Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, March 6, 2020

Lama tak membebel..

Dah lama tak hujan.
Hari ni hujan.
Hilang dahaga tanah yg kontang.
Rindu Sang kodok terubat.
Hujan lebat juga.
Walau sekejap,
Mampu menyejukkan udara seketika.
Selepas hujan langit cerah semula.
Hujan mengusir debu habuk jerebu.
Pohon2 kekenyangan, rumput puas.
Aku di sini,
berdiri di anjung rumah memerhatikan
laju aliran air ke longkang.
Haishhhh!!! Geram pulak laa...
Pagi tadi tak nak hujan...
Susah payah aku menyiram demi pohon bunga yg kelaparan.
Selepas tu bergegas ke pusara dia pula
Mandikan kemboja yg sudah seminggu berpuasa.
Haus dahaga pokok2 meminta simpati ku.
Rupanya sia sia saja aku bazirkan tenaga.
Suapan penawar haus dari Tuhan lebih memuaskan.
Aku? Apa aku dapat?
Penat dan lelah sahaja.
Apalah hujan ni punnnn....
Mcm nak usik org tua..
Nak main main dgn mokcik yg kurang karen agaknya.
Hmm...geram nya laaaaar!

Thursday, March 5, 2020

Nak marah ke nak gelak...



Kelas masakan hari ni.
M: Meh sini mummy ajarkan masak.
     Sediakan bahan dulu.
     Bawang merah 5 ulas.
     Kupas. Mayang.
Iffah: Bawang merah yg besar2 ke yg kecik2?
M: Mana2 lah..kalau kecik ambik 7,8 ulas.
     Ambik lengkuas besar ibu kaki.
Iffah: Ibu kaki mummy ke ibu kaki iffah?
M: Allah hu Iffah, agak2 la...
     Halia pun sama, mayang jer.
Iffah: Halia yg mana satu?
M: yang mcm kunyit tu lah..
    Halia pun tak kenal, camna nak masak ni.
     Gi ambik daun limau purut kat tepi tangga tu.
Iffah: Ni ke?
M: laaa...ni daun pokok bunga mummy nih.
        Daun tu kan ada bau hidu lah...
       Tu laa, mummy selalu suruh bantu mummy masak tapi kamu x nak.
       Serai tak potong sekali?
Iffah: Serai....tau tau yg panjang kan?
     Dah potong dah...nah.
M: Apa yg kamu potong ni, mana bahagian bawah nya?
      Daun aje buat apa?
Iffah: Ops, tadi suruh ambik daun limau purut siap pesan daun aje,
     Serai nak pakai jugak yg bawah tu?
     Ingat nak daun jer.
Mummy pengsan.
Iffah beli nasi kakwok.


Ok lah, mungkin dia tak sebaik adik nya bab masak tapi ada kelebihan dia tersendiri
Dia cekal, saya byk bergantung pada kecekalan dia menghadapi apa jua keadaan.
Begitu lah anak2 ni walau dari kilang sama tapi personaliti tak serupa.
Mummy sayang anak2 sama saja, anak2 lah yg menguatkan kita.
U can do it iffah!

Wednesday, March 4, 2020

Belum ku temui damai.

Aku masih lagi berdiri
di balik tirai kenangan ini.
Mencari cari bayang mu
Mengintai senyum mu
Dalam diam aku menjeruk hati
Menyiksa jiwa raga sendiri.
Masih begini, sentisa begini.
Rindu ini sangat meletihkan
Amat lelah mengusung duka ini
kesana ke mari
Namun ku heret juga bersama.
Berkali kali aku cuba lupakan mu
Berkali kali pula terbit ingatan
Kamu di mana?
Mimpi ini belum tamat.

Tuesday, March 3, 2020

Tajuk utama akhbar dan di kedai kopi.

