Tuesday, December 1, 2009

Hello sunshine..



Gud morning everybody.
Care to join me for breakfast?
Tea or coffe?
Black or white?
Some toast n butter perhaps?
Scrambled eggs?
I'm at my holiday home in Ampang.
It's nice to be here.
Peace of mind.
Athough KL is famous for being hot, stuffy, buzy, traffic jams n what not, I don't mind at all..Behind this door, I am fine. That is what matters most.
This morning I cooked something for everybody...
'Puding Marble'.
Want some?
Come over then,
we will have a great time pampering our taste buds.

Sunday, November 29, 2009

Mata menuturkan bahasa hati..


Mata
Eyes
'Ain

Sama makna nya..
Mata menuturkan bahasa yang universal.
Tengok saja pandangan mata, semua orang faham maksudnya.
Mata mampu menuturkan seribu perkataan.
Tanpa perlukan sepatah kata2 dari mulut,
mata boleh berkata kata.
Mata tidak pandai menipu,
Apa yang tersirat di hati,
digambarkan dengan pandangan mata.
Pejam,celik,terbeliak,sipi atau pandangan macam mana pun
semuanya membawa makna yng berbeza
Seperti kata penyanyi tahun 50an , R azmi.
"Dari kerana mata..yang mempunyai kuasa....."


Duhai mata mampukah kau menyimpan rahsia hati..?

Saturday, November 28, 2009

Tuhan lebih tahu..

Ada hari saya gembira
Ada hari saya merasa sangat tertekan
Ada masa saya rasa mahu hidup seribu tahun lagi
Ada kala saya mahu tidor dan tidak bangun2..
Hidup ini payah, amat payah..
Hanya yang bertuah dapat segala yang di impikan.
Yang lebih bertuah dapat bersabar bila dirundung duka
Yang paling bertuah, menerima kekalahan dgn redha.
Saya tidak tahu dikumpulan mana saya sekarang.
Kerana sungguh saya jahil dan tipis iman.
Saya tidak mahu berakhir dengan kesesatan, nauzubillah sungguh tidak mahu.
Saya juga tidak larat lagi menanggung segala kekusutan .
Saya cuma berharap Tuhan menduga saya dengan dugaan yang mampu saya tanggung.
Kerana Dia tahu kemampuan saya.
Siapalah saya, sekadar debu yang berterbangan.
melukut di tepi gantang.

Tenang lah wahai hati yang berkecamuk.

Biarkan ku menggapai mu,
memeluk mu,
memanjakan mu.
Tidurlah kau di peluk ku,
di peluk ku,
di peluk ku.
Hinggakan kau mimpi kan aku,
Mimpikan kita,
Mimpikan kita.
Jangan pernah kau terjaga
Dari tidur mu,
di pelukan ku.

Friday, November 27, 2009

A picture paints a thousand words..these photos paints millions.


















Thursday, November 26, 2009

Nak? Tak yah laa..berkorban keinginan.


N3 ni khas untuk mereka yang ada darah tinggi dan penyakit2 yang sewaktu dengan nya,
Esuk diminta anda semua bersabar.
Kalau boleh pejam mata dan tumpulkan deria bau.
Pekakkan telinga jika terdapat rayuan2 yang mencairkan iman.
Please jangan makan daging over sangat.
Kawal nafsu makan tu..
Biar hanya lembu kerbau kambing unta yang tumbang.
Jangan awak pulak.
Raya raya jugak....
Ingat,
Sup kaki, masak merah daging
Asam pedas ekor..
Goreng hati dan paru
Limpa berenang dlm Air asam
Otak masak lemak cili api
Bukan untuk awak.
Sabar.
Makan saja ulam dan sambal.
Saya?
Saya tak de masaalah lagi..
boleh makan semua tuuuu...
Saja nak buat awak jeles..kikikikik

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA BUAT SEMUA.

Wednesday, November 25, 2009

Sapa nak bantu ni....

Tayar kereta ku pancit.
Nak wat camna ni..
Sebenarnya aku nak ke rumah Syam, singgah jap kat kedai runcit berdekatan. Bila turun dari kereta aku baru perasan tayar belah belakang tu dah flat dah..Nasib baik dekat dengan rumah lagi, so patah balik ler. Try call for help. X der sapa yg available untuk datang membantu. Camna ni...?
Itu lah, bawak kereta saja yang pandai, lain haram tak tau.
Isi minyak pun kalau terpaksa jer..itu pun buat muka welfare supaya dapat bantuan dari pam assistant.
Tambah angin tayar? X pernah, mau nyer meletup kalau suruh aku handle.
Check enjin? Biasa bawak ke workshop and tau terima yang dah tip top..
Tukar tayar? No, never.
Tapi kalau terpaksa tu rasa nya boleh kot.
Kata Mona, bukan payah sangat pon tukar tayar tu..Berdiri jer kat tepi jalan dan try to look desperate...adalah tu orang yg akan stop tanya whats wrong. Nasib baik bukan saja tukar tayar, suruh cat kereta pun ada yang sanggup..
Yer ke gitu Mona... Kalau yang manis 17 tu mungkin sifir tu berkesan tapi kalau cam kita la..4 hari duk tercegat kat situ pun, tak de yang pandang kot...
Aduh..du...du..dudududu....

Tuesday, November 24, 2009

Ku temui Ikan darat dan kulat sisir

Sibuk dan hujan tidak menghalang ku untuk menziarahi 'Pasar Munduk'. Dah lama kekawan duk bercerita tentang kehebatan pasar tu..Aku saja yang tak pernah pijak kaki kat situ.
Al kisah maka aku pun sampai lah ke tempat tersebut dengan niat nak tengok2 jer. Mak datuk, banyak nya barang dagangan kat situ..Segala benda ada.Murah lagi. Dari tak berniat nak beli belah, aku hampir beli segala benda yg aku tak perlu pun.

Yang paling best, aku jumpa barang yang aku amat perlukan di musim ni..Payung. yer la, payung ada di mana2 tapi ini lain tau..Payung harga RM6 hinggit...Murah kan?Cantik lak tu. Sapa teringin, pegi beli cepat...






Ni tudung ni hanya RM 5 hinggit jer...Cantik kan...
Esuk kalau kita pergi lagi, sapa nak kirim sila isi borang kiriman...plus service charge 30% boleh?

Takpe, Wak saberrr

Ish ish ish...Pagi pagi lagi meter marah ku dah ligat.
Sapa yang amik Aiskrim dan tak letak balik dalam peti ais ?
Tak ngaku? tak per....
Sapa yang tak tutup lampu?
Terang benderang rupanya rumah aku semalaman..
Sapa yang tak kunci pagar?
Kerja orang terakhir balik rumah la tu...Sapa lagi.
Sapa yang tinggal gelas depan tv?
berderet...siap lemas semut dan cicak.
Sapa bukak tin biskut tak tutup balik?
Kan dah lemau..bazir lah.
Sapa punya pinggan dalam singki tuh?
Tau guna cuci sendiri la..bukan anak kecik lagi punn.
Sapa yang tak sidai towel ni?
Merata rata macam bendera masa merdeka.
Sapa yang selerakkan alat tulis ni?
Sakit tau terpijak, pas tu kalau tak cukup sebatang sah ngamuk.
Sapa baca paper dan biarkan bersepah atas carpet?
Tau sapa...dah 28 tahun buat keje tu...
Sapa yang tak flush toilet lepas guna?
Tolong la, simbah lantai tu...
Dah la Anis, habis la shower foam mummy..
Sapa yang tumpahkan Milo atas cabinet?
Melekit lekit..eh, bukan milo nih, habis la chocolate topping ku..
Sapa yang amik bakul pakaian kotor dan jadikan tempat tido kucing?( rasa2 aku tu...)
Pas tu pakaian kotor nak letak mana?
ok ok..letak dalam baldi..
Dah amik baldi, camna aku nak rendam pakaian?
Rendam dalam besin...
Besin? Mana bibik simpan besin besar?
Uwaaaa!!!!!
No talipon 'tele Dera' berapa a???
( Nak kuar kejap..nak beli pinggan dan gelas pakai buang...Hehehe)

Monday, November 23, 2009

Jika itu kehendak Tuhan

Semalam selepas kami balik dari Batam melalui laut, kami mendapat khabar yang ada ferry karam yang melibatkan kematian..Ternganga mendengarnya..Nasib baik bukan ferry yang kami naik tu..Tuhantelah selamatkan kami..
Dan yang terkini kami mendapat khabar yang ada kejadian tanah runtuh di Manik Urai yang menyebabkan keretapi yang menghala ke Kota Bharu terpaksa undur semula ke Gua Musang dan perjalanan di teruskan dengan bas yang di sediakan oleh KTM.Keretapi kami merupakan keretapi terakhir yang menggunakan laluan itu semalam.Tuhan sekali lagi mempermudahkan laluan kami.
Alhamdullilah, segalanya atas kehendak Tuhan. Kami terlepas dari dua kecelakaan. Begitu lah hidup ini..Kita hanya merancang tapi Tuhan menentukan. Alhamdullilah,syukur.

Bye bye bibik




Bibik ku balik Indon hari ni.
Selamat jalan bik.
Selamat bercuti.
Selamat jumpa anak dan suami.
Selamat istirehat..
Don't worry bik,
Sepanjang kamu tak ada,
Aku urus rumah ni macam Hitler.
Iffah jangan memandai nak sepahkan bilik
Anis jangan asyik mengunting kertas buat sampah
Kimi you will b lucky if you can escape from making your bed
Mummy will be on guard.
Anak anak sebenarnya ngeri betul kalau bibik bercuti.
sebabnya mummy will be a nightmare to them...
Tadi anak ku dah pesan pada bibik..Cepatla balik sini bibik yer..
Hai la bibik ku..kalau tak kerana kesian kan kamu rindukan famili,
aku pun nak kau tu ada kat sini time2 cuti sekolah ni...
Tak apalah bik, Pulng lah kepangkuan keluarga dgn selamat
dan insyaAlah jumpa lagi...

Sunday, November 22, 2009

Kita dah balik...



Baru pulang dari bercuti bersama teman2.
Penat dan letih tu biasa lah.
Berbaloi jika dibandingkan dengan kenangan manis yang tak kan kmi lupakan semasa kami di sana.
Yang paling manis ialah kenangan minum air teh atas ketapi..Manis sungguh2.
Kenangan pahit masa minum teh herba pahit kat SPA tu..Tak suka tul.
Kenangan yang boleh buat kami pecah perut ketawa pun ada..
Camni cite nyer..
On the way to Jb kita orang nyaris dah nak kena tukar destinasi percutian kami kerana ada orang tergesa gesa nak turun di 'Stesyen X' ..Silap stesyen tu awak, itu lah, tido mati tadi...tau2 bergegas nak turun dari ketapi...kikikikkk
Ops! sory yer, takleh sebut nama siapa gerangan buat hal tu..(dah janji gitu nak buat cmna..)
Adoiii....
Putus urat perut ku gelak.

Thursday, November 19, 2009

Mengimbau kenangan...

Petang ni kita nak ke syesen KTM untuk menjadi salah seorang penumpang keretapi malam ke Johor. Terkenang zaman dulu dulu, naik keretapi dari Wakaf Baru ke Tanjung Malim...Itu 28 tahun dulu, time muda belia lagi.Seronok masa tu sebab kalau musim cuti bukan kita sorang tapi hampir seluruh ruangdalam keretapi di penuhi dengan kawan2 satu maktab. Bila tiba di steyen seterusnya, bertambah la penumpang dari maktab perguruan yang berdekatan.
Selalunya kita orang bising la menyanyi2 dan gelak ketawa usik mengusik.Orang lain yang berada dalam coach yang sama turut senyum dan tak kurang jugak yang menyampah dengan keletah kita orang..Masa tu dunia ini aku yang punya, mana lah kita kisah orang nak marah ke, jeling ke..janji kita happy.Manis nya zaman remaja.
Wahai Mas, Aman, Om,Asiah Rosnah,Leha,Zu dan Ain di mana kamu sekarang?Sihat kah? Bahagia kah?Pernah tak sekali dalam kehidupan mu itu kau orang teringat kan aku?
Aku la ni.
Yer, Hani yang dulu kurus melidi dan kuat ketawa tuh..
Hani yang kaki bangku dan hampir nangis masa Pn. Kathy paksa buat lompat tinggi dan lontar lembing.
Hani yang menggigil kesejukan kena rendam dalam Sungai Bernam masa perkhemahan di tahun satu...
Hani yang ikut kawan2 curi kuar ke Templers Park dan menyusahkan orang lain, nangis nak balik kerana takut kena tangkap warden.
Hani yang screem kuat sgt( Satu maktab boleh dengar) bila berdepan dengan seekor lipas.
Hani yang hampir2 menjadi menantu lecturer...(nasib baik terselamat!!!)
Hani ini masih macam dulu..yang beza hanyalah fisikal yang di pengaruhi usia.Tapi jauh di sudut hati, Hani ini masih lagi Hani yang korang kenali..Masih lagi melindungi duka di sebalik senyuman, masih lagi memburu mimpi...
InsyaAllah,Keretapi malam ini akan terus meluncur di landasan..Membawa kita ke alam kenangan yang tak pernah hilang dari ingatan.

(Bye bye..InsyaAllah, balik nanti kita bersua lagi di sini.)

Selok

SELOK.
Erti selok
1.Bagi orang pantai timur khususnya orang kelantan selok tu maksud nya kunci.

Contoh penggunaan:
Tolong selok pintu..maksudnya, tolong kunci pintu.
Agaknya orang kelantan ni mengadaptasi perkataan ini dari perkataan Inggeris 'Lock' yg membawa maksud kunci jugak. Hebat jugak ek, speaking lagi!
2.Dalam kamus dewan, perkataan ini di eja sebagai 'selak' yang membawa erti yang sama iaitu 'kunci'...
3.Di sekolah, 'selok' membawa erti yang lain. Selok ni lebih kepada keadaan seseorang.
Contoh penggunaan..Kata Cikgu Azini "Selok doh, lupa nak siapkan tugasan yang sepatutnya di serahkan pada GB hari ni.."
Membawa maksud, dia berada dalam keadaan yang genting,samaada dia cipta alasan yang munasabah atau ambik MC.
4.Bagi anak2 ku 'selok' membawa maksud..end of the world.
Contoh ayat yg selalu di pakai ialah.."Selok la kalau mummy tahu.."
5. 'Selok' juga membawa erti terkejut peringkat maxsima. Contohnya bila Iffah anak gadis ku tumbuk kawan kat sekolah..Bukan kawan nya yang 'selok', aku yang selok!
6. 'Selok' yang terakhir ialah yang bermaksud 'terpaksa'.Nak tak nak kena juga..Must!
Contoh nya hari ni, kat sekolah ada Jamuan Hari Akhir Persekolahan. Jamuan laksa.Sedaaaap..My favorite food.Best tu,laksa dan laksam.Tapi aku ni dah niat dari rumah nak diet dah..
"Selok la aku hari ni...."
Kan dah 'terpaksa' makan tu..heheheheee..

Wednesday, November 18, 2009

Betul tu mak..


Makan lagiiiiii...Jamuan lagiii...
Sehari dua ni kesian betul dgn perut ku.
Penat kerja lebih masa.
Mana tak nya, hari2 jamuan itu ini
Hmm...So please, stop blaming me for not trying hard to be on a diet again.
I am trying...but the atmosphere is not helping at all.
The unsupportive surroundings contributes to my failure.
The truth is....I don't want to..At least not now.
Ngaku la senang sikit.
Nak wat camna,
Mak kata,
Kalau tak makan tak baik, membazir..

