Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 31, 2014

30 minit lagi

Tak ada yg berubah
Tahun baru ke lama
Sama saja kecuali usia.
Entah lah.
Tak nak azam baru
Azam lama berkulat begitu saja
Tak menjadi.
Sudah tak mau pasang azam
Biar masa menentukan segalanya.
Tahun lepas hebat dugaan Tuhan
Tahun ni masih hebat, tidak reda pun
Tahun depan pun sama...
Malas nak berharap
Tapi tetap berdoa.
Setengah jam lagi tahun baru.
Ini kali terakhir saya update blog.
InsyaAllah tahun depan saya update lagi.
Selamat Tahun Baru buat semua


Tuesday, December 30, 2014

kesan air

Sudah surut
Tapi belum pulih.
Paras air berundur
mereka bukan lagi dibanjiri limpahan dari sungai tapi
Tangisan Pakdo melimpah
Tangisan Moknik mengalir laju
Empangan Tangis Deris pecah
 Esah teresak esak....
Airmata mereka tumpah membasahi selut lumpur
Di mana hanyutnya bumbung yg pernah memayungi anak2 mereka?
Berselerak kenangan semalam bercampur pohon duku yg tumbang
Harapan, mimpi dan semangat turut menyembah bumi
Sudah rebah dinding yg pernah menjadi saksi setiap ketawa dan bahagia
Mimpi semalam sudah diragut ganas nya hukum alam
Si bapa cuba untuk mengumpulkan kudrat demi keluarga
Si ibu menguis guis serpihan duka yg melekat di tangga
Serpihan kaca menyapa jari dan melukakan hati
Menangis lah semau mu,
Teriaklah jika itu dapat mengurangkan sebak
Selepas ini kita pakat2 bina semula masa depan yg rebah
Langkah semula ke depan kerana walau susah macam mana sekali pun,
Hidup perlu diteruskan.
Allah tidak menzalimi kita.
Bila kita diduga baru kita tahu rupanya kita gagah
Kita kuat, kita tak mudah mengalah
Subuh ini hujan masih membasahi bumi
Di atas sejadah itu aku menadah tangan memohon simpati mu ya Allah.
Kasihani lah mereka.......





Di mana

Sunday, December 28, 2014

Sama2

Banjir bukan hanya limpahan air
Tapi banjir adalah limpahan duka
Banjir di daerah ku kali ini memaparkan realiti kehidupan.
Diwaktu susah begini lah kita rasa bertuah berada di bumi ini
Apa tidak nya, dengar khabar...
Di sini ada petugas/ doktor yg memberi khidmat 24 jam 7 hari seminggu
Baju tidak berganti dah 5 hari
Makan sambil berlari
Tidur berganti lelap yang sekejap sekejap.
Pahala lah buat mereka..
Pekerja sukarela berlumba lumba membantu
Rela tinggalkan nyaman empuk selesa istana
Meredah arus deras berbahaya dan
Meredakan tangisan mangsa
Bantuan emosi dan bantuan saikologi
Lagi dan lagi dan lagi
Di udara atau di darat, cubaan untuk hulur bantuan, berterusan,
Tidak ada yg tidak tersentuh dgn cerita bawaan air
Simpati bergunung.....
Paling tidak di negara ku ini,
Jiran saling membantu
Kawan2 bertanya khabar
Yang jauh cuba untuk ambil peduli
Yang dekat lebih lebih lagi..
Di waktu begini
Kita letak belakang fahaman dan idealogi
Agama dan bangsa berbeza pun derita masih serupa
Parti apa pun tujuan tetap sama
Membantu, meringankan derita
Negara ku malaysia masih makmur
Dan
Mewah kasih sayang.
Banjir begini
Tak payah lah kita cari silap orang
Menuding jari.
Tepuk dada tanya diri sendiri..
Kita ada ke bantu apa2?
Kalau setakat jadi keyboard warrior, saya pun lebih dari boleh!
Eh, terasa pulak la...

Friday, December 26, 2014

Teriak dari puncak bukit

Heli heli hinggap lah di sini
Mengaum suara gegar angkasa
Tapi seperti malu malu untuk menyapa

Heli heli turun lah....
Tengok lah kami yang terperangkap di sini
Bantulah kami, keluarkan kami....

Heli heli....
Di sini tebal resah dan payah
Yang sarat dah mula rasa sakit2 nak beranak
Yang uzur entah di mana ubat nya
Yang meninggal kemana nak di bawa jenazahnya

Heli heli jengok lah dapur kami
Dari kelmarin x berasap
Perut orang dewasa perlu di ikat
Yang direbus hanya air berkeladak
Anak2 kenyang dihidang sejuk dan takut.

Heli heli berlegar legar di atas kepala
Tumpahkan berita gembira segera
Sudah 3 malam kami bergelap
Tidur berselimutkan takut
Tangisan anak anak memekakkan telinga
Diam nak, tidur lah..esuk mereka akan selamatkan kita.
Heli heli....
Heli heli heli.....
Mari la kemari.....
Helikopter makin jauh,
Hati kami runtuh.

Negara ku Malaysia

Wassup berasap rasap
Topik air naik dan terputusnya bekalan letrik
Lembu kerbau hanyut tidak penting,
Harta benda tidak beharga berbanding nyawa.
Ada mayat yg tidak ada tanah kering untuk ditanam.
Ada pesakit yg semakin sakit tapi hospital pun sakit
Nak buat macam mana?
Ada kenalan yg sudah putus hubungan
Bila hanya hset yg menghubungkan habis bateri mula senyap sunyi.
Kenapa tak charge?
Soalan bodoh dari orang yg tak berada disituasi ni.
Bagaimana dia sekarang?
Air dah ke paras pinggang ke paras dagu?
Lapar kah atau sejuk kah?
Sedang menangis kah atau sedang melambai bantuan?
Susu anak berganti air lumpur kah
Atau bunyi helikopter lebih indah dari dendangan lagu dlm gegar vaganza
Tak tau.
Saya hanya mampu berdoa.
Alhamdullilah dibawah telapak kaki ini banjir belum menggigit
Tapi bila berada di sini tidak ada bezanya penonton dan mangsa
Makanan harus dicatu
Lilin dan air bersih tunggu utk berkhidmat
Minyak kereta menjadi emas yg disimpan kemas
Banjir bukan hanya pesta basah
Mata yang memandang dari jauh tak mungkin dapat sama2 menyelam
Malah tidak salah mereka jika berita banjir kami mereka kongsi sambil makan dan bazirkan makanan, atau sambil berpesta cahaya sedang kami dalam gelap yg menakutkan.
Bukan salah mereka.
Manusia ni, kalau tidak kena batang hidung sendiri,
Tidak akan mengerti...
Bukan semua laaa...
Ting tong...
Wassup berbunyi lagi...
Air makin naik, perut makin diikat kemas.
Ting tong...
Kak hani, cer tgok tv, sakitnya hati.......
Haah?
Naper pulak?
Owhhh...interview orang itu orang ini,
Plan begitu begini
Bantuan dlm perjalanan
silih berganti janji dewa2
Mangsa yg menadah tangan masih terketar ketar menahan geram.

Wednesday, December 24, 2014

langit masih menangis

Musim basah masih di sini
Air menjadi tajuk no1 di carta
Ubi rebus tajuk no 2
Lemas dan hanyut rumah adalah tajuk yg kita x nak dengar.
Pusat pemindahan penuh dan hotel2 sepi
Jalan ditutup untuk kenderaan sahaja, untuk manusia yg sengaja cari penyakit, dibenarkan melaluinya.
Penonton derita orang lain memenuhi gigi air.
Seronok tengok tangga orang tenggelam
Bumbung orang terendam
Harta orang hanyut.
Asal jangan terusik hak sendiri, hak orang lain tak apa.
Anak kecil yg bodoh gelak ketawa main air berarus.
Mak bapak yang lebih bodoh dari itu membiarkan sahaja.
Setahun sekali apa salahnya kannnn
Cuma mereka lupa, nyawa x dtg setahun sekali.
Nyawa kalau tercabut dah tak ada spare part utk diganti.
Begitulah setiap kali banjir di daeerah kelahiran ku.
Aku mengintai intai cahaya di balik gelap langit,
Dah byk hari pakaian di jemuran menanti kering
Bau basah mula menusuk hidung.
Biarlah...Pedulikan..
Berlunjur berselimut sambil menyeksa TV
Tukar2 saluran sampai TV penat.
Cari berita air naik tahap mana dan kawasan mana
Sibuk jadi pemerhati, pengulas dan war warkan amaran.
Anak negeri pekakkan telinga bila aku mula jadi wartawan freelance
Eleh, mummy tu yang lebih2 main air hujan.......
Owh yer ke??

Wednesday, December 17, 2014

Jepun ni x guna betul!

Bedebab..!!
Hadoii...
Lori lebih muatan kalau tergelincir, buruk sungguh !
Bagero! Bodoh punya selipar jepun.
Aku potong dua baru tau.
Baru padan muka aku kena beli slipar baru.
Masih terasa sakit terhempas.
Nasib baik tak retak tile di lantai ni.
Kalau retak, jepun tak tolong tukar tile baru.
Jepun tak cari tukang pasang tile.
Ni, minah malaysia yang jatuh tergolek ni lah yang susah.
Tergolek ke?
Tak, mana kenderaan lebih muatan boleh bergolek golek..
Lebih kurang mcm nangka luruh tu ada lah.
Tak payah nak bayangkan..toksah.
Ngeri.
Terbawak bawak dlm mimpi nanti.

Saya

Foto ni buat saya menangis.
Keldai itu tidak mau mati
Mau terus menggalas beban tugasan
Tapi apa daya dia, bila segalanya sudah tidak tertanggung
Dia rebah sendirian.
Sepanjang usia dia dia memikul segalanya.
Rebah yang tidak dirancang
Sekarang dia tidak diperlukan lagi
Entah sudah dibuang ke gaung dalam
Atau di tanam di hutan
Atau dibiarkan kering di tepi jalan.
Sebak sungguh melihat keldai yg bodoh.
Sentiasa dipergunakan.
Entah kenapa, melihat foto ini,
Terbayang dimata
Yg terguling itu adalah saya

Tuesday, December 16, 2014

Bukan chef

Sama tak definasi 'pandai' dengan definasi 'suka'?
Tak sama kan?
Sekali lagi nak bagi pencerahan.
Saya bukan nya PANDAI masak, saya SUKA masak saja.
Memang la syurga saya di dapur.
Daerah takluk saya yang tidak boleh diganggu.
Celik mata ada saja menu
Tak kira western ke, italian ke, chinese ke, janji masak.
Sedap ke tidak?
Hentam saja laaa
Sedap ke tidak bagi tekak org lain saya x kisah,
Janji anak2 kata sedap dan licin.
Presentable ke tidak?
Kadang2 presentable, kadang2 kena abaikan rupa
Dah tu kadang2 masak tak menjadi.
Saya pun x lalu nak telan mcm mana nak suruh org makan.
Sudahnya tong sampah yg makan.
Sebab tu lah saya cakap saya bukan pandai masak,
Saya hanya suka masak.
Hobby saya.
Terapi minda saya.
Dari tumbuk orang baik tumbuk bawang lada.
Dari cincang orang, baik cincang kubis
Dari duk bakar hati orang baik bakar roti
Tu pasal laaaaa....
Hari ni nak makan apa?
Makan hati berulam jantung.
Hati lembu goreng bwg lada
Omelet kulat sisir
Singgang kepala ikan tenggiri dan ulam jantung pisang
Sambal belacan n budu..
Fuhhhhh.....

Monday, December 15, 2014

Melaporkan dari bilik saya.

Laporan jabatan kaji cuaca : Dah mula hujan tak berhenti henti...
Banjir is coming.

