Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 19, 2020

Beli nasi berlauk jer pun.

Cuba untuk nampak sihat macam biasa
Walau sebenarnya saya tau saya masih lemah.
Saya gagahkan diri demi anak cucu
Saya tau mereka risau kalau nampak saya terbaring saja.
Saya sendiri pun x suka dilayan macam orang sakit.
Saya kena kuat.
Kena cepat kembali aktif seperti saya yang biasa nya.
Tadi saya pandu kereta, dekat2 ni jer.
Singgah pasar yg menjadi kebiasaan bagi saya dulu.
Hari ni dah tak macam biasa.
Saya rasa sesak nafas bila tengok orang ramai.
Tengok tangga rasa semput, belum panjat lagi tu.
Rasa tak sanggup nak redah suasana pasar.
Walhal kalau dulu pantang free saya ke pasar.
Seronok jumpa orang, seronok berinteraksi dgn si penjual
Ada saja gelak gurau dan cerita baru yg saya kutip untuk di bawa balik
Tapi kenapa hari ni kaki beku di tempat duduk kereta.
Adakah kerana badan tak sihat dan tubuh lemah menghalang saya melangkah?
Akhirnya saya gagahkan diri masuk juga ke pasar.
Cuba.
Try hard.
Yes. Uzur pun saya boleh berdikari lagi.
Malah boleh lagi beli sarapan untuk orang lain.
Berjaya! Yes yes yes.
Now I feel good.
Alhamdullilah.

Thursday, June 18, 2020

Bila minda tenang...

Badan jadi sihat, sakit pun pulih.

Anak menantu dan cucu adalah penawar

Terhibur hati ibu tua
Grandmommy bahagia biar pun sebentar cuma.
Tuhan berkati lah masa depan mereka
Yang paling best, semua otak masuk air.

Tuesday, June 16, 2020

Toktua ambo.

Bukan senang nak berkumpul semua ahli keluarga dalam satu masa.
Ni pun Wan, hany, ijaz dan izan tak ada.
Tapi ok lah, dari tunggu semua ada, cukup bersyukur dah ada seramai ni.
Hari ni saya, anak menantu dan cucu balik kampung arwah suami.
Jumpa mak mertua atau 'toktua' kata org kelantan.
Happy nya Ma dengan kunjungan kami semua.
Ma masak nasi dagang, dia memang pro pun.
Kami makan sesungguh hati, licin!
Kami happy, Ma pun happy.
Belated raya gitu.
Ma hulur duit raya buat cicit.
Suka la tu cucu2 saya dpt duit dari moyang.
Cepat masa berlalu.
Kami dah nak pulang.
Ma berdiri di pintu..
Kami tau siapa yg dia rindukan.
Setiap kali tengok saya, di mata dia ada arwah anak nya.
Getar suara dia adalah rindu seorang ibu.
Faham Ma. Faham sangat2.
Ma, jaga diri k, kalau apa2 cal jer,
I will try my best to always b there for you.
I luv u Ma..We all do.

Monday, June 15, 2020

Aktiviti hari ni

Yang bawah umur pesta air.
Yang lebih umur pesta durian
Saya yg tua purba ni tengok saja.
Saya tak suka durian.
Suka main air .
Tapi takkan la nak join cucu dlm kolam plastik tuh!
Jadi nenek tengok sambil tersenyum.
Hati nenek munga munga.
Bila semua anak cucu berkumpul di bawah bumbung pondok ni
Udara berbau bahagia.

Sunday, June 14, 2020

Terlajak perahu takper.

Walau masih uzur, mulut masih laju menyaman orang..Gini cerita nya.¹
Saya kat dapur petang marin. Pintu dapur saya selari dgn pintu keluar masuk ke tingkat atas.
Sedang saya duk di sink, bunyi mcm benda besar terbalik
GEDEGANG!
Saya syak mesti kerja anak jantan saya yg ada di tingkat atas.
Dia pernah sebut pasal rak kasut tingkat atas dah goyang.
Apalagi, saya full volume la marahkan dia.
Saya tau dia dengar jelas dari atas.
" Wei bertuah. Jangan ganas sangat boleh tak? Takde kerja lain ke?."
Diam. 
Senyap.
Aik, dia buat tak dgr ke. Ikut kebiasaan eluk jer suara dari bawah sampai ke telinga di atas.
Diam dan senyap.
Gedegangggg! Sekali lagi 
Darah saya menyirap bila dgr bunyi tu.
"Acu mari sini teh nak oyak., koho ore lare koho buat, tok reti nih.apolarrrr!
( dialek kelantan ni tanda meter marah dah menyala)
TIBA TIBA.....
Suara itu buat saya rasa nak masuk menyorok dlm rumah.
Suara itu buat saya bersyukur pagar memisahkan kami jadi dia tak kenal wajah saya.
"Dok doh makcik... Pah ni kita lerak bata koho koho doh .."
( Tak buat lagi makcik. Kita buat perlahan lahan selepas ni)
Rupanya....
Yang saya dengar tu bunyi dari luar pagar .
Boroh dalam pembinaan rumah sebelah.
Mereka longgokkan bata di sebelah pagar saya.
Tak pasal2 budak tu kena marah.
Menanah telinga budak boroh tu.
Sian budak tu, sah dia ingat saya marahkan dia.
Sepanjang dia jadi boroh belum pernah lagi kot kena marah bila longgok bata.
Sejarah tercipta hari ni.
Dia kena bebel kat mokcik yg tak dikenali adalah sejarah bagi dia.
Saya membebel sehingga merentas sempadan daerah tu sejarah bagi saya.
Sorry la anak, mokcik uzur2 ni bekeng sikit.
Kalau mokcik sihat mokcik bekeng banyak.
Kwang kwang kwanggg...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...