu2 juga..
Bertahun ku persembahkan pada Mu tanpa jemu.
Kau saja lah yg lebih mengetahui.
Kau sajalah yang tau apa yg terbaik buat ku.
Aku yakin dan percaya.
Kau makbulkan doa ku dgn cara Mu.
Siapa lah aku untuk menidakkan cinta Mu?
Allah hu akhbar.

Baru bangun dari simpuh di sejadah.
Baru sekejap telekung itu ku singkap.
Sedu sedan masih menjerut kerongkong
Mata masih basah hidung masih merah.
Terasa mau teruskan tangisan tadi.
Belum puas menangis di ribaan Mu.
Hanya Kamu tempat ku mengadu.
Sungguh, hanya Kamu.

Sunday, May 17, 2020

Perancangan

7 hari lagi Ramadham akan meninggalkan kita.
Sekejap nya dah nak raya.
Cepat sungguh masa berlalu.
Walau dalam pkpb, aura syawal dah ada.
Dalam kepala dah terfikir nak masak apa nanti
Walau tidak rumah terbuka kena masak juga
Anak negeri nak makan, beraya dgn anak negeri saja.
Ada yg dah request nasi dagang macam raya2 yg lepas2.
Ada yg tetap nak ketupat rendang..
Yang suka sate dan kuah kacang dah hint2 nak jugak.
Hadoiii...
Nampak gayanya bersilat di dapur tidak ada cuti.
Kena buka langkah jugak.
Dont worry anak menantu yg ada di sini..
Mummy masak macam biasa
Cuma kurangkan jumlah nya.
Kesian jugak kat mereka
Dah la tak berbaju baru
Nak balik rumah nenek pun tak boleh
Nak berkumpul dgn sanak sedara teman tsulan pun bahaya.
Apa lagi yg boleh memeriahkan raya tahun ni?
Makan.
Yes, makan.
Makan tetap on, pkp ke tidak.
U know what guys.....
This is why we are what we are today.
This is the reason we are GEMOKS.
Fikir pasal makan jer lah....
Hadehhhhh....macam2 la u all nih.

Saturday, May 16, 2020

Gelaran melekat sampai mati pun.

Cikgu
Ticer
Itu gelaran buat ku.
 Berpuluh tahun dah digelar begitu
Walau dah pencen masih lekat gelaran itu.
Mati nanti pun akan tetap digelar begitu juga.
Cuma tambah arwah kat depan.
Arwah cikgu Hani.






Kenangan sewaktu disekolah banyak sangat.
Ni hanya sebahagian.
Suka duka ku sebagai pendidik.
Kekal di hati selamanya.

Friday, May 15, 2020

Hati yg tersakiti

Tak perlu lari kerana aku tak kan kejar
Tak perlu bersembunyi kerana aku tak kan cari.
Bebas lah di alam luas semau mu.
Tidak ada perangkap yg akan merantai kaki
Tidak akan ada umpan yg memabukkan.
Memaksa bukan cara ku kerana
aku bukan lah seorang pemburu.
Singa liar dan penuh helah bukan buat ku.

Aku hanya lah..
Seorang penyelamat menbawa pulang kucing jalanan.
Merawat duka dan luka dan mengembalikan ceria.
Tenang damai bermanja dgn yg datang secara rela.
Makan di tangan dan tidur di riba tanpa di paksa.
Hadir dengan rela berkongsi waktu bersama.
Sentiasa ada dan menyenangkan.
Mendamaikan fikiran.

Aku ini sebenarnya amat terasa.

Thursday, May 14, 2020

PM pun tak ada jawapan nih

Serba salah sungguh.
Nak buat persiapan raya ke tak.
Kalau tak  bersedia, tak masak menu raya,
buat la ada yg singgah nak makan apa?
Nak hidang apa?
Kalau meriah masak dan prepare itu ini,
buat la semua org berkurung,
 tak keluar beraya,
 siapa nak habiskan masakan ni pulak?
Anak2 cakap masak jer, no problem.
Mesti habis punya.
Tau, kamu semua tu selagi meja penuh,
Selagi tu la ulang ulang makan.
Pastu bila gemuk salahkan mummy.
So how?
Masak ke tidak?
Hati ni nak masak sbb aura raya dah tiba.
Tapi minda tak setuju...
Ikut hati ke ikut minda?

Tuesday, May 12, 2020

Ada ke patut....