Laporan emosi : Happy. Cuti2 macam ni ramai tamu dan sedara dtg ziarah. Best dapat masak dan makan....

Laporan kewangan : Hari ni hari gaji. Yaaaaho!

Laporan kesihatan ahli keluarga : maintain begitu, kira cukup baik dah tu, Alhamdullilah. Mak pun dah sihat.

Laporan keselamatan : Ada makhluk Allah yg buka pagar dan biarkan ternganga sampai pagi......

Laporan kebajikan dan sosial : Ada juga yang keluar rumah berpayung dan balik rumah tanpa payung. Entah ditinggalkan di mana sang payung tu...

Laporan unit kecemasan : Bibik dah tamat tempoh...me mo me mo me mo..Tak tau nak call ambulance ke bomba ke.....


Friday, December 12, 2014

Juta juta projek dia.

Saya paling tak suka orang yang suka cipta alasan.
Cukup.
Tak payah buat dosa free dgn beritau alasan begitu begini.
Sejuta alasan pun tidak akan dapat mengubah keadaan.
Telinga saya hanya dapt tangkap ayat pertama sahaja, bab alasan tu tidak di rakam oleh otak saya.
Ada saya suruh awak senaraikan sebab musababnya?
Dah la alasan yang tak masuk akal, dah berkali saya dengar alasan tu.
Hampir semua orang guna alasan tu.
Saya nak pinjam duit sebab bla bla bla bla..
Hujung bulan ni saya bayar balik laa...
Hahahahaha.....
Hujung bulan mana? Disember tahun 2020 pun belum tentu bayar.
Senang cerita awak cakap jer awak nak pinjam duit sebab awak x ada duit.
Ngaku tak ada duit senang, saya sedekahkan saja sedikit. Kesian.
Ini tidak,
Cerita projek juta2 pastu nak minta pinjam duit .
Pakai benda berjenama dan siap kutuk saya yang tak ada taste ni.
Pandu kereta import dan bukan main eksen lagi tanya kenapa saya pandu kelisa saja.
Time nak buat ayat minta pinjam duit mula la buat alasan gred A
Kata awak bukan tak ada duit tapi belum hinggap duit yang berkepuk milik awak tu
mengaku tak ada duit la senang cerita...
No no no no...
2 kali penipu.
Pertama cipta alasan
Kedua berjanji hanya untuk di mungkiri...
Ya, tau, sah penipu.
Hutang dulu pun belum boleh bayar lagi
Ada ke patut jutawan nak pinjam duit dari kuli gomen yg x kaya ni.
Ok, stop it. Simpan alasan bagai.
No way!


Wednesday, December 10, 2014

Nak tanya satu jer
Kenapa sudi singgah di sini?
Selalu singgah.
Terharu saya la.
Tapi,
Sorry, tak ada N3 baru hari ni.
Sekadar N3 utk berterima kasih kerana hinggap di sini.
I LabiU......


Tuesday, December 9, 2014

gula2kan hati

Hari ni payah, esuk2 mudah lah.
Ada yg lebih baik menanti di kemudian hari.
Payah itu menjadikan kita lebih gagah mengharungi kehidupan.
Behind every cloud there ia a silver lining.
Pelangi hanya hadir selepas hujan.
Hahahahaaa.....
Malas nak layan dah ayat2 begini.
Ayat menyedapkan hati.
Ayat yang dipakai guna untuk menampakkan betapa bagus nya saya, betapa sabar nya saya dan betapa redha nya saya.
Tapi saya ni manusia biasa, ada kala nak juga meraung.
Nak juga teriak guling guling.
Nak juga tanya soalan dan jawap sendiri.
Kenapa saya jatuh ditimpa tangga, dinding, bumbung dan segala?
Sebab dah saya ni bernasib malang.
Kenapa riwayat hidup saya bertintakan air mata?
Sebab itu lah takdir saya.
Kenapa doa2 saya masih tergantung?
Dah...Sudah.
Kalau ikutkan hati tak pasal2 gelincir dari landasan.
Dah!
Saya tak kisah dah kalau semua orang pun mempermainkan saya, melukakan saya dan mempergunakan saya
Atau pun kalau semua orang tak sayangkan saya.
Yang menakutkan saya hanya lah bila saya rasa Tuhan juga seakan melupakan saya....
Allah hu akhbar...
Astaqfirullahilazim..
Ampunkan dosa2 ku ya Allah.
Aku ini lemah,
dan semakin lemah rasa nya....

Saturday, December 6, 2014

Curi

Pokok bunga
Pasu bunga
Licin di kebas pencuri
Macam tak ada benda lain nak di curi.
Jahat sungguh.
Dengki tengok rumah orang ada pokok bunga merimbun.
Tanam la sendiri.
Jiran saya hangin satu badan
Cukup marah.
Penat dia bela pokok2 tu
Sekelip mata ghaib.
Nampak nya makin menjadi jadi kes curi ni.
Sambil lalu saja, ada peluang ambik.
Tak ada tindakan apa apa
Kalau repot pun tak ada guna
Kertas repot duk jadi pekasam kat balai
Setakat yg saya tau
Kes2 kecurian di kawasan ni belum ada suspek yg tertangkap
Itu yang seronok benar si pencuri ni..
Bermaharaja lela.
Takut.
Jap lagi nak punggah pokok bunga saya
Letak dlm pagar saja.
Tak selamat.
Kassim selamat pun tak selamat.

Friday, December 5, 2014

Maaflah kalau terkasar bahasa saya ni

Macam mana nak cakap ya,
Silap cakap takut ada yang terasa
Kang merajuk pulak.
Maaflah, nak beritau ikhlas dari hati..
Sebenarnya bukan saya tak suka
Tapi faktor masa dan kelapangan saya
Semenjak anak saya sakit
Saya sentiasa dikunjungi tetamu.
Tetamu adalah rahmat.
Saya pun suka bila ramai yang ambil peduli.
Tapi kan,
Cubalah elakkan dari kunjungan di malam hari
Bila matahari berlabuh,
Banyak urusan yang perlu saya selesaikan
Urusan keluarga, urusan peribadi.
Ruang antara magrib dan isyak adalah ruang rehat saya
Sementara menunggu untuk urus anak di lewat malam,
Selalunya saya sandarkan letih saya seketika di waktu itu
Saya kalau boleh tidak mau diganggu
Tidak mau duduk mendengar cerita bertajuk tajuk.
Tidak mau menghabiskan masa rehat yg sekejap tu begitu saja,
Saya perlu minta diri untuk undur dari tajuk perbincangan yg berjela jela
Saya teramat penat
Mata saya dah berat
Fahamilah keadaan saya.
Menziarahi orang sakit cukup lah di siang hari.
Rujuklah adap menziarahi orang sakit.
Betul kan?
Ke salah saya cakap ni?
Kasar ke?
Tak tau lah saya nak cakap macam mana lagi..
Kadang tu nak tergelak juga bila saya lambat buka pintu
(Maklumlh malam2 nak kena cari tudung dulu, nak tukar baju lebih sopan dulu, nak kena halau anak2 yg terbaring depan tv dulu...)
Ada yang cakap...
"Awalnya...dah tido ke...?"
  Laaaa....dia tak tau ke bila ada yang sakit terlantar, peluang untuk rehat walau sekejap, walau sepuluh minit amat berharga.
Tak reti lah saya dan saya tak salahkan dia.
Dia tak berada di tempat saya, bukan salah dia.
Ini ingatan buat diri sendiri juga.





Thursday, December 4, 2014

Terkejut nak tercabut nyawa

Jalan2 di pasar minggu.
Macam biasa la belek itu ini.
Mata mencari cari apa yang perlu dibeli
Saya melintasi kawasan orang jual ubatan tradisional.
Banyak barang dagangan yang diatur di atas tikar plastik yg di bentang..
Sambil melangkah sambil jamu mata.
Tiba2 saya terpandang bakul plastik yang selalu digunakan buat letak kucing..
Jual kucing ke...?
Saya menghampiri bakul tu dan mengintai intai kucing di dalam.
Tak nampak pun...
Ada dua bakul, apa yg mereka jual ni..
"Dik, mana kucing nya...?"
Saya bertanya sambil menguis pintu bakul plastik tu..
"Kak, nak pegang boleh, nak bergambar pun boleh..."
Saya dongak bila dengar jawapan adik tu..
Omaaaaakkkkkk.........!
Luruh jantung saya dari tangkai nya.
Satu pasar minggu boleh jadi juri bila dengar pekikan saya.
Pitching lari ke hapa, ada aku kesah....
Kalau RamliMS suruh ada feel masa keluar suara, ni baru feel
Feel habis!
Awak tau,
Hanya sejengkal saja muka saya dari ular sawa batek yg berlingkar atas bahu Mamat tu.
Mana x terkejut...
Saya x jangka langsung sebab sebelum ni x pernah ada Mamat buat pameran ular sawa di pasar minggu ni.
Tak apa lah, saya dah memeriahkan pameran ular sawa dia tu.
Dari x ada orang berkerumun, sekarang dah penuh.
Saya beredar tapi dada masih terasa degupan yg kencang.
Nasib baik tak ada penyakit lemah jantung.
The moral of the story :
Jangan duk mengendap sampai tak tengok orang...
Tu saja cerita hari ni, kalau kebetulan awak ada di pasar minggu tadi, terima kasih kerana menonton maharaja lawak.
Hadoiiiiii.......


Saya dah cakap

Semalam ada seorang kenalan singgah.
Katanya ada hal mustahak.
Dia tunjukkan sekeping surat.
Perlu hadir ke mahkamah, kalau tak hadir boleh di tangkap.
Begitu sekali?
Tak ada kes lain ni, kes rumahtangga.
Bekas isteri buat tuntutan.
Kan dah tak pasal2 dapat penyakit.
Dua tahun lepas dia beria ia nak kawin lain.
Biasalah, lelaki ni waktu nak kawin lain segala kebaikan isteri lenyap.
Kekurangan isteri lah yg dibilang bilang.
Saya dah cakap, jangannnnn monyeeeettttt...
Dia kata..Nak jugak, nak jugak.
Tua2 cari pasal lagi.
Bangga dia beritau saya yg dia dah kawin lain.
Agaknya dah jumpa dgn bidadari lah tu, yg perfect.
Dia ceraikan isteri pertama begitu saja,
6 anak katanya dihasut bekas isteri untuk bencikan bapak
Yer ke hasut? Ke budak2 tu lebih cerdik dari yg dia agak?
Dalam berbahagia dgn isteri muda
Tup tup sampai surat saman ni..
Hambekkk....
Selama ni isteri pertama byk bantu kewangan keluarga.
Banyak berkorban.
Mengalah dlm byk hal.
Demi suami kannnn..
Dah dibuang macam sampah begitu memang patut pun dia melenting.
Islam itu adil, kita tengok saja nanti.
Wei pakcik aji,
Saya nak cakap satu jer...
Yang nak cari bahagia nya awak,
Tapi yg saya nampak,
Mokcik aji tu yg lebih bahagia.
Dikelilingi kasih sayang anak menantu dan cucu.
Dan yg penting,
Makcik aji dah tak payah nak layan perangai panas baran kamu tu
Dah tak perlu ke klinik kes kena humban,
Dah tak perlu pakai spek hitam untuk lindungi mata yg lebam.
Dan awak?
Bangga beristeri muda.
Tu aje..
Jaga2 baik2 isteri muda tu.
Hari tu saya jumpa dia di klinik.
Tahniah, nak dapat baby yer...
Tapi kan, kenapa cerita dari mulut dia lain macam saja..
"Kak Hani, kalau saya tau dia panas baran, tobat saya tak kawin dgn Y****.")
Kalau isteri tua kamu dengar ayat dia ni, bertepuk tangan sakan lah rasanya.