Tuesday, November 17, 2009

Kenapa saya di sini

Ada orang berblog untuk mencanangkan kepada dunia tentang kejayaan2 yang telah di capai nya.Alhamdullilah, saya tumpang berbangga.
But not me..Saya sentiasa di sapa kegagalan, jadi tak ada apa yang nak saya canangkan.
Ada orang berblog untuk membuat orang lain iri hati dengan kebahagiaan nya.
Bertuahlah jika kebahagian itu milik anda.Sangat2 bertuah.
Tapi bagi saya kebahagiaan datang nya hanya sementara.
Ada orang berblog untuk memancing simpati.
Tapi saya tidak memerlukan simpati yang sebegitu.
Saya perlu gagah dan bangun dari rebah.
Ada orang berblog untuk menambah kenalan
Saya rasa jika kebetulan dapat kawan baru, itu kira bonus yang tidak di tolak.
Sahabat sejati sukar untuk dijumpai.
Ada orang berblog hanya sekadar untuk berkongsi cerita suka duka kehidupan.
Saya pun begitu...sekadar menulis mengikut apa yang terlintas.
tiada niat menyinggung mana2 pihak pun.
Kenapa saya berblog?
Kerana yg tersirat tu perlu saya jadi kan tersurat.
Kerana inilah saja bahasa jiwa saya yang ingin saya tinggalkan sebagai pusaka.
Mana tau, mungkin hari hari terakhir saya sebagai makluk yang bernyawa sudah berada di ambang pintu..
Segalanya di sini..Hari hari yang saya lalui sebagai
anak,ibu,isteri,perempuan yang jauh dari sempurna
yang serba kekurangan..
yang tidak ada kelebihan.
Sekadar syukur saya masih boleh tumpang berteduh
Di rimbun kasih mu Tuhan...

Monday, November 16, 2009

Excess baggage

I have been on a diet
for two months now
and I lost
61 days...
Mission failed!!!!

Minggu makan makan.(Minggu akhir persekolahan 2009)


Selesailah sudah 'Majlis Bersama Proton' yang bertempat di Hotel Riverview,Kota Bharu,Kelantan.Acara tahunan yang memenatkan tapi menyeronokkan.CikguRose dah berapa minggu duk melatih murid2 ni. Syabas Rose, menarik sekali persembahan itu tadi.Cikgu Rozan,Cikgu Syam dan aku sekadar melayan susun atur murid dan memastikan acara berjalan dengan lancar.
Kali ni anak ku di pilih menjadi salah seorang 'flowergirls'. Tak lena tidor dia semalam ,excited nak melaram dgn baju yang baru ku jahit tu..Ternyata dalam ramai ramai flowergirls tu, Anis la yang ada kelebihan..heheheee..Lebih timbangan!
TQ lah kami ucapkan kepada pihak Proton yang menjadikan sekolah kami sebagai sekolah anak angkat mereka...TQ, TQ, TQ Proton.

Sunday, November 15, 2009

Cobaaaaaaaaaaaaaan...

Dah dua tiga hari tak mematuk keyboard.
Keadaan tak mengizinkan.
Badan tak berapa sihat..
Minda tersumbat.
Hati rasa tak sedap.
Naper ye?
Adalah tu, tak kan dalam hidup ni nak happy sokmo.
Tak kan sekali sekala berduka pun nak keluh kesah.
Lumrah kehidupan mcm ni lah..
Masa kita di duga oleh Allah Subhanawataala,
Kita nangis2 tanya Tuhan..kenapa saya?
Kenapa saya yang asyik di duga...
Cuba tanya kenapa tidak saya?
Apa kelebihan saya sehingga saya tidak layak untuk menerima dugaan dari nya?
dan tanya lah juga,
Apa kekurangan saya sehingga Tuhan tidak senaraikan saya dalm golongan yang istimewa ini?
Saya yakin, Tuhan menduga hamba nya yang terpilih sahaja.
Tuhan menduga mereka yang dapat menghadapi dugaan Tuhan dengan redha.
Tuhan tahu kemampuan makluknya lantaran itu saya yakin,
Tuhan tidak akan membebani saya dengan cobaan yang tak mampu saya hadapi.
Alhamdullilah, sehingga saaat ini, saya masih lagi redha dengan bahagian yang Tuhan telah peruntukkan buat saya.
Dan saya sentiasa berdoa semoga Tuhan memberikan saya lebih kesabaran untuk saya menghadapi dugaan dan cobaan yang masih berbaki untuk saya.
Tuhan tahu yang terbaik buat saya.
Semestinya begitu.
Yakin.

( Dah boleh mematuk ni tandanya saya dah melalui dugaan Tuhan itu dan masih boleh melangkah kehadapan dengan tabah dan redha,InsyaAllah.)

Thursday, November 12, 2009

Menternak anak lemak..

Betul, pandai awak teka, ini jamuan Perpisahan bagi murid2 tahun 6.
Betullah tu, kita sedang ternak anak lemak...Diet pun tak kurus2 jugak.
Salah la awak, kita tak makan sebanyak tu.. pinggan banyak2 tu bukan kita punya.
Salah lagi, empunya bukan sombong tapi time makan tak nak posing takut pecah rahsia..
Tengok la mereka kat bawah ni...Sekapal je dgn ku tapi 'Control ayu' gitu...

Ops!!..Sebelum terlupa,
Kita nak canang satu malaysia nih.
Wahai orang orang kampung....
Tu tudung yang kita pakai tu..
Baru semalam seorang murid beri tanda penghargaan.
Kita happy sungguh..Bertuah kita jadi cikgu, Alhamdullilah.
Tq anak ku Nor Syuhada for the nice blue 'Tudung'.
kalau u all rasa ambo nok 'soho'...
Sengoti la ambo nok soho...hehehee..

Tuesday, November 10, 2009

Rose, angkat kain di jemuuuuran...hari nak hujannnnn



Bila hujan mula reda
Malu malu mentari menjengok..
Aku mengeluarkan semua pakaian yang hapak
yang tak kering2 bergayut di dalam setor
di bawah porch dan di segenap tempat berbumbung
seperti kekasih yang rindu,
aku mengikuti arah sinaran haba yang berharga
Puas melihat pakaian bakal kering
tersusun di ampaian
Lelah menjemur belum hilang,
Awan dah menghulur salam
Berarak gelap menghalau suam pagi
Rintik hujan membasahi bumi,
Aku menyambar kain di jemuran
Berpindah tempat lagi..
Bila mentari berlumba dengan hujan
aku lah menjadi mangsa keadaan
berlari lari alih pakaian ke dalam
sekejap keluarkan lagi..
mengangkat dan menjemur
berulang ulang kali
Aku lah pemain dalam acara
tarik tali antara awan dan mentari
Begini lah setiap kali musim hujan
Aku dan pakaian di ampaian
menjadi mangsa
keadaan.

(Letih la aku macam ni.............)

Monday, November 9, 2009

Padan Muka Aku

Hari hari aku singgah untuk beli nasi berlauk ikan Aya/tongkol di gerai MokDoh. Hari hari jugak la aku mintak bahagian kepala ikan tu.Dan MokDoh pun tak pernah miss untuk beritau aku yang bahagian tu dah habis, dah ada orang booking atau paling2 ikan kecik sangat tak leh asingkan kepala..Hentam je la MokDoh, aku ni species sabar..Tak mudah merajuk. Merajuk kang sapa yang tak dapat merasa nasi MokDoh? Akuuuuuuuuuuu jugak laa!
Pagi ni aku singgah lagi. Aku dah tak kuasa dah nak buat special request gitu..Suka hati MokDoh la nak bagi lauk bahagian mana pun.Bila tiba giliran aku, aku perhatikan MokDoh bungkus nasi dengan sambal saja. Biar betul MokDoh ni.
"Mana lauk saya mok?" Tanya ku seperti anak kecik yang kebuluran.
"Ni hah, dah siap Mok bungkus dlm plastik asing" Mokdoh angkat plastik berisi lauk ikan tu..
Mak oiiii...Apa besar sangat kepala ikan Aya tuh? Mau nyer sebesar kepala lutut ku.Nasib baik tak sebesar kepala lutut MokDoh..
Mamat yang sedang menunggu giliran di sebelah ku tadi dah bersembur ketawa.Gelak la kau..Aku ketuk kepala kau tu dengan senduk MokDoh ni baru tau..
Yer la kan, sebesar tu punya kepala ikan, 5 bungkus nasi pun tak habis, inikan sebungkus saja...Hmm..MokDoh perli kita yer???
Hai la MokDoh yang ku sayangi,
Sampai hati MokDoh buat camtu kat saya yang yatim piatu nih.




Malam pertama untuk semua, untuk kita.

Seorang kawan menghantar article ini kepada saya.Terima kasih Dr Rahmat, mula tu rasa nak delete je, tapi nasib baik saya ikut nasihat awak iaitu baca sampai habis...Terima Kasih.

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....


Sunday, November 8, 2009

Ini yang ku rasa

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Mungkinkah tiada keikhlasan
Apakah ini suatu pembalasan
Ku sedar kebesaran mu Tuhan
Aku bagai sorang kembara jalanan
Terumbang ambing di lautan gelora
Mencari kebahagian
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkin kah suratan
Hidup kan selalu kesorangan
Hati membeku mengigatkan
Kata janji manis mu
Ku di lambung angan2
Belaian kasih sayang suci dari mu
Oh kejam nya
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi menbawa diri
Cinta di hati terkubur lagi
Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit menguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Ku tempuhi dengan kesabaran
Ku sedar kebesaran mu Tuhan

This is for you..yes, YOU!

WHAT IS OLD

Probably you have received this but no harm in reading again.

What is Old?

"OLD" IS WHEN..... Your sweetie says, "Let's go upstairs and make love," and you answer, "Choose one, I can't do both!"
"OLD" IS WHEN... Your friends compliment you on your new alligator shoes and you're barefoot.
"OLD" IS WHEN. A sexy babe catches your eye and your pacemaker opens the garage door.
"OLD" IS WHEN.... Going bra-less pulls all the wrinkles out of your face.
"OLD" IS WHEN..... You don't care where your spouse goes, just as long as you don't have to go along.
"OLD" IS WHEN..... You are cautioned to slow down by... the doctor instead of by the police.
"OLD" IS WHEN.... "Getting a little action" means I don't need to take any fibre today.
"OLD" IS WHEN..... "Getting lucky" means you find your car in the parking lot.
"OLD" IS WHEN..... An "all-nighter" means not getting up to wee


Hello you out there,now you know you are old eh?...TAU TAK PER...

Saturday, November 7, 2009

'Bako' kita tok serupo

Penguguman;
-sory lah ye, kalau kawan2 non kelantanese tak berapa faham tu just skip this article...don't rupture ur brain cell just to figure out what this is all about

Adui..sakit telinga wei...
yo la, tau, telinga cap aye gini lah, debek!
Ari ni jugok nok gi Klinik doh.
Sakit telinga ambo koho berat nih.
Gapo demo kato? Tok denga.
Kecek molek sikit wei, buke tuli lagi, pekak sikit jah.
Tok tahu bakpo, tiba2 jah rasa sumbak dan sakit jugak laa.
Doh tau sakit telingo, kita main air pulok marin.
Koho la dengung...boh doh ubat titik tok jadi.
Ko ada sapo2 tau nok wak gano?
Bageh? Main teri?
Ish, tu kalu keno wak ko ore baru yo.
Ini pesen lain nih..
Nenek ambo hok nok sambut 'Jubli Intan' sikit masa lagi tu
tok dengar lasung doh..sound system expired.
Ko 'Bako' ???
Hahahaa...nok sukko weh,
Jage la ngosek kato ambo ni 'Bako'.
Alah ko orge, sedak la demo boleh kato belako..
Demo tok tau lagi 'Bako' ambo ni,
kalu ambo ni buah duye,
sah bako D24.
Hehehee....

Friday, November 6, 2009

Bermalas malasan

Hujan dan hujan lagi.
Hujan begini malas nak mandi pagi.
Nak terus berselimut dan pejam mata.
Hmm..Hari ni cuti, menambahkan tahap kemalasan ku.
Paksa diri ke dapur untuk isi perut.
Ubi rebus panas2 cicah sambal tumis
atau cicah kelapa gaul gula pun ok.
Kopi panas sedap jugak walau hanya cicah biskut.
Kalau rajin goreng pisang
atau buat cucur udang..
Kasut sekolah anak basah belum di cuci lagi.
Di jemuran pakaian tak kering2
Tak payah kerja la mesin basuh hari ni..
Penyapu sampah turut bercuti.
Pas tu nak buat apa?
Semak kertas periksa pun buat lagi mengantuk.
Nak kuar rumah rasa tak kuasa.
Nak pijak bumi basah pun tak sanggup.
Menggigil sejuk.
Kucing2 pun tak bukak mata,
berlingkar di kerusi empuk, rampas kuasa.
Alasan untuk ku ngadap computer memang kukuh.
Tapi jari sejuk, malas nak mematuk..
Tonton movie rehat minda atau membaca?
Malas juga lah,
Semua tu ubat tidor bagi cuaca macam ni.
Sesekali hantar sms untuk mu.
Haah? tak balas punnn...
Sama laaa tu..membuta juga.
Hujan yang turun membekukan
segalanya...
Yang terbaik hanya lah
Tarik selimut dan pejamkan mata.
Zzzzzz.......Bestnyeeeeer.

Thursday, November 5, 2009

Aktiviti selepas ujian akhir tahun

Ujian akhir tahun sudah selesai.
Buku teks pun dah di pulangkan.
Anak anak dah mula tak senang duduk.
Sesekali tu nak jugak buat aktiviti luar kelas.
Walau cikgu masih sibuk dengan menyemak kertas ujian,
Analisa belum siap,
Buku rekod belum di isi,
Tugasan akhir tahun sarat menunggu.
Tapi kerana anak anak ini..
Kami luangkan masa untuk bersama mereka.
Merah kuning T shirt rasmi sekolah
kita sama sama sarungkan.
Gotong royong membersihkan kawasan
Menceriakan taman.
Seronok sungguh anak anak ini.
Gelak ketawa, riang gembira.
Penat tak terasa..
Minuman percuma di sediakan,
Silalah..jangan berebut, tunggu giliran.
Hmm...Langit mendung,
Gelap tanda hari nak hujan.
Maaf lah anak,
Jom masuk kelas.
Apa nak buat,
cuaca tak merestui.

Selamat menyandang gelaran 'Cikgu'

Nurul Adlura,
Selamat bergelar 'Cikgu'
Semua guru bisa mengajar ABC
membaca dan mengeja.
Tapi yang mengajar murid menjadi
anak yang tidak derhaka pada ayah bonda,
adalah guru istimewa.
Semua guru bisa mengajar murid mengira
sifir dan angka berjuta
Tapi yang mengajar murid menjadi amanah
tidak menipu dan mencuri
adalah guru istimewa.
Semua guru bisa saja mengajar murid melukis,
melakar corak dan potret peribadi
Tapi yang mengajar murid menerima kekurangan
dan mensyukuri kelebihan
adalah guru yang istimewa
Jadi lah guru sehebat guru itu adik ku Adlura.
Langkah mu sebagai 'cikgu' masih hijau.
Masih banyak yang perlu kau jelajahi
Cubalah hampiri anak anak itu..
kerana dari mereka lah..
Kamu boleh menilai kemampuan diri.
Cikgu Adlura,
Bacalah bahasa pandangan seorang anak,
sebelum anak itu terlebih dahulu,
membaca apa yang berada di hati mu..
kerana anak anak itu sebenarnya
adalah masa silam mu...

