Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, May 9, 2014

Ko ada?

Nok sohor siket....
Yang patut berbunga dah mula nak berbunga
Yang patut menjalar dah mula nak menjalar
Yang patut berbuah, tunggu masa jer...
Yang happy sangat2 of course lh Hang kebun yg berpeluh kecik besar sewaktu aktiviti cucuk tanam.
Ko ada?

Tuesday, May 6, 2014

Hadiah dari anak2 ..

Hadiahkan ibu mu ini,
Seorang anak yg mengerti bahawa
Bukan senang membesarkan mu dalam kandungan,
9 bulan 10 hari bercantum nyawa
Selamanya berkongsi darah yg sama.
Getar jantung mu anak,
Ibu mu ini lah orang pertama yg merasainya.

Hadiahkan ibu mu ini
Seorang anak yg memahami bahawa
Bukan senang membesarkan mu di sini
Banyaknya nyenyak yg tertangguh sewaktu ku mengintai intai gelombang nafas di dada mu,
Acap kali nya aku menyimpan sedu sedan dan menyembunyikan sedih pilu agar kau boleh terus ketawa.
Segala resah mu anak, aku alirkan ke benak ku agar kau tenang biarpun benak ku bernanah dlm diam.
Sentiasa mengekori jejak mu samada kau ketahui atau tidak, memimpin mu dgn bayang ku.

Hadiahkan ibu mu ini dengan anak yg mendamaikan hati
Yang membantu walau tidak diminta bantuan
Yang sentiasa dekat di hati walau di mata berjauhan
Yang menyejukkan pandangan bukan yg menyilaukan
Yang ikhlas melemparkan redup pandangan mewah sayang
Yang mendoakan kesejahteraan...

Hadiahkan ibu kamu di 'Hari Ibu' ini, di hari2 lain nya juga,
Setiap hari, setiap masa...
Dengan sikap dan tutur mu yg hanya dapat ditafsirkan sebagai...
penghargaan kamu
dan kamu memerlukan ku walau pun di saat orang lain membuatkan aku merasa tidak diperlukan.

Sekiranya usia ku bernoktah di sini, di saat ini,
Hadiahkan aku doa seorang anak yg solih,
Bacaan yassin mu yg berterusan
Dan simpan lah kenangan bersama ku itu selamanya di hati mu.
Aku sudah dapat hadiah dari Tuhan.
Hadiah yg paling bernilai bagi ku ialah kamu anak2 ku, kehadiran kamu dalam hidup ku dan sedekah doa mu diwaktu mati ku.


Monday, May 5, 2014

Syafiqah

Dia dah nak balik.
Hari2 dia datang kecuali hari minggu.
Pukul lapan hingga ptg.
Dia lah tangan kanan saya.
Dia, jururawat peribadi anak saya.
Duit tidak dapat membeli keikhlasan.
Kerana itu saya terhutang budi dgn dia.
Bukan senang nak cari
Setakat nak jaga, duduk dan tunggu siapa pun boleh, tapi yg layak tak ramai.
Tuhan perkenalkan dia kepada saya supaya hati saya tenang.
Bila anak saya di bawah jagaan dia saya yakin .
Dah setahun dia berkhidmat.
Dah semacam anak angkat
Syafiqah, terima kasih.
Bagi pihak Ja mummy nak ucap terima kasih,
Hanya Tuhan saja yg dpt membalas budi baik Syafiqah.

Sunday, May 4, 2014

Teka teki bulan mei

Cuba teka,
Bersaiz besar tapi bukan lori container.
Bunyi bising kadangkala senyap terus.
Hitam .

Senang cerita ni jawapan nya.
Saya lah tu semenjak jadi Hang kebun.
Semua yg mengenali saya duk tanya kenapa wajah saya 'terbakar'
Biarlh, cair dibakar mentari pun rela demi semangat berkebun.
Hitam legam pun tak kisah, janji sayur tumbuh.
Orang lain ada juga berjemur panas secara sukarela,
Tak dapat apa2 pun...
Tak nk lh bagi contoh specis mana yg suka berpanas.
Sensitip,
Kang ada org kecik hati pulak.
Ok, rest my case....
Yes, I am darker than usual.
But I am happy.

Aku suka jadi supir yg kenyang

Drebar teksi pun tak macam ni.
Kalau hari sabtu kerja saya lain tak ada,
Memandu jadi drebar dah jadi kerja tetap dan berpencen.
Kemana kita hari ni Dato Sri?
Ke bulan ke bintang?
Kemana saja mengikut perintah
Bisa diurus dong!
Sekejap berhenti isi minyak.
Minyak drebar lah, bukan minyak kereta.
Air kelapa
Goreng pisang
Air cincau dlm tin
French fries
Nangka madu
Coke
Drinking water
Etok
Drive thru pun hentam juga
Pendek kata setiap kali melintasi warung tepi jalan,
Mesti nak berhenti....
Turunkan cermin tingkap
"Dik, bak keropok rm2...."
Orang sebelah jeling.
Jeling saja tau, jangan komplen.
Bila2 masa saja saya boleh letak jawatan.
Hati hati di jalan raya
Kenderaan besar keluar masuk.
Hati2 juga dgn 'Drebar besar'....
Angin lintang di laut tak sedasyat bila drebar ni naik hangin...
Tapi insyaAllah, cukup makan, drebar senyiuuuummmm..
Senyiummm dan tak kata apa2....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...