Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, December 22, 2020

Ada tujuan tapi rahsia.

PahNun datang dari jauh.
Selepas breakfast kami keluar.
Tini pun join sekali.
Singgah ambik Zila sekejap.
Jom, lets go.
                PahNun dah lama tak kesini
Seronok nampak dia.
Kami ni temankan dia saja.
Tak sah kalu tak posing.
Foto jadi bahan bukti kami ke sini.
Orang tak ramai mana pun.
SOP tetap dipatuhi.
Hadoiiii..
Mokcik ni pun satu hal.
Suka suka jer, hibur hati.
Kami singgah di Cbg 4 TokMekNgah untuk lunch.
Sedap sungguh masakan di kedai ni.
Perut goreng kunyit garing tu yg special sangat.
Licin
Kenyang
Alhamdullilah.
Seronok keluar dengan kawan2 sekepala.
Tua2 pun kena ada 'me n my friends time' jugak.
Stress free outings.
InsyaAllah ada kelapangan, murah rezeki dan panjang umur boleh 'derrat' lagi.
Jangan jeles tau...
Kami org biasa2 ni cam ni jer la..hobby secara paling murah. Padan dgn poket kami yg tak berapa tebal ni..
Awak lain la, orang have have....

Monday, December 21, 2020

Nama pun manusia.

 Bila banjir kamu pinta mentari.

Bila kemarau kamu rindukan hujan.

Bila malam gelita kamu cari cahaya

Bila siang silau kamu selindungi mata.

Bila aku datang kamu tidak menoleh pun.

Bila aku undur kamu mencari cari.

Apa mau mu sebenarnya?

Tuhan tidak pernah silap merencana.

Pinta mu sentiasa berubah ubah.

Hati mu yang bercanggah.

Apa mau mu sebenarnya?

Sunday, December 20, 2020

Sukat air.

Keluar sukat air.
Hujan lebat, kawasan rendah dah mula banjir.
Tapi oleh kerana wabak covid ni masih aktif,
kami terpaksa hati hati.
Mask tak lupa pakai, SOP sentiasa kena patuh.
Kami lebih banyak duk dlm kereta.
Kalau keluar pun di tempat orang x ramai
Kami jelajah daerah2 berdekatan.
Akhir sekali kami kembali semula ke Kota Bharu
Kami singgah di tepi jambatan Sultan Yahya 
Orang tak ramai jadi kami turun dari kereta
Air sungai agak melimpah
Entah2 petang nanti dah tak boleh lalu bawah ni.
Dah meninggi hari.
Perut dah minta di isi.
Kami cari pot makan yang tak ramai orang.
SOP perlu di jaga demi keselamatan diri sendiri.
Makan hanya berdua di satu meja.
Meja pun jauh2 kedudukan nya.
Duduk2 melepaskan penat
Otak melayang jauh
Apa khabar dia yang rumahnya di kawasan rendah tu?
Apa khabar mereka yang bertugas dalam hujan meredah banjir?
Apa khabar anak2 yg minta disuap sedangkan orang tua hilang pekerjaan kerana covid dan kerana banjir?
Kita mata yang memandang tak seberat bahu yg memikul.
Teringat rakyat di rumah.
(Dah kenyang baru ingat anak negeri)
Ok ok...Nanti kena singgah beli lunch, nak balik masak dah tak sempat.
Jom la balik...Mission accomplished.

By the way...Foto ni, yg last ni...
Candid ni...
Mokcik sungguh tak perasan kawan snap foto.
Kalau tau, sahla mokcik senyiummmmm gitu.
Ada nampak mokcik garang?
Bekas guru bahasa inggeris kannnn...
(Garang dan bekas guru BI berpisah tiada)

Saturday, December 19, 2020

Air dah naik

 Ada tempat rendah yang dah dinaiki air.

Banjir gelombang kedua.

Hati hati

Nyawa lebih berharga dari harta.

Semoga Tuhan permudahkan urusan mereka yg berhadapan dengan dugaan begini.

Tadi awak beritau air mula masuk lepas isyak. Sekarang agaknya sedang meningkat paras air tu.

Tak tido la malam ni kan?

Kesian.

Harap2 esuk lebih baik. Saya doakan begitu.

Kucing2 duk kat mana tu? Kalut la mereka agak nya.

Kalau dekat, saya dah gi tengok macam mana keadaan rumah awak.

Nak juga merasai pengalaman banjir.

Tak apa lah, esuk share foto2 awak dan banjir ok.

Jaga keselamatan tu..

Friday, December 18, 2020

Hiburan

 Tiap kali tengok foto2 ni mesti mengundang senyuman.

Memang nak tergelak sungguh.

Orang yg ambil gambar ni memang awesome laaar.

Kena jer masa dan suasananya.

Ni ada beberapa keping yg saya nak share.

Kalau awak tengok tapi tak rasa tergeletek hati tu tak tau lah...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...