Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Thursday, November 11, 2021
Wednesday, November 10, 2021
Cerita hari ni
Tengok langit cerah..
Jom kita jalan jalan tanpa tujuan.
Mula2 ke Rantau panjang.
Tak ada apa yang menarik.
Kami singgah di tumpat pula.Dah kebetulan lalu ikut kg Jambu ni, singgah posing depan pakcik yg sedang tidor ni.
Dengat khabar patung ni yang terpanjang di Asia tenggara.

Kemudian kami singgah pulak di kedai 'Pokhok' yg tersohor tu.
Sedap sungguh nasi lauk kepala ikan gulai.
Diet letak tepi.
Lepas makan kami melawat kubur tok janggut.
Jalan jalan sinonim dgn makan makan.
Singgah beli air kelapa tepi jalan.
Nak beli goreng gorengan belum masak lagi.
On the way back, singgah rumah Kakma.
Posing dalam garden dia.
Cantik
Ok, thats it for today. InsyaAllah ada kelapangan kita keluar ukur jalan lagi. Isi masa lapang dan rawat hati sepi. Thank you my dear friends for the time spent.
Tuesday, November 9, 2021
Bahagia itu Subjektif
Janji hati sendiri lapang dan tenteram
Kita tak usik orang, tak ganggu orang
Bahagia cara kita. Bebas cara kita.
Seluas laut terdampar di depan mata

Kita tak usik orang, tak ganggu orang
Bahagia cara kita. Bebas cara kita.
Seluas laut terdampar di depan mataSebanyak pasiran pantai
Aku sentiasa berdoa semoga Tuhan sentiasa pandang ke arah ku..Semoga Tuhan sentiasa mendengar pohon pinta dari ku...
Aku sentiasa berdoa semoga Tuhan sentiasa pandang ke arah ku..