Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 19, 2009

Selok

SELOK.
Erti selok
1.Bagi orang pantai timur khususnya orang kelantan selok tu maksud nya kunci.

Contoh penggunaan:
Tolong selok pintu..maksudnya, tolong kunci pintu.
Agaknya orang kelantan ni mengadaptasi perkataan ini dari perkataan Inggeris 'Lock' yg membawa maksud kunci jugak. Hebat jugak ek, speaking lagi!
2.Dalam kamus dewan, perkataan ini di eja sebagai 'selak' yang membawa erti yang sama iaitu 'kunci'...
3.Di sekolah, 'selok' membawa erti yang lain. Selok ni lebih kepada keadaan seseorang.
Contoh penggunaan..Kata Cikgu Azini "Selok doh, lupa nak siapkan tugasan yang sepatutnya di serahkan pada GB hari ni.."
Membawa maksud, dia berada dalam keadaan yang genting,samaada dia cipta alasan yang munasabah atau ambik MC.
4.Bagi anak2 ku 'selok' membawa maksud..end of the world.
Contoh ayat yg selalu di pakai ialah.."Selok la kalau mummy tahu.."
5. 'Selok' juga membawa erti terkejut peringkat maxsima. Contohnya bila Iffah anak gadis ku tumbuk kawan kat sekolah..Bukan kawan nya yang 'selok', aku yang selok!
6. 'Selok' yang terakhir ialah yang bermaksud 'terpaksa'.Nak tak nak kena juga..Must!
Contoh nya hari ni, kat sekolah ada Jamuan Hari Akhir Persekolahan. Jamuan laksa.Sedaaaap..My favorite food.Best tu,laksa dan laksam.Tapi aku ni dah niat dari rumah nak diet dah..
"Selok la aku hari ni...."
Kan dah 'terpaksa' makan tu..heheheheee..

8 comments:

Perempuan Kalis Peluru said...

selok belok???

aG said...

Aduhai........

SELOK....... s + E + l + o + k

ada satu lagi yg org Kelantan pakai :

kalau e tu e'(e tanda)memang tepat maksud yg dinyatakan, tapi kalau e sahaja selok ertinya mengangkat kain yang di pakai, betul x?

ko guano!

Unknown said...

you missed another, lady...selok-katok..

nidus2 said...

Mak cu ado denga oghe kato SELOK KERO. Makcu pung tok tahu lagu mano keadae kero, kalu ia selok. Mungkin belake kero jadi KEROKOK, kaki de tange jadi KEREKOK. Lagu tu lah bakali kalu kero selok kut?

TokNabe said...

pengsan pun ada org panggil selok jugok.

Tok Ngah said...

'Pengsan', bukan ke selok juga?

Unknown said...

kalu supo ambo ni..selok kera...lagu mana pulok...?

syaz said...

selok bewok cmner pulak?? pnah dgr tp xtw mksud sebenar...ley tulum describe x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...