Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, March 11, 2020

Tak habis habis....

Serabut.
Malam tadi tak leh lelap langsung.
Serius cakap ni, memang hati sgt serabut sehari dua ni.
Kalau diikutkan hati yg terbakar menyala lu lu nih,
mau rasanya saya lari ke hujung dunia.
Allah hu.
Astaqfirullahilazim.
Sabar Hani sabar.
Mujur ada blog.
Ada tempat meluahkan perasaan.
Tak kira, org baca ke tidak, yg penting boleh let go.
Tak suka ngadu pada manusia..
Bukan tak ada sedara, bukan tak ada kawan,
tapi saya tak suka kongsi air mata dgn mereka.
Lebih rela sorok setiap duka dan pamer yg indah2 saja.
Di blog ni lah saya himpun segala luka duka pecah berkecai hati .
Setiap kali saya luah di sini saya akan rasa lebih baik selepas itu.
Boleh berwudhuk, solat sunat...
Nak doa byk2...nak doa sehabis harap.
Tuhan ada dan Tuhan sayangkan saya.
Sebab tu lah Dia duga saya.

Tuhan ku,
Tenangkan lah hati yg duka lara ini.
Damaikan minda yg bercelaru
Jinakkan amarah ku
Diamkan lidah ku, senyapkan suara ku.
Aku cukup takut bila kesabaran mengundur diri
dan memberi ruang pada iblis mencorak langkah.
Nauzubillah...tak nak macam tu.

Sekejap lagi selepas selesai dhuha saya nak keluar.
Nak memandu ke mana saja...rehat minda sekejap.
Saya dah biasa rasa stressed, depressed dan whatnot.
Saya yakin kejap lagi insyaAllah saya akan baik2 saja.
Ok, kena stop menangis dulu ni...
Dah Hani dah...
Sudah sudah la wahai mata....

Tuesday, March 10, 2020

Bahasa hati bahasa rindu.

Bahasa rindu kakak ku
Sarat nya duka yang dia kongsikan.
Aku hanya mampu menelan sendu.
Aku tau kak, sungguh aku tau.
Hadam.
Sabar lah kak.
Bahasa rindu kakak ku
Ku baca ulang ulang
Aku faham kak.
Terlalu faham.
Kata kakak.....



Sabar la kak.
Tuhan lebih sayangkan dia.
Kirimkan doa yg baik2 buat dia.
Semoga roh nya di cucuri rahmat.

Monday, March 9, 2020

Promote kedai orang.

Pak Ya gulai kawah.
Nampak kedai biasa biasa saja
Tapi serius cakap, sedap sungguh!
Pelbagai lauk pauk
Ulam ulaman banyak
Speciality nya gulai kawah dan kari kepala ikan .

Kedai tu terletak betul2 di tepi jalan sebelah pantai irama
Kalau tgok land mark ni kena berhenti di sini.
Kedai tu sebelah ni saja.
Nak parking no problem..ample parking space.

Dekat kedai ni ada alur atau anak sungai.
Cantik tapi tak terjaga
Dari sini nampak lautan cina selatan kat belakang.
Walau kedai tanpa aircond tapi tak rasa panas sbb angin pantai kot.
Kena cuba, kena singgah siapa belum pernah singgah.
Saya akan singgah lagi.
Tadi saya makan sup daging, kawan saya makan kari ikan ...
Lain kali nak cuba lauk lain pulak.

Thumbs up la Pak Ya!
Kekalkan mutu hidangan tu Pak Ya supaya perniagaan laris.
Saya tolong promote for free ni Pak Ya.
Mana tau kot2 lain kali singgah dpt discount.
Hehe...

Sunday, March 8, 2020

Musim tukang jahit berkuasa.

 Problem masaalah ni.
Belum masuk bulan Syaaban, jauh lagi Ramadhan,
tukang jahit dah tak ambik tempahan.
Biar betul.
Kita ni, material pun belum beli lagi.
Warna tema tahun ni pun anak menantu belum decide.
Dah terlambat dah.
Kena fikir plan B lah.
Plan B bermaksud kena  guna kuasa rayu.
Merayu bagai nak rak.
Tolong la dik, akak ni kan regular customer..
Rakyat seisi negeri kalau nak raya tempah baju kat kamu dik..
Please lar...
Betul lah kamu dah call pesan dari bulan Feb lagi kalau nak tempah cepat2 hantar kain.
Tau, salah akak tapi terlepas pandang pulak lar akak nih.
Ok ok...my mistake tapi boleh tak sayang, baju anak negeri 6 pasang jer....
Akak ni kamu tau la kan, fussy, payah nak kena.
kalau tukang jahit lain yg jahit memang sudahnya kena alter.
Kamu jer yg faham dan tau ukuran yg betul bagi kami sekeluarga.
( ukuran ala2 model ni payah tau nak cari tukang jahit yg pandai sorok lemak)
Kalau kamu yg jahit, ngam ngam jer....
Memang perfect.
Esuk akak hantar kain k.
Dont worry, kain jenis senang nak jahit pun.
I lab u dik.
Done!
Berjaya!
Kuasa rayu ambo masih laku.
Hehehee....Masih berbisa pujuk rayu ku ini!

Cuba pikir.Senang sungguh kerja tukang jahit ni..
Goyang kaki jer ..
Duit tetap masuk.
(Sekarang guna letrik, tak goyang kaki dah kan?)
Sepasang upah jahit dia dpt paling kurang rm45.
Kalau dia jahit 2 pasang sehari...rm90
Nak raya 3 bulan lagi..90hari x rm90
Rm8,100 tanpa kira yg selebihnya lagi tu.
Lumayan dik.
Buat duit ko dik!

Bakpo la ambo tak jadi tuke jahit etek.....?

Saturday, March 7, 2020

Kalau berani cuba lah...


Breakfast pagi ni. Pulut kuning tu tak pelik.
Tapi pasangan pulut kuning tu lain dari yg lain tau.
Special.
Lauk tu namanya ' Yesterdays leftovers'
Hak cipta terpelihara.
Ciptaan mummy.
Cayalah, sedap awak!
Nak resipi?
Haha...senang jer, meh mummy ajar.
Mula2 bukak peti ais.
Keluarkan semua lauk2 semalam yg tersimpan.
Tak kira la gulai ayam ke, sambal bilis ke, goreng daging ke..
Masukkan dalam kuali.
Tambah santan dan yg sewaktu dgn nya.
( Kali ni chef tambah cili boh, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut maka jadi mcm rendang gitu)
Boleh juga tambah apa2 bahan lagi, ikut gerak hati chef lah.
Janji bila test di lidah chef, rasa sedap secukup rasa.
Masak hingga hampir kering.
Tadaaa.....dah jadik dah!
Sedap tau.
Resipi sentiasa berubah mengikut keadaan
Tapi awas agak bahaya pada perahu2 kecil nih...
Jangan pelik kalau lepas makan masuk acara lari berganti ganti ke tandas.
Bukan selalu macam tu, kadang kadang, jarang jarang.
Jangan salahkan chef.
Tapi salahkan perut siapa yg makan, dah perut gred C  camtu lah.
Ke ada perut yg gred D.?
Ok selamat mencuba.
Majulah sukan untuk negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...