Wednesday, November 4, 2009

Aku anak kelantan

Ahad cuti? Yes! Jumaat, Sabtu dan Ahad..3 hari berturut.
Ada yang jeles laa tu...
Nak buat camna dah awak nak keje di negeri orang...
Nasi lemak buah bidara la katakan...
Itu baru yang kerja luar kelantan..
Yang kerja luar negara pun ramai jugak.
Pergi lah se mau mu..
Tapi aku yakin,
di penjuru hati mu..
tidak pernah hilang rindu itu.
Rindu Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan Nasi Tumpang.
Rindu Jala Mas, Akok dan Buah Tanjung.
Rindu senyum ayu gadis putih kuning di Pasir Mas.
Rindu ombak Pantai Cahaya Bulan
Rindu tutur manis sopan Kubang Pasu
Rindu sejuk dingin Loging dan Gua musang
Rindu perantau yang berdagang..
Aduhai teman senegeri,
Bila lah agaknya terbuka pintu hati mu untuk
melangkah pulang???

2 soalan paling bodoh bagi tahun 2009

1. Why am I sitting here right now, staring at this stupid thing?
2. I am not alone, am I?

(Yup, I am not coz u are here doing just like what I am doing right now...hehehehe...)

Monday, November 2, 2009

Distance is not a problem..for Sheila's sake.

We are going to pay our last respect to the late 'Abah' today.
Yam,Rose,Zini,K.Mah.Syam and I.
Thank you Boss for letting us out of the school gate earlier then usual.
Yes Boss, of course I will drive with extra care like u told me to.
No Boss, we will not waste our time by searching high n low for the 'Ikan pekasam Tasik Raban'.
That will be some other time..Kan Kak mah kan, r u listening??
The journey will be more or less 8 hours to and fro.
Sapa mabuk, please makan ubat k.
Sapa nak gi toilet, go now before I step on the paddle.
Quite tiring I guess but for the sake of Sheila, this is the least that we can do..
Sheila, we will be there... InsyaAllah.
And please Rose and Yam, stop crying..
We will be there to give our moral supports, to share our strength, not trying to make Sheila crumble with tears...
Promise me u all will show a brave front and at least try to hide those floody eyes..
I don't trust Rose anyway. Neng Yatimah tu.
Syam will u stay awake and be my co pilot?
Zini, stop telling me to watch everything that moves k..Tinggal awak tepi jalan kang!
So buckle up ladies,
be comfortable..
The pilot is in the cockpit
Will be 'kenyang' la hari nih,
Food/bekalan is all over the place..penuh kereta
and Lenggong here we come....Brooooommmmmmmmm.....

( God, Bless us, may we have a fine and smooth journey and be home safe and sound. Our steps begin with BISMILLAHI TAWAKKAL TUALALLOH, LA HAU LA WALA KUWWATAILLAH BILAH,HILAZIM,BILAZIM.....)

Sunday, November 1, 2009

Tuhan lebih menyayangi 'Abah'


Saratnya duka di hati Sheila,
Melimpah di kolam rasa
berkaca di mata.
Sheila, kami merasai setiap luka itu
Kerana ranjau itu telah kita lalui bersama
Dihati mu hari ini yang ada hanya perkataan 'Kenapa?'
Jawapan nya tidak ada pada ku,
Tidak ada pada kami biarpun kami mengerti.
Tuhan lebih sayangkan dia.
Tuhan telah memilih dia hari ini.
Esuk lusa,
Entah kita yang di ajak nya pergi.
Sheila tidak kami biarkan sendiri di ruang payah ini.
Kelmarin kita sama2 ketawa panjang bersama mu.
Hari ini kita sama2 tumpahkan tangisan.
Gagahlah menghadapi hari2 mendatang.
Tabahlah kerana kita tak lepas dari ujian.
Redhalah pemergian 'Abah' yang tersayang.
Hadapilah esuk dengan tenang.
Kami bersama mu Sheila.

(Al Fatihah buat 'Abah' Sheila yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.KepadaNya lah kita semua kan kembali..Innalillah..)

Hanya untuk yang lebih sabar

Petang semalam kita ke kedai 'Kopitiam K...' yang terletak berdekatan dengan rumah kita, itu yang famous tu..Di Kota Bharu ni berlambak kopitiam tapi dah katanya ini cawangan kopitiam yg masyhur seentaro terengganu/msia/dunia, kita nak juga cuba try test.Well well well...Cawan ada trademark sendiri, kopi pun trademark sendiri..Semua orang boleh buat gitu klau dah established..
Yang jarang2 anak melayu boleh buat, yang kami salute kat dia orang ni satu jer...LAYANAN KELAS MERANGKAK!. Hmm..Hanpir nangis dah anak aku kelaparan semalam kerana menunggu nasi lemak yg di pesan. Agak nya baru nak kukur kelapa la tu...
Sayang sekali, bila layanan tak se gah nama nya, orang boleh serik tau nak datang lagi..Kita sah dah serik dah, mau nya setengah jam hanya nak beritau 'Fish n Chips' dah tak de dalam stock...Dah tu order benda lain takes another hour lak...Agaknya Tauke besar tau ke they all lembab cam ni..Should try to improve la kalau nak jaga pelanggan..Kan dah hilang sorang pelanggan yang sah kalau datang order separuh dari menu...
Eh betul lah awakkk...bukan nak menjatuhkan kedai tu tapi kita pergi tu pun kerana ada kawan yang beritau pasal layanan yang 'extra slow' gitu. Tak cuba tak tau. Dah cuba, Tobat kita tak nak lagi ke situ...

Saturday, October 31, 2009

Bye bye October

Cepat sungguh masa berlalu. Now November is sipping in, then comes December..Then the 2010 will be here. Umor pun bertambah..Usia fizikal memang tak lupa untuk bertambah, tapi usia mental nyer bertambah tak? Mana tau, makin tua makin menjadi2..Ada yg tersenyum tu..makan cili ke wak??
Usia bertambah? Ke berkurangan? Baki usia yang berkurangan. Yes, tepat. The expired date makin dekat. Kubur kata mari gitu...
Tebal sungguh sejarah hidup kalau nak di bukukan. Tak kuasa nak belek2 dah. Lebih baik simpan diam2 kat lipatan hati..Silap hari bulan luka lama berdarah kembali kalau duk ingat ingat cerita lama. Go to hell with history.
Tapi kenangan manis tu tetap bermain di mata selamanya, cuma tang kenangan manis tu tak berapa banyak dah..Kata orang di sebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Dah jadi pahit dan boleh jadi keracunan kalau tak hati2.
At present, I am blessed with what I have..Lose some, win some. Tuhan telah menetapkan ini lah bahagian ku..nak wat camna lagi....Redha.

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim : 7)

Friday, October 30, 2009

Anak Encik Zulkifli must be smiling..

Kan kita dah cakap, kita ni kaki bangku..Kan dah kalah.
Tapi we enjoyed ourselves so much.(Sesekali boleh lupakan singki yang sarat dengan pinggan dan kain baju di jemuran ni best apa?)
Semalam kami adakan perlawanan bowling antara staff SKPPG..Acara penutup tahun 2009. Berapa kerat je yang pakar bowling ni, yang lain main campak cam aku jugak laa.
Jangan kau orang tak tau, masa GB mula2 announce yg this year it will be the bowling alley yg kita nak serang, we all ternganga you! Apa tak nyer, tak pernah2 pijak bumi Allah tu. Mula tu memang la rasa apalah GB nih, nak kenakan kami yg kaki bangku la ni...But when we see the other side of it, we all say YES. (jgn tak tau geng kita orang diam2 gi practice dulu tau..)
So semalam tu kat pacific bowl, terukir lah 'hari ini dalam sejarah'.
Tercatat lah si 'A' telah mendapat keputusan yang paling rendah sepanjang sukan bowling di perkenalkan di dunia.
Terakam lah si'B' yang bola tergolek ke belakang...(Sakit perut kami ketawa)
Terbukti lah si 'C' boleh jugak meluncur bersama bola, mujur tak strike jer.
Terciptalah sejarah si 'D' yang tak pernah miss longkang.
Terukirlah gaya maut si 'E' yang terbaring intai bola.(tak pernah orang buat lagi tu-World record)
Tersenarailah nama si 'F' dan si 'G' yang sah tak kan dibenarkan lagi ke pacific bowl ni..(Ada ke baling bola macam nak tembus lantai alley tu..Gedegang!!!)
Tertulislah nama geng kami sebagai orang yang paling kuat ketawa dan paling kuat di ketawakan orang...yer lah, yer lah, tau.......
Termaktub lah di benak kami yang bola 15 kilo tu boleh buat kami sakit urat lengan.
Last sekali, maka terbukti lah bowling ni merupakan ubat tidor yg paling mujarab..Malam tadi aku tido macam batang kayu...Kes letih main bowling la tuuu...

Thursday, October 29, 2009

S.O.S



Sapa punya keje calonkan aku ni..
You choose me as the leader for my team and I hate it.
Cian aku laa...
I am not born to be a leader and you know it.
Kan you all dah tau aku ni kaki bangku..
I don't even want to be there and take part in that game..
Setakat bagi moral support tak per..
I hate sports and I don't care if I lose or win..
Tak dapat hadiah pun rela..
Please...Please, please, please...why me??
Nak ngena kan kita yer?
Somebody save me, pleaseeee..
Mati la aku petang ni..
Uwaaaaaa!!!!!!!

Tuesday, October 27, 2009

Really?

Hahahaaaa..
Wakakakaka..
Kikikikikiii
Someone said this...
( He is a well known Singaporean man..yang selalu kuar TV tu..)

"I love food.
I eat everything with legs except tables
I eat everything with wings except aeroplane."

My God, you do????
Well, I salute you for that..

Monday, October 26, 2009

My mistake

When I am alone and lonely, I turn to food for comfort.
When I am upset about something, I go to the refrigerator.
When I am happy, I cook extra special dishes for everybody including me.
When I celebrate something nice, eating out is a must.
People bribe me with food all the time
(Coz they know, the way to my heart is thru my tummy)
I even reward myself with food when I deserve a reward.
I enjoy cooking,
I enjoy eating too.
These are my mistakes.
And this is the result of the mistakes I have made.

OVERWEIGHT

So you think I should start dieting again,shouldn't I?
(Please, no answers required..)

Stop doing this..

To be
ignored
is more
heartbreaking
than
to be
forgotten.

Sunday, October 25, 2009

Anis punya pasal la ni.

Anis nak kasut baru.
Kan dah cari penyakit tu..
Aku ni tak suka masuk kedai kasut.
Kalau boleh nak elakkan.
Nak jauhkan.
Macam tokey lombong bijih dengan candu
Begitulah aku dengan kedai kasut..Pantang.
Pantang masuk.
Kalau masuk sure ada kasut yang aku suka dan yang akan 'terbeli' nanti.
Maka alkisah Anis pun dapat lah kasut yang dia suka..Kasut Hello kitty warna kegemaran..
Aku?
Aku dapat kasut tartan ni..
Anis punya pasal laa...

3 out of 5


Do we look alike? Of course we do..Ke mana tumpah nya kuah, kalau tak ke nasi...

Friday, October 23, 2009

Semalam

Yesterday memang best makan kek coklat Rose ni..Siap ada extra melted chocolate untuk di tuang atas kek lagi!
Kalau macam ni la Rose, bila la nak capai target berdiet hari tu..betul2 ternak body hari ni.Sardin gulung Kak Salmah pulak sedap dan banyak inti, tak puas makan. First day makan nasi berlauk yang Rozan beli after 3 bulan menahan diri dari makan nasi berlauk..Sedap berlaukkan hati goreng..Makan hati berulam jantung? Tak lah...TQ friends yang sama2 celebrate the day dengan seadanya.
After school drive straight to Penang..Ada hal sikit. Traffic okey, seronok memandu..Senja di Butterworth ni aku rakam masa kereta slow sbb ada roadworks..Cantik kan mentari jingga menyuluh tepat ke dalam mata..Adoi, stiffneck aku ni makin terasa bila driving long distance ni.
Tak per, jap lagi terubat lah bila mengadap Nasi Kandar Kayu depan cititel nanti.Pasembor and Nsi Kandar here I come....Apa dan di mana yg best kat Penang ni ah??Sapa yg familiar dgn Area ni tolong give me a clue please...TQ

Thursday, October 22, 2009

TQ for the birthday wish...I luv you all.

Aku kah ini..


49 dulu, hari ini, seorang bayi dilahirkan..
Membesar dengan menumpang kasih.
Menagih manja
Mengejar sayang
biarpun segalanya hanya palsu.
Dan sehingga saat ini
masih menumpang kasih
pada hati yang tidak pernah sudi.
Cinta bagi ku adalah mimpi
Indah tapi berbingkai dusta
Aku terjaga dengan luka
dengan harapan yang berkecai
Yang ku cari,
Hanya cinta sejati
yang ikhlas dan tidak berpura pura.
Tidak apalah,
Aku pun tidak mengharapkan apa apa lagi
Sudah muak menjaring mimpi
Biarlah hari ni aku mulakan dengan azam baru.
'Aku disini kerana Tuhan tahu yang terbaik untuk ku'. InsyaAllah.

Kita hanya menumpang,
Penumpang sementara,
menuggu untuk pindah ke alam yang kekal.

Tuesday, October 20, 2009

Cik Bedah yang cakap ni..

Kata kawan ku Cik Bedah, jangan marah marah, nanti cepat tua...Kalau tak marah pun, tua jugak! Alah, aku bukan marah pun, bukan tak biasa orang sakitkan hati ku..Dah terlalu biasa sangat. Cuma kadang kadang aku rasa extra sensitif. Imbalance of hormones kot..Heheheee..Tau tak per.
Betul lah, buat apa marah marah..? Cik Bedah kata go to hell with what they think of u..U r what u think u r, that matters most..I think that I am always being treated like a doormat..So does that means that I AM A DOORMAT?.The worst part is, people is always telling me that I am making myself a doormat that is why people treat me that way...O really?
So tell me, what should I do? Be a broom and sweep everything out of my way? Or be a Vacuum cleaner and suck in all the pasasites? Atau pun jadi 'traffic light' yang berdiri gagah, tukar kaler ikut timing..kalau 'merah' tu lori pun berhenti..hebat!
Kata cik bedah lagi, jadi camni lah, berpegang pada perpatah lama..
Pinggan tak retak nasi tak dingin
Org tak nak..Haku lagi lah berjuta kali tak ingin!!!
Merayu rayu tu not my type k...........

Cik Bedah yang cakap tu...Aku? Entah lah belalang...Nasib kau la belalanggggg...

Wasting my time

Hello...?
Buzy ek?
Ok ok I get it.
I really get sick of buzy people.
Sick Sick Sick.
Everybody is buzy.
I am too.
But I am never too buzy for my love ones.
I suppose buzy is only an excuse.
Well, for those buzy people out there.
Just watch out.
Someday I will be too buzy for you too.
Way to buzy to even remember your name.
Let alone to be your friend.
Am I mad at someone?
Bet I am...
I am not thinking of erasing your number,
I am erasing you out of my life.