Wednesday, December 3, 2014

Tak hujan dah..

Tak jadi baniir ke tahun ni?
Payung dah beli.
Baju hujan dah ada
Boots getah nenek ada, cucu ada..
Hari tu hujan lebat ingat dah boleh pesta air kat rumah makmertua.
Tapi sehari dua ni panas.
Pokok2 dah kembali dahaga
Awan pun tak tambah mengembang
Makin biru langit...
Tak banjir ke tahun ni?

Monday, December 1, 2014

lapar rupanya...

Orang kata x baik kalau kita bilang segala yg kita buat.
Tak dapat pahala.
Ini bukan mengunkit, ini saja nak cerita.
Tak ada modal nak buat N3 maka N3 hari ni bertajuk...
'Hari ahad yg sibuk'
Celik mata, selesaikan urusan anak yg sakit dulu.
Dah tu mandi, solat subuh dan mgadap blog sekejap.
Kul 7.30 pagi ke pasar beli breakfast atau ke dapur prepare breakfast.
Kul 8.30 mulakan tugas supir..
Kul 9.30 balik masak lunch awal sbb nak ke hospital hantar lunch buat bonda,
Berada dhospital sehingga tgahari,
Bergegas jadi supir sekali lagi, fetch boss dr workplace.
Balik drop boss kat rumah, keluar beli ration di pasaraya.
Zohor dah nipis, cepat2 balik.
Private nurse yg jaga Ja dah nak balik.
Masuk shift urus anak straight away.
Sambil2 tu hidang lunch dan cooked something for tea.
Sudah solat asar, layan tamu yg berkunjung.
Dah senja, Anis ambik alih jaga kakak,
Saya turun ke taman sekangkang anak kera tu
Siram2, trim2 dan belek2..
Sapu laman sekali gus sapu buang segala stress dlm minda.
Sebelun masuk semula ke dalam,
Saya pasang lampu laman, mata memerhatikan keindahan matahari terbenam.
Dah magrib, badan tua terasa penat,
Tapi urusan masih banyak,
Tidur saya paling lama pada satu ketika hanya lah kurang sejam.
Tidur n bangun urus anak itu dah jadi kelaziman.
Rumah sudah sepi, semua orang sudah tidur.
Saya masih di sini melayan hati.
Layan perut jugak kerana dari pagi tadi,
Rupanya perut ku ini belum di isi.
Bila terlajak lapar mula lah rasa nak telan orang.
Tapi on second thought,
Dari telan orang berlemak baik saya masuk dapur goreng nasi.
Sedap.
Makan nasi goreng pukul 3 pagi.
Hambekkk....!

Saturday, November 29, 2014

wad 7 HUSM

Tak suka pun bila tak ada pilihan kena suka juga.
Terpaksa suka.
Hospital.
Semua orang pun x suka ditahan di wad.
Walau manis macam mana pun senyuman jururawat,
Baik hati macam mana pun staff yg bertugas,
Berbudi bahasa macam mana pun para2 doktor yg merawat,
Tetap tak suka jugak,
Tapi kalau dah doktor nasihatkan begitu, itu yang terbaik lah.
Mak saya.
Selama ni dia x pernah masuk hospital.
Kalau masuk pun atas tiket pelawat.
Dia memang penakut.
Dia tak suka segalanya mengenai hospital.
Tapi nak tak nak,
Dia terpaksa akur.
Dah dua tiga hari dia tak sihat.
Dah acap jumpa doktor di klinik swasta
Semalam dia dipaksa ke hospital.
Di paksa baru nak pergi.
Kami bukan nak dera dia tapi kami dah risau sangat dah.
Kakak saya yang urus segalanya.
Saya tau mak mesti gelisah nak balik.
Sakit2 pun degil tu serupa.
(Padan lah anak dia degil!)
Mak,
Nanti mak sihat, mak bolih la kembali ke rumah.
Nanti saya masak apa saja yang mak nak makan.
Sementara tu,
Cubalah bersabar.
Kesian kakak saya
Saya tak dapat bantu dia di hospital.
Saya sekadar boleh tanya khabar.
Kalau dapat jenguk pun sekejap2 saja.
Saya tau kakak saya faham.
Tuhan ku,
Permudahkan lah urusan kami,
Sembunkanlah sakit mak kami,
Berikan kami kesabaran dalam menempuh dugaan ini.

Thursday, November 27, 2014

Raja Bobby

Macam tak ada kerja lain
Suka ulang ulang tengok Bobby.
Ada yang sekapal dgn saya tak?
Raja ni kemain handsome dulu
La ni dah x handsome, gemuk!
Entah ada lagi ke tidak.
Si Bobby ni memang lawa.
Sekarang pun masih lawa.
Sebaya saya dia tu.
Cerita Bobby ni mengimbau kenangan zaman remaja.
Pesen baju si Bobby tu jadi ikutan,
Saya ada baju yg sebijik macam baju Bobby pakai tu.
Saya rasa lah, kalau saya ni lelaki,
Sah ada seluar kaki kembang warna biru turqoise macam si Raja.
Budak2 sekarang kenal Kpop.
Minat cerita Korea.
Bila Bobby di channel ni dan cerita korea di 393
Perang dunia laaa...
Last2 saya dapat tengok Bobby.
Tengok sorang2...
Weilaweiiii...
Mana semua orang nih?
Dah nak nyanyi ni...
Me syai to naheee...

Tuesday, November 25, 2014

Kan dah cakap...

Semalam ada orang menghubungi saya
Katanya dia sakit.
Semenjak sedar dari koma, dia tak sembuh sepenuhnya
Dia kata dia dah putus asa
Saya pun tak faham kenapa dia hubungi saya
Saya tak tau apa perlu saya cakap pada dia
Bagi saya dia patut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk tengok wajah anak2
Masih boleh lihat dunia.
Dia seorang guru dan perkhidmatan nya disambung semula.
Apa lagi yang dia nak?
Dia tau anak saya masih tak sedarkan diri
Kehidupan bagi anak saya hanyalah bernafas.
Tu pun dgn bantuan alat.
Segalanya sudah tamat bagi anak saya
Kerjaya, keluarga dan masa depan sudah bernoktah.
Seharusnya dia bandingkan nasib dia dgn anak saya supaya dia lebih bersyukur.
Kenapalah dia duk banding diri dia dgn orang lain yg sihat?
Sepatutnya jgn banding dgn siapa pun.
Dia tanya saya, apa saya rasa sekarang...
Kalau saya bercakap benar, satu hari pun tak habis nak gambarkan apa yg saya rasa.
Nak tak nak saya hanya tarik nafas dan beritau dia...
"Alhamdullilah, Tuhan pilih anak aunty untuk dibersihkan dosa2 dia sebelum mengadap penciptanya, dalam ramai2 manusia, Allah pilih Ja, pilih anak aunty. Sekurang kurangnya aunty ada wakil yg menanti di pintu syurga...
Tak perlu kesiankan Ja, kesiankan kita yang segar bugar ni, entah byk mana dosa yang akan kita bawa pulang nanti...."
Harap2 lain kali dia tak bertanya lagi.
Saya lagi sesak tau bila di tanya soalan2 begitu.
Tak suka.
Salah ke saya jawap begitu?
Malam tadi saya x tidur sampai pagi.
Tu pasal la tak suka bila orang ask the wrong question.
Please, don't ask.

Monday, November 24, 2014

Macam ada hantu

Macam ada hantu
Betul awaaaakk
Dah lama saya perhatikan
Pintu pagar saya tu,
Entah hantu mana bukak
Mesti hantu yg pandai guna remote control
Tengok tengok dah terbukak
Dah la pintu rumah tak berkunci
Baru tadi saya tutup pagar, siap ulang tengok untuk pastikan tertutup.
Ada tamu datang, siap tercegat di pintu.
Aik?
Camna dia masuk?
"Hani, jgn biar pagar tu ternganga camtu, bahaya tau!"
Laaa...Bukan sengaja buka, ada hantu yg bukak
Bukan anak2 punya kerja.
Cuba tanya anak2, semua x ngaku.
Sah hantu.
Tu satu hantu.
Ada juga hantu suka bukak TV
Ada hantu suka bukak kipas.
Hantu2 ni canggih, suka kawal remote control.

Nak cari Tok Bomoh lah.
Hai mambang tanah, mambang air..
Mambang dari gunung simambanggg..
Oitttt...Hantu mana pulak ambik suiz kereta mummy nih?
"Tu, atas kabinet tu........"
Kan dah cakap, hantu kat sini hebat, paham bahasa melayu.
Ko ada?

Saya tetap tak lupakan kawan..

Saya tengok dia.
Tengok sekali lagi.
Ya memang dia.
Sah.
Jarak nya x jauh.
Sepatutnya dia juga nampak saya
Saya tengok kebahagiaan dia.
Memang dia sentiasa bahagia.
Bertuah.
Dia pandang kearah saya
Tapi pandangan nya kosong.
Saya mulanya nak senyum
Tapi tak jadi
Saya rasa dia tak cam saya lagi
Atau pun
Mungkin kah dia pura pura tidak kenal.
Malu
Segan.
Cepat2 saya berlalu.
Bila sedikit jauh saya intai dia
Dia masih begitu, tak berubah mana
Saya.?
Padanlah dia tak kenal
Saya dah terlebih gemuk
Terlebih tua
Terlebih huduh
Terlebih resah di wajah saya.
Tak apa lah...
Saya ke kereta.
Ketawa sorang2
Masa merubah segalanya.

Saturday, November 22, 2014

This N3 is for U dear anonymous

Anonymous,
Who ever you are
Where ever you are
Deep from my heart, thank you.
Everytime I feel like breaking down
Your moral support keeps me in one piece.
I do not know you
Or may be you are someone I know but choose to be unidentified.
Never mind, you have the right to be like that.
I just want to thank you, thats all.
To tell you that I read your comments over n over..
Your presence at the end of my emotional entries makes me feel someone out there understands.
THANK YOU from the bottom of my heart.

mood ke laut.

Celik mata, celik sikit, nipis saja mata..
Intai.
Sama ke dah lain?
Sama.
Dinding sama
Siling sama.
Segalanya masih serupa keadaannya.
Sebelum tidur macam tu,
Bangun pagi ni pun tak berubah, macam tu jugak.
Hmm...
Rupanya yang indah itu hanya lah di dalam mimpi.
Paksa diri bangun, mandi, urus anak.
Azan subuh lambat lagi,
Mengadap quran se pipi,
Baca dan nangis sorang2
Bacaan tersekat di kerongkong
Baca dgn hati, mulut bisu, mata masih tiris.
Sabar lah duhai hati..
Subuh ini seperti selalu
Aku mengharapkan zohor nanti segalanya akan lebih baik
Mengharapkan Tuhan berpaling kearah ku,
Kasihani ku.
Berikan ku kekuatan
Semoga aku lebih tabah, lebih sabar dan lebih kuat.
Semoga aku lebih redha
Subuh ini sekali lagi harapan pecah berkecai.
Hati berteraburan.



Friday, November 21, 2014

Biarkan saya tidur.


Otak berasap, hati pecah berderai,
Setelah puas meratap mengadu, berdoa dan bersimpuh di ribaan Dia,
Jari terasa mau luahkan rasa.
Duhai blog,
Dengar lah, jadilah bahu untuk saya sandarkan duka ini.
Bergetar setiap urat nadi.
Nafas kencang menahan ledakan emosi
Air mata sudah kering, yang menangis hanya hati.
Hanya lah hati..
Alangkah tidak bertuah nya saya
Begitu banyak usia saya yg telah saya bazirkan begitu saja
Sememangnya segalanya sia sia
Di saat begini saya amat terasa sepi nya dunia.
Tidak ada sesiapa pun buat saya.
Sendiri.
Tuhan,
Saya tidak berhak kah untuk sedikit bahagia?
Astaqfirullahilazimmmm...
Allah hu Akhbar, hanya Tuhan yg tau segalanya.
Disaat dan ketika ini,
Saya hanya nak pejam mata dan tidur selamanya.