Macam ni lah tiap2 kali Ramadhan menjelma.
Paling tidak penambahan sekilo dua.
Hari ni 19 Ramadhan, saya hampiri mesin penimbang.
Mana la tau kot2 terkurus kannn.
Hadehhhh...
Tergemuk ada lah!
Bertambah timbangan 1 kilo.
Puasa pun naik?
Apa tidak nya..
Asyik terperap kat rumah.
Tak ada aktiviti keluar peluh langsung
Haishhh! Tak leh jadi ni.
Rasa2 dah kurangkan makan lemak dah.
Manis2 pun ketepikan.
Kenapa boleh terlebih timbangan nih?
Ke berat dosa?
Kang terbang mesin timbang ni kut tingkap kang.


Monday, May 11, 2020

Tak nurun

Sama tak?
Tak ......
Nak share memori sikit...
Di zaman kanak2 dulu saya selalu ke rumah dia.
Ayah tinggalkan saya di sana kalau ayah perlu urus perniagaan ayah
Duduk lah saya dengan nenek sementara tunggu ayah balik.
Nenek tau saya bosan maka dia akan belikan anak patung.
Koleksi anak patung pemberian nenek banyak sangat.
Kadang2 dia belikan set masak masak.
Dia layan saya sebaik mungkin asal saya tak ngadu bosan tunggu ayah lama sangat.
Maklumlah, kalau saya mengamok nak balik nenek juga yg susah.
Nenek dah masak dgn peel perangai saya tu..
Dia ajak saya ke belakang rumah ambil kelapa muda,mengait jambu dan mangga.
Dia masak macam2 makanan juga, kadang2 makanan yg tak pernah saya makan pun.
Bila arwah ayah datang ambik belah petang byk cerita saya nak beritau ayah.
Sepanjang perjalanan pulang saya pegang kemas mainan2 yg dia belikan.
Dalam hati tak sabar nak ke rumah dia lagi.

Nenek seorang peniaga dalam pasar Pasir Putih.
Ada ketika arwah ayah akan tinggalkan saya di tempat nenek berniaga.
Dalam pasar tu ramai kenalan nenek.
Saya dengar nenek cerita pasal saya pada kawan2 dia.
" Cucu hok duk kota bharu la ni, tokleh marah sikit, tiok cari ayah dia.."
Hai la nenek, I know that I am a spoiled brat but you dont have to announce that.
Apa2 pun yg saya ingat kawan2 nenek semua duk belek baju, sentuh perhiasan yg saya pakai dan pegang2 rambut saya..
Mereka cuba bantu nenek layan saya dan cuba berinteraksi dgn saya.
Tapi saya tak ramah mcm nenek, saya akan lagi mencuka bila di beri tumpuan sebegitu.
Saya juga masih ingat, ada gerai jual mainan berdekatan.
Nenek selalu pesan, nak mainan gi ambik jer, nanti nenek bayarkan sebelum pulang.
Kita pun apa lagi, lepas satu, satu pilih mainan.
Kadang tu tertidur sebelah nenek atas bangku tempat nenek berjualan.
Alangkah mahal nya kenangan itu.

Awak tau tak nenek saya di usia muda dia seorang yg sangat cantik?
Arwah ayah pernah cerita begitu.
Dia lemah lembut dan manis.
Kulit putih melepak, tinggi lampai..
Anak cucu sorang pun tak seperti dia.
Tak nurun kata org kelantan.
Tak apalah tak nurun pun, jadi cucu dia itu dah satu kelebihan.
Bangga lahir dari baka dia.
Nenek meninggal tahun 2011 sewaktu dia dah bercicit dah.
Al fatihah buat arwah Mok.
Semoga roh Mok berada bersama sama orang2 yg beriman.
Aamiin...




Sunday, May 10, 2020

I am sorry.

Bagaimana harus aku menerima
Ucapan2 hari ibu.
Sedangkan aku bukan ibu yg sebaik itu.
Malu pada kekurangan ku,
Tidak layak sungguh untuk puji pujian.
Aku bukan ibu mithali
Jauh sekali ibu yg berjaya.
Aku tidak pandai membentuk anak2 ku
untuk menjadi sebaik baik manusia.
Anak anak ku biasa biasa saja.
Di mata dunia mereka tidak mengukir nama
(Tapi di mata ku mereka tetap istimewa.)
Alangkah baik nya jika aku ibu hebat.
Ibu mithali dan ibu yg bijak
Mereka tentu lebih berjaya
Lebih tebal iman di dada
Lebih berhemah budi bicara
Lebih baik , lebih terdidik.
Kesal nya aku.
Amanah ini telah aku leburkan.
Kegagalan demi kegagalan
Mengusik hati perasaan.
Aku tidak seperti ibu lain nya
yg jauh lebih baik...
Layak kah penghargaan2 itu
kau sandang ke dada ku?