Sunday, October 18, 2009

Yup, this is her alright.

Behind every successful man there is a woman and behind this successful woman there are five men. With 4 boys and a loving hubby she rules her planets not forgetting every single orbit..At least not yet. Her boys turned out to be fine gentlemen n they are her everything. Everything.
Keeping her profile low at all time but now I know that inside, there is a strong woman that is strong enough to be there for everybody to be beneath her wings and feel safe.
Sis, sometimes however strong an eagle spread her wings, she need to stop and give her wings a break or one day she might never fly again..........but I know you will always fly even without wings.
This is Sukrinah that I know, my sister.

mata awan

tengok minit 0.39:)

Our day out...Medan

The most important thing that should be done is to pamper our taste bud. Best tau dapat makan Nasi Padang kat Rumah Makan Famili ni..Forget about dieting!
Then we did the 2nd important thing- Shopping. Maklum lah, jutawan..
My favorite place is at the SPA...Hmm, soooo nice to be pampered like this.
Visiting the historical places is not one of our intention to be here...We spent some time polishing our historical knowledge. (It proves that we need to polish a lot!)
Most of all we enjoyed ourselves so much. Alhamdullilah.
InsyaAllah lain kali kita pergi ke lain tempat pulak..

Wednesday, October 14, 2009

Kita ajak awak tak nak ikut...

Wahai orang orang kampung, esuk kita orang nak pergi melancung ke tanah seberang. Jauh tu tak jauh laa tapi bagi yang pertama kali ke sana mesti teruja habis!
InsyaAllah kami akan ke sana berempat-Ladies day out. Lebih tepat 'Geng separuh abad'. Besides me, my elder sista yang kat terengganu tu pun ikut sama..Ni agak nya dah board the bus to KB since she will be spending a nite at my place..I have to go and fetch her at the Bus Terminal late tonight and I hope I'll still b awake by then...
Next in the group is my cousin, Kak Nani. She is a pensioner and jumped at the offer to join us without second thought..yer lah, dah lama duk keje kat hospital tu, duk tgok org sakit..Now its time to see the world..Dah berapa malam tak leh lelap Kak Nani oii?? First time for her to travel without her loving hubby, Abg Lee(He watches her steps like a hawk). Alah abg Lee, give her a chance to be herself once in a while...Ke Abg Lee yg tak leh berdikari sebenarnya nih??
Last but not least is my dear friend Kak Norma(dah pencen jugak)..Kak Norma is not the 'Kaki Jalan' type..According to her, she is the 'rusa masuk kampung' type but I don't think so. Kak norma is a friend that gives me strength to carry on. She is always positive about everything and I could not help but always rely on her if it comes to solving problems.Entah macam mana terbuka pintu hati dia nak ikut kita orang.
Adding me to the group makes four. Nothing much to say bout me. Been there too many times already but this time it is not the same. The thought of spending some time with these special people makes me count the passing hours and hope God will take care of us and bless our journey to and fro.
So, bye to all my dear friends that stop by my page n InsyaAllah I will be here whenever time permits.

Isi minyak dulu

Nasi kerabu hitam
Kueh talam ubi kayu
Chocolate brownies
Sardin Gulung
Doughnuts
Karipap.

Hari ni temasya Sukan Tahunan SKPPG. Semua orang sibuk dengan tugasan yang telah di beri. Tapi sebelum bermula acara, kita orang pastikan tangki minyak penuh dahulu..kalau tak ada minyak, enjin tak nak jalan...Hmm..sapa nak join duduk laa.

Pasukan ku menang sorak...

Kalau dapat melompat memang tak reti penat budak budak ni.
Gaya sebijik olahragawan negara.
Kecik kecik dah tunjukkan bakat dalam sukan.
Nanti boleh mewakili negara..
Jangan lupa cikgu yer kalau dah terkenal nanti.













Menang sorak pun tak per.
semangat yang penting..
Walau matahari dah membakar kulit.
Perjuangan di teruskan.
Bermacam gaya..
yang lebih gaya pun ada..












Kalah tu biasa la sayang.
Jangan la macam tu.
Malu lah ..
Tengok kawan kawan duk ketawakan awak.
bukan kerana awak kalah,
tapi kerana awak tak menerima kekalahan.
Dah, meh cikgu kipaskan biar sejuk sikit badan tu.










Ini barisan putri lilin la nih.
Pantang ada peluang,
berebut bayang payung..
Panas kat tengah padang ni.
Penat tapi seronok hari ni.

Sunday, October 11, 2009

Ingat zaman dulu2...

Lagu khabie khabie ni memang berhantu.
Ingat cerita nya tak?

Khabie khabie mere dil mein, khayal aata hai.
Ke jaise tujko banaya gaya hai mere liye
Tu abse pehle sitaro mein bas rahi ti kahin,
Tuje jamin pe bulya gaya he mere liye..

Kadang kadang hati ku seakan berkata,
kau seakan dilahirkan untuk ku miliki
Sebelum ini kau entah di mana
Hadir mu hanya untuk ku.
Kadang kadang terdetik di dalam hati
Diri mu, pandangan mu
adalah bahagia untuk ku
Bayang wajah mu hanya untuk ku
Tutur mu, sentuhan mu
milik ku cuma..
Aku tau kau hanya lah mimpi
tapi
Kadang kadang aku inginkan ia terjadi begitu.

Kita tidak tahu apa yang telah diperuntukkan oleh Tuhan buat kita...

Friday, October 9, 2009

Ubat sakit urat mana??



Al kisah maka kami jadi jugak pergi main bowling..Memang la tak pelik bagi yang dah biasa. Ini first time nih.Terkial kial.Tapi tak per, walau usia dah senja kami nak juga cuba benda baru..Suka suka saja. Setelah bayar apa yg patut dan sewa kasut kami pun dengan penuh debaran menuju ke lane.Sambil duk pakai kasut, sambil duk tengok orang lain..Eleh, ada gak yang macam kita, Buta Kayu. Wahh..jauh juga kena baling ni..baling ke campak? Hentam saja lah.
Bermula lah riwayat siapa nak mula dulu..Minah dulu ke Dol dulu? Dah nak pecah perut ku nih duk gelakkan diri sendiri dan kawan2..Si Yam tu pulak baru tau yang bola tu berat..Apalah Yam ni, buat malu kompeni jer.Anak2 muda di lane sebelah dah ikut tergelak dgn telatah aunty2 yang buang tebiat nih...Gelak laa..kami tak marah pun.Kami pun sakit2 perut dah duk ketawa nih.
Rose cuba dulu..Wahh..hebat! sebanyak banyak pin satu pun tak kena..bukan mudah nak buat camtu..Aku? Aku kan amalkan kebersihan jadi aku duk bersihkan longkang dengan bola ku jer lah sepanjang game tu..hehehee, ada gak strike sekali dua.Betul,ada saksi lagi.. apa, tak caya ke??
Hmm..Letih jugak laa,sengal2 tulang tua kami nih..Maka kami pun beralih arah lah menuju ke Food Court yang letaknya di hujung belah sana bangunan tu... . Sah, bowling is not our kind of game. bye bye lah.
Hahahahaha..Sabariah,Sabariah...Gi hantar balik kasut yang di sewa tu, tak kan gi makan pun dengan kasut bowling..........???

Thursday, October 8, 2009

Gud morning Mr Froggy

"Cicer, there's a frog under your desk".
"Haah..?"
Now only, I know that I can easily climb on that desk in less then 2 seconds.
And free amusement for the whole class!!
(Kids, U nearly gave your teacher a heart attack.)

Wednesday, October 7, 2009

The Refrigerator n I

Me and my best friend.
Two lonely people together.
This morning before going to school,
I go to my best friend for company.
My best friend is always there for me.
I was welcomed and I am always welcome.
Never disappoints me..Tq my best friend.
Always providing me with the best comfort food.
Ice creams, Chocolates, Puddings..U name it..
The only thing that is always there when I need a place to turn to.
Besar, teguh dan peramah....not me lah, the fridge I mean.
Itu pasal lah aku tak kurus kurus nih!

Tuesday, October 6, 2009

Kecik hati

Rasa nak nangis je hari nih.
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......
HuHuhuhuhuhuuuuuuuuuuuuu...
Adoiiiiiiiiiiii....................
Rasa nak teriak guling guling
Nak hentak hentak kaki..
Uwaaa...!!

Monday, October 5, 2009

Tak de keje lain


Aku sama ke dengan kucing nih?
Tak lah...Tapi kadang kadang yer.

Kucing- mata biru
Aku-time pakai lens tu boleh gak mata jadi biru

Kucing-kaki empat
Aku-nasib baik kaki dua, kalau tak penat la beli kasut..
Yer ke penat...lagi best adalah..hik hik hikkk

Kucing-kurus dan ada ekor panjang
Aku-dah berbulan diet, tak kurus2 jugak.
Kalau ber ekor camna nak pakai kebaya.
Ish, tak lawa gitu!

Kucing-tak yah mandi pun cute
Aku-Mandi,berus gigi,syampoo,spa,facial,manicure,pedicure dan entah apa2 lagi..
tak ada apa2 perubahan pun..

Kucing-hidup Free
Aku- di kejar astro,strymix,api,air,kad credit,bil maxis..bla bla bla.....

Kucing-suka makan ikan.
Aku pun.

Kucing suka gigit tulang ayam
Aku pun.

Kucing suka tido siang berjaga malam
Aku suka tido siang dan tido malam.
Hehehhee..

Jadi nya, mana lagi best jadi kucing ke jadi orang?
Meh sini..
Belanggg...
Putihhh...
Hitammm...
Hitammmmm...
Hitam?
Mana hitam?
Pum!!! Cam belon meletup bunyi tu..
Dah...
Jadi 'mince meat' di tengah jalan dahhhh...
Tak nak la jadi kucing..Mangsa langgar lari!

Tak pasal pasal duk fikir benda tak berfaedah nih!

Sunday, October 4, 2009

Pernah dulu jalan ku sangat mudah.

Seorang teman menulis ini untuk ku.
Ku kongsi disini kerana didalam hidup ini kita pernah begini atau mungkin akan berada di dalam situasi ni juga kerana hidup bak putaran roda..Sekejap keatas, sekejap dibawah..
Terima kasih, mereka yang merasa sahaja tahu bagaimana pahit nya hempedu dan bagaimana tajam nya sembilu..

Mengimbau masa silam
Tersentak dek jalan yang lurus
Pernah dahulu jalanku sangat mudah
Sambil berlari riang di jalan itu
Aku menatap kepiluan teman
Dan aku bahagia

Tuhan
Engkau ciptakan gaung di tengah jalan
Aku jua tak menyangka
Begini pula lorong yang akan kulalui
Tiada lagi keriangan lalu

Engkau Maha Adil
Semalamku kau beri suka
Temanku kau beri duka
Hari ini kau beri duka
Temanku kau beri suka

Lemah aku melangkah
Kuharus berlalu jua
Meneruskan perjalanan di jalan baru
Jalan serba payah
Tapi aku punya Kau Tuhan
Menemani saat kesepian
Menghibur kala kengiluan
Memimpin bila aku rebah tersungkur

Ya Tuhan
Berilah kekuatan
Biar aku melangkah gaung itu
Kurniakanlah ketenangan
Agar hati tak lagi kemurungan

Pimpinlah aku
Menuju puncak agung

Bantulah aku...

Di sini lebuhraya yang sesak.
Persimpangan yang banyak.
Tersalah lorong.
Destinasi lain yang menanti.
Sedangkan hala tuju ku
bukan di situ..
Aku cuba membaca arah
Pun tidak membantu
Seperti si buta yang kehilangan tongkat
Aku menyusuri jalan tidak tahu.
Kan lebih senang,
kalau aku biarkan minda membawa aku
kesana sini..
Kaki rupanya tali barut hati.
Membuat keputusan yang menyesatkan.
Hendak pulang ke pangkal jalan amat susah.
Di lebuhraya yang sesak ini..
Aku mencari Dia.
Selamatkan aku ini.
Sebelum aku dihanyutkan arus deras
Kerana tiba tiba aku hilang arah
Buntu.


Saturday, October 3, 2009

Semalam di Kuala Terengganu

Indah damai bertemankan Anis, mentari dan Pantai Batu Buruk.












Sarapan nasi dagang Kak Zah..Sedapp!
Tak sah kalau tak makan Nasi dagang Terengganu ni..
Bukan sekali..berkali kali.
Keropok pun sedap..
Sata kat besut tu best giler
Otak otak pun..hmm enak.
Aiskrim Goreng jugak.






Anis makan sea food di Pantai Penarik..
Ikan se ekor rm15 ringgit.
Ingat dah kawasan perikanan murah sikit.
Biasa la dah kawasan tumpuan.
Sotong,
Udang,
mcm2..
Kenyang sungguh..






Wak menda duk sini..?
Main dang ke?
Dok eh..
Dok kang dok tau,
Kita khabor doh kang, kite jalang jalang jah..makang anging ujung minggu..lapang fikirang!

Friday, October 2, 2009

Suke nyer kite....


My sista came back from KL just now. With her comes along a pair of new croc sandals for me. Its a gift from my elders son Hafeez...Thank you son, Sooooo happy to see the sandals and even happier knowing that the sandals are a gift from you. Alhamdullilah, God is listening....
( Not to forget, TQ Kak for bringing those sandals home)

Duhai mentari pagi yang menyapa..



Thursday, October 1, 2009

Ada jugak yang ingat aku ni..

Terima Kasih.
Rezeki melimpah ruah.
Ada saja buah tangan yang aku dapat sehari dua ni.
TQ Pah..Or should I thank ur mum for the cookies. ( Sedap la Mek, nanti ajar kita camna nak buat ye..)
TQ Yam..Belacan dari Melaka, walau harga tak seberapa tapi kak Hani memang cukup suka..
TQ Nida..Kueh karas dari perak..Ini sah berterabur habuk depan TV nih..selagi tak habis selagi tu tak leh henti makan...Ranggup.
TQ Za..Semperit yang ranggup dan tak manis sangat..
TQ Da...Acar buah..Hmm, Tak cukup sepinggan la nasi..
TQ Sheila..tak per, bukan 'Robama' pun tak per..Sedap jugak.Next time nak lagi k.
TQ Wan Nor..Buah mangga dah habis..tapi 'colek buah' tu masih berbaki..masuk peti ais lagi.
TQ Ros..Anis and Iffah suka betul!
TQ Uztaz...Pandai isteri ustaz masak, nak resepi boleh?
TQ Mr Teow...U never forget to send me those chocolates
TQ Kak Zan..Ada lagi?? nak lagi...
TQ My Pupils...Letih nak habiskan biskut dan kek tu..Banyak sungguh!
TQ to all that make me feel that there is always a place for me in your hearts.
TQ TQ TQ
Terima Kasih Daun Keladi..,
Kalau Boleh, Nak Lagi.......dan lagi, dan lagi, dan lagi.

Wednesday, September 30, 2009

Sakit ke??