Bukan saya tak ikuti, saya baca juga dan tgok juga.
Setiap yg berlaku tu saya tau..
Cuma saya jenis yg tak memihak.
Bagi saya yg salah tu salah tak kira dari pihak mana.
Yang betul, benar tu tetap benar.
Tapi saya malas nak tumpang sekaki dalam menambah perasa.
Biarkan saja luncai terjun dgn labu nya..
Siapa pun, pihak mana pun yg menang saya doakan sejahtera.
 Jgn menang jadi abu dah, kalah jadi arang batu, batu api.
Yang menang tu jadilah pembaik pulih apa yg perlu dipulihkan.
Yang kalah tu terima lah kekalahan sebagai batu loncatan untuk
perbaiki diri sebelum meloncat utk kali seterusnya...
Loncat, lompat ni biasa, bukan tak biasa.
Malas nak komen pasal tu.
Cukup lah saya kata...
Siapa pun pemimpin, saya masih begini..
Kehidupan saya masih begini
Tidak sedikit pun berubah..
Saya tetap PM di negeri saya
Celik mata pagi2 kena fikir pasal anak negeri saya nak makan apa.
Saya kena bereskan rutin2 seterusnya.
Urusan saya serupa, no complaints...
Masaalah saya masih sama tak kira lah siapa pun menang.
Sendiri tanggung, kena hadap juga walau paksa rela.
Ada duit hati senang, x ada duit pun bukan boleh mintak dgn mereka kan?.
Tak perlu lebih2 sokong mana2 pihak..
Yang dapat elaun nya mereka..
Yg dapat pingat mereka..
Yang dapat projek mereka..
Dpt nama, dpt kumpul harta..
Semua mereka.
Kita duk diam diam jer lah..
Kalau bising pamer emosi yg kita dpt hanya seteru.
Tak pasal2 masam muka dgn orang hanya kerana berlainan cita rasa.
Tak berbaloi wei...
Dia org nak tertumbuk ke, nak fitnah apa ke biarlah, kita tgok jer.
Esuk2 tak mustahil dia org telan ludah masing2 mcm telan nasi, tak heran pun.
Hari ni mereka bertinju esuk peluk penuh kasih sayang.
Tak pelik sikit habuk!
Kita?
14 keturunan x bertegur sapa dah dgn kawan yg kita dah anggap pemberontak.
Nak gi masjid pun segan sbb dgn tok imam tak sehaluan.
Apoolaaar...
Jangan lah hilang akrab kerana orang yg tak kenal kita pun.
Awak ingat dgn tolong sokong bagai nak rak tu ada pekdah?
Ya, ada pekdah kalau org yg awak sokong tu wassup awak, call awak
atau pun sekurang kurang nya dia sebut nama awak dalam teks ucapan nya.
Ada dia bantu hantar kita gi spital waktu tayar kereta kita pancit?
Ada?
Tak kannn...
Si mamat sebelah rumah juga lah yg tlg kejar/ tangkap arnab kita yg terlepas.
Mokcik jual goreng pisang kat simpang tu jugak la yg acap
tanya kita kemana kalau lama tak jumpa.
Ada YB buat mcm tu? Kenal pun tidak, mau nya!
Simpanla bodoh kita tu utk jaminan masa depan, gitewww....
Panjang umur kita, kita boleh saksikan negara kita tambah maju
Kita doakan macam tu...
Cukup sakat tu weh.
Jap nak juga tanya,
Awakkkk,
Yang awak duk melalak tgah jalan secara percuma tu apa hal?
Sengaja nak org maki eh?
Pelik laaa....
Bak kata orang mana tahh..
BUAT BAIK TU BERPADA PADA.
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI,
BUAT BANYAK KALI.


Monday, March 2, 2020

Tahu kah anda?

Masjid ni nampak biasa biasa saja
Tapi luar biasa nih
Ramai orang tak tahu
Masjid ni ada cerita di sebaliknya
Masjid ni di panggil Masjid Sultan brunei.
Kenapa panggil begitu?
Sultan Brunei yg bina masjid ni.
Betul lah, jgn tak caya pulak.
Satu2 nya masjid di Kelantan yg dibina oleh Sultan Brunei.
Kenapa beliau bina masjid dalam kawasan terpencil ni wallahualam.
Kena soal selidik dulu..ke rahsia?

Cantik tau disekitar masjid tu
Di bina di tepi danau yg luas terbentang
Danau ni dijadikan tempat berkelah santai2 bersama keluarga.
Saya bukan dtg untuk berkelah, singgah tanpa di rancang saja.
Saya sempat la posing tapi nak posing lebih2 segan jugak.
Nak snap photos lebih2 pun segan sebab waktu saya singgah ada anak2 pondok tahfiz dlm masjid.
Saya singgah unplanned, tak bersedia dan tak tau yg masjid ni dlm kawasan pondok tahfiz.
Saya hadir tangan kosong, rasa sangat terkilan.
InsyaAllah lain kali akan kesini lagi dgn lebih bersedia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...