Saturday, May 9, 2020

Bulan berkat

Dah separuh Ramadhan dah.
Kalau mendaki bukit dah ada di puncak.
Hari ni sedang turun bukit dah
Sedang menghala ke Syawal.
Alhamdullilah, tahun ni byk duk rumah dan
kurang aktiviti2 shopping sunat.
Banyak masa untuk memanafaatkan bulan mulia ni.
15 Ramadhan ni khatam quran masuk kali kedua.
InsyaAllah esuk mula bacaan semula dari Surah Albakarah/juz 1.
Anak2 belum khatam lagi Ramadhan kali ni..
Takper, no rush...janji baca quran sikit2 sehari.
Saya baru tau...
Kata ustaz,
Kalau khatam ramai2 dlm group wassup tu tak dikira khatam.
Terima kasih ustaz...saya dan kawan2 dah silap pasal tu.
Baru ni kat group wassup tu kami buat macam tu lah.
Sorang baca satu juz, 30 orang complete 30 juzuk.
Ingat ke boleh kira khatam berkumpulan rupanya tidak.
Tak apa lah...pahala baca quran insyaAllah dapat walau bukan pahala khatam.
Tu pasal la kena ngadap yg lebih tau kalau tak tau.
Sekarang dah tau.
Jadinya hari ni dah 15 Ramadhan.
Semoga semua nya baik baik saja..
Masak apa hari ni utk berbuka nanti?
Opssss...duk bersahur dah fikir pasal berbuka pulak!
Just asking ok....

Friday, May 8, 2020

Macam budak budak.

Berdenyut denyut.
Seksa.
Menunggu masa untuk di cabut.
Selagi tak sakit seperti nak pecah kepala,
selagi tu tahan dulu..ikhtiar telan ubat dulu.
Kenapa tak gi dentist?
Sebabnya.....
TAKOOOOOOOOT!

Thursday, May 7, 2020

Tak semua benda boleh dibeli

Saya paling tak suka, sangat tak suka.
Bila hati dijual beli.
Jangan lah.
Tak payah.
Bila buat salah mula nak cuba tebus dosa dengan hadiah.
Sekali hati saya terasa saya akan tetap ingat sampai mati.
Tak payah nak hulur buah tangan mahal2.
Tak perlu bersusah payah nak bantu permudahkan urusan saya.
Simpan saja rasa bersalah awak tu sebagaimana
saya simpan rasa terkilan saya.
Ya betul saya suka orang ingat saya,
hadiahkan saya macam macam.
Berikan saya tanda ingatan.
Selalu pun saya terima buah tangan.
Saya hargai nya..suka sangat2.
Tapi bukan bila buat salah baru nak pujuk saya dengan hadiah.
Saya ni dari kecik mak cakap saya degil.
Memang degil.
Memang keras hati.
Mungkin saya maafkan tapi saya tak lupakan.
Bila saya di buat macam budak kecik nak di gula gulakan,
Laaaaagi la saya menyampah!
Awak ingat hati saya ni apa?
Tu kotak, saya dah sediakan kotak.
Segala yg awak kata 'buah tangan' tu bakal duk dalam tu.
Bakal saya seal dan letak dalam store di sudut paling jauh.
Saya bukan stail bakar ke, buang ke benda yg saya tak suka.
Itu terlalu zalim kot, hati saya tak seburuk tu
Ahkir kalam nak ingatkan sekali lagi...
Jangan cuba beli hati saya.

Wednesday, May 6, 2020

Macam mak nenek

Memang mak nenek pun.
Tiba tiba rasa nak pakai kain batik.
Dah berpuluh bertahun tak pakai kain macam ni.
Lebih selesa berbaju kaftan atau tshirt dgn seluar tidor saja.
Macamvtu lah uniform kalau tak keluar, duk dalam rumah.
Anak2 tak pernah tgok mummy dia orang pakai kain batik.
Hari ni mereka gelakkan saya
Gelak laa.....
Ni budaya kita tau tak?
Kamu semua tak reti pakai rugi.
Generasi seterusnya akan tak kenal kain batik.
Anak2 cakap tak practical, payah nak selit.
Memang la tapi practice makes perfect.
Mummy pun x pandai mana pun, tapi boleh lah.
Ok tak?
Ya, tau..salah cara pakai tu.
Sebenarnya ada cara tertentu kalau ikut kehendak budaya bangsa.
Bunga kain dan kepala kain kena letak bersesuaian dgn status.
Kalau ibu2 lain caranya, anak2 dara pun lain..
Saya main hentam saja.
Lagi pun pakai sekejap jer ni
Nak posing jer..
Jap lagi cari seluar track dgn tshirt lusuh jugak la jawap nya.

Tuesday, May 5, 2020

Kosong dua kerusi hari ni.