Malam tadi gi klinik..Puh! ramai nyer. Lama sungguh menunggu nak date dgn doktor nih..Kalau dgn boyfriend kena tunggu selama nih, aku dah balik dah, tak sanggup aku..
Dapat nombor giliran ke 12. Dari 12 peserta tu, 6 yang datang untuk dressing bahagian kaki yang telah di potong.Mau nyer 10 - 15 minit baru sudah dressing.Sabarrr. Aku perhatikan raut wajah mereka yang berbungkus kaki tu..Tabah hadapi penyakit..Bukan ada pilihan pun.. Kencing manis yang dah peringkat semi final la tu..
Aku insaf seketika..Tengokkan penderitaan mereka tu rasa tak nak lagi jamah makanan yang terover manis. Tak nak lagi dessert yang melekit dengan gula, tak nak lagi Jala Mas, Piana,Buah Tanjung atau sira itu ini..
Mencegah lebih baik dari mengubati..Kita yang menahan makan hanya kerana nak control berat badan ni selalu merungut bila tak leh makan itu ini..Bayangkan mereka yang ada penyakit..Laaagi la tak leh makan itu ini.
Setiap penyakit ada ubat..yer ke??Ubatkan sakit saya boleh?(Hmm..dah melalut dah aku nih).
Ok lah, kita minum dulu..Strawberry milk shake plus whip cream on top..sprinkle suger bits lagi..Nak?
Tok sah laa...Tu, minum air mineral tu...Adoi.........

Made in Japan.


Alhamdullilah,
bertambah la sorang lagi
cucu sedara ku..
Girl lagi kali ni.
Congrats to the parents.
Syam nanti jaga Zai lekluk k..
And not to forget
congrats
to the grandparents too..
Nama 'Nik' apa nanti?
Nik Michiko?
Nik Akiko?
Nik Yoshiko?
Heheheehe..
Nasib baik kuar kat Msia,
Apa apa pun give a good name..I'm sure Tok Abah n Tok Ma got lists of it.

Monday, September 28, 2009

I am fine, TQ


I am happy.
Always happy.
I want to look happy.
I want to be happy.
I want people to know me as a happy and jovial person.
Am I in trouble?
Do I have problems?
Of course I do.
But I have no intention of discussing my troubles and problems in public.
I am still strong and
I can still move forward if it matters.
I try hard at all time to keep everything to myself.
Life goes on
May be luck is not on my side,
but I am an optimist.
Think positive.
I will survive.
I share only the joys and laughter.
not the tears and the sufferings.
I believed that no matter how
No one can solve my problem and make things better
except God.
Until then, please stop asking whats wrong with me.
because my answer will always be
I am fine,TQ.

Sunday, September 27, 2009

Sambutan Hari Raya dgn anak murid.

Nak cikgu makan sumer nih?
ok ok cikgu amik serba satu yer.
Sedap ni..
Tart nenas satu,
semperit satu,
biskut mazola satu,
London almond satu,
makmur satu,
kek choklat sehiris,
kek buah sikit,
puding sikit..
Laa..
Banyak nih.








Persembahan guru dan murid









Yer lah yer lah,
Cikgu masukkan dalam blog cikgu nanti.
Posing eluk2 anak anak sekelian.
Dengan spek lagi...macam macam!






2x5 Cikgu dgn murid








Peribahasa Orang Inggeris..
IF YOU CAN'T BEAT THEM,
JOIN THEM.

Saturday, September 26, 2009

Dah selesai sumernya???

Puasa sudah,
beraya sudah,
ziarah sanak saudara sudah,
kenduri kendara sudah,
makan makan sudah,
cerita cerita sudah,
siaran TV(raya) semua sudah tengok,
Baju raya semua dah pakai,
mintak maaf sudah,
memaafkan mana yang patut pun sudah,
Yang pulang beraya sudah pergi,
Yang pergi beraya dah kembali semula.
Syukur....Alhamdullilah.

ESUK MULA KERJA..
Uwaaa!!!! Ni yang tak best ni.....

ME n MYSELF



Friday, September 25, 2009

Let me rest k.

Dah 6 hari beraya dan ber'kenduri' ni buat aku terasa begitu memerlukan rehat yang panjang.Hari ni niat di hati nak rehat la ni. Sehari suntuk kalau di izinkan Tuhan, nak relax kat umah, tgok TV, tido, ngadap laptop, makannnn..Ops! Bab makan pun rasa2 nya kena rehat jugak. Dah tak reti nak brake dah selera ku ini..Nampaknya hari ni kena start 'watch what I eat' again..Bukan apa, berhati hati di jalanraya..Kalau main ikut selera jer, alamat back to what I used to be laa..Gemok!
So for all of you out there..come, join me, stay at home today. The roads are congested enough already and why not stop the contribution..Tengok TV tu, banyak lagi siaran raya yang boleh buat kita tertido...itu itu jugak!!

Thursday, September 24, 2009

salam aidilfitri...





Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata...

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira jika di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu.

-mamat,exist-

Kesian perut ku..



Raya punya pasal, rosak diet ku yang dah 2 bulan aku amalkan. Kimi tu tak diet2...
Jom la anak, kita pakat diet k.

Kerana mu Madihah/Makdik

Selamat Pengantin Baru Madihah/Makdik dan Kamil/Boy.

















Bertenda unggu












Tumbang sekor lembu












Gotong royong satu kampung













Untuk santapan pengantin,

















Sedondon..mewakili tuan rumah..

Tuesday, September 22, 2009

Wedding @Syawal


Makdik dah selamat di ijabkabul kan di malam hari raya. Esuk majlis persandingan dan kenduri kesyukuran. Semalam sehari suntuk 'open house Aidilfitri' di rumah ku. Hari ni aku nak focus on the last minute preparation for the wedding reception. Lots of thing to be done but still have time to sit in front of the laptop.Hehehe...tak sah kalau tak terconggok kat sini.Jap lagi nak start laa..But before I go, just to say..Raya is sooooo tiring but I am enjoying every minute of it. The wedding preparation is so tiring too and as I have said, I am enjoying every minute of it too.Every minute of it!
Just that...However occupied my mind is right now, I still wish YOU were here.

Monday, September 21, 2009

Wish you were here (1st Syawal)

Membelakangi kamera nih! Jap nak amik tempat masing2.
Ciklong is sure happy.


















Kita orang belum ready, cameraman dah
snap..camni la jadi nyer. Che is the happiest mum and grandmum today.
















Mamicik senyum lebar untuk ja..











Ni la kes rosak diet hari ni..

















These r the eligible bachelors..Both ur uncles tu out laa kannn..















Ja, Everyone is here..
All in the family.
We gathered at Ayah Long's house before we head to Pasir Puteh to give your great grandma a Hari Raya visit.
As I have promised, these are the photos taken on the 1st of syawal.
Wish you were here too.
Hope you enjoyed your Syawal in Ireland.

Sunday, September 20, 2009

Naga di malam raya.

Bukan di sambutan Tahun Baru Cina saja ada 'Naga'
Ni, malam raya pun ada.
Tadi mummy tengok eluk je duk bakar sate.
Tiba tiba dah jadi naga lak.

Naga nombor satu asap nya camni..












Naga nombor dua begini pulak.
Berasap asap..
Hentam jer lah anak2 ku
Asal jangan membahyakan sudah.













Naga nombor tiga
Ni naga lebih timbangan.
Go ahead lah anak anak ku..
Lepas ni apa aktiviti seterusnya?
Main bunga api la tu..

Saturday, September 19, 2009

Berbuka di rumah mum.

Semua orang masuk dapur.
Tak kira Ketua jabatan ke,
Jurutera ke,
Banker ke,
Doktor ke,
Cikgu ke..












Tuan pengurus pun..
Pedih mata ke Ayoh Jie?
Tu, suruh hok belakang tuh.
Ular menyusur akar tak hilang bisa nya kannn.
Berknidmat untuk Ibunda!













Yang sorang ni jer jadi clown.
As usual.

Setahun sekali saja kami boleh berkumpul ramai ramai gini.
Banyak orang banyak la ragam.
Tapi Ma lah orang yang paling bahagia.
Senyum manjanggggg..
Hati seorang ibu.

Joke of the year.

Hahahaha...
Wani and I.
Sharing a family joke.
Our secret.
Only between two of us.
Let it be that way.
Hahaha..Nie, thank God we are wearing black.
Why?
That is our secret...Shyyyyy!!!!

Friday, September 18, 2009


Thanks Maiyah, hari ni baru boleh amik kad dari maiyah ni..Selamat hari Raya dik.

Thursday, September 17, 2009

Dari hati ke hati



27 Ramadhan
Hari terakhir persekolahan sebelum beraya
Esuk cuti sempena Aidilfitri.
Hari ni kita bermaaf maafan.
Mana tau.....
Kut ada yang
ter jeling ke,
ter cuit ke,
ter makan ke,
ter buzy body ke,
ter umpat ke,
ter tokok tambah ke,
ter sebar ke,
ter hangin ke,
ter melenting ke,
ter berasap kepala ke,
Lidah lagi kan tergigit,
Ini kan kita yg separuh hari duk sebumbung.
Maaf Zahir Batin..

Esuk lusa dah nak Raya

Tujuh likur dah tiba
Tanda Raya tak lama lagi
Kecik besar sama teruja
Bermain bunga api










Anak pegang satu.
Mak pegang tiga.
Setahun sekali bukan selalu.
Mak pun nak main juga..
( Dari kecik sampai tua tak sah kalau tak main bunga api...)

Wednesday, September 16, 2009

Balik kampung


Along and Kimi is here already. Pengsan terus ke anak? Happy nya mummy, balik2 dari sekolah tengok these two boys tergolek cm kena tembak kat ruang keluarga..Ok, tido lah dulu, Mummy nak ke dapur prepare a good meal for 'berbuka' today..Best nya Raya kalau semua ada kan..

Dapur ini syurga ku


Dunia ku di sini.
Walau hanya sebuah ruang yang sempit tapi di sini lah ketenangan bagi ku.
Di waktu hati ku bercelaru di daerah ini lah aku curahkan segala resah.
Di waktu hati ku gusar, di empat penjuru alam ini lah aku cuba sibukkan diri agar masa lelah itu cepat berlalu..
Di singki ini lah tangisan ku tumpah,
Di lemari ini lah ku simpan segenap episod kehidupan.
Di dinding ini lah ku bingkaikan segala kenangan pahit manis sebagai seorang ibu, isteri dan perempuan yang serba kekurangan.
Yang ku bekukan adalah luka semalam
Yang ku didihkan adalah semangat juang.
Marilah, jemput lah ke Dapur ku,
Biarkan duka hangus di ganggang..
bukalah saji,
Di situ harapan bahagia sentiasa terhidang..

Monday, September 14, 2009

Meriah sungguh


Oleh kerana minggu ni minggu terakhir puasa dan sekolah di pantai timur mula bercuti Jumaat ni, maka di sekolah ku kemeriahan raya dah terasa sangat..
Tauke biskut dah berbakul2 bawa biskut yang di tempah..Tauke kerepek dengan kerepek nya..Tauke itu, tauke ini...Meriah! Jual beli mengalahkan Wall Street..
Bunyi jer loceng masuk kelas, suasana dalam bilik guru berubah. Senyap. Cikgu2 dah ke kelas masing2..Yang tinggal hanya lah biskut raya berbalang2, kerepek, baju raya, itu dan ini, berbukit di atas meja masing masing..
Guru pun manusia jugak, walau sibuk macammana pun, semangat nak raya tu sama jer dengan orang lain...Cuma beza nya kalau orang lain ada 7 , 8 anak yang tadah duit raya, kami ni paling kurang ada 40-100 anak didik yang menanti...Apalah nilai nya seringgit jika di bandingkan dengan senyuman ikhlas seorang murid di waktu mengucapkan 'Selamat hari raya, Cicer..' dan menghulurkan kad ucapan yang di buatnya sendiri dengan ucapan 'Maaf Zahir Batin kerana selalu buat cicer marah..Pecah kaca,pecah gelas..sudah baca harap balas.'
Haaa...Siap pantun dua kerat lagi, itu Cikgu BM la yang ajar tu..Sorry la anak yer, tak sempat balas kad tu...Jangan lupa ajak mak ayah datang umah cicer raya nanti k..
Salam Aidilfitri buat semua anak murid ku yang melewati blog ku ini.
No mercun please...Don't forget I have eyes behind my head.

Pengertian puasa bagi yang bawah umur


Diam tak diam dah 24 hari kita berpuasa.Di penghujung Ramadhan ni, Anis dah nampak letih sangat.Makan pun dah tak selera mana dah.Hari ni kita sahur kat KFC..Laju sikit nampak dia makan.Alhamdullilah, puasa dia masih penuh...Walau lapar dan dahaga Anis tetap teruskan jua berpuasa, tak kira lah atas niat macam mana pun..Melentur buluh dengan belbagai cara.Anis teruja mengumpul 'Upah puasa' yang kami peruntukkan..Insentif. Biarlah, dia masih anak anak..Kata Anis dia nak beli bunga api dgn duit 'Upah puasa' tu...Apa apa lah Anis, asal jangan mercun dah.

Saturday, September 12, 2009

Kerdilnya aku

Tuhan ku,
Aku tidak layak untuk syurga Mu
tetapi
Aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka Mu
Dari itu kurniakan lah ampunan kepada ku
Ampunlah dosa ku
Sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa2 besar

Panas Pagi

I was at the market ..As early as possible to beat the crowd. I was looking for some curry leaves..I got some and head to the sundry store just to buy a pack of macaroni.There was this lady,the owner of the shop, looking into my basket and something that she said nearly make me turned red (grow two wicked horns and a satanic tail on the spot)
She was saying..."Apa lah ore lo nih, nok tane daun kari pun malah, pah tu duk main beli lah,daun pandan pun beli? letak tepi longkang pun hidup..Kito tok rajin beli benda gitu-bazir.."
Translation: Why you so lazy a, can't even plant that?

Haah? She said that? Yup!
Just becoz this is the holy month of Ramadhan I forgave her for being like that..
I smiled and said nothing.
Then she continued" Rempah Sate segera yang dah siap ada ni, Mek nok ko..?
"Tok se lah makcik, saya tak main yg segera2 nih, semua saya giling sendiri!"
Haaa....ternganga orang tua tu...................

The moral of the story
Next time tak nak dah pegi kedai tuh..

Friday, September 11, 2009

Main masak masak versi Anis.

Sukat chocolate chips dan semua bahan yang di perlukan.
Sambil tu masuk sebijik sebijik Chocolate Chip ke dalam mulut.
Sedappp!
Putar butter dengan gula.
Sukat C.chips sekali lagi sbb yg tadi separuh dah masuk ke dalam perut Anis.
Stop dulu jap.
Sapa tukar channel TV?
pegi depan tukar channel 611 sekali lagi.
Tepung turut ke ruang depan..memutih!
Bibik dah jeling..



Amik 3 biji telur.
Masukkan dua.
( yang satu lagi dah pecah sebelum masuk dalam mangkuk)
Ambik tissue lap kerusi yang dah meleleh dgn telur tu.
Bibik tolong yer.
Kacau lagi hingga lenguh tangan.
(Kalau suruh stop pun dia insist nak kacau jugak)
Dah lenguh?
Ok stop.




Masukkan vanilla dan coklat
Cicah jari dalam adunan, jilat..
Sedap jugak yer.
Cicah sekali lagi.
Mummy nak?
Tak nak.
Makan Chocolate chips lagi,
Makan badam cincang..
Mummy why are the nuts so bitter??
( Sapa suruh makan?)





