Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 6, 2021

Haduh du du du du du...

 Dah sinonim dengan usia.

Sakit urat saraf.

Teringat lagu PRamlee yg ajis satar nyanyikan dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk.

"....Bekerja kuat nanti reput tulang.."

Hahah..ni bukan reput tulang nih, ni jem urat saraf.

Zaman muda2 dulu ok lah, waktu urat dawai tulang besi semua pun boleh buat.

Sekarang ni yang kuat hanya lah 'Keng' istilah orang kelantan.

Keng atau Rahang maksud nya gagah di mulut saja, bab pot pet pot pet masih power.

Kalau paksa diri buat sendiri ni lah kesudahan nya.

Sakit urat pinggang lah, sakit tulang belakang lah, byk la tempat sakit nya.

Badan pun mulalah bau macam nenek kebayan, segala minyak urut, segala cream dan balm duk lumur kat badan.

Sedarla diri tu dah tua purba mokcik hani wei....

Sakit ni penghapus dosa2 kecil.

Redha lah ...

Sehari dua ni jalan dah macam robot. Duduk bangun seiringan dengan ucapan " haduhhhh"

Tapi jangan tak caya, kalau lah boleh keluar (bukan PkP), makan2, jalan2 atau shopping nyoping,

Sah sembuh jam tu jugak!

Talking thru experience ni awakk.... 






Friday, February 5, 2021

Dunia terpaksa

Bosan sangat lama terkurung kat rumah, terpaksa keluar.. Bila keluar, terpaksa patuh SOP.
Nak keluar sorang2 rasa janggal pulak, terpaksa heret seorang kawan. Dia yang tak berapa nak keluar terpaksa ikut. Nak beli makanan kucing saja, takut kucing kelaparan,terpaksa cari,terpaksa pilih kedai tak ramai orang.
Dah masuk kedai banyak godaan ni, takkan nak tengok saja, terpaksa beli, terbeli banyak la pulak. Dah beli terpaksa bawa balik ke rumah terpaksa hadap dan terpaksa hadam apa pendapat anak2 tentang 'benda entah hapa2' yang mommy bawa balik tuh.
Selipar cap ayam saya putus, terpaksa beli selipar lah jawapnya. Nampak kedai yang tak ramai orang ada di depan tu, terpaksa melintas ke kedai tu sekali lagi. Kedai ni tak ada selipar cap ayam, terpaksa beli cap itik saja.
Betul lah kata orang...Hidup ini penuh keterpaksaan.Bersyukur lah kita walau segalanya terpaksa, kita masih boleh meneruskan hidup. Terus senyum walau terpaksa.
Hidup terpaksa diteruskan selagi ada nyawa di badan.
Entri untuk blog saya hari ni entri yg merapu meraban. Sampah! Terpaksa perah otak up kan entri demi niat nak jadikan blog diari harian dalam kehidupan saya.
Boring? tak payah baca. Bukan paksa jangan rasa terpaksa....
Berapa banyak terpaksa la weiiiii!!!!!

Thursday, February 4, 2021

Nak bagi jer.

 


Suka kaktus

Senang nak jaga

Tak perlu siram hari hari.

Satu saja yang buat saya rimas

Duri halus nya tu.

Kalau melekat kat kulit duk terasa ngilu nya

Tengok dengan mata tak nampak, halus sungguh.

Nak buang punya la payah..

Tambah2 kalau kat jari atau tapak tangan.

Asyik terasa duri tu ada.

Saya ada kaktus pemberian dari kawan2.

Dah besar dan membiak dah, cantik.

Ada siapa2 yg minat tak?

Meh la ambik, nak bagi free jer.

Dah beranak pinak penuh pasu dah ni...




Wednesday, February 3, 2021

Sambung lagi

 Iya ke......

Hmm..2 minggu lagi la duk berkulat di rumah.

Bersawang berlumut.

Hampir habis segala aktiviti dah dijalankan.

Buntu fikiran tak tau nak buat apa lagi dah.

Bosan tahap dewa nih.

Orang lain PKP berani gak keluar2...

Saya ni rakyat yang patuh.