Saya keluar hari ni.
Sekadar untuk menghantar menantu saya balik ke rumah mak dia
Suami dia, anak saya terpaksa menyusul kemudian kerana hal yg tak dapat dielakkan.
Bukan jauh pun rumah besan saya tu, cuma terpisah kerana PKP saja.
Sepanjang pkp ni dia ada di rumah saya.
Sekali pun belum boleh bersahur, berpuasa, berbuka dan
berterawikh bersama mereka.
Saya faham kerinduan dia.
Tapi nak buat macam mana kan..
Hari ni bila kerajaan bagi kelonggaran,
dapatlah dia balik berbuka puasa dengan keluarga dia.
Happy sungguh dia dapat balik.
Mak Ayah dia pun happy bila tengok dia ada depan tangga.
Dia satu2 nya anak perempuan bagi mak ayah dia.
Mesti manja sangat tu..
Sunyi lah rumah saya petang nanti.
Tak ada lah keriuhan suara dia di dapur.
Tak ada lah gelak tawa dia sembang dgn adik2 ipar.
Menantu ni sebenarnya serupa dgn anak.
Kita sayang sama saja.
Kita terima saja kelemahan dia dan
Sentiasa bersyukur dgn kelebihan dia.
Mujurlah menantu2 saya membahagiakan saya.
Mereka tempat saya kongsi duka, kongsi sepi di hati.
Terima kasih Tuhan kerana hadirkan mereka dlm hidup saya.
Maka hari ni di meja makan nanti kosong lah 2 kerusi.
Tak apa, sabar saja lah, bukan lama pun,
nanti mereka balik semula ke sini riuh lah semula.
Selamat berbuka dan berterawikh.

Monday, May 4, 2020

Sepanjang pkp dan Ramadhan

Dah duk rumah tu masak jer la kerja nya.
Ni baru sebahagian dessert yg terakam.
Manis manis semua nya
Rezeki jangan di tolak









Lauk pauk mana?
Lain kali saya share lauk pauk pulak.

Sunday, May 3, 2020

Apo larrrr....!

Mokcik nak ngepek ppagi lagi nih..
Dgr sini belako lako...
Esuk...
Nati tgok la...
Supo kattu lepah huje, pakak hurung lapu.
Berebut pakat tubek.
Lorat heret anak rukah supermarket.
Mugo nak rayo kae...
Mugo baru ni tokdae shooping..
Kuk mung laaaaar..!
Demo ni sebenarnya tok takut gapo.
Corona ko, covid ko..
Loh la...
Doh buke kena ko anak cucu kita tu gak.
Hok mana mati tu pun buke worih kita.
Doh kerajae kata buleh tubek bbeli, kita tubek.
Selama ni takut ko poklih dan askar jah.
Takut kena soal di roadblock.
Tu jah.....
Haduh la...bakpo eh jadi gitu?
Acu cerdik sikit gak.
Ore kata bodo tau maroh.
(Mugo bako pongoh )
Acu ambik tau gak gapo covid nih.
Reti gak takut.
Sie la ko frontliners tu kalu jaddi namboh pulak.
Kalu tok wojik tok soh tubek la deh.
Jgn buat mudah gitu..
Tau doh hok Tuhan belako
Tapi Tuhan suruh ikhtiar bukan serah nasib gitu jah.
Esuk...
Ok esuk pakat tgok laaar
Betul ko dok hok mokcik duk raso nih.
Male ni tok jenero tido doh,
duk tilik suis kereta hok kulat atah meja.
Ko ada hok siap gosok baju,gosok tudung doh?
Lapar nak tubek nya teh!
Tubek la tubekk...
Payoh nak main dgn ore tua nih
Baso bodo tok leh ajar, cerdik tokleh tupe

Munduk buleh gi doh ko?
Mokcik braso nak gi Munduk jah.....
Okalohhh, mokcik bekkok jah buke sengoti pun.
Mokcik oyak doh kae,
mokcik Hani ni juruh jak budak lagi.
Ore duk caro gitu belako.
Hambekkkkk..!



Saturday, May 2, 2020

Masih hidup ke dah mati?

Kalau nak nampak baik,
saya akan cakap saya tak pernah benci orang
Tapi hakikatnya bukan macam tu.
Ada orang yg saya benci
Terlalu amat benci.
Semoga Tuhan ampunkan saya.
Kenapa saya benci dia?
Panjang cerita.
Cerita lama. Cerita purba.
Membabitkan hati.
Ya saya benci dia.
Dari teramat sayang kemudian
Jadi teramat marah..
Dan marah itu sudah membiakkan benci.
Marah yg di pendam jadi bara dalam sekam.
Sekarang saya malas dah nak kenang2.
Melukakan saja kalau di ingat2.
Saya hanya berdoa semoga dia tak melintas didepan mata saya.
Saya cuba melupakan segalanya tentang dia.
Dah, tak nak lagi sebut pasal ni.
Tak pasal2 dendam membara, hati terbakar.
Dah dah dah.