Masukkan tepung, Badam dan Chocolate chips.
Jangan usik channel TV.
Anis is watching!
Mummy I wanna put some cherries.
Go ahead..
Gummy bears?
Nope.
Please??
Org tak letak la gummy bears dlm cookies..




Spoon adunan ke dalam dulang.
Gilir gilir.
Sekejap ke dalam mulut.
Sekejap ke atas dulang.
Mummy why don't we make one big cookie?
What?
Dah bosan la tu..
Tak nak buat dah?
Nak.
Pas ni buat biskut lain lak mummy k?
Uwaaa!!!!
(Please God, make her sleepy...)


Atur more Chocolate Chip atas adunan.
Pas tu masuk oven.
Tunggu depan oven,
Stare at the cookies
as if they might vanished.
Do not change the TV channel.
Mummy may I lick the bowl?
Go ahead la Nis.
Senang bibik nak cuci nanti.
Mummy I am happy today.
O yer? and why is that?
Anis boleh buat cookies sendiri,
(Senangnya membahagiakan seorang budak!)

Masak, angkat dan sejukkan.
Anis satu mummy satu.
Anis satu mummy satu.
Anis satu mummy satu.
Anis satu mummy satu.
Mummy, you r eating my cookies.
Takkk...Quality control jer...

Thursday, September 10, 2009

My struggling with weight problem.

Its 2 month now.
Been dieting like crazy.
Do I look slimmer?
Nope. Still plum.
But not as plum as before.
Do I feel better?
Yup.
So much better.
Did I lose weight?
Of course laa..
How much?
Rahsia..
Slow n steady
The diet is still on?
Suppose so..
Try to proceed.
What about Aidilfitri?
Uwaaaa!!!! itu yg risau tu...
Sah rosak la diet musim raya nanti...

By the way, to tell you the truth, it is so hard to manage the 'Self Discipline'.
Thanks for the moral support I am getting from someone that understands my need to shed some kilos..Although I am still under the 'XL' category, I am so happy when I can get into those kebayas again..The fasting month helps a lot too..
My motto : "kalau tak jadi Duyung pun tak per, asal bukan Dugong..."

Hari ni terima gaji awal

Haaa...
Dapat gaji awal seronok!
Habis awal jugak!
Pas tu nak tunggu the next gaji..
Macam menunggu buah yang tak gugur.
Seksa!
Opsss!!!
Jangan buat buat lupa.
Duit Raya.
Bukan untuk yang kanak2
Untuk ku.
Nak bagi ke tidak nih?????
Bagi laaaaaa.....

Wednesday, September 9, 2009

Ku menanti kepulangan

Anak ku Ja terpaksa beraya di perantauan.
Sekurang kurangnya Wan dah dapat beraya di msia tahun ni..
Along,Kimi n Iffah khamis ni balik.
Anak anak sedara bila agak nya sampai..
Adik ku di Bandar baru Bangi, Mutiara Damansara,Puchong, Ampang Hilir, Desa Pandan dan johor tu hati dah kat sini..
Kakak ku di Terengganu tak balik ke?
Uncle and aunties mesti balik cm biasa berkumpul di rumah nenek kan?
Semoga pulang dengan selamat kepangkuan yang tersayang, InsyaAlah.


Tak sabar nak raya!!



3 stoogers

Dari kiri;
Anis, Kimi dan Iffah
Ni, 3 orang makluk ciptaan Tuhan yang ku kenali,
sayangi dan tidak akan di kitar semula.
Kadang kadang mereka buat aku terbakar hati,
Kadang kadang aku tersenyum sendiri..
Kadang kadang aku rasa aku tidak beri yang terbaik untuk mereka
Kadang kadang aku rasa mereka tidak berikan apa yang aku harapkan.
Itu pasal lah kadang2 tu aku hot semacam!
Kalau mereka ni agar2, dah aku jerang balik atas api dan buat agar2 santan pulak.
Kalau mereka ni roti, aku dah hancurkan dan jadi kan puding buat buka posa nnti..
Kalau mereka ni pisang dah aku lenyek jadi jemput2 pisang dah...
tapi mereka adalah seperti air kelapa
yang menyegarkan dan penawar racun..
Mereka adalah Kurma
yang memberikan ku tenaga untuk terus melangkah
Mereka adalah nasi
Makanan asasi yang tidak boleh dipisahkan dari hidup ku..
'Kimi'.... Nasi Lemak yang terlebih lemak.
'Iffah'.... Nasi Kukus yang tak masak masak.
'Anis'..... Nasi Goreng yang berperisa tapi kalau sejuk tu...Kaku beku terus!
Alahai......

Tuesday, September 8, 2009

Yes, I am alone.

I don't know why but I feel like crying listening to this song..
How I wish someone can say this to me
and mean every single word of it...
Being alone is one thing,
being alone n lonely is unbearable.
Happiness is having someone
that will stand by me,
give me all the support and
accepting me as I am
Bearing in mind that
I am not perfect
bcoz no one is..

Sarcastic people like you need to be recycled

People can be so annoying that even thinking about it makes me want to throw up. Am I mad at someone? Hot? Temper? Yes, you bet I am.I am sick to the bottom of my stomach!
I find it very irritating when people just forget to be kind. Let alone being thankful. That happens when they think that their money rules..Money has the power, I am very sure of that but money alone can't correct every single mistakes done..Sometimes, money makes matters worst.
I may be broke but I have my dignity and you have no right to humiliate me in what ever way coz I am not here for your money..I may just do what you keep on telling me to do..Let us see who is going to eat the words...
People like this one almost forget that God is listening..



Don't worry, I'll provide the 'Maggi chilli sauce' if the words taste blunt!

Monday, September 7, 2009

Mummy,bila nak buat biskut raya?



Hari hari ni lah soalan yang naik pening dah mummy dengar..
Raya lambat lagi anak oi!
Hari ni cuti sempena Nuzul Quran.
Kena jugak buat biskut hari ni,
kalau tak memang non stop la
dia duk nagged mummy ni.
Lepas sahur kita mula k.
Biskut basic saja,
ye lah nanti bila dah pandai
mummy ajarkan yang canggih2 gitu.
Hari ni cukup sekadar
'Biskut Telur Rebus'
dan
'Biskut Dahlia'.
Sebenarnya ini biskut zaman arwah nenek lagi ni, simple but nice..Bau nya saja dah membangkitkan suasana 'Raya'.
Ada kot yang nak resipi biskut ni.
Senang saja, tanya Anis.
Ok Anis, dah puas hati?
Dah boleh mummy have some peace of mind?
Yes, mummy nak TIDO!



Sunday, September 6, 2009

Cam biasa laa



Tak sah kalau tak discuss pasal biskut raya.Makin dekat nak raya makin banyak resipi bertukar tangan.Pantang jumpa majalah masakan, semua nya nak di tiru..Entah betul entah tidak resipi yang di ketengahkan tu..Silap haribulan tak menjadi.Rose pakar 'Biskut Raya' siap bukak kelas masakan lagi, secara lisan laa..
Kita pun join la se kaki....Bukan kena bayar yuran pun, free of charge! Bukan apa, setahun sekali cuba bakat buat biskut apa salahnya. Ikutkan yang di pasaran banyak tapi kepuasan dapat hidangkan biskut dari buatan sendiri tu tak ternilai..Biarpun tak cantik di pandang, rasanya sah sedap..ada gak sekali sekala tu, dah lah rupa biskut tu hodoh, tak sedap lak tu..Time tu lah nak saja biskut tu disorok dimana2..Nak bagi kucing makan, kucing pun tak nak..Talking thru experiance ni!

Lailatul Qadar

Didalam bulan Ramadhan ada satu malam
Nilai nya menyamai dgn seribu bulan
Itu lah dia mlm Al Qadar
Hadiah pada hambanya yg bertakwa
Singkap lah tabir di sepuluh mlm terakhir
Pengubat kita mencari keredaan nya
hidupkan mlm beribadat dan iktikaf
berdoa bertasbih dan pohon keampunan
Mlm apakah ini kiraan nya
83 tahun melangkaui
kadar lazim biasa umur munusia
Umat nabi pilihan
Beruntung lah bagi hamba
Di dlm bulan Ramadhan ada satu malam
Barangsiapa yg menghidupkan Lailatul Qadar
akan diampunkan dosa2 nya yg silam
Singkap lah tabir disepuluh malam yang terakhir
Berlumba kita mencari keredaan Nya
ITULAH DIA MALAM AL QADAR.
YA ALLAH YA RABBI...

Saturday, September 5, 2009

My unfinished business.

Phew! So many things to be done, so little time left..But still have time to make some new entries eh? Hehehe..Take 5.
Well, This is something I always enjoy doing..The wedding preparations. The laces n the bits, the ribbons n the floral arrangements..small2 things that might mean a lot. Memories.
I remember doing this part of the job to almost everybody I love..still doing it now but not for long. Why? My carpal tunnel left hand is too much too bear. I am a left handed person and not being able to use my left hand is heart breaking..Sometimes I just ignored the pain and proceed as long as I can managed.The only problem is that when my hand gets numb, I kinda marked myself with the hot glue pistol because I can't control my hand...
My Anis thinks it is funny as my fingers look like I am having chicken pox..reddish due to burns here n there.
Since this is for 'Makdik', I do not mind at all and even enjoys every part of it. Don't worry Makdik, soon you will see the final result..Hope you like it.

Resipi untuk entri 'Selamat berbuka'

UNTUK 4 ORANG

Kerabu sotong

Sotong rebus dan potong bulat 2 ekor.
Serai 2 batang-mayang halus
Mangga muda sebijik-mayang halus
Tomato sebijik-potong kecik2
Cili api 2 tangkai-mayang halus
Sohuun rebus sampai lembut-1/2 cawan
Bawang besar -mayang halus
Daun ketumbar- mayang
Nam pla 2 sudu besar
Gula 2 sudu besar
Lemon-amik airnya sesudu kecik.

Cara cara nya
Gaul dan hidang..Sebenarnya ikut suka/selera la bab masam n pedas tu.

Ayam Masak Masala

Ayam- potong kecik2
Halia 1''-mayang
Bawang Putih 2 ulas-mayang
Cili kering- blend lumat
Garram masala 1 sudu
Bawang besar 2 labu-belah lapan
Tomato 2 -belah empat
Cili Hijau 3-belah dua
Carrot potong panjang
daun kari
Daun ketumbar/daun bawang
Halba campur
kicap pekat
garam, gula,asam jawa, perasa
( Kentang potong dadu jika suka)

Cara caranya
Goreng ayam-toskan
Tumis halba campur beserta halia,bawang,cili kering dan daun kari.
Masukkan garam masala
Masukkan ayam dan air
Masukkan air asam jawa,garam gula,perasa dan kicap
Masukkan carrot,bawang besar, cili hijau n tomato
bila kering angkat,tabur daun bawang n d.ketumbar dan hidang.




Sup ekor Special

Bawang putih, halia,serai tumbuk lumat.
Ketuk lengkuas.
Ketumbar bijik-sesudu, tumbuk lumat
Akar pokok ketumbar-ketuk
Lada hitam
Asam gelugur
Cili kering potong kasar
Kayu manis, cengkih,buah pelaga n bunga lawang
Garam n Perasa
Daun ketumbar/saderi/bawang dan limau nipis

Cara cara nya
Rebus hingga empuk
Hidang bersama bawang goreng.daun saderi,ketunbar,daun bawang dan jus limau nipis.

Kan betul mudah tu. Bagi yang dari semalam duk calling2 mintak resipi ni harap berpuas hati.Just call kalau ada apa2 masaalah. Nak resepi lagi? Boleh saja...InsyaAlah.

Friday, September 4, 2009

Selamat berbuka

Tak tanya pun tak pe,
Saja nak beritau secara percuma.
Menu hari ini..

Sup ekor lembu.
Ayam Goreng Masala.
Butter prawns.
Ikan cencaru bersambal.(Pedas ni...)
Kerabu sotong( ni tak leh miss...)
Sayur Chapcai ( Sah yg ni tak habis ni..)
Omelet oysters (Sedapppp...)

Air Tembikai
Air Soya/Cincau

Akok
Pengat pisang dgn sagu

Jangan jelessss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bahang Raya

Soalan untuk anak2...
Baju Raya dah beli?
Kasut dah beli?

Soalan untuk kita...
Baju raya? Kasut? Handbag? Tudung? Kerongsang? Lipstik?
Alas meja? Langsir? Carpet? Sarung kusyen?
Tea Set? Sudu garfu? Napkin?
Lampu hiasan?
Pelita minyak tanah?
Bahan buat biskut?
Bahan buat masakan pagi raya?
Dah tempah itu ini?
Buah tangan untuk Mak?
Untuk mertua?
Untuk someone special?
Dah tukar duit baru?
Dah bayar fitrah?
Zakat?

Kalau ada orang kata anak2 lah yang beraya sakan...rasa2 tak betul tu...
Mereka ke kita???

Thursday, September 3, 2009

Aku tak sengaja tau.

Ada orang tu dari tadi duk belek dairi..
catat apa?
Duk kira apa?
Kira budget kementerian dalam negeri?
Ke duk check tarikh2 penting yang patut di highlightkan?
Tau lah, raya dah dekat...
Senarai semakin panjang,
Supermarket pun makin meriah tu
Time terawikh jer makin kurang makmum nya.
Apa?
Apa senyum2???
Oh itu....Naper tak cakap siang2?
Sory lupa.
Ampunnnn...
Terima kasih mengingatkan ku,
gaji dah lama terima,
tapi harga kain yang aku beli dari mu
belum aku jelaskan.
Sooooooorrrrryyyyyyy!!!!!!

Wednesday, September 2, 2009

The excess baggage

Why eh? My weighing machine is not being costumer friendly with me lately. The reading is stuck to the previous one..Lazy to move or what? Please dear machine, do not make me mad, u won't like me when I am mad.I thought during the fasting month u should move anti clockwise but now u are in no condition of moving to that direction.Come on what happened??
Hahaha...as if I don't know. I know it and u know it too...Yes, it must be the 'Jala Mas, Buah Tanjung, Akok' or 'Pengat, Serawa Telur,Ketupat sotong' that glued the needles. Or may be the 'kerutup Daging, Ayam percik, Gulai kawah' or 'Cendol, Air Bandung,Air soya' or 'Late night Roti Canai n Colek Campur Kg Cerang'
Well now it is clear n loud,the verdict is.....
The weighing machine is not guilty,
I AM.

Menu semalam


Kalau tak ingatkan ini bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang menduga kesabaran ku dalam menjalani ibadah puasa ni memang sah kena orang tu hari ni..
Sabarrr, semoga tuhan berikan ku kesabaran.
Semalam aku ke Bazaar Ramadhan dengan anak ku. Niat ku hanya untuk membeli sedikit lauk untuk berbuka kerana semalam tu memang aku dah set dlm otak yang menu nya ialah "lauk tunjuk' dan 'kuih tunjuk'. Ye lah bila tak ramai yang ada kat rumah aku pun jadi malas nak masak.
Tempat yang aku tuju ialah tempat yang tak pernah2 aku kunjungi..nak cuba cuba. Anak ku beriya iya nak kan lauk ikan keli percik yang dah siap di bakar. Aku ikutkan sajalah selain dari membeli sejenis dua lauk lagi.
Bila tiba waktu berbuka, lauk yang pertama anak ku jamah ialah ikan percik tu lah...Haah, jangan tak tau, ikan tu rupanya dah busuk, agaknya yang tak habis di jual semalam. Geram sungguh aku. Kalau yer pun nak niaga, jangan la guna taktik kotor..Bab bazir duit tu satu, yang aku frust ialah kesian anak ku yang harap sangat nak makan ikan tu..Selain ikan tu, lauk lain yang aku beli dari dia semuanya boleh dikatogorikan sebagai 'TAK SEDAP'. Memang salah aku nak experiment gitu.Serik. hari ni kalau aku beli pun, lebih baik aku beli dari orang yang aku sudah biasa dan sudah terkenal dengan keenakkan juadah yang di pasarkan..Niat nak tolong/bantu peniaga yang baru bercambah rupa nya buat frust dan sakit hati saja..Dah tu tak pasal2 kurus pahala posa ku sbb sepanjang waktu makan tu aku tak habis2 duk bebelkan dia..
Agaknya terbelahak dia tak?