Bila mood rajin.

Saya buat putu halba.
Bila saya post dlm facebook,
Kawan2 bising.
Ramai peminat putu ni rupanya.
Tapi tak ramai yg buat sendiri,
beli lagi ekonomi di zaman ni.
Saya masak sendiri tu bukan apa, tak puas hati dgn yg beli
Kalau nak beli kena beratur dulu, sikit punya ramai peminat.
Bila sampai rumah putu dah sejuk.
Mood nak makan pun jadi sejuk.
Last2 masuk tong sampah.
That is one of the reason, another reason is the taste.
Tak puas hati sokmo .
Yang dijual rasa halba jer..
Tak wangi mcm yg home made.
Yerlh, kita ni ikut resipi toknenek,
Masukkan bawang merah, halia dan serai juga.
Masa mengukus satu rumah harum aroma nya.
Nak nak masa hujan tgah lebat dan sejuk menggigit tulang.
Bila atas dapur berasap putu halba dan nyior parut campur garam dah tersedia di meja, wallahhhhhh....Sedapnyerrrr...!
Tapi saya rasa la, bukan halba, bwg, serai dan halia buat putu buatan sendiri tu sedap tapi sebab ramuan rahsia saya.
Rahsianya?
Rahsianya adunan kasih sayang yang menjadi bahan wajib setiap kali masak.
Alah, kalau cakap macam ni kat anak2, surely they rolled their eyes n say...
Pizza kat pizza hut pun sedap!
Pandai la menjawap yer..
Tu, roti benggali penang tu pun sedap, diuli dgn kaki lagi, letak sebelah jamban pun korang sanggup telan juga...
Yes, kebersihan tu yg penting...
Yang beli tu belum terjamin bersih tau...
Eleh, time rajin masak cakap la gini walhal most of the time pakai kueh tunjuk dan lauk tunjuk gak.
Ok ok, cepat makan, nanti sejuk putu halba ni x sedap tau.
Lepas ni tolong cuci pengukus dan kain alas.
Buang sampah
Bersihkan meja.
Kan semua dah lari.....
Anis cakap, kalau beli, makan dlm plastik, sudah tu campak jer dlm tong.
Lagi senang, kenyang jugak.
Pulakkkkkk.

Thursday, November 20, 2014

Ada lah sekali sekala

Ada kala nya
Sesuatu yg kita tidak suka
Tapi kita terpaksa buat buat suka
Berlakun drama
Hipokrit ke kalau begitu?
Tapi dah kita tidak ada daya untuk hindarkan nya
Maka hadapi lah sesuatu itu dengan serba payah.
Ada kalanya sesuatu yang kita suka.
Kita nak sangat sangat jadi milik kita
Tetapi Tuhan takdirkan kita hanya mampu memuja
Untuk memiliki adalah mustahil
Maka sampai bila kita nak terus suka, terus puja dan terus berharap?
Atau perlu saja kita berpura pura tidak suka
Menipu hati sendiri
Cuba pujuk diri.

Suka atau tak suka
Kita hanya tau merasa
Sedangkan yang terbaik buat kita ada dalam tangan Tuhan
Perancangan dari Tuhan adalah rahsia.
Maka
 Sebaiknya kita menerima seadanya
Dan redha.
Cakap senang wakkkk....
Setakat nak tunjuk alim lebai, sapa2 pun boleh buat ayat tu.
Hanya yang merasai tau macam mana rasanya mencuba.
Sentiasa cuba.
Selagi hayat dikandung badan
Selagi itu kehidupan diteruskan
Nak tak nak
Mau tidak mau
Suka tidak suka
Hidup perlu diteruskan.


Monday, November 17, 2014

Hikayat samseng

Tau samseng kg dusun?
Saya lah tu, tetap dan berpencen samseng kg dusun.
Gini cerita nya...
Saya terpacak depan gerai jual nasi,
Saya nampak ada ikan keli goreng, tinggal satu jer.
Cepat2 saya cakap..
"Dik, lauk ikan keli satu"
Lega, ikan keli dah jadi milik saya.
Tak semena mena datang makcik ni, ambik sendiri plastik, terus masukkan ikan keli yg satu2 nya tu ke dalam.
Adik penjual tu pandang saya, dia tau saya dah booked.
Akan berlaku rebut kuasa kah hari ni?
Ada yang akan dapat penampar burger free ke nih?
Makcik gemuk tu masih di sebelah saya.
(Dia menjadikan saya nampak kurus sikit, tq.)
Kalau ikut naluri samseng saya ni, mau saja saya rentap ikan keli tu dari tangan dia...
But never mind, hero tok gadduh kata org kelantan.
"Takper la dik, bak lauk ayam kampung tu jer"
Tobat saya tak percaya saya boleh control ayu macam tu sekali.
Hellooooo....Hani, r u ok?
I am fine. Waras.
Samseng, samseng jugak,
Semenjak usia bertambah ni saya malas dah nak marah2
Cool...setakat samseng kg dusun cukup la..
Biar lah, tak kira lah kalah ke, mengalah ke...
Tak larat dah nak fight for my right.
But thinking of it, dari dulu pun saya ni x pernah gaduh dgn orang.
Berani2 takut gitu...
Mulut tok sah kira la, berabuk marah2 belakang orang, depan kucing berani lah.
Tu pasal la kot,
Sesuai sangat dah gelaran tu..
Samseng Kg Dusun
Huhuhuhuhuuuu......



Angsana murni

Macam macam hal lah...
Memiliki guest house ni byk juga cabaran nya.
Kerenah Si penginap kadang2 buat saya rasa nak give up.
Tapi memandangkan pulangan yg tinggi berbanding dgn rumah yg disewakan bulanan,
Saya masih bertahan.
Nampak senang mengurus guest house ni,
Tapi bukan selalu senang, ada kala fening juga.
Dari pengalaman saya....
Ada tamu yang dijangka masuk tengahari, tunggu punya tunggu, magrib baru tiba.
Bila call tanya kat mana, dia cakap dlm perjalanan.
Segala kerja saya hari tu tertangguh.
Ada tamu bila saya tanya awal2 jika dia perlukan extras, dia kata semua dah cukup.
Saya balik ke rumah belum sempat bukak tudung, dia dah call nak itu ini.
Haishh, jarak rumah saya dgn rumah tamu saya tu bukan dekat,
Nak tak nak start kereta dan pergi semula.
Ada tamu yg memang suka masak..
Tak kisah lh, peralatan memasak disediakan.
Yang awak mintak kami sediakan garam, bwg lada tu apahal?
Tak ada orang buat che kiah oiii..
Sedia kopi, gula, ais, air minuman dan gula2 cukup la tu.
Tapi saya tidak pernah hampakan permintaan dia orang.
Seronok pun ada juga,.
Kadang2 kalau mereka dtg untuk kenduri,
bila mereka check out, siap tinggalkan buah tangan.
Paling seronok bila ada nota atas meja.
"Terima kasih , kami puas hati dan akan datang lagi"
Sama sama lh Cik Kiah, saya hantar kueh tu kebetulan saya buat lebih jer, tak termasuk dlm agreement k.
Apa2 pun, syukur atas rezeki dari Allah.
Terima kasih Tuhan.

Saturday, November 15, 2014

suro

Musim suro
Ada yg tak kenal suro
Kalau di bumi kelate
Semua kenal suro kecuali buat2 tak kenal.
Manis berempah jauh beza dari  'Bubur Assyura'  dari negeri lain
Ada yang pejal, ada yang kena guna sudu untuk suap
Kalau musim suro dalam peri ais berbaris suro, berbekas bekas.
Lain2 kawah, lain2 perasa.
Lain2 daerah, lain resipi.
Suro Kota Bharu is the best sbb lidah ini dah dibiasakan dgn resipi Kota Bharu.
Suro Raja.
Suro warna keemasan, dikacau dlm kuali tembaga.
Ditabur hati dan pedal ayam goreng,
Telur dadar dihiris halus berbagai warna
Berbedakkan beras goreng ...
Sedappp....
Saya penggemar suro, tak tolak kalau orang hulur suro.
Tapi bagi saya, problem masaalah dengan suro ni...
Suro bertindak sebagai julap!
Hadehhhh.....susah la mcm ni.



Friday, November 14, 2014

Musim

Tangisan langit berpanjangan
Suram dan sejuk
Kucing mencari hangat di ribaan
Katak pesta realiti
Saya di buaian berpeluk tubuh
Titis hujan menyejukkan mata
Esuk lusa mungkin banjir
Pesta air bermula
Seperti ada sayap tumbuh di tulang kipas
Tiba tiba rasa nak jadi itik
Main air tanpa had masa
Menggigil pun tidak apa apa
Tua tidak mengubah peel saya
Dari kecik sampai  kini
Suka sangat hujan
Suka berenang
Suka di lambung ombak
Kerana itulah agak nya
Saya sentiasa...
Dipukul gelombang,
Hampir hanyut dan tenggelam.

Wednesday, November 12, 2014

Gader gader

Dulu sekelas
Sedarjah
Setingkatan
Sesekolah
Sebumbung bertahun tahun.
Serupa, sama nakal
Sama2 kena denda
Sama2 berjemur panas di padang.
Berbasikal atau tunggu bas sekolah bersama
Kelahi, bermasam muka itu biasa.
Sekejap baik semula.
Sekarang
Berseza
Saya orang biasa biasa
Mereka orang luar biasa
Saya kekal begini saja
Mereka berpangkat dan bergelar
Tapi saya bangga kerana hati mereka tetap sama
Tak berubah.
Kalau berkumpul,
yg becok masih lebat cerita
Yang nakal masih suka menyakat
Yang bising masih menggegarkan suasana
Dulu muda, sekarang sudah tua
Tapi bila berkumpul orang tua boleh lupa uban di kepala.
Gegak gumpita.

Friday, November 7, 2014

Dah beli payung?

Dah mula dah..
Musim tengkujuh.
Hujan hari hari..
Basah lah tanah.
Itik angsa tak sabar nak berenang.
Tuan itik angsa tak sabar nak bersampan
Saya tak sabar nak main hujan.
Kucing benci hujan, kambing pun tak suka
Yang berumah di kawasan rendah pun tak suka
Tapi
Ada orang suka sangat bila banjir.
Tokey payung suka.
Tokey baju hujan suka
Yang berulang alik kerja pejabat pun suka
Perhubungan terputus, alasan yg kukuh untuk ponteng kerja.
Bos, saya bertugas di tempat pemindahan ni..alasan jer tu.
Ada orang terasa ke?
Bagi yg duk di rumah saja,
Hujan hujan begini aktiviti tidor paling digemari.
Tak de kerja lain, berlengkar dlm comforter.
Yang keluar masuk buka periuk pun ada
Makan saja kerja nya
Lapar dan hujan disabitkan kesalahan.
Tukang masak dijatuhkan hukuman.
Undang2 negeri Isketambola agak nya,
Hujan belum reda
Saya pilih untuk tengok TV
Sekejap lagi TV tengok saya.
Titis hujan bising menimpa awning.
Sesekali terasa sejuk bila angin luar menyapa pipi.
Tiba tiba hujan begini rindu singgah
Rindu kamu.
Sangat2 rindu kamu..