Thursday, April 30, 2020

Perancangan dari Dia.

Pertama kali dalam sejarah.
Tahun ni....
Kami akan beraya paling simple.
Tak ada baju raya, tak ada langsir raya.
Jimat.
Tak ada tamu akan singgah dan
kita tak akan bertamu ke rumah orang pun.
Masak untuk jamu anak negeri saja.
Rakyat jelata pun tak semua ada.
Yang jauh tak dapat balik.
Heran juga tengok orang lain yg masih beria ia buat persiapan.
Order baju mahal2 online.
Tempah biskut berbalang balang.
Agaknya mereka ni duit berkepuk.
Duit tak habis nak belanja.
Kita ni bukan apa, risau sangat.
Nak beraya lebih2 mcm biasa pun tak berani.
Mana tau lepas pkp ni ekonomi kita merudum?
Kalau x jimat cermat entah2 nak makan pun payah nanti.
Duit yg mana ada sedikit sebyk tu cuba simpan.
Rancang perbelanjaan.
Eluk juga di teruskan PKP sampai lepas raya.
Berjaga jaga.
Jaga kesihatan.
Jaga poket.
Raya tahun ni kita solat sunat di rumah saja.
Kita sekeluarga buat tahlil  buat yg telah meninggalkan kita.
Makan2 sikit sesama kita dan lepas tu kita berebut remote tv
Beraya dgn astro.
Kita tengok lah macam mana nanti..
Kita akan beraya lain dari biasa ni
bukan kerana kerajaan tetapkan begini..
Tapi....
Perancangan dari Allah.
Dia maha mengetahui.


Wednesday, April 29, 2020

Tak sedap pun tak apa.

Awak pernah makan masakan saya tak?
Tak sedap pun tak apa saya ikhlas masak tau..
Masak hari hari.
PKP ke tidak, tak jadi soal.
Memang dapur itu jajahan takluk saya.
Dari muda sampai ke tua..
Tak pernah miss masak.
Masak untuk diri sendiri
Untuk ahli keluarga juga
Sanak sedara, kawan kawan...
Selagi ada daya, selagi ada kudrat tetap akan masak.
Orang kata lebih senang beli yang dah siap.
Order fast food, delivery macam2 ada
Sekarang ni beli online pun boleh.
Beli tu beli jugak...
Bukan tak pernah beli.
Suka jugak beli.
Tapi tak lah beli sampai tak masak langsung.
Tak lah sampai tutup dapur, gantung periuk kuali berhari hari.
Saya tau saya bukan chef pun, masak bukan sedap mana pun
Tapi saya puas bila jamu orang masakan sendiri.
Yang pasti lebih bersih dan lebih murah.
Saya masak apa?
Haha...endless list.
Sekarang ni duk train anak menantu, ajar dan guide.
Nanti kalau mummy tak ada sekurang kurangnya kamu tau tips masak.
Nak tinggalkan harta, mummy x ada harta.
Mummy hanya mampu pusakakan resepi2 turun temurun ni saja.
Hari ni nak masak apa?
" Order McD jer lah....."
Wei....baka siapa yg jawap tuh?
Memang nak kena budak budak nih!
Ni foto semalam, saya ajar anak menantu masak dan hidang...
Tengok2 dengan periuk sekali ada atas meja.
Aduhhh la

Tuesday, April 28, 2020

Kita insan biasa

Ramadhan ke 5.
Alhamdullilah masih mampu mengerjakan ibadah puasa dan berterawikh.
Dari Ramadhan hari pertama lagi hujan mula turun.
Sampai hari ni tak berhenti lagi
Kejap lebat kejap hanya rintik rintik.
Rahmat,  nikmat hujan yg menyejukkan.
Tenang rasa hati di bulan mulia ni..
Damai fikiran.
Tak lah terkejar kejar macam biasa.
Masa banyak utk baca Quran.
Saya niat nak khatam sempena Ramadhan ni lebih awal.
InsyaAllah sebelum masuk minggu kedua.
Mana tau ada rezeki saya untuk khatam berkali kali
sebelum Ramadhan kali ini tinggalkan kita...
Tadi dah di juzuk 23, dah melewati surah yassin dah.
Selepas dhuha nanti insyaAllah sambung bacaan lagi.
Tua begini apa lagi yg lebih mententeramkan hati
dari dapat menatap kitab Mu ya Allah.
Semoga diakhirat nanti Kitab ini menjadi saksi
Membantu memudahkan urusan ku di sana...
Hanya Kau yg mengetahui segalanya.
Aamiin...