Keluar utk perkara wajib saja.

Maka duk terdampar lah di rumah di kebanyakan waktu.

Bila PKP baru ni dah nak tamat, dalam kepala duk plan macam2..

Pecah berderai lah mimpi, kena kurung lagi ni.

Sabar jer lah makcik Hani...

Makan tido, makan tido...ulang2 lagi begini.

Huhuhuhuhuuuu.....!

Dah bosan sangat ni kita belek album lah, tengok foto lama dan kenangan waktu2 bebas dulu.

Apa khabar pekan Munduk la ni? Dah jadi pekan mati ke? Best nya nasi khomok di Munduk.
Dulu boleh rentas sempadan negeri. Boleh berkumpul anak cucu- bonding time.
Nak balik jengok org tua di kampung pun boleh. Lama tak tengok kolam dan tangkap ikan.
Dulu majlis boleh buat besar besaran. Meriah gitu. Siap guna khidmat heli lagi..Sangat meriah.
Boleh makan2 kat luar. Pantai suri dah tak berseri kot sekarang ni..Ada lagi ke pasar pantai Suri ni?
Kelas2 agama di masjid pun banyak..seronok 
Nak shopping tak ada masaalah. Keluar dgn kawan2 usir bosan..
Nak keluar berkelah di pantai dgn keluarga  pun boleh.Kawan2 nak berkumpul di rumah ramai2 pun tak apa...seronok masak dan jamu kawan2..
Those were the days...
Semoga kehidupan kembali normal selepas ini.
Kita sama2 berdoa wabak ini berjaya diusir, InsyaAllah.


Monday, February 1, 2021

Bakal jadi sejarah

Saya duk tilik foto2 yang terakam di sepanjang PKP. Walau kita puasa, raya, sambut itu ini dalam PKP, syukur segalanya tetap meriah. Tetap indah dgn cara yg tersendiri. 
Hari ke dua PKP yg pertama. Lockdown paling ketat. Kami breakfast stail berkelah di pantai tapi dalam pagar depan rumah saja. Seronok juga sekali sekala berkelah tanpa pasir dan ombak. Sunyi jer, tak ada bunyi kereta melintas dan tak ada orang lalu lalang. 

Akhir mac 2020 kami sambut birthday budak dua orang tu. Sambut secara dalaman, tanpa jemputan pun. Sesama kami anak beranak saja.Masak sikit2 ambil syarat saja tapi tetap terasa kemeriahan nya.
Aidilfitri dalam perintah PKP. Tak ada solat sunat, tak ada kunjung mengunjung. Baju raya pun tak ada, pakai jubah lama saja.Beraya lah kami sesama sendiri. Bermaaf maafan dan makan juadah raya ulang ulang. Maklum lah dah tak ada tetamu nak makan, kami jugak yg makan.
Sepanjang PKP masa byk di rumah. Alhamdullilah ada lebih masa untuk baca quran.Dua minggu dah boleh khatam quran . Kalau tidak PKP asyik tertunda tunda sbb byk keluar masuk kesana kesini kesana kesini.
Masa untuk berkebun pun lebih panjang. Main tanah lah sampai tengahari tak jadi masaalah. Tak terganggu dgn kehadiran orang luar, jiran pun tak keluar rumah. 
Selain tanam pokok bunga, saya berPKP dengan melayan hobi lama. Dinding2 rumah saya jadi mangsa contengan jari saya. Puas. Seronok. Cantik ke tidak soal kedua. Yang utama nya boleh pegang berus dan main dgn warna.
Aktiviti wajib sepanjang PKP. Masak dan makan. Menternak lemak dengan jaya nya. Waktu begini perut sentiasa minta di isi...masak makan, masak makan, masak makan. 
Ni pakaian wajib masa PKP..Bukan niqab tu yg wajib tapi tutup mulut tu. Selalu pakai mask, sekali sekala cuba pakai niqab..Janji tak kena saman.Hadehh! Best jugak PKP nih...Sejarah yang akan kita kenang sampai bila bila..Kita jaga kita. Stay at home, stay safe. SOP kena patuh. We can do it!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...