Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, October 16, 2021

Bukan senang tau...



Kata Kak Shimah..... 
Bukan mudah nak putuskan hubungan. Tak kira la hubungan persahabatan ke hubungan istimewa. Kadang2 walau berkali kali kita terluka, kita tetap letak harapan yang orang akan berubah. Kita tetap bagi masa untuk mereka lebih hargai persahabatan. 

Kata Kak Shimah lagi..... Kita pun manusia juga, ada kelemahan. Bila dah acap sangat hati terasa tu ada juga rasa nak berundur saja. Bila orang dah tak hargai kita, tak pedulikan kita maksudnya kita dah tak diperlukan. Maka apa yang paling baik dilakukan selain dari berhenti berharap.. 

Betul Kak Shimah...Orang kata jatuh hati tak apa jangan jatuhkan harga diri.Pinggan tak retak nasi tak dingin.

Bila dengar kawan saya cerita begitu terasa alangkah bertuahnya saya kerana kawan2 saya tak ada yang macam tu..Tak kira yg kaya berpangkat ke, yg biasa2 mcm saya ni ke, kalau berkumpul tu memang best...Alhamdullilah.







Friday, October 15, 2021

Tak sakit tapi tak sihat.

Macam mana tuh?
Entah lah kenapa rasa serba tak kena .
Rasa badan lemau semacam jer.
Kepala berat dan urat saraf macam nak mogok.
Tau la kolestrol tinggi,
Gula pun agak tinggi,
Tekanan darah pun x berapa nak stabil, naik turun.
Tapi kenapa la akhir2 ni rasa otak pun tak berapa nak positif, otak masuk air ke camna.
Harap2 esuk 
Lebih baik dari hari ni.
Nak berblog pun tak de mood ni.
Nasib baik pujuk hati utk up kan juga satu entry.
Nak kembali bertemankan katil lah.
Nak pasang aircond kuat2.
Selimut sampai kepala.
Menangis.
What a pertatic life.
Hanya Tuhan tempat mengadu.




Thursday, October 14, 2021

Ayoyoyoooo...!

Aa sudah kijo doh laaa!
Kaya kolestrol la pulak.
Tu laa...suka sgt makan makanan berlemak.
Doktor dah bising dah, pesan benda sama berkali kali
Ampun doktor, saya akan akur.
Takooooooot
Akan cuba change my lifestyle.
Ya doktor, akan exercise jugak
Ya doktor, tau saya put on weight lately.
Ampun doktor, jangan la bebel byk sangat.
Makin stress saya ni.
Ok ok ok ok...
Mula hari ni saya insaf.
Tadi sebelum gi klinik punya la happy.
Siap duk wassup kat kekawan ajak keluar jalan2
Dah tengok muka doktor dan kena bebel tadi punah mood.

Ni foto belum ke klinik.
Kemain lagi.
Ni foto selepas balik dari klinik.
Padan muka ku.

Tuesday, October 12, 2021

Siapa yg bodoh?

Tuan rumah ke contraktor yg bodoh?
Suruh pasang tile, satu kawasan dipasang.
Tertutup tangki najis pun.
Terpaksa pecahkan semula tile
Simen semula dan dedahkan tangki tu.Kemudian tutup guna penutup khas. Ada reti? Ada faham?
Semua tu datang dengan kos tambahan yg terpaksa ditanggung oleh tuan rumah.
Bukan sedikit tau. Ribu jugak la. Tak pasal2 dek kebodohan siapa entah lah.. Kerja tak profesional. Tuan rumah pun main serah kerja tanpa pantau. Ingatan buat diri sendiri- Bodoh itu ada harga yg perlu dibayar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...