Thursday, November 6, 2014

sejarah

Saya sedang sembang dgn kawan saya di sana
Saya perasan yang saya diperhatikan.
Terus sembang, gelak gelak lagi.
Bila saya nak beredar dia mendekati saya.
"Hani?"
Saya pandang dia, x kenal pun.
"Maaf, saya tak cam, awak ni siapa yer?"
Saya memang tak cam, dia sebaya saya, pakai kupiah dan agak gempal.
Ingat tak arwah Mokngoh Esah isteri tok imam?
Owh..Ingat sgt lah, mereka dah arwah dah.
Memang tak lupa sebab Makngoh pernah marahkan saya.
Makngoh pernah tegur saya pasal saya selalu cari pasal dgn anak nya
Bukan salah saya pun, anak dia tu yg kurang ajar, makngoh tak ajar cukup2.
Makngoh cakap, jgn benci sgt kat orang, mana tau satu hari jodoh dgn org yg sgt2 kita benci tu...
Bila Makngoh cakap gitu dgn Makngoh2 sekali saya pulau.
Peel huduh la saya waktu tu.
Tapi last2 bila saya makin dewasa, makngah lah tempat saya mengadu hal,
Makngoh baik hati macam mak sendiri.
Anak makngoh pula saya dah lupa kerja kat mana.

Halamakkkkk.....Jemi ke ni?
Anak Makgoh Esah?
Musuh ketat saya?
Maaf la Jemi wei, ko dah pakai kupiah mana la aku kenal.
Ko dah buncit rupanya yer...
Dah tak hensem..
Jemi senyum.
Kau tahu Hani, ko ni tak berubah laaa
Opss...puji ke hapa tu?
Jemi sambung lagi ucapan mukkaddimah nya.
Ko ni hani tak sah kalu tak ngata aku, tak kutuk aku...
Owh jadi nya perangaI aku la yg tak berubah, aku ingat ko nak cakap aku ni tak di makan usia, awet muda sokmo sokmo...
Wei Jemi, camna boleh ko kenal aku tadi?
(Heran jugak, kawan2 sekolah saya pun ada yg tak kenal saya.)
Jemi senyum..senyuman yg buat saya rasa nak ketuk kepala dia, senyuman sebijik mcm dulu, senyum menyindir...
Kata jemi lagi...
Aku ni Hani, tak kan lupa cara kamu jeling, cara kamu senyum..
Cara kamu sumpah seranah aku, cara kamu pukul aku dgn raga basikal yg tercabut...
Cara kamu kejar dan baling selipar kat aku...
Ni parut kat lutut aku ni, bukan kamu yg tolak aku sampai aku terbabas ke dlm longkang?
Hahahahaaaa......ko ingat yer?
Ingat sangat2, tu pasal la bila aku nak kawin, aku doa agar jgnlah isteri aku ganas mcm kamu...
Laaa...jahatnya mulut mu Jemi, kalau tak ingat uban saya dah penuh di kepala, saya cincang 14 Si Jemi ni...
Wei Jemi, dah ko benci sgt dgn aku naper mak ko dtg merisik aku dulu?
Nasib baik aku tolak, kalau tidak azab la aku duk asah pisau parang hari2
Apa2 pun, terima kasih kerana tidak ada dendam.
Ok lah jemi, nice to see you. Kirim salam pada isteri.
Aku dah nak balik ni..
Jemi pandang kat kotak kasut di tangan saya.
Hani beli kasut yer?
Takkk, aku beli rifle M16.
Bye Jemi...
Harap2 parut luka di lutut Jemi tak berdarah kembali.




Monday, November 3, 2014

siapa lah saya ni...

Dato, Datin, Puan Sri Dr, YB dan macam2 gelaran.
Tapi mereka lebih selesa saya panggil mereka dgn panggilan biasa.
Kalau 40 tahun dulu, masa meniru dalam kelas saya panggil dia Puyah,
La ni walau dia bergelar Puan Seri Fauziyah, dia masih Puyah yg sama.
Itu lah kawan namanya.
Saya kagum kerana dia tak berubah, masih suka meniru,
Cuma sekarang dia tiru resipi,
Apa saja saya masak, dia sibuk nk resipi,
Buat nya tidak.
TQ Puyah, resipi baru ada ni..
Dato Zana..marah la dia kalau baca tulisan saya ni.
Dia x suka saya sebut tittle dato tu,
Dia kata tittle hanya untuk offical funtion
Untuk orang yg terlibat dgn kerjaya dia,
Untuk kegunaan rasmi,
Bukan untuk 'gu'
Dengan saya dia masih 'Na' dan saya tetap 'Ni'
Na masih ayu dan lemah lembut tutur katanya
Ni pula masih ganas dan terlebih peramah
Dulu sewaktu sekolah rendah saya selalu buli dia.
Sekarang, kalau dia nak hukum saya atas kesalahan lama saya tu,
dijatuhkan hukuman jel seumur hidup pun masih x memadai.
Maaf Tok Hakim, saya ngaku bersalah.
Tq Na for the friendship.
Ada kawan yg bergelar jutawan.
Kawan2 dia ramai keliling pinggang.
Tapi dia sentiasa perlukan khidmat nasihat dari saya.
Bila dia cari saya, dan mengekor saya kesana kesini,
Saya rasa terharu.
Masih macam dulu, kehulu kehilir berbasikal berdua.
Dulu sewaktu dia keluar dating, saya lah tukang cover line.
Saya lah yg bohong sunat supaya dia terselamat.
Sekarang pun saya masih cover line utk dia tapi bukan kerana dating,
Tapi kerana ada ketika nya dia perlu bebas dari kemewahan maka di pondok saya lah tempat dia datang sembang2, makan2 ketawa2 dan menangis juga.

Sebenarnya,
Saya hanya kawan lama mereka, yg kongsi zaman kanak2 dan zaman remaja.
Kebetulan masihh berkongsi zaman tua
Saya segan sebab saya orang biasa biasa saja.
Serba kurang kalau dibandingkan dgn kawan2 saya tu.
Rasa rendah diri tetap ada.
Tapi saya bangga kerana mereka masih kenal saya.
Saya seronok sgt bila sekali sekala ada sms di hset saya tertulis...
Hani, free tak? Jom kuar...
Bila minum2 bersama bukan teh yg kami hirup tapi keikhlasan yg menghilangkan dahaga.
Gelak ketawa kawan2 mengusir stress selain dari memyemai mesra.
Mereka masih perlukan persahabatan saya.
Mereka tau walau nasib saya tak sebaik mereka tapi bahu saya tetap seperti dulu, masih boleh disandarkan resah kehidupan,
Telinga saya masih boleh menerima segala cerita yg nak di kongsi
Ikhlas dari hati, tidak ada agenda tersembunyi.
Itu lah persahabatan nama nya.
Hubungan yang tidak boleh dijualbeli tapi boleh dikongsi sama sendiri.

Saturday, November 1, 2014

Kata kawan saya

Kata kawan saya,
Orang yg terlebih lemak,
Patut perah lemak2 tu.
Jadikan lilin.
Gelak besar saya dengar.
Kalau macam tu keluarga saya lah
Empunya kilang lilin terbesar di semenanjung,
mungkin terbesar di malaysia juga.

Kata kawan saya
Orang yg lebih lemak
Boleh cuba tukar lemak jadi kuasa letrik.
Hahahaha..
Terang benderang lah rumah saya
Boleh nyalakan lampu jalan juga.
TNB kurang pelanggan.

Kata kawan saya
Jangan diet, sayangi lemak anda
Bukan sehari dua menternak anak lemak
Sepanjang usia.
Payah tu...
Teruskan jadi penternak jaya
Selama nya

Saya ketawa sakit2 perut.
Kawan saya cuba ambik hati
Dia memahami
Byknya masaalah lain perlu saya tangani
Setakat  masaalah lebih lemak tu, itu biasa.
Dia kata bila lagi nak merasa jadi orang kaya
Sekurang kurangnya saya kaya juga,
Kaya lemak.
Hahahahaa...
Lawak laaa....
Terima kasih teman.
Sentiasa hidangkan aku gelak ketawa.
Kita tau lemak berlebihan itu bahaya..
Tapi lemak lembu goreng bersama daging,
Letak bawang besar dan cili hijau, makan dgn nasi panas2,
Sedap.
Jom kita makan sama2
Kan dah cakap , dari gemuk sorang2 baik ajak kawan.
GOD, IF U CAN'T MAKE ME THIN,
MAKE MY FRIENDS FAT!

Thursday, October 30, 2014

Bodyguard

Kalau tengok body, tak payah berbody guard dah.
Diri sendiri pun seram tengok, ini kan orang lain.
Memperkenalkan, inilah body guard saya,
Ada sorang lagi tapi payah nak bergambar.
Kerja bodyguard senang saja.
Sekejap eluk jer share mainan,
Dua kejap lagi perang dunia ke3
Sorang mastermind, sorang pengikut tegar.
Ini sekarang,.
20 tahun lagi lain cerita.
Cucu2...
Semoga jadi lelaki yg tebal iman nya
Semoga esuk2,
Grandmummy boleh berdiri di belakang kamu sebagai makmum, solat berimamkan kamu.
Jika tiba masa untuk diusung jasad grandmummy yg tanpa nyawa itu ke tanah kubur,
kamu lah lelaki gagah itu, yg meletakkan keranda ku di bahu mu.
Cucu2,
Jadi lah lelaki yang menyejukkan hati orang tua
Yang tidak meninggikan suara
Yang sentiasa ambik peduli
Sentiasa kenang budi..
Cucu2
Berusahalah dan
berbakti lah pada negara
Jangan menjadi duri atau
Batu api punca segala sengketa
Cucu2
Jadilah yg terbaik..cubalah.
Sebelum tu...
Cuba jangan sepahkan ruang tamu
Cuba pungut mainan kamu
Cuba untuk tidak ketuk kepala kucing tu
Cuba duk diam diam
Cuba jangan tukar channel TV, grandmummy tak suka UpinIpin.
Cuba k...
Okkaloh laaa....
Dah mula buat perangai dah dia..
Bodyguard ku ini mengantuk agak nya..
Siapa nak milo angkat tangan...

Tuesday, October 28, 2014

Tak suka

Bila anak menantu cucu balik,
Kumpul ramai ramai
Meriah
Makan makan
Cerita cerita
Luah rasa
Tapi semua tu semetara
Cukup2 tak suka
Bila tayar kereta bergolek keluar dari pagar
Lambaian 'bye bye' anak menantu dan cucu
Senyum yg di buat buat
Tangisan simpan dalam baju.
Selamat jalan bahagia ku
Hati hati di jalanraya
Bila tiba di destinasi,cepat2 sms.
Agar debaran ini reda.
Mummy bekalkan doa
Selamat jalan
Lain ketika kita bertemu lagi
InsyaAllah
Along,
Farah,
Arman...
Mummy cukup2 tak suka,
setelah kalian berangkat,
mummy masuk kedalam.
Masih suam jejak dan bekas bahagia itu
Tapi bau sepi mula membanjiri rasa
Rindu datang lagi.

Sunday, October 26, 2014

Mesin tebu

Kitaa tak tau tapi orang lain tau.
Perkara yg menyebabkab pollution
Pencemaran.
Tak nak mengata orang, diri sendiri mungkin juga salah seorang penyumbang tegar.
Kan dah cakap tak mungkin kita tau yg kita ni aktif menyumbang,
Pencemaran bunyi yg serius.
Apa tu?
Laaaa rupanya dari tadi awak tertanya tanya yer
Dan jahatnya saya biarkan awak tertanya tanya secara tak sengaja.
Senjaga lah.
Saja nak buat suspen.
Ok, benda yg tersenarai sebagai masaalah orang lain tapi kita yg tanggung adalahhhhh. Dengkur
DENGKUR
Bila orang lain berdengkur itu jadi masaalah kita,
Kalau kita berdengkur tak per, kita mana tau,
Setuju?
Pesta dengkur berlangsung malam tadi
Sound pollution tu menjadikan rumah ni berirama
Walau airport berdekatan, kapal terbang tak mendarat atau berlepas tgah2 malam.
Tapi real la..bunyi jet pejuang pun ada.
Ke live band ni?
Cuti begini cukup korum, satu orkestra bergema...
Saya x payah kunci jam untuk bangun tgah malam,
Memang terbangun secara otomatik.
Hadoiii...
Malam tadi kodok pun pindah rumah sebelah!

