Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, February 12, 2021

Sibuk nak menyibuk

 Makhluk Allah yang kenit ni memang suka menyibuk. Bila nak siram pokok berebut gardenhose dengan dia. Geram la weiii!

Kalau tak bagi dia mengamuk sakan
Kita pulak takleh nak buat kerja.
Kalau bagi garden hose ni kat dia,
Lagi lah kita tak siap kerja kita.Ok ok...nenek mengalah.Hentam saja lah cucu.Nenek terpaksa tunggu kamu dah lenjun dan bosan baru boleh sambung kerja2 menyiram.Go ahead, janji kalu tak menangis mengamuk.Nenek pulak yang rasa nak menangis nih.


Wednesday, February 10, 2021

Tahniah Iffah.

 Anak saya duk risau pasal potluck kat ofis dia esuk. Nak tergelak juga saya bila dengar dia duk luahkan kerisauan dia. 

Dia nak bawa masakan ' homecooked '. The problem is dia bukan pandai sangat masak seperti adik dia yg sorang lagi tuh. Dia tau dia x pandai masak, tu pasal la dia risau. Saya boleh saja bantu dia masakkan apa2 yang sesuai. Tapi dia berkeras nak bawa masakan yg dia masak sendiri.

Ok, mummy bagi resipi dan bagi taklimat masak puding yg paling senag atas dunia ni. Senang dan sedap..U can do it dear. 

Maka klung klang klung klang lah dia kat dapur. Saya kat dalam bilik berdoa panjang pendek agar dia berjaya hasilkan yg terbaik.

At last berjaya jugak la. Hasil nya terhidang lah Puding Roti dan sos kastad..Kan dah cakap masak ni mudah. Iffah happy. Mummy lega dapor tak terbakar dan of course la happy juga.


Tuesday, February 9, 2021

Pandangan 10 sen dari saya.

Saya dah mula jadi skeptical dgn PKP nih.

Opsss...maaf, mukkadimah dgn ayat beremosi sikit. Dada ketat tersumbat nih. Just nak luah di sini utk kita pakat2 pikir

Cukup cukup lah berPKP ni. Kita hanya perlu terus jaga SOP saja. Jaga betul2, ketatkan arahan. Saman dan hukum kalau engkar SOP. SOP yg penting. Lama sangat berPKP ni dah mula memudaratkan. Rakyat dah tersepit antara takut mati kerana penyakit atau takut mati kerana kebuluran. Mana lebih menakutkan?

Ekonomi makin teruk. Yang miskin tambah miskin. Yang bekerja jadi pengganggur. Yang boleh berdikari dah kena mintak bantuan. Ada yang terpaksa pindah kerana tak mampu bayar sewa rumah. Homeless. Hanya yang kaya tetap kaya raya. Bagi mereka no problem PKP ke tidak, duit masih juta juta.

Malam tadi ada cubaan  nak pecah masuk rumah saya. Agak2 kenapa diaorang panjat pagar dan umpil tingkap nak masuk? Singgah nak tengok saya melukis ke malam2 buta? Ke singgah nak sama2 solat sunat tahajjud? Ke saja2 tak leh tido malam rasa nak exercise panjat pagar?Awak rasa?

Kalau lah tidak kerana anak menangis kelaparan...Kalau lah tidak kerana perlu bayar hutang...Kalau lah tidak kerana poket dah kosong..dah hilang sumber pendapatan....Kalau lah tak terdesak, terpaksa, takkan sanggup mereka gadai nyawa.

Betul lah mencuri merompak itu salah. Memang salah.Bukan itu cara cari rezeki. Ramai lagi orang yg susah tapi tak buat kerja salah begini.Tapi kalau dah 5 buah rumah di kejiranan yang sama dalam masa seminggu, ini satu petanda ni. Kesan sampingan bila rakyat makin susah.

Ada yang tak kena ni...I am not blaming it on the system but something should be done..Something is not right. Please la kaji semula kesan sampingan dari PKP ni.

I am terrified. Soooo takooot la wei. Malam tadi terkebil kebil tak leh tido. Duk teringat kalau lah pencuri/ perompak tu dapat masuk dan letak parang di leher seperti jiran saya alami 2 hari lepas..Haduhhh, mintak Tuhan jauh!

Now in this never ending PKPs I lost my peace of mind..I apologised for this emotional piece of thought. Many might disagree but I don't care. If you were in my shoes than only you know why I put it this way..Than only you will agree.

Sementara tu, kita teruskan PKP kerana itu satu arahan yang perlu dipatuhi. Kita berdoa semoga ada cadangan2 baru yang lebih baik timbul. Semoga cepat lah lenyap musim covid ni supaya kita semua boleh kembali ke kehidupan kita sebelum ini...Kita jaga kita. 

Kes tak leh tido sampai pagi, otak masuk air. Dari duk berleber pot pet pot pet baik cuba tido. Hopefully bangun nanti fikiran lebih damai.

Monday, February 8, 2021

Senarai yg berjela

 Dah hampir setahun kita berPKP.Banyak nak dibuat sepanjang PKP ni. Biarpun separuh darinya hanya beku di senarai. Tak buat2 jugak.

Dari asyik duk komplen bosan bosan bosan duk rumah, baik cari aktiviti yg boleh mengusir bosan tu. Aktiviti yang kita suka la, jangan aktiviti yg dipaksa paksa. Lagi stress nanti.

Aktiviti saya suka walau tak pandai mana buat ialah melukis..Tak kisah tak cantik macam orang lain lukis pun

 Saya tahu saya bukan pelukis sekadar suka menconteng saja.Kelmarin cari warna2 yang anak cucu dah x pakai..kutip dan guna semula..ni lah hasil nya....taraaa....


Dah tu tiba tiba rasa nak lukis potret. Ini sesuatu yt saya paling takut. Dah byk kali buat tapi x berjaya.Entah kenapa hati degil ni rasa nak cuba lagi..Ni potret suami anak angkat saya nih. Happy nya dia bila siap potret tu. Walau tak hebat, hanya hasil dari seorang yg bergelar mak nenek, dia cukup suka dah. Saya pun happy bila dia terima kekurangan lukisan tu..


Esuk2 nak lukis apa pulak? Banyak ni, berjela dalam senarai 'nak cuba lukis'. Tengok la, ada kelapangan menjadi lah.

Nak gi beli warna lah...boleh keluar ke? Tak bahaya ke? Harap2 kedai stationary tak ramai orang..Lalalalaaa......happy wei!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...