Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, December 27, 2020

Jepun pun jepun lah..

 Anak anak punya kerja la ni

Ajak keluar lunch

Ke restoren Jepun.

Haishhh!

Tekak mummy tekak melayu lah

Tapi takper, tak salah mencuba.

Ok, thank you anak kerana belanja mummy lunch.






Wednesday, December 23, 2020

MAWADDAH the wedding palace

Kedudukan nya di sebelah kanan, tepi jalan utama dari Bachok menghala ke Tok Bali.
Sebuah dewan/wedding palace yang baru dibuka untuk tempahan.
Cantik susun atur nya
Kemas
Gerbang bunga ni menyambut tetamu sebaik melangkah ke dalam dewan.
Hiasan pelamin nya ringkas tapi nampak mewah
Susun atur yang lapang buat yg nak bergambar seisi keluarga.
 
Sudut 'makan beradab' berada berdekatan dgn pelamin
Sudut kecil tapi sangat cantik.
Berlatarbelakangkan tirai putih memukau.

Meja hidangan tetamu dalam kedudukan yang selesa.
Dewan agak luas untuk bilangan tetamu yg ramai.
Bersama saya ni pemilik Mawaddah the wedding palace ni.
Personaliti nya yg ceria dan sangat ramah.
Mudah untuk berurusan dengan nya
Di sebelah dewan ni ada pula restoren yg menyediakan pelbagai hidangan.
Semua ada, macam macam ada.
Sedap. Sungguh sedap.
Kena masukkan dalam senarai ' mesti singgah' ni.
                                     Ini salah satu tarikan nya
Mee kari yang mendapat pujian setiap yg dah mencuba.

Untuk penggemar nasi, pelbagai lauk di sediakan.
Memang rambang mata nak pilih.
Saya makan sup tulang tadi.
Finger licking good!
Kambing bakar pun ada.
Bagi yg ambik pakej perkahwinan tertentu, 
kambing bakar akan di beri percuma, on the house gitu
.

Syabas tuan punya 'Mawaddah the wedding palace' dan restoran ni.
Semoga murah rezeki dan berkembang maju
Sempat jugak kami posing dengan dia walau pun dia nampak sibuk.
Good hospitality, keep it up Kak Yah.
Tak sabar nak datang lagi bawak kawan2 lain nya.
Nak buktikan apa yang saya cakap ni betul dan benar belaka.
Tak cuba tak tau kan?



Saja nak tanya sikit...

Kalau kita beli barang dalam bentuk borong,
harga lebih murah berbanding dengan beli hanya satu barang sahaja.
Sama juga kalau kita acap beli di tempat yang sama, ada kemungkinan untuk tuan kedai beri potongan harga.
Kira macam regular customer ni dapat 'discount card' gitu
Nak tanya sikit laaarr....
Saya ni banyak sungguh dugaan hidup.
Tuhan acap uji saya dengan pelbagai corak ujian.
Tertimpa timpa.
Kalau ujian dugaan itu diibaratkan shopping di supermarket, 
Dah penuh troli dah.
Dua tiga troli, tak larat nak heret dah.
Nak tanya jer....
Dah banyak ni takkan tak ada potongan.
Takleh diskaun sikit ke?
20% diskaun pun tak apa.
Kalau ada ganjaran mata/points,
dah byk terkumpul rasanya.
Dah boleh ditebus dah..
Tebus dapat apa?
Dapat set penjagaan hati.
Atau
Dapat tuala buat mengelap air mata pun ok.

 Tak ada lah, tanya saja....

Bukan habis sabar, jauh sekali tak redha.

Tau, ujian itu penghapus dosa.

Ujian dugaan2 itu tanda Allah ingat kita dan

Allah nak kita dekat pada Nya, Dia nak dgr rayuan kita di ribaan Nya...

Astaqfirullahilazimm.....Entah hapa hapa jer la saya pagi2 buta ni..

Otak sekali sekala masuk air.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...