Thursday, October 23, 2014

faktor usia ke ni?

Bakpo laaa
Turun rumah langkah kiri ke hapa..
Hampir langgar motor tadi...
Nak tekan break tertekan minyak.
Kalau Encik hubby tau, meme kena beleber laaa
Kering darah kejap, terkejut.
Motor tu dtg dari kiri di persimpangan kecik
Memang salah dia tapi bukan itu soal nya.
Sakit kalau kena langgar
Kena repot polis lagi
Kena bayar ganti rugi lagi.
Walau salah dia, dia dgn motor,
Tak sampai hati pulak nak mintak.
Budak pulak tu.
Itu satu,
Singgah bank, mesin out of order.
Adoii..berapa sen jer ada dlm beg ni
Nak beli byk benda
Tengah otak duk tolak campur bahagi
Bedebuk...naik bonggol tanpa brek dulu
Kesian kereta buruk ku
Mujur tak berderai...
Saya hulur sedikit derma buat seorang pengemis
Semoga bad luck ini cukup setakat ni.
Tengok pagar rumah hati tenang
Ok, dah sampai pun...
Bikkkk...angkat beras dari kereta.
Baja bunga sekali dlm bonet.
-ngak ada baja nya bukk.
Haah? Kat mana pulak perginya baja2 tu?
Laaa...Sah tertinggal kat nurseri .
Apa apa aje lah saya harI ni...
Semalam usia bertambah setahun
Tak kan terus jadi nyanyuk kot.
Tak per, call nurseri tu suruh tlg simpan baja tu.
Apa?
Hset habis credit.
Thats it.
Enough for today.
Astaqfirullahilazimmmmm.......

Wednesday, October 22, 2014

Rindu kelmarin

First time celebrated my birthday was 45 years ago.
I was 9 then.
Zaman x ramai yg ber'birthday party',
Tapi ayah tak pernah lupa birhday anak2.
Sambut besar besaran pulak tu,
Tahun 1969
I remember well,
That pink frock with shinny bits all over the dress.
That big cake with colurful candles on it.
The ballons, the papercups n plates.
And the guest brought all sorts of presents
The only problem was,
Almost all of them were not my friends.
Huhuhuhuuuu....!
My dear father invited his friends that bring along their children.
Some of them were my sister's classmates.
My sister who is 3 years older than me were enjoying herself with her friends
Me?
I was sulking at one corner.
Nobody told me to invite someone I knew
So I did not but regreted it sooooo much.
Silly me, trying to hide my tears.
But father tried hard to patch up the broken heart.
At last I managed to smile, to enjoy myself n to feel loved
Macam tu lh sikap ayah, pandai baiki hati ini.
Satu2 nya lelaki yg buat saya rasa amat disayangi.
Ayah,
Hari ni saya dah jadi orang tua se tua ayah dulu.
Saya tak perlu kek hari ni
Tak perlu belon
Tak perlu hadiah
Saya hanya nak restu ayah.
Agak2 ayah tau tak hati saya pecah berderai?
Dah la pecah, tak siapa yg cuba betulkan...
If only you were here.
Ayah, I really really really miss u sooooooooo much.
Al Fatihah buat dear Ayah.



Tuesday, October 21, 2014

Awak kenal tak?

Suka buat kuih ni
Senang
Sedap
TEPUNG BOKO UBI KAYU
Talam ubi kayu kata orang luar kelantan
Ubi kayu parut
Gula
Air daun pandan
Air
Kukus sampai masak

Santan
Garam
Tepung beras
Air
Masak sampai menggelegak dn pekat
Tuang atas ubi yg dah di kukus

Makan
Kenyang
Puas hati.
Kalau orang puji, esuk buat lagi...

Monday, October 20, 2014

Berubah hati sekali lagi

Okalohlaaa
Baru saja nak berjinak jinak tengok Akedemi Fantasia, dah tak minat pulak.
Betul ke undian penonton yg menjanjikan juara?
Kalau macam tu x perlu masuk kelas vokal bagai,
Beli top up banyak2 cukup.
Biar seluruh keturunan worih warah, suku sakat undi.
Tak sedap pun undi jugak.
Sponsor top up.
Begitu ke cara nya?
Saya tak reti sgt pasal realiti show ni,
Tapi malam tadi saya tengok AF
Yang hampehhh
Yang x sedap di telinga saya,
Tak keluar2 juga.
Yang keluar tu yg sedap suaranya.
Tak nak tgok lgi la, buang masa.
Tak suka sbb rasa mcm x adil.
Tapi kata org dah macam tu peraturan nya.
Suka hati kau orang laa..
I am not interested anymore.
Anis, tukar channel lain lh,
Mummy x nak tgok dah, x suka.
Suka lah Anis tu sbb kalau saya tengok pun,
Mulut x reti diam, anak2 penuh telinga dgr khutbah dari saya.
So, problem solved.
Join anak2 tengok Running man lah.
Much better kot.

Sunday, October 19, 2014

Jangan kuat sgt mengutuk...

Semua suku sakat tau kalau bab mengutuk 'Akedemi Fantasia' saya lah orang nya.
Last saya tgok AF masa Mawi menang tu,
Semenjak tu saya dah tak tengok.
Ikuti perkembangan pun tidak.
Tak suka.
Ada 1001 sebab tak suka.
Anak2 tengok pun saya larang
Ada perasa menyampah tengok tergedik gedik anak2 siapa lah tu.
Tapi
Kata orang, kalau tak suka pun jangan kuat sgt mengutuk
Betul lah tu,
Entah kenapa mata saya bagai di gam di kaca TV setiap malam Ahad.
Bercambah pula minat nak tau siapa terkeluar dn siapa yg paling top
Mungkin bukan unsur nyanyian yg buat saya mula minat,
Tapi pendekatan yg agak berlainan tu memukau rasa.
Realiti bukan hanya menjadi juara tapi realiti kehidupan,
Latar belakang budak2 tu menyentuh hati.
Siap nanges2 lagi tgok Si Firman tu..
Hati seorang ibu terusik.
Pandai pulak Astro ni main emosi orang tua seperti saya yer.
Ok, ampun maaf Astro.
Kali ni saya tabik spring.
Count me in.
Peminat warga emas
Cakap la awak nak cakap apa pun
Malam ni siapa berani tukar channel tv, jaga2
Saya rebus remote control tu.
Nak tengok benda lain, gi tgok TV lain.
Ada faham?

Saturday, October 18, 2014

Mengantuk tahap gaban

Hari ni hari tidur sedunia.
Pagi tidur
Tengahari tidur
Petang tidur
Ni dah nak magrib,
Lepas magrib tidur lagi.
Bukan penat atau letih
Saja.
Rasa nak tidur dan rehat minda
Tutup suiz dulu
Kalau boleh tak nak bertemankan mimpi
Nak tidur sahaja, tanpa perencah dan perasa
Hujan seperti memahami tidak seperti manusia.
Makhluk bernyawa ni bila nak lelap jer ada yg kejutkan
Ada saja benda nak ditanya, dicari dan di beritau.
Gangguan ini perlu dihentikan segera.
Stop itttttttttttt...!
Just let me sleep please.....

Friday, October 17, 2014

kerja x nak, gaji nak.

Kadang kandang malas nak cakap apa tapi dah saya ni peramah kena cakap jugak la.
Geram.
Dengar sini....
KALAU NAK KERJA, KERJA.
KALAU RASA DAH TAK SANGGUP KERJA, PENCEN!
Tengok saya, saya tau saya dah tak ada masa untuk kerja.
Saya pencen.
Tak payah nak merungut penat la, letih la, byk kerja la
Nama pun kerja..Tak kan orang nk bayar gaji for free.
Ini tidak,
Bukak mulut jer certa pasal tugas yg perlu dibereskan berlambak lambak
Bukak mulut jer cerita pasal orang atas keluar arahan itu ini
Bukak mulut jer certa pasal xnak hadir kursus, x sanggup belajar benda baru.
Kan saya dah cakap, dah tak nak buat semua tu pencen jer lah.
Kalau x nak pencen nak terus terima gaji penuh dan elaun2 yg sewaktu dgn nya,
Buat kerja sehabis baik.
Dedicated dgn kerja.
Betul.
Itu pasal saya pencen awal
Saya x ada masa untuk kerja lain selain urus keluarga saya.
Kena pilih. Kena buat pilihan
Buat pilihan supaya otak tenang.
Orang pun tak menyampah asyik dgr kita bagi berbagai alasan kalau kerja x beres.
Maka....
Seperti saya kata tadi,
NAK KERJA, KERJA.
TAK NAK KERJA, PENCEN!
As easy as that.
Ramai lagi nak isi tempat kosong tu.
Kan?

Monday, October 13, 2014

Terbayang bayang kenangan itu

Bila saya sendirian, diam tak buat apa apa, otak saya sibuk bekerja.
Sibut buka file2 lama, mengulas dan mengulang tayang cerita lama
Maka
Lebih baik saya sibukkan diri dan penatkan badan
Otak duk diam diam, tak sempat pun nak selak kenangan.
Cukup2 tak suka bila otak ini mendera hati
Mujurlh tangan dan kaki memahami.
Tak reti2 duk diam, ada saja benda perlu dibereskan.
Kita jangan layan otak yg dengki.
Otak ni punnnnnn...
Sudah sudah la.

Wei laaa, tuan dia yg makin subur.

Puas letak baja
Kadang kadang tukar pasu
Kombinasi tanah yang terbaik
Baka pun baka baik
Siram hari hari
Tak subur pun
Masih tak berpucuk baru
Bunga haram sekuntum pun tak ada
Apa punya pokok la nih...
Lain pulak tuan nya pokok.
Pantang baja lebih sikit,
Mula lah tak muat baju
Diet bagai nak rak
Lemak tak berkurang pun
Bertambah ada...
Ya Allah ya Tuhan ku....
Gemukkan lah pokok2 yg ku tanam, kuruskan aku!

Sunday, October 12, 2014

Nasib siapa lebih baik sebenarnya?

Bukan kehendak mu
Dan bukan juga kehendak ku
Allah tahu yg terbaik buat makluknya
Yakin begitu
Bukan kehendak mu
Terbaring tanpa daya
Bisu
Buta
Tapi itu lah yang terbaik buat mu.
Allah sayangkan kamu
Dia membiarkan kamu di perbaringan itu
Menghapus dosa2 lama mu
Dan tidak mengukir dosa baru seperti mana makhluk lain yg bergelar manusia
Membersihkan diri mu agar nanti kau pulang kepada Nya dgn putih bersih
Sedangkan.
Aku yang masih mampu berfungsi, waras dan sihat sejahtera tidak seperti kamu
Hari hari dosa ku menimbun
Di depan mata ada mungkar
Di telinga kedengaran bisikan yg melalaikan
Di bibir bergantungan dusta
Yang di tegah dan di suruh saling bertukar tempat
Tidak seperti kamu yang sudah bebas dosa
Bukan kehendak mu
Bukan juga kehendak ku
Tapi kehendak Allah subhanawataala
Kunfayakun.
Kita manusia
Menjinakkan redha.

