Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, August 25, 2019

Nak cari ikan,nak cari ikann......

Aktiviti petang marin.
Ke Pulau Gajah cari lauk pauk segar.
Pasar nelayan Pulau Gajah.
Memang segar.
Tak murah mana pun tapi best sebab segar,
 ikan baru naik ke darat
Beli ketam.
5 ekor rm42 .
Lebih kurang saja dgn kat pasar.
Tapi biru ketam tu tanda segar.
Best sangat
Bila kukus kosong pun dah sedap.
Tak bau hanyir.
Sambil beli ikan sambil posing.
Tak sah kalu tak posing.
Singgah juga di masjid ArRahman
Iffah first time jejak di masjid ni.
Posing lagi
Ramai yg posing kat sini
Tarikan pelancong dlm dan luar negara.
Cantik, memang memukau.
Jap saya share foto k..








Saturday, August 24, 2019

Alohlaaa.....

Serba tak kena.
Duduk tak kena
Berdiri tak kena.
Tidur?
Kejap mengiring ke kiri, kejap ke kanan.
Mata pejam tapi otak masih ligat.
Ada sesuatu dalam benak fikiran.
Ada sesuatu yg menggangu damai nya hati.
Payah la kalau macam ni..
Sangat sangat payah.
Malam ni tak pasal2 akan terganggu lena ku.
Entah2 sampai pagi terkebil kebil jadi burung hantu.
Benci la macam ni....
Tak suka.
Seksa.

Jangan serkap jarang tau, tak baik!
Tak ada kena mengena dgn orang yg hidup atau yg mati.
Miow miowwww...

Pinta ku dlm setiap doa.

Semoga
Hari ini
Lebih baik
Dari
Semalam.
InsyaAllah.
Berdiri sendiri
Kadang lebih baik
Jauh lebih baik
Dari 
Berada bersama sama
Orang yg menyakiti.
Sendiri lebih tenang
Tanpa perlu
Jaga 
Hati orang
Jaga
Perasaan orang
Jaga
Kepentingan orang.
Sendiri
Hanya aku dan Tuhan.

Friday, August 23, 2019

Dah mula dah...

Tak faham laa...
Kenapa saya selalu macam ni..
Mood swings?
Entah lah.
Kadang2 saya ok
Kadang2 saya rasa tak ok.
Bukan pasal redha atau tidak, bukan soal iman tebal atau masih jahil.
Bukan, bukan, bukan sekali kali...
Ni soal hati yg berbolak balik.
Mungkin bila kita terlalu byk simpan, pendam dan mengumpul,
ini jadi nya....
Ada kala bila dah sendat sgt kampit duka itu, mula lah tiris..
Mula la rasa stress
Mula la depress
Tapi acap kali nya saya berjaya kawal hati.
Pujuk hati, byk2 istiqfar...
Solat sunat, nangis depan Dia, mohon, minta...
Allah hu.
Rasa negatif itu berlalu begitu saja.
Tenang semula perasaan yg berkecamuk.
Lega.
Tak dinafikan, ada kala segalanya damai
Saýa happy seadanya.
Think positive
Menerima segala nya dgn redha.
Pasrah.
Banyak bahagia lain yg boleh saya bilang
tanpa perlu pikir sangat pasal ujian2 yg melanda.
Dalam susah sentiasa ada senangnya..
Alhamdullilah.

Tapi hari ni, waktu ni jam ni, nak cerita sikit.
Nak shara saja, mana tau lega nanti..
Pagi ni, dari kermarin, bawak ke tak leh tidor mlm tadi..
Mood saya ke laut.
Saya rasa hidup ini hanya menyusahkan saya.
Saya rasa mcm dah tak tertanggung dah ..
Rasa mati itu lebih baik.
Rasa semua orang mempergunakan saya
Tidak ada siapa yg ambik peduli perasaan saya.
Tidak ada sesiapa yg cuba menoleh kearah saya dan memahami payahnya saya.
Asyik saya saja yg fikir pasal orang lain, urus dan permudahkan urusan orang lain
Tapi apa yg saya dapat?
Apa?
Terasa amat tidak dihargai...
Haduhhh...Tak tertanggung!
Cukup!
Dah dah dahhhhhh!
Nak teriak guling2 rasanya..
Di mana nak ku bawa perasaan dan hati ini?

Hari ni itu yg saya rasa.
Awak nak cakap apa cakap lah.
Saya tak kata saya betul.
Saya hanya suarakan apa yg saya rasa.
Saya pun tahu saya tak bagus rasa macam tu.
Tapi tu ikhlas dari hati saya waktu ni.
Jap lagi bila masuk waktu subuh
Selepas saya mengadap Dia pencipta saya, lain cerita lah.
Mungkin mood saya berubah..
Selalunya macam tu lah.
Kerana hanya Dia yg memahami saya
Hanya Dia yg tahu segalanya.
Astaqfirullahilazim.




Thursday, August 22, 2019

Kakak

Kakak saya baru pencen.
Setelah 37 berkhidmat.
Welcome to the club sista.
We r the YBs.
Seronok pencen kan?
I am the boss to myself now.
Bangun pagi tepuk dada tanya hati,
nak buat apa hari ni?
Bebas
Merdeka
Selamat bergelar Yang Bersara..
Cikgu ni walau dah bersara tetap dipanggil 'cikgu'
Cikgu pencen.
Saya dah lama dapat gelaran tu.
Hari ni kita sama2 guna gelaran tu.
Jom kak, kita gi breakfast kedai pokmat teh madu...
Ke kita gi kopitian kita
Atau ke kedai Ayman makan tosei
Nasi kakwok pun boleh.
Pilih saja, saya belanja sempena pencen.
Jom, lets go!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...