Monday, April 27, 2020

Tanda tanda penuaan.


Kejadian di pasar.
Masa nak turun tangga makcik jual sayur tegur.
" Cikgu, Pagi tadi bukan dah datang pasar dah?
Dia kenal saya sbb saya pelanggan tetap dia.
" Ya betul, ni datang sekali lagi sbb terlupa ambik ayam."
Tu jawapan saya.
Dia gelak, saya pun tergelak..
Saya macam tu lah, bayar harga ayam, tinggal dulu untuk di potong.
Pastu sepatutnya gi ambik semula.
Tapi entah macam mana terlupa pulak.
Makcik tu senyum dan sambung pertanyaan kedua.
" Santan dah ambik?"
Aik, bila masa saya beli santan.konpius sekejap.
Dia perasan saya konpius.
Pandai dia baca body language saya.
" Alah cikgu, kan hari tu lupa ambik santan. Nampak terkejar kejar ke tempat jual santan..."
Opssss! Baru ingat wei..
Baru baru ni lupa santan.
Hari ni lupa ayam.
Esuk2 entah lupa apa pulak.
Mujur kepala lekat di leher, kalau tak entah2 lupa bawak kepala.
Haiyaaaaa.......Tak ada kes lain nih.
Faktor penuaan.
Sedar diri tak per.



Sunday, April 26, 2020

Group

La ni semua orang ada wassup group.
Kecuali org yg duk sorang2 dalam hutan.
Macam macam group.
Dari group adik beradik, group sedara rapat,
Group sedara bau bacang,
Group kawan tadika, sek rendah, menengah..
Group sebumbung tempat kerja
Group masjid, group pencen..
Haduhhh tak terbilang dah..
Saya join saja kalau di invite, tak pernah tolak..
Ada yg kita hanya jadi pemerhati
Ada yg kita aktif menyumbang bawang.
Ada yg kita rasa kecik sgt, jahil sgt kalau banding dgn ahli lain.
Ada group yg tau nak bertekak jer.
Serabut laaar....!
Ikhlas cakap lah, saya join group ni hanya dgn satu tujuan.
Nak terus berhubungan dgn orang yg pernah ada dalam hidup saya.
Nak tau perkembangan terkini mereka
Nak tengok foto2 mereka kalau dah lama sgt terpisah.
Nak happy2, nak suka suka..
Tu jer.....
Tobat saya tak nak tau apa parti yg dia pangkah.
Banyak mana harta dia pun saya x perlu amik tau
Besar mana pangkat anak dia pun tak mustahak
Kluster tabligh mana yg dia join laaagi la tak penting.
Bagi saya cukup lah boleh bertanya khabar
Kalau sakit kita boleh doakan kesembuhan
Kalau ada yg meninggal boleh sedekahkan alfatihah
Yang dapat menantu baru, cucu baru tu kita tumpang bahagia.
Yang dpt bini baru tu bergantung la...
Kalau bini lama dia ada dlm group jgn cari pasal.
Saya tak nak subahat jer...
Jaga hati
Jaga jari
Terlajak perahu tak per, undur jer
Terlajak jari mau nya putus terus hubungan.
Tau tau dia left group..
Tak pun kita yg kena leave group sbb kena bash!
Tu laaa....group, group jugakkk....
Niat nak berbaik jadi makin rosak hubungan buat hapa....
Berapa group wassup awak ada?
10? 20?
Suka hati lah asal bahagia..
Haha....rilex la wei....
Hati jgn mudah jadi tisu..
Kalau sensitif sgt jangan join apa2 wassup group pun.
Duk sorang2.


Saturday, April 25, 2020

Tak mo la macam tu....

Mudahnya nak hukum orang.
Nak tuduh ikut sedap hati kita.
Sedih la...
Saya baca juga pasal isu menderma tu
Allah hu
Besarnya dugaan insan yg mencari pahala
Dugaan juga buat orang lain yg memandang nya.
Betul, Tuhan duga kita yg tengok orang kumpul pahala.
Tengok org bersedekah.
Tengok orang bantu org lain..
Tengok tu pun satu dugaan.
Tengok saja kah?
Tengok saja tak nak bantu pun tak apa.
Jangan tengok dan cari kesilapan orang dah.
Tak pasal2, dah la kita x ada pahala bersedekah.
kita dpt dosa fitnah orang pulak.
Itu lah dugaan buat kita
Tuhan nak duga kita kuat tak lawan bisikan syaitan.
Tuhan duga kita, Tuhan nak tengok melatah tak kita bila ada org lebih baik dari kita.
Muhasabah diri.
Hari baik bulan baik ni kita fikir yg baik baik saja.
Boleh kannn...
.