Tuesday, September 1, 2009

Melentur buluh dari rebung

Alhamdullilah. Hari ni dah masuk hari ke sebelas Ramadhan. My youngers daughter Anis masih belum meninggalkan puasa. Masih gagah menjalani ibadah puasa seperti orang dewasa. Tahun lepas Anis berpuasa genap 30 hari walau pun itu merupakan tahun pertama dia mula belajar berpuasa.Tahun ini insyaAlah kalau tidak ada keuzuran katanya dia nak juga cukupkan sebulan berpuasa. Hari tu tak sempat sahur, dia teruskan jugak berpuasa walau aku menasihati nya supaya puasa sekerat hari saja. Sewaktu dalam perjalanan balik ke Kb dari kl pun dia tetap berpuasa dan dia tidor sepanjang perjalanan untuk mengurangkan letih.Syabas anak ku.
Paling seronok tengok dia sewaktu berbuka. Dia lah orang pertama duduk di meja makan. Makanan kegemaran nya senang saja, sepotong ayam pecik dan air kelapa. Waktu sahur dia hanya makan 'scrambled eggs' dan air cincau campur soya..Hari2 itu lah menu tetap nya..Itu menu tetap, menu tambahan tak cakap lagi..Dia tak lari dari nak itu ini masa siang berpuasa. Kfc, Ice cream, kueh itu ini, lauk itu ini..nama pun budak, biasalah. Orang tua pun kekadang lebih dari budak bab membazir makanan di bulan Ramadhan nih...
Heran jugak ye, kalau budak berusia 8 tahun boleh menahan lapar dahaga, tak malu kah orang dewasa yang sihat tubuh badan seringkali ponteng puasa???

Sunday, August 30, 2009

Broken wings

I have nothing to say.
Blank.
I am not sure about everything.
I am tired.
I have been trying hard to cope with what life have got to offer, but I am a failure.
Sorry, may be I am not in my best mood today.
Life sucks!

Thursday, August 27, 2009

Tenang lah wahai hati..

6th Ramadhan

Now masa sahur ni..Dah siap masak dan mereka sedang makan tu..Masak apa? Nasi goreng kanpung, Ayam goreng,Telur masin, Keropok dan Sambal goreng. Well. untuk sahur ni kalau Chef dari syurga turun pun mereka masih komplen 'tak lalu'...Sebenarnya ngantuk tu..Iffah bertongkat dagu, Along pun muka bantal..Kimi langsung tak nak bangun, sayangkan mimpi la tuh.Anis saja yang laju....Makan lah anak, nanti esuk tak lah letih sangat lagi pun ambil sunat nya.Besar pahala....Eh, dah ada yang dengkur kat meja dah..Jap, jap..kena stop dulu.

Wednesday, August 26, 2009

Watch out Kids!!!

5th of Ramadhan. Another 25 days to go...but the sound of fire crackers are popping everywhere. let alone the home made kind..u know, the one that never fail to make a few youngsters lose a finger or two. They called it 'Meriam buluh'. No more made of bamboos now, they prefer the better version- the steel poles or what not. May be the difference is that you lost more fingers using the new version..or may be an eyeball too...Well kids, don't forget that those body parts r given to u just once..no spare part!
So next time you feel like you just needed one or two finger less, just tell me, let me chop it off. Less pain may be. I promise I'll use some pain killer first. Deal?
( God, I'm really sick of the 'Dam Dam dum')

I hate good byes



My pija is not here anymore.
This morning we sent her to the airport.
Hopefully this is the last Aidilfitri without her.
Uwaaa...!!!
I am not good at good byes.

Tuesday, August 25, 2009

Mengintai dari jendela kamar

Di kanan ku kelihatan projek perumahan kos tinggi(1.7 juta utk se unit) sedang dlm pembinaan.











Di kiri ku kelihatan Hotel d' Palma/Ampang point.












Nun bersetentang..Bukit Ampang kelihatan sayup.
Disitu tempat menikmati keindahan seluruh bandaraya.

Express Malam

Aku bagai keretapi malam
meredah kelam suram
terus cuba untuk tidak jatuh
dari landasan.
Setiap stesen yang aku lalui
berdiri sepi dan lebih banyak resah
yang menanti
Aku terus ke perhentian seterusnya
mengharapkan ada rindu yang menyapa
Sayang sekali,
penumpang ku hanya lah
bahagia yang sementara.
Semakin sempit ruangan ini
Gerabak berisi luka semalam
masih sarat ku usung kesana sini
mau saja aku muntahkan duka itu
di sepanjang landasan ,
Tapi aku pasti kegelapan malam ini
tidak akan membiarkan aku
menemui apa yang ku cari.
Keretapi malam adalah aku,
meluncur sendiri tanpa destinasi.

Monday, August 24, 2009

Badak berendam/Bubur biji nangka

Badak berendam? Kami org kelantan mengenali dessert ni sebagai 'bubur biji nangka'..Badak tu lebih sinonim dengan org yang cuba masak bubur ni di petang kedua ramadhan..Hhehehee..bukan ambo k..!!
Mula mula gentel tepung yang di bancuh dgn air daun pandan.Pas tu letakkan dalam air mendidih, bila adunan tu timbul keluarkan.


Masak kuah terlebih dahulu dan masukkan 'biji nangka'ke dlam kuah.Ambo tolong buatkan kuah. tang lain tu serah pada assistant yg cukup rajin.
Jangan tak tau, yang jadi chef nya hari ni ialah.....jeng jeng jeng...
KIMI
Lalu ke nak telan nih??

Sunday, August 23, 2009

Selepas terawikh

Ahli Jawatan Kuasa Mesyuarat Tingkap mula bersidang..Tajuk hari ini 'Majlis kahwin kontroversi'.Sumber2 dari yg belum tentu boleh dipercayai ...Bila?, Dimana?, Siapa? Ini kalau ada wartawan tabloid yang hadir sah berita hangat di muka depan paper esuk...Tau2 dah pukul 2 pagi..

Saturday, August 22, 2009

Tukang urut


Berdenyut denyut tumit kaki ku ni.Segala jenis minyak urut dah ku lumur tapi tak tahan jugak..lenguh nya menyebabkan aku sukar nak bergerak. Ye lah, tua tua ni biasa lah sengal sengal tulang dan lenguh sana sini.
Nasib baik la ada anakanda ku yang menawarkan khidmat urut. Sedap jugak dia urut, sekurang kurangnya rasa lega sikit.tapi kadang tu tambah sakit jugak memandangkan tenaga yang di gunakan tak seimbang dengan kadar sakit ku ini..tengok badan la, kalau di sentap nya jari jari kaki ku tu, mau nyer tercabut.
Free? tak jugak, malah upah nya jauh lebih mahal dari yang di pasaran. Tak pe lah Kimi, nanti tumit kaki mami sembuh, kita makan besar k.

Harapan

Ramadhn menjenguk lagi...

Sahur...Sahur..
Semua excited.
First day okey lagi,
announce saja 'sahur'
laju ke meja makan.
Lagi pun kali ni semua ada.
Along, Wan, Ja, Kimi, Iffah dan Anis.
Malam esuk mula lah ada yang ponteng sahur.
Nak bukak mata pun payah ni kan nak buka mulut.
Along dan Kimi mmg dah declare this is the first and the last sahur.
Dia org tidor lewat, makan belum tidor la tu.
Jangan cam tu lah anak, minum pun cukup, ambik sunat, berkat dan melengkapkan puasa tu..

Salam Ramadhan buat semua yang singgah di laman ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih berkat.

Friday, August 21, 2009

On the road

Yes! In Ampang today. Its good to be here.
Yesterday I was not behind the wheels, my dearest son in law was. Once in a blue moon, got somebody to drive is soooo nice..TQ Wan, mummy gives you an 'A+' for that..I bet if ur granny 'Che' were to be in the car with us yesterday, she will be sleeping like a baby too..You know Che and her fear of speeds.
I remember the time Che boarded the car and mummy was driving at 110-150 kmph. All the way her eyes were glued to the meters and never failing to remind mummy to step on the brakes or telling me what creature was approaching or tailing.. .Che should have worked for the JPJ and mummy is very sure that mummy's driving license will be put to an end by her!
But that is what mothers are for...To keep you on the right track whenever you forget where you are going...TQ Che.
As for Wan, next time you drive, with me or without me, I will have a peace of mind knowing the way you handle the car...So Wan, these are the car keys..

Wednesday, August 19, 2009

Nak beli kat ner?


Pasar malam..Nak beli apa..Kata orang segala benda ada di jual disini.Bawak duit je, semua ada.Ye ke gitu???
Ok aku nak beli 'Sayang' sebakul.
Nak beli "Rindu' sejambak
Nak beli 'Perhatian' selonggok
Nak beli ' Penghargaan' segenggam
Nak beli 'Setia' sebanyak mana yang ada.
Nak beli 'Ikhlas' secukup rasa.
Nak beli kat mana ni??

Kalau aku nak jual 'Sengsara' ada yang nak beli tak?

Melayan Hati


Happy?
Yup.
Sure la happy.
Sekolah dah nak cuti.
Kita nak sambut puasa dengan yang tersayang.
Along,
Ja dan wan,
Kimi,
Iffah,
Anis jugak.
Esuk kita ke Rumah kedua d Ampang.
Esuk kita tidak lagi di daerah luka ini.
Selamat tinggal sepi dan lara
Disini kita tidak ada apa apa.
seperti sampah terbuang,
seperti debu berterbangan.

Monday, August 17, 2009

Nasi ayam Istimewa

Nasi ayam' Best in the world'
Ada kawan bagi resipi
Sempena ramadhan
Jamin sedap.

1 mangkuk jagung kering
1 mngkuk nasi semalam
Cara-cara
Gaulkan kedua dua bahan tadi.
Pegi belakang rumah kat reban ayam
Kur...kur...kur...
Tabur......
Sah berebut ayam makan.

Woi , pandai la ko Milah, Malam ni aku rasa ada orang nak kena telan ni..@#$%&!!

Mimpi

Semalam aku kesebuah daerah yang aku kenal.
dengan seseorang yang aku kenal,
Menghabiskan masa dengan dia,
Gelak ketawa,
Hati berbunga,
Bahagia.
Aku terjaga.
Hampa.
Mimpi sudah punah.
Harapan sudah pecah.
Jiwa sudah parah.
Realitinya,
Mimpi menyakitkan hati.

Sunday, August 16, 2009

Bersama Proton

Majlis Pelancaran bulan kemerdekaan ke 52 dan Konvoi Merdeka, 1 perjalanan, 1 Proton, 1 Malaysia. Terima Kasih buat Proton yang telah menjadikan sekolah kami sebagai 'Anak angkat Proton'.
Warna tema hari ni ialah 'Merah'. Lambang semangat.

Bagi je lah budak tu pegang..
Yg kau org sibuk tu naper??
Tahan bas ke kibar bendera ni??Camni laa...
Ini baru semangat nama nya.

AJK bahagian liputan semasa...
Yang sebelah kanan tu MC tetap kami..yang kiri tu nyibuk jer..AJK nyibuk dan yang sewaktu dengan nya.

Always like this one...

1, 2, 10, 100, 1000 sheep..still counting but there's no way I am going to fall asleep. I am so restless and sick of not being able to close my eyes n doze off. May be its my age or something i ate or may be something is on my mind..Or is it someone???
Don't get me wrong here, the only person on my mind now is my Boss. Ha ha haaa...Siang teringat malam termimpi. Ada urusan yang tak beres dengan Boss ni, camna la nak face him nanti..Hari ni sure aku ngelak dari terserempak dengan Boss ni..
Buat la orang pejabat masuk staffroom cakap" Kak Hani, Boss nak jumpa"...Sah pengsan nih!
How I wish I can turn myself into an' Invisible lady' on that very spot. This teaches me a lesson.
Lain kali kalau tak leh buat,ngaku...Jangan jadi Pak Sanggup and spoiled my brain cells trying to figure out what to do...........Sapa nak selamatkan aku nihhhhhhhhhhh??????

Saturday, August 15, 2009

Perasan





Ada orang perasan 'model of the year' nampak nya nih. Siap melaram dengan baju Kak nik lagi tu..Balik Kak Nik nanti bukak gelanggang tinju la..Mummy tak nak campur, Pandai2 Anis la cari alasan yang munasabah..Nis, cakap aje kat Kak Nik tu " Tak muat dah pun untuk Kak Nik.."
But r u sure this is Kak nik's blouse? Bukak Kakak punyer ke..? Cari penyakit awak ni..

Dr mehmet C Oz says.....


My Ayah Jie was here yesterday. He gave me this book..tq, tq, tq. Giving this book is a moral support but going from one place to another searching for what to eat is not...U nearly ruined my dieting programme..
Ayah Jie is going on a biking tour again? Do I hear London to Paris??Go ahead, I Know it means a lot to you.As long as you both r happy. Being your what u called 'mischievous Niece' is enough to make me happy....Ayah Jie, if u r reading this, convey my warmest regards to Auntie Yam@ Makcik Power gitu...Tq again for the book.

It is written in this book.......... If you're thin, then you believe that fat people must be doing something wrong to make them fat. But if you're fat then you blame the environment,your genetics or any thing else... Wow! this is sooooooooooo true. ( I nearly sue Kak Wok the Nasi berlauk vendor, Ros the Chocolate cake supplier, Yap the Heavy Breakfast usher and my mother in law for her 'hard to resist' menus)

Thursday, August 13, 2009

Penantian itu satu penyiksaan..

1. Bibik ku duk tunggu suami nya datang balik bekerja dengan kami setelah lama bercuti balik Indon.
2. Anis tak sabar untuk menyambut puasa di Ampang.
3. Che Na duk tunggu masa untuk fly ke London, Pija pun sama.
4. Makdik mengira hari untuk jadi Raja Sehari menjelang Syawal nanti.
5. Abg Mad suspend untuk mulakan rawatan chemoteraphy nya yang pertama.
6. Kak Ma tak sabar nak shopping di Medan lepas raya nanti.
7. Kak Ma jugak sedang menunggu kelahiran cucu kembarnya.
8. Ros hari2 duk belek buku panduan haji..duk tunggu tarikh berlepas dari LTH.
9. Murid ku ternanti2 keputusan ujian kelmarin..Sapa dapat no 1 nih!
10. Aku bagai menanti buah yang tak kan gugur...................

Wednesday, August 12, 2009

Salam buat 'Sepiberbisik'

Khas buat seorang perempuan,isteri dan ibu yang bergelar 'Sepiberbisik'.