Wednesday, October 8, 2014

Mimpi

Pecah berderai hati.
Saya tak nak mimpi itu hadir,
Sentiasa berdoa pada Tuhan, jauhkan saya dari mimpi yg begitu.
Tapi malam tadi mimpi itu hadir.
Astaqfirullahilazim,
Patah sejuta hati ini.
Malam tadi, saya seperti biasa di sebelah dia menemani dia.
Terdengar suara dia
"Mummy....Mummy...."
Ya Allah anak ku,  betul ke ni.....
Betul ke kamu sudah pulih?
Saya peluk dia sambil menangis.
Saya tanya semua orang yg ada di situ, bermimpi kah saya...
Tak, bukan mimpi...
Itu kata mereka.
Sukanya saya, syukur ya Allah,
Tuhan mengangkat doa2 saya...
Tapi
Hancur luluh hati seorang ibu,
Patah seribu, patah sejuta, pecah berderai
Mimpi itu menikam empangan tangisan
Berjurai jurai lah si air mata bila saya menyedari, segala bahagia itu hanya lah mimpi.
Belum cukupkah dugaan yg sedia ada sehinggakan saya terpaksa lalui kekecewaan yang sama berkali kali?
Saya sudah berhenti berharap supaya saya lebih tenang dan redha,
Berhenti membilang hari dan menerima dia seadanya.
Bersyukur kerana dia masih di sisi saya.
Tuhan,
Adakah aku terlalu meminta minta bila yang ku pinta hanyalah...
Jauhi mimpi begitu dari malam dan siang ku
Kerana sesungguhnya Tuhan,
Aku ini lemah dan aku takut aku tidak cukup kuat dan sabar
Untuk terus redha dengan dugaan dari Mu.
Ampunkan aku ya Allah,
Aku makhluk Mu yg lemah.


Tuesday, October 7, 2014

mendung

Gelap.
Hujan lebat tadi.
Hujan buat hati jadi suram
Sejuk
Rindu bercambah.
Mengimbau kelmarin yang indah
Tidak mungkin berulang kenangan bahagia itu
Biarlah,
Tidak perlu di ulang pun.
Cukuplah sekali kerana keindahan yg sementara lebih acap mengundang duka lara.
Lebih baik menerima segala ranjau hidup dengan redha,
hati lebih tenang begini,
Lagi pun hidup ini sudah tidak lama, sekadar menunggu mati.

Monday, October 6, 2014

Kawan dari dulu sampai sekarang

Dia selalu ke luar negeri.
Terbang sana sini.
Hani nak apa, key chain nak?
Nak.
Fridge magnet nak?
Nak
Hiasan taman nak?
Nak
Kucing nak?
Nak.
Home deco nak?
Nak.

Dia tanya dgn ikhlas
Saya jawap dgn jujur.
Hasil nya ni lah.
Berbondong bondong buah tangan darI dia
Dia kawan yang pemurah.
Faham jiwa.
Terima kasih Mie.
Terima kasih Tuhan,
Semoga dia sanggup jadi kawan saya selamanya

Sunday, October 5, 2014

Dah laa...

Dah beli ubat darah tinggi?
Ubat untuk turunkan kolestrol?
Panadol dan pain killer yg sewaktu dgn nya?
Tu laaaa...time mengadap lembu lupa dunia.
Ulam dan vege tu hiasan meja saja.
Terkam air asam perut
Air asam limpa dan lidah.
Sampai kecut jarI duk terendam dlm air asam.
Daging goreng dgn lemak yg separa cair dlm mulut
Makan macam tak cukup jari nak suap
Ratah ratah lagi...
Steak,BBQ dan hirup sup kaki
Dah laaa.....
Lembu korban tu mati terus masuk syurga tak apa lah..
Awak tu, belum tentu hala lagi..
Itu kalau mati, kalau sakit ?
Beringatlah...
Menakutkan sungguh.
Yer lah, tau lah sedap dan fresh
Tapi jangan sampai yg sedap tu menjadi racun.
Tak pasal2 mengadap doktor malam nanti.
Bawak bertenang yer...
Mereka yg ada penyakit2 yg sewaktu dengan nya sila berundur.
Gi basuh tangan. Dah.
Biar saya pula yang habiskan lauk2 yg berbahaya ni.
Giliran saya.
Saya tak ada masaalah...
Ubat dah seberkas dlm beg
Just in case.
Hadoiii....
 Pesanan penaja ni khas buat orang2 yg saya kenali, sayangi dan yang kaya penyakit.
Awak laaa....


Saturday, October 4, 2014

Lembu dlm perjalanan ke syurga, kita bagaimana?

Kali ke2 kami tak sambut Aidiladha secara meriah.
Sekadar solat sunat di pagi raya dan thats it.
Tak ada pesta masak yg ngalahkan masterchef
Tak ada pesta makan dan pesta basuh pinggan
Relax dan tak ada beza dgn hari biasa
Anak anak tak balik.
Kami pun tak balik kampung.
Semenjak Ja sakit memang kami x balik kampung.
Pos anak2 yang ada sorang dua ni saja ke kampung sebagai wakil
Anak2 berhak untuk beraya
Berhak untuk berpeluh peluh urus daging korban
Mereka berhak untuk berjuang bersilat di dapur nenek dan jamu selera ramai ramai.
Mereka harus menghirup kasih sayang keluarga.
Beraya lah bagi yg beraya.
Saya kat sini bertemankan Ja tak susah hati pun.
Saya tau walau saya x buat persiapan apa apa pun,
Esuk sampai lah rezeki ke riba.
Hehehe...Home delivery gitu.
Bila saudara mara tau saya x prepare apa2, ada saja lah kiriman buat saya.
Sebenarnya bukan daging yg di kirim
Bukan nasi dagang
Bukan ketupat rendang
Bukan kek, puding atau singgang tulang...
Tapi yg berbungkus bungkus, berdulang dulang tu
Adalah kiriman kasih sayang
Kiriman perhatian dan tanda saya tidak keseorangan.
Ja, kita jgn lupa berterima kasih yer
Syukur Alhamdullilah,
Kita berdua ni masih ramai yg ambil peduli.
By the way, esuk kalau kirim hati goreng, jgn terlalu masak yer, saya suka yg kurang masak, lebih cili hijau dan plus lemak lembu tu...
Ngada ngada pulak!
Ore ingat pummm kira mujur dohhh...!
Entry blog hari ni untuk peringatkn ore hok tok berapo nak ingat terrrrr......
Asam pedas limpa terrrrrrrrrrr.....

Wednesday, October 1, 2014

Saya lah tu..

Zaman belum kenal lipstick
Zaman belum kenal beg tangan Gucci
Zaman belum pakai specs.
Belum kenal cinta palsu
Belum tau perit rasa kecewa
Belum hinggap derita jiwa
Senyuman itu lahir dari hati....
Cer teka mana satu diri ku...

Monday, September 29, 2014

Hari bukak rahsia

Rasa nak bercerita.
Pertama kali bukak rahsia ni.
Sejarah dirI sewaktu mula bergelar guru.
Setiap kali waktu pulang dari sekolah saya tercegat tuggu teksi di luar pagar sekolah.
Kalau kebetulan ada guru2 yg nak ke kota bharu, mereka tumpangkan saya.
Guru besar pun selalu pelawa untuk tumpangkan saya tapi saya segan dan sentiasa mengelak.
Tapi semenjak guru besar tak bawa kereta dan isterinya yang hantar dan ambik, saya tumpang jugak lah.
Rumah guru besar dekat saja dgn sekolah tapi kalau kebetulan isterinya nak ke kota bharu, saya di hantar sampai ke rumah saya lah.
Sekali tu Umi (isteri GB) singgah kat rumah dia dulu sebelum meneruskan perjalanan ke KB.
Saya tunggu dlm kereta.
Saya perhatikan Umi dan anak nya punggah barang masuk bonet.
Siap isi barang, kami teruskan perjalanan.
Esuk lusa macam tu jugak,
Ada saja benda yg perlu dia singgah ambik.
Sekali tu umi singgah sebab anaknya nak ikut ke KB.
Hadoi..
Segan sungguh sebab anak umi tu lelaki.
Esuknya umi pelawa saya tumpang dia lagi.
Hari2 umi ke kota bharu tapi saya tak nak tanya apa2, x nak busy body.
Kali ni singgah rumah umi lagi.
Kali ni memang saya serba salah.
GB tak nak ke KB sebab sakit kepala,
Dan umi suruh anaknya saja hantar barang ke kb dan hantar saya pulang
Ayoyo...Tak selesa nya, Tuhan saja yg tau.
Tak nak lah tumpang Umi lagi
Esuk umi datang jemput Gb lebih awal dari biasa.
Umi cari saya yg sedang ada dalam kelas.
Ada hal kata nya.
What?
WHAT?
Rupanya Gb dan isterinya nak bermenantukan saya,
Pandai la mereka temukan saya dgn anak nya.
Apalah mereka ni, rupanya baik ada benda tu.
Padan lah sampai hari2 ajak saya tumpang kereta.
Padan lah acap singgah suruh anak isi brg dlm kereta
Padan lah anak dia tu bukan main tertib cakap dgn saya.
Maaflah bos....
Perangkap tak mengena...

Friday, September 26, 2014

Terapi Minda

Janji mesti ditepati.
Janji nak keluar dgn kawan2
Old friends.
So yesterday these makcik2 pagi2 dah on the move.
Memang panas
Memang ramai orang
Memang payah parking
Memang seronok.
Tu yang penting, seronok jalan2 dgn kawan2.
Put my troubles aside for a moment
Laugh my heart out.
Be merry
Be happy
And
By the end of the day,
Returned to reality.
But after having some fun,
Some peace of mind,
I came home with positive aura in my system.
That is why I have to go out once in a while
And being with the right people helps a lot.
 

Tuesday, September 23, 2014

Patah kaki

Problem masaalah.
Bagi orang lain kecik saja ni
Bagi saya masaalah negara.
Kelisa.
Bukan ikan tapi kereta saya.
Kesayangan ku.
Kelisa tak berapa sihat akhir2 ni
Risau saya lah...
Fenin kepala mikir puncanya.
Suruh bawakan ke mekanik, hubby cakap kereta mazda ada.
Buat apa beli kalau asyik nak bawak kelisa.
Bawak Estima ke..
Merc ke...
Jangan cakap macam tu...
Awak tak kenal saya ke,
Saya nak yang saya suka saja
Kalau dah jadi pojaan hati ku,
Sayang tau!
Biar pun kecik tak sehebat Mazda,
Biarpun kereta murah tak semahal merc
Biarpun huduh tak mcm Estima
Biarpun kereta tua.
Tetap kelisa yang saya nak.
Tolommmmm la baiki.
Tolonggg laaaa,........

Monday, September 22, 2014

Mereka kakak saya

Tuhan,
Kau berkatilah kehidupan kedua kakak ku ini,
Mereka kakak ku yang telah banyak berbudi kepada ku,
Mereka mengenali ku lebih dari orang lain mengenali ku
Mereka masak dengan perangai ku, mood dan 'peel huduh' ku
Tuhan damaikan hati hati mereka,
Mereka sentiasa mendamaikan hati ku di waktu aku dalam ribut perasaan, menyokong ku tanpa syarat, without condition.
Siapalah yg menangis bersama ku, ketawa bersama ku dan memanjat tangga usia bersama ku kalau bukan mereka?
Tuhan , bahagiakan lah mereka..
Aku bukan lah adik yang terbaik di kehidupan mereka ini tapi mereka membuatkan aku rasa begitu.
Tenang sabar seperti guru
Sentiasa menasihati ku dan memimpin ku ke jalan yg betul.
Mereka membuatkn aku merasakan masih ada yg ambil peduli.
Tuhan, limpahkanlah rahmat mu ke atas mereka,
Mereka membesarkan ku, membentuk peribadi ku, mendisiplinkan ku dan aku begini hari ni adalah dari tunjuk ajar mereka.
Terima kasih Tuhan,
Dengan izin Mu aku berada didalam naungan kasih sayang mereka yg menerima aku seada nya.
Luv u sisters.