Friday, April 24, 2020

Berbeza.

Ramadhan tahun ni tak sama dgn Ramadhan sebelum2 nya.
Kali ini lebih indah....
Sudah bertahun2 lamanya kita sambut Ramadhan cara kita
Buat perancangan itu ini..
Sekarang kita akur pada perancangan Allah
Semestinya yg terbaik.
Dah lama sangat kita siksa diri kita sendiri di bulan Ramadhan ni.
Kita sibukkan diri kita dgn urusan dunia.
Kita membazir.
Kita puja nafsu makan
Kita berbelanja sakan..
Kita cipta dosa sedangkan sepatutunya di bulan mulia ni kita buru pahala.
Nah.....kali ini Ramadhan lebih bermakna.
Kita duduk diam diam di rumah
Lebih masa untuk beribadat.
Kurang sikit kalut untuk persiapan berbuka
Makan apa ada dan berterima kasih atas rezeki Nya.
Jimat belanja harian, damai fikiran.
Berterawikh dan bertadarus dalam pelukan kasih sayang keluarga
Maka nikmat Tuhan yg mana kah yg kamu masih dustakan?


Thursday, April 23, 2020

Laksam

Sebut laksam semua orang kelantan tau.
Hampir semua wanita kelantan tau buat laksam.
Laksam kuah lemak.
Sedap.
Hari ni saya kukus laksam lepas solat subuh.
Masak kuah dan potong ulam.
Rakyat bangun pagi dah boleh makan.
Bukan payah pun buat laksam ni.
Tepung beras dan sedikit gandum.
Kacau2 lebih air, agak cair gitu
Kukus.
Masak gulung dan potong.
Boleh suap bayi atau anak2 yg baru belajar makan.
Budak2 suka sbb kalau yg kuah lemak tu x pedas.
Anak cucu saya membesar dgn laksam homemade
Sekarang mereka dah dewasa tiba la masa utk buat laksam sendiri.
Malu lah kalau asal kelantan tak reti masak laksam.
Ni laksam utk breakfast pagi ni
Taraaaa.....jom kita makan.

Wednesday, April 22, 2020

Senyum pagi

Saya keluar hari ni. Ke pasar depan rumah saja.
Persediaan untuk bulan Ramadhan.
Kalau esuk mesti lagi ramai pengunjung.
Memang dah ramai pun.
Sesak dlm pasar.
Takut gak tgok orang ramai gitu
Social distancing dah entah ke mana.
Penuh orang duk kerumun bahagian lauk.
Tak menang tangan yg menjual daging dan ayam.
Tapi ada juga yg peka dgn situasi terkini.
Nak beli santan berbaris dgn jarak yg betul.
Ok lah tu..
Tengah sedap duk pilih udang kedengaran dari luar pasar.
" Sila jarakkan diri, sila ikut arahan...."
Polis peronda rupanya.
" Sila cepat pulang ke rumah, sila stay at home...."
Hero malaya yg sedang beratur kat belakang saya siap buat ulasan.
" Jap en.polis...kalau saya balik sebelum beli udang ni alamat perang dunia ke3 la nanti"
Kami semua tergelak.
Dalam susah dan penuh kerisauan pun ada juga hiburan.
Saya tengok senarai di tangan dia panjang jugak.
Kiri kanan dah bimbit barang belian tuh.
Bunyi nyanyian dari hset hero malaya tu.
"Jap la awakkk, nak beli la ni, tengah beratur.."
Saya buat2 tak dengar.
Bukan takut isteri tapi suami mithali.
Tahniah buat semua kaum adam yg berjaya menjadi suami mithali di musim PKP nih.


Tuesday, April 21, 2020

Musafir rindu

Lagu itu memerah duka.
Liriknya menyentuh halus rasa.

Musafir rindu ( Ramli sarip dan Dayang Norfaezah)
Hujan malam menambah resah
Hati sepi sejak kau tiada
Semakin hari semakin rindu
Biarpun badan terpisah jauh
Bagai Patah tak kan tumbuh lagi
Bagai hilang tidak berganti
Bagai terbawa separuh diri
Bersama pergi mu yg tak kembali
Bukan lah gurauan
Bukan sekadar
Mainan perasaan
Apa yang tersurat itu yg tersirat
Namun ku rela
Dalam doa ku, ku sebut nama mu
Tenanglah dikau sayang ku
Aku bagai musafir lalu
Menyusur mu sudah lah tentu
Di sana kasih kekal abadi
Suci dan kudus janji ilahi.

