Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, January 30, 2018

Tanah.

Hari2 beli tanah.
Marin beli tanah di Pasir Hor.
Hari ni beli tanah di Telipot.
Esuk nak beli di pengkalan chepa pulak.
Dekat sikit, memudahkan.
Wahhh...ni status orang kaya kaya nih!
Dah berapa ekar semua nya ?
Kalau lah boleh beli berekar ekar
alangkah kaya nya saya ni.
Betul la saya beli tanah,
tapi tanah dalam kampit.
3 kampit rm10.
Seguni kecik rm12.
Tanah utk projek tanaman sayur di bucu rumah.
Dah semai benih mcm2 jenis sayur,
dah bercambah pun.
Tu pasal kena beli tanah utk isi dlm polibeg.
Nanti nak trasfer ke dlm polibeg tu.
Nak beli pasu, mahal sgt.
Polibeg pun polibeg laa
Hentam jer la labu

Monday, January 29, 2018

Hiburan

Kucing,
Burung dan yang terkini saya dapat arnab 3 ekor.
Baru bela.
Anak lagi ni.
Dulu ada kawan saya bagi arnab tapi terlepas lari.
Yang ni dapat 3 ekor.
Jinak dan manja.
Suka.
Suka sangat2.
Mereka menghiburkan saya.
Ada orang tanya kenapa tak bela ayam itik atau angsa.
Boleh makan telur.
Laaaa... Kalau niat nak makan telur, gi tesco beli lagi senang.
Apa raaaa......

Sunday, January 28, 2018

Larat lagi ke...

Ni namanya 'Taman terbiar'.
Dari akhir tahun lepas sampai sekarang, tidak sekali pun saya sentuh.
Tak boleh jadi ni.
Kena mula tanam semula, susun semula dan hias semula.
Dah semak tak terurus.
Projek pertama tahun 2018.
Bila nak mula.
Esok.
Kalau dah namanya 'esok', jawapnya lepas esok, esok...
Wahai kaki tangan dan urat saraf tua ku,
Bersedia lah untuk didera.
Kita pakat tengok jadi ke tidak nak mula esok ni.



Saturday, January 27, 2018

Selepas 10 tahun berblog, ini lah saya.

Nak belanja foto sikit lah.
Nak tengok, tengok..
Tak nak tengok, tak yah tengok.
Sambil duk fikir nak buat N3 apa hari ni belek2 gallery.
Byk nya foto baru semenjak kali terakhir saya di sini.
Nak kongsi foto yg finas lulus utk tayangan saja.
Yang tak lulus kalau di kongsi termuntah tetamu yg singgah.
Ok get ready to waste your time uolssss.....
Kucing saya

Cucu cucu saya

 Cucu2 lelaki saya
Satu2 nya xucu perempuan saya.

Mak dan mertua saya

Kawan2 saya


Kucing2 saya lagi

Last sekali, foto Tuan tanah. Ni lah saya. Saya yg terkini. Seorang wanita yg telah melalui bermacam macam dugaan hidup.Walau acap rebah saya tetap bangun meneruskan sisa hidup dengan harapan semoga esuk lebih baik dari semalam.
Syukur Alhamdullilah, walau hidup terasa payah, di luar sana masih ramai yang lebih hebat di uji, lebih acap diduga, lebih tidak bernasib baik.
Allah maha mengetahui. Semoga Tuhan tebalkan ketabahan saya, tenangkan hati saya untuk menerima setiap dugaan dari Nya dengan redha.InsyaAllah.
Terima kasih Tuhan, saya bahagia seadanya.
Aminnnn. 

Friday, January 26, 2018

Dia menyorok

Harry!
Macam la kau tu kecik.
Ko ingat aku tak nampak ko duk belakang tu?
Ok, aku buat buat x nampak.
Harryyyy...where r youuuuu....

Mak nenek ber'dating'


2018 - Aku kah yg malas itu?

Jeng jeng jengggg...
Tiba2 rasa nak aktifkan blog yg tertidur kemain lama.
Bukan saya tak menulis,
Bukan saya dah bencikan blog,
Tapi semenjak asyik bersiaran di fbook, blog terabai.
Kalau nak share isi hati, fbook jadi pilihan.
Blog tu nanti nanti lah, itu kata hati.
Kenapa ya?
Padahal yg singgah di blog ke, fbook ke, orang yg sama.
Kenapa malas benar nak berblog?
Hari tu hilang password tapi dah recover dah.
La ni dah boleh update anytime dah..
Cuma jari ni yg hesitate nak tekan 'blog-aku kah itu'.
Dah dah dahhh....
Tahun baru azam baru.
Nak ku sapu segala debu berkulat yg menebal di sini.
Nak ku kembali mencoretkan rasa di sini.
InsyaAllah akan ku cuba.
Ini langkah mula ku.
Ahlan wa sahlan kepada semua yg sudi bertandang..
Kamu semua bantu lah saya,
Moral support dari semua amat saya perlukan.
Jommm....kita berblog semula...Jom!
AKU KAH ITU......Here I come.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...