Sunday, September 21, 2014

straight from my heart

Trying to please people,
All my life that is what I always do
There are times when I should have said no but I didn't
Saying yes and breaking my own heart.
Sometimes I smiled at things that hurt me most,
Sometimes I trusted the wrong person,
Sometimes I let myself being used.
Its hard being like this.
I hate myself for this but what are the choices that I havez.
None.
Life is like this all the way.
Been living in this unfair way all the time.
Sometimes I just feel like I want to have a long n deep sleep
And
Never to wake up again.
Sometimes I just need a friend,
Someone to turn to
Someone that cares
Someone that listens
Someone who do not take me for granted
God, sometimes I just crumbled inside.


Saturday, September 20, 2014

memang selalu begini

Selalu pun macam ni..
Bila berada di laluan sebelah kanan, perjalanan seakan terhenti
Kereta merangkak rangkak.
Tukar ke laluan belah kiri yg dari tadi nampak lebih smooth.
Dah agak dah, sekarang laluan belah kanan pula laju.
Sakit nya hati.
Selalu pun mcm ni...
Tunggu nombor dipanggil untuk urusan di kaunter,
Salah satu kaunter tu nampak petugas mcm tak mesra alam.
Tak nak lah kaunter tu,
Mintak2 jangan lah kaunter tu,
Bila nombor dipanggil,
Sah dpt kaunter yg paling kita x nak.
Geram sungguh.
Selalu pun mcm tu..
Pagi2 beli nasi bungkus, 4 berlauk ayam gulai, hanya satu lauk ikan.
Saya punya mesti lauk ikan.
Bila nak makan, bukak bungkusan pertama lauk ayam.
Kedua lauk ayam.
Bungkusan kelima dibuka baru lauk ikan.
Yang last jugak la yg betul
Asyik tak menepati jer.
Selalu pun macam ni..
Hari2 bawak lesen memandu kalau keluar rumah.
Memandu ke tidak tetap lesen tidur dlm beg tangan.
Semalam ada roadblock
Mintak lesen.
Huahuahuaaaa....
Tukar handbag dan tak perasan tertinggal lesen dlm poket beg lama.
IC pun tertinggal.
Jual senyum kat abam JPJ pun tak laku
Nampak gaya ngaku sajalah
Hari ni hari bodoh saya Pak Encik..kata Si Labu.
Maluuuuu......
Nasib tak menyebelahi saya
Selalu pun begini.
Tapi pengalaman hidup yg begini lah yg menjadi perisa dlm kehidupan kita.
Menguji kesabaran.
Nasib baik masih boleh sabar.


Friday, September 19, 2014

Bila otak tidak memberontak

Alhamdullilah, masih ada baki nyawa saya hari ni.
Dapatlah saya terus bernafas.
Jangan ingat orang yg kaya raya, bahagia dan bertuah saja yg nsk hidup.
Orang yg serba kekurangan pun ada hak untuk hidup juga
Hidup seadanya.
Hidup untuk mencukupkn bekal mati
Biarlh tidak mampu bermewah mewah
Biarlah dugaan sentiasa singgah
Saya akan terus melangkah ke depan dgn izin Allah.
Semenjak menjadi 'Tua', menjadi org lama,
Saya tak nak bazirkan sel otak saya dgn menangisi hari kelmarin.
Saya nk ke depan, tak kira lah kena merangkak pun.
Janji makin ke depan.
Kalau boleh nak melangkah gagah dgn senyuman
Senyuman kurang manis adalah  lebih baik dari tangisan  berjela.
Senyummmmm biarkan Allah menentukan segalanya.

Thursday, September 18, 2014

Pagi khamis jumpa saya di sini,

Saya bukan kaki pasar tani.
Kalau pergi pun direct ke gerai yg diperlukan saja.
Tak suka singgah2 tanpa tujuan.
Ramai sangat.
Serabut.
Nak ikan, pergi gerai ikan.
Nak kuih, tuju ke tempat kuih.
Cepat2 nak balik,
Rimas.
Sekarang semenjak jadi surirumah sepenuh masa ni,
saya berubah sakan.
Pagi2 dah ke pasar tani.
Bukan nak beli apa2 pun.
Saja jalan2 cuci mata.
Relax, belek itu, belek ini..
Jumpa kawan sembang 14 tajuk dulu.
Singgah hampir setiap sudut.
Sentuh2, jamah2 belek2 ..
Mulut rajin tanya harga..
Siap tawar menawar lagi..
Maka terbeli lh benda yg tak patut beli, tak perlu beli,
Tak perlu beli sarung bantal, dah kebetulan ada, beli lah.
Ayam dah ada dlm freezer, takper ni ayam kampung, beli lah.
Selipar cute buat kanak2, cucu mesti suka, beli jugak..
(Selipar cucu dah berlambak....)
Kiri kanan bimbit hasil tuaian.
Sarat kereta.
Ingat tak tadi saya cakap tak nak beli apa2 pun.?
Silapnya dah tau x nak beli TERbawa duit pulak.
Tu lh pasal....
Saya masih bukan kaki pasar tani,
Tapi sekarang saya
Kaki segala jenis pasar.



Wednesday, September 17, 2014

Nyampah sangat dah ni

Saya serik la kalau jenis manja2 ni
Pokok pun ngada ngada juga
Manja ngalahkan tuan pokok.
Tuan pokok x manja, x ada tempat nk manja2 pun.
Dulu cuba tanam petunia.
Serik!
Bila dia nak mati, buat la apa p6n, mati jugak at last.
Beli sikit punyer mahal.
Ni saya cuba dgn vincaa pulak
Zaman kecik2 dulu, pokok ni tumbuh liar di tepi pantai,
Kemunting cina kalau x silap nama jame dulu.
Tak siapa pandang pun pokok ni.
Sekarang dah masuk nursery harga bukan main lagi
Warna pun dah pelbagai.
Tapi bunga ni peel huduh.
Nurun tuan kot.
Tengah eluk berbunga, daun kekuningan..
Nak start dah tu..
Lama2 daun gugur...
Bunga makin kecik dan jarang
Lama2 tinggal kerangka.
Yang merah ni satu jer yg masih bernyawa.
Kalau yg ni pun bakal jadi arwah,
Malas dah saya nk tanam pokok ni.
Pokok lain berlambak lagi menanti untuk di bela
Nak ngada2 , get lost laaa bunga weii..
Orang pun cam tu jugak,
Sekejap ok sekejap tak ok, moody semacam..
Tak yah la...
Tak suka pokok atau orang yg irritating n annoying
TAK SUKA!

Tuesday, September 16, 2014

Roti roti ni sudah berpunya

Satu untuk rakyat jelata di negeri saya
Satu untuk mak
Satu untuk kak zah
Satu untuk kakak sorang lagi
Satu untuk kakak yg duk dekat sini.
Satu untuk misi syafiqah
Satu dah hangit sewaktu saya keluar hantar roti tadi
Satu yg dah terusik tu buat saya.
Bukan buat keluarga saya,
Buat saya.
Nak makan sorang sorang.
Dah...2 hari turut2 buat roti, uli roti.
Bini benggali pun tak mcm ni.
Siapa tu yg cakap saiz serupa bini benggali dah ni?
Pekong nga roti ni baru tau!

Monday, September 15, 2014

Suka

Suka tengok bunga2 segar menghiasi segenap sudut.
Semua fresh from Cameron Highland.
Keindahan yg tak dapat di hasilkan dari bunga tiruan.
Sana sini bunga.
Seluruh kediaman kakak saya bermandikan bunga
Saya sukakan bunga
Rose merah beratus kuntum buat semua orang ceria
Memang memukau.
Tak puas tilik setiap gubahan.
Tenang rasa nya
Hati bermunga munga.....

Friday, September 12, 2014

Think positive..

Saya tak pernah rasa kaya raya
Tapi syukur, saya tak pernah papa kedana.
Saya tak pernah cantik jelita
Tapi syukur saya lengkap anggota, tak cacat mana2.
Saya bukan bijak pandai ilmuan terkemuka
Tapi syukur saya boleh cari rezeki seadanya
Saya bukan VIP atau isteri VIP
Tapi syukur, saya ramai kawan yg tidak bermuka muka
Saya bukan dipayungi bahagia setiap masa
Tapi syukur pada Mu Tuhan,
Saya masih boleh bersabar dan redha atas segala ujian dari Mu.
Saya serba kurang, tak lebih apa apa
kecuali lebih lemak yg bergantungan di badan....
Saya seperti sampah terbuang, terlalu besar untuk hanyut di longkang,
campak ke laut mau nyer jadi tukun ikan.

Gores dan menang...

Ada ke patut.
Kalau yer pun nak parking, tengok tempat la.
Penat saya tanam pokok tu.
Nyawa2 ikan dah pokok bunga raya tu.
Hari2 saya belek..
Berapa helai daun pun saya bilang.
Sayang tau.
Tiba2 berdesup awak landing.
Terima kasih lah, lain kali parking lh lagi.
Sila tekan loceng pagar, mana tau saya reserve porch saya buat awak,
Parking jer kat dalam, biar saya parking kat luar.
Esuk sila parking lagi sekali k.
Cuba ke depan sikit lagi,
Cium konkrit pagar pun x per.
Takper, kalau runtuh saya bina baru.
Payah dah awak nak cari orang baik hati mcm saya ni
Biarkan awak berlalu tanpa kata.
Tapi sekali lagi awak buat mcm ni,
Saya ikut nasihat kawan saya.
Katanya....
Senang jer orang mcm ni, gores dan menang!
Boleh ke buat mcm tu?

Wednesday, September 10, 2014

Imaad

Imaad baru balik dari bercuti.
"Mad, Mad pergi Surabaya tinggal grandmummy yer,
Next time grandmummy nak ikut boleh?"
Saja saya nak pancing jawapan dari dia.
"Grandmummy mana boleh ikut,
Grandmummy kan jaga mummy,
Nnti Imaad besar,  Imaad jaga mummy,
Nanti boleh la grandmummy pergi jalan jalan."
Aduhai Imaad,
Kecik2 dah tau erti tanggung jawap.
Luluh hati grandmummy dgr jawapan dari Imaad.
Imaad,
Kita doakan yg terbaik buat mummy Imaad yer.
Imaad bertuah kerana mummy Imaad adalah dari orang2 yg terpilih,
Imaad juga bertuah kerana kasih sayang buat Imaad melimpah ruah
Semoga esuk lebih baik dari hari ini buat kita semua,
InsyaAllah.

Monday, September 8, 2014

Tajuk muka depan akhbar

Jiran saya
Dulu semua cina.
Tak ada masaalah.
Sekarang,
Semua melayu.
Tak ada masaalah juga.
Kawan kawan saya
Zaman sekolah,
Cina keling semua bangsa
Tak ada masaalah
Sekarang pun macam tu juga
Kawan berbagai bangsa
Tak pernah timbulkan masaalah
Duk di luar negeri
Jumpa org satu bangsa dgn kita jarang2
Ok jer, survived.
Duk di malaysia
Bumi sendiri,
Macam2 cerita saya saksikan
Telinga tak nak dengar tapi terdengar juga.
Cerita x sedap.
Cerita orang.
Cerita menakutkan di dada akhbar
Di ternet, google jer dapat mcm2.
Lebih menakutkan dari cerita hantu.
Semoga cerita begitu kekal jauh dari saya
Jauhi dari keluarga saya, sobat2 saya dan jiran2 saya.
Sama2 kita doakan,
Jauhi kita dari apa yg ada di dada akhbar tabloid itu
Baca tajuk pun dah menakutkan.
Seram.
Ini malas beli akhbar tabloid nih!
Tak kira lah bangsa apa pun,
Kena tembak, tikam, bunuh tu sakit tetap sakit,
Tetap ada yg akan menderita.
Merah darah serupa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...