Monday, April 20, 2020

Cuti rehat

Hari ni saya tak nak update apa2
Nak rehat
Boleh ke?
Ke ni dah di kira update ni?
Entah kenapa hari ni x ada idea.
Buntu
Dari saya merapu tak tau hujung pangkal baik diam.
Ok, rehat dulu sekejap.

Bila 'anak tino' pakai apron.




Ayat pertama- Iffah dah jadi chef..
Tak caya,sudah.
PKP punya pasal, semua orang dah jadi chef.
Media sosial duk penuh dgn lambakkan resipi perlu cuba.
Segala mak nenek resipi keluar.
Anak saya Iffah tu memang terkenal dgn 'blurr' bab masak.
Tiba2 dia pun bersemangat nak masak jugak.
Iffah lo ni tak serupo mulo - itu kata dikir kappila.
Iffah yg tak kenal halia dah boleh masak kue tiaw kungfu.
Iffah yg masak air pun kena tengok resipi.
Sekarang dah tau buat kopi apa tuh? Yg pekat tuh?
Mummy tabek la Iffah, you can do it.
Marin Iffah try buat kueh..menjadik!
Yes! Iffah happy sakan.
Mummy pun happy sbb tak keracunan.
Iffah masak lauk pauk...jadik jugak.
Yes! Congrats iffah.
Berderet lagi resipi dlm senarai mesti cuba buat tu.
Iffah berkobar kobar cuba tu cuba ni..
Bila Loyar masak mummy jadi hakim.
Anak negeri jadi juri.
Dapur jadi mahkamah tempat jatuhkan hukuman.
Hukuman mummy hanya satu.
Sedap ke tidak, jadi ke tidak, mesti makan, jgn membazir.
Mangsa nya anak negeri lah..
Kalau macam ni la gaya nya,
PKP perlu di teruskan sampai akhir tahun nih.
Mummy dah boleh gantung apron dah ni..
Hmm....Pm please lar, tell KKM to prolong this PKP.
There is a chef in the making..
Kan Iffah kannn....
Tapi yg merisaukan mummy ni satu jer.
Kita ni ber enam, Iffah masak utk 10 orang.
Habis siapa nak makan byk2 ni?
Iffah kata no problem.
Iffah ingat perpatah nenek yg berbunyi
" Dari membazir baik membatil"
Apa yg membatil?
Perut anak negeri laaa....
Iffah, go slow with the food k.
Siapa sokong mummy supaya Iffah masak sikit?
Haah? X ada penyokong.
Iffah kata kalau mummy masuk court tak menang.
Hentam jer la Pn Loyar (buruk)..

Saturday, April 18, 2020

Kalau




Cari gali foto2 lama
Foto bukan sekadar merakam wajah tapi
foto2 lama ada kenangan yg dikepil bersama..


Kalau la boleh ku undurkan masa...
Kalau lah masa depan terlihat sebelum waktu nya..
Kalau lah luka kelmarin boleh dipadam dari ingatan..
Kalau lah bahagia boleh di kekalkan....
Kita manusia biasa..
Mustahil nak buat semua lu..
Bersandarkan 'kalau' dan 'jika' yang tidak berkesudahan.
Sekali sekala seperti ada kesal terselit di benak fikiran.
Tapi kesal segunung pun tidak mampu merubah sejarah.
Redha saja lah meski pun dlm nada terpaksa.
Hanya merasai tahu segalanya, yang melihat cuma mampu mengulas.
Kalau boleh ku undur masa nak tak undur?
Tak nakkkkkk!
Kalau boleh dilahirkan semula nak tak?
Nak, tapi nak lahir sebagai Queen of England.
Tak payah pikir apa, hanya bernafas sahaja.
Atau nak dilahirkan semula sebagai batu di sungai.
Keras kejung, sejuk beku tanpa perasaan.

Friday, April 17, 2020

Jumaat penghulu hari.

Jumaat terakhir sebelum Ramadhan.
Tahun ni Ramadhan kita tak sama dgn Ramadhan di tahun2 sudah.
Biasa kah lah diri dgn perubahan yg tak pernah kita bayangkan.
Dan mungkin banyak lagi perkara2 baru yang akan kita hadapi esuk2.
Bersedialah...
Get ready for the worst and hope for the best.
Kita hanya makluk Allah yg lemah.
Terserahlah pada perancangan Dia.
Dah baca Al Kahfi dah?
Jumaat dan AlKahfi berpisah tiada.

Thursday, April 16, 2020

Allah itu perancang yg terbaik.

Sebelum PKP
Ke sana ke sini
Ke sana ke sini
Ke sana ke sini.....




Sewaktu PKP
Duk diam diam kat rumah.






Tamat PKP
Ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini semula....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...