Ku harap dia melintasi dan singgah di daerah ku.
Aku terlalu amat ingin mengenali dia
kerana dia adalah aku..
serupa.
Semalam aku membaca bahasa tangisan
di jiwa nya ada sendu
di hati nya ada kesal
di matanya derita tumpah
di wajahnya bahagia musnah
Siapa pun sebenarnya kamu
'Sepiberbisik'
Kau bukan berseorangan.
Aku disini hampir dengan mu.
Daerah resah itu telah aku lalui
sebelum mu..
Rebah pun aku tetap bangun.
Retak dan berderai berkali kali.
Tapi aku tahu..
Nasib manusia berbeza beza.
Begini bahagian kita,
Esuk entah bagaimana
Aku juga yakin,
Tuhan sentiasa bersama ku
begitulah,
Tuhan juga tidak akan
menzalimi mu..
Salam perkenalan dari ku..

Anggur dari Taman Firdausi ke Taman Rafidi

Jangan tak tau, sekolah ku ada kebun anggur..Cikgu Rafidi cukup berbangga dengan buah buah anggur tu...
Ini sapa punya keje ni..belum sempat masak dah di petik..Masam nya tak leh nak cerita, kalah mangga muda..Tapi sedap tau, cicah garam..pas sebijik, sebijik...Ada la tu yang suka makan asam pandai2 pergi ambik setangkai dua ni...Not me...Kita tumpang makan jer...Semoga Fidi halalkan yang termakan ni...Shawal dah dekat ni....Maaf zahir batin in advance k. Caaaaayang Fidi!

Face mask is a must.

Okey,
Look here kids,
this is an example
how to wear the
face mask..
Please
do not draw
anyting
on the mask
bcoz
it is not funny..
Draw spongebob?
Also cannot.

Good.
Now you can sit and do your work..
I can hear youuu..
(but I am not sure
who made that noise just now.
Problem gak nih!)

Tuesday, August 11, 2009

Kes berat nih

Demam.
Batuk?
Tak.
Hidung berair?
Tak.
Sakit tekak?
Tak.
Selsema?
Tak.
Sakit kepala?
Tak.
Lenguh2 sendi?
Tak
Letih lesu?
Tak jugak.

Nampak murung.
Macam orang demam...
Ni musim H1N1.
Biar betul..
Demam yer??
Ya,Demam Rindu........
( Nasib baik tak panggil ambulan...)

Surat layang

Dah biasa benar dengan surat layang nih..Zaman dulu lagi famous. la ni dah ada cara yang lebih canggih untuk melahirkan ketidak puasan hati maka surat layang ni dah semakin di lupakan.
Mana2 surat layan pun isi nya hanya lah 'komplen'. penghantar nya sah 'nama samaran' Kira berani2 tapi takut..Kalau betul berani tulis nama dan alamat yang sebenar apa salahnya.Berani kerana benar.
Hari ni surat layang yang kami terima lebih kearah lucu..Ugutan berunsur lawak.Ada jugak kes cam nih.
Gini saja lah, kalau dah rasa anak awak jer yang betul tu, buat sekolah kat umah saja, cari best tutor and berikan yang terbaik untuk dia..By the way, pandai jugak cikgu awak dulu yer, ajar awak menulis surat sampai tidak ada sedikit kesilapan pun..Agak2 nya kalau awak jadi cikgu, boleh kah awak jadi sebaik cikgu awak nih??
Hmm...Cikgu pun manusia, ada silap dan salah tapi beri lah ruang untuk diperbetulkan bukan nya mengutuk...
Apa pun, tidak ada yang mampu mematahkan semangat kami untuk mendidik anak bangsa selagi ada kudrat dan selagi diperlukan, biar pun tidak di hargai.

Monday, August 10, 2009

ambo ore kelate

Suka nye kita...


Hari ni genap sebulan kita 'on diet'. Kurus? Lum lagi. Anyway bukan berdiet untuk kurus pun. Sekadar untuk jaga kesihatan. Lagipun gemuk sangat nanti tak muat lak baju dalam almari tu..Bukan senang nak rantai selera yang membujur lalu melintang patah ni. Susah yang amat sangat. Tapi berkat sokongan moral dari kawan2 at last turun jugak la beberapa kilo..Berat kita hari ni..jeng jeng jeng..!! tak leh announce kat sini lah, segan. Kalau banding dengan beruang kutub tu, rasa2 lah ringan kita lagi kut..Kira okey la kan..Sapa nak join kita dipersilakan...

Saturday, August 8, 2009

Bukan pemandu teksi je boleh mogok!

Baju untuk di pakai esuk belum iron lagi
Mesin basuh lega dapat rehat hari ni.
Anak bebas tengok TV.
Dinner belum fikir lagi
Roti untuk breakfast esuk belum kuar beli lagi
Harap2 tak ada tamu hari ni...

Aku nak diamkan diri.
Beku.
Bisu.
Mogok.
Merajuk.
Tak ada yang nak pujuk.
Padan muka aku!

Pada mu Tuhan

Tuhan, hanya pada Mu aku berserah dan Engkau lah yang maha mengetahui resah duka ini.

Kelab Nuri

Anis menyertai pertandingan mewarna anjuran Bank Rakyat hari ni.Seronok lah dia dapat T Shirt Kelab Nuri. Tak pe lah tak menang apa2 pun, penyertaan tu yang penting.

Kami ibu ibu ni boleh lah duduk senbang2 kosong sambil tunggu anak2 tu..Biasalah kalau perempuan duduk2 lebih dari sorang..isyh! bukan ngumpat lah..discuss pasal 'sale' kat mana dan nak masak apa hari ni...Ngumpat2 ni tak main tau.

Thursday, August 6, 2009

I had a great fall

I climbed up too high
I had a great fall today
I broke into pieces
I am hurt beyond words

Ketabahan

Teman,
ambillah kembali simpati mu ini
lalu pulangkan saja
luka yang pernah
kau pinjam dulu

Betapa pun kejam
aku sebenarnya tidak pernah berdendam
luka ini milik ku
darah dan pedihnya
biar ku simpan dikarung sejarah
Hari ini aku ingin
menyempurnakan hidup sebagai perempuan
membunuh sedu sedan
yang sering menyalak di luar halaman
merejam resah risau
yang sering mengulit di kamar peraduan

biarkan aku berlalu
dengan langkah berani
aku akan terus berlari
biarpun jatuh
akan ku bangkit kembali
kerana kali ini biarlah
aku tak lagi peduli
betapa pun perit
sakit nya akan ku tanggung sendiri!

(Seri Damai, Shah Alam)

Wednesday, August 5, 2009

Which type are you??

When you need a shoulder to turn to, who will be there for you?
Will it be your office mate? Your siblings? Your sweetheart? Or will it be a stranger that you barely know?
Well, whoever it is..He/She is a friend that will listen to you, be with you, understands you and willing to sit there with you without looking at the time repeatedly as if you spoiled his/her precious moments. What about those people that spell it out clear that they have way to much problem themselves and you are and excess baggage...Wow! What a friend...
I rather be alone than having friends like that. Some just turn to you when they are in trouble,expecting you to be there for them all the time, expecting you to be a shoulder to cry on and they just forget your existence once they are in better shape..Of course he/she is using you and you being the stupid one is too blinded by his/her sweet talks and go on assuming that he/she needs you...No! you are not needed, you are merely being used...DOORMAT..Shame on you!
But don't ever forget the 'true friends'...You remember his name whenever you feel you needed a friend.You remember him/her whenever you have a joke to share..Even remembering his/her smile makes you feel better already. He/She never fail to come to the rescue. Never fail to answer your S.O.S messages..Never fail to listen.He/She will make sure that you get all the support..He/She may not stands out in a crowd, but he/she will never leave you alone.
Right now I wish I have one like this one.....

Monday, August 3, 2009

Kerana Aliff

Aliff: Tice, mama kita pandai masak 'Nasi lauk gulai ayam'.
Tice: O yer ke aliff...
Aliff: Mama kita masak sedap.
Tice: Sure..mesti Aliff suka kan?
Aliff: Tice nak?
Tice: Ish, tak nak lah, TQ jer lah Aliff, Tice kan berdiet la ni.Lagi pun pagi2 ni tak eluk makan nasi...
Aliff: Bau gulai mama kita mcm bau gulai Kak Wok.
Tice: Bab Kak Wok,Kak Wok ni jangan sebut, terliur tice!Dah, gi siapkan keje yang tice bagi tu.. Tak siap jaga2 kamu Aliff. Go.Now.
(Sepuluh minit kemudian.
Aliff dtg lagi ke meja ku.)
Alif: Tice, ini nasi gulai ayam sebungkus utk Tice, mama kita bagi.
Tice: Laahai..! Camna nih...?? Apasal tak cakap dari tadi..Ok, ok, Tq Aliff, Aliff punya pasal Tice makan jugak.Tak diet pun tak per. (Rosak la diet ku hari ni......)

Walau bagaimana pun, terima kasih kepada parents yang sentiasa membuatkan aku rasa begitu dihargai...

Sunday, August 2, 2009

Dapur kita..

Bila masuk bulan Syaaban jer, kawan2 mula la minta resipi itu, resepi ini..Tiap tiap tahun macam ni lah..ada yang nak resipi masakan untuk di cuba bulan puasa, ada yang nak resipi untuk Hari Raya..Aku ni tak kedekut ilmu, segala resipi yang ku tau telah aku sebarkan. begitu jugak petua2 di dapur..Tahun berganti tahun tak habis habis bab masak memasak ni.
Yang aku nak gelak tu, aku ni beria la ajar kau orang masak...Kau orang buat ke tidak??'Lauk tunjuk' dan 'kueh tunjuk' kat Bazaar Ramadhan jugak sudahnya....Hehehe...Aku pun apa kurangnya, Bazaar Ramadhan tu macam dapur kedua. ..Ok, nanti kita jumpa lagi di sana k.........

Friday, July 31, 2009

Pencuri

Rupa rupa nya malam tadi rumah ku di geledah pencuri. Alhamdullilah, yang hilang hanya lah barangan bukan nya nyawa Agaknya sudah rezeki mereka dan aku sikit pun tidak kesal..Harta boleh dicari.Aku yakin Tuhan telah memperuntukkan bahagian yang lain untuk kami. Adalah tu hikmah nya disebalik kejadian semalam Aku redha. (Melalui tingkap ini lah pencuri tu masuk)
Hati ku sebenarnya bersimpati dengan si pencuri sama ada berseorangan atau berkumpulan. Alangkah takut nya hidup seringkali di bayangi hukuman2 dunia, apalagi hukuman dari Allah Subhanaawataala..Orang lain nyenyak tidur, mereka terpaksa bersengkang mata, meredah gelap malam dan kerja secara sembunyi sembunyi..Susah tu sebab silap hari bulan muka masuk paper..Publisiti murah tu..Ish, tak patut la kan.
Mereka adalah manusia yang tidak pernah tenang hati nya dan sentiasa dihujani dengan doa bala dari orang orang yang telah mereka rampas hak nya.Makanan mereka adalah maki hamun dan pakaian mereka jauh dari disaluti keberkatan..Aduhai malang nya nasib mereka. Semoga Tuhan membuka mata hati mereka untuk bertaubat sebelum mati kerana di akhirat lebih banyak pedih siksa yang menanti..Kita yng lebih bernasib baik dari mereka ni hanya mampu berdoa agar jangan lah ada diantara keturunan kita yang sesat begitu. InsyaAllah, Tuhan maha mengetahui dan adil.. (Habis bersepah bilik ni..)


Thursday, July 30, 2009

I forgot....again

The trouble with me is I always remember faces but forgot/forget names...It is so annoying to pretend that you remember who is talking to you where as to address him/her as what is still a question.
Sometimes the person talking to you seems so familiar that it will be to rude to pop out the question.."I'm sorry but do I know you?"
What should I do..Okey, enjoy the encounter and go on pretending that this human being rings my bell and at the same time my mind is scanning the whole universe searching for answers..and I will get the answers just about too late. Always!
Please don't hate me...Whoever you are, TQ, your presence is a blessing. TQ again.

Wednesday, July 29, 2009

Tak de keje cari keje


Bila tengok ibu kucing masuk kedalam kotak yang letak nya di atas almari buku di dalam kelas, aku nak sangat jenguk ke dalam..Manalah tau kut ada anak kucing ..Aku panjat kerusi dan perlahan lahan cuba intai, cantik tak anak2 kucing tu..Kalau cantik nak je aku bawa balik ke rumah..Dengan susah payah aku perlahan lahan jenguk ke dalam. Dush! Secepat kilat ibu kucing tu mencakar mata ku.Adus!! Padan muka aku..Kan dah dapat sebijik. Nak teriak sakit pun segan dengan anak murid yang dari tadi memerhatikan gelagat ku...So kids, lain kali jangan ganggu ibu kucing yer..Kalau tak ini lah padah nyer..Cikgu cuma nak tunjuk contoh apa yang tak patut kita buat...Fahammm???? Adui mak sakit nyerrrrr...

Tuesday, July 28, 2009

Aku Redha

Walau apa pun yang terjadi..
pernah terjadi dan akan terjadi
Selagi nyawa masih di badan,
Hidup harus di teruskan..
Semoga Tuhan berikan ku
kekuatan dan kesabaran.
HanyaMu Tuhan
yang mengetahui segalanya.

Monday, July 27, 2009

Please Q


Penantian itu satu penyiksaan. Waiting, God I hate to be in this situation. Tapi nak buat cmna dah terpaksa. Memang cam ni la setiap kali bila ada appointment dengan doktor..Bukan nak menyalahkan mana2 pihak, yer lah bukan sorang dua yang ada masaalah kesihatan,,beribu!

Bayangkan tiba kul 9 pagi, kul 4 ptg baru selesai ambik ubat...Wah, lama tu kan? Kira sehari suntuk la tuh..Kalau yang sakit sikit2 tu boleh gak di tahan2 tapi bayangkan yang lemah dan uzur sangat, yer la kalau sihat tak pulak kesini...

Tabik spring untuk staff kat hospital ni..sopan, berhemah, peramah dan mesra pelanggan. Padan la dapat anugerah ISO tu..Masa menunggu kat farmasi pun hati ku di sejukkan oleh senyuman staff yang meminta maaf berkali kali...Mau nyer tak lama, ada 8 kaunter, yang bukak hanya 2..Hmm...naper tak bukak semua??Jangan la marah, ini cadangan jer...Kwang Kwang Kwang

Roots











Yes, we do look like Ah Moi n Ah Chong. So what? Its in our roots and we r proud of it. My sisters (not me, coz I'm the odd one out), my children and the rest of my family have been facing the same old stares n looks over n over again the whole time. Yes, we know we look like Chinese and you don't have to point it out. So whats wrong with that??In fact that's how we inherits these brains...great minds!
Sometimes it is better to laugh off the awkward situations..Like years back during the Chinese New Year holiday. It happened that my brother was driving and there was a road block ahead of him. As he rolled down the screen, the police on duty looked at him and the question popped out was " Tauke, balik raya ka?"
The same thing happened to my sons.After knowing that they are Malays, the word they get is " Ingat cina tadi."...Always! The feminine gender are more lucky. They were being saved by their dressing and head gears.
Anyway, we do not mind at all...Tidak ada yang berbeza di sisi Tuhan melainkan amalan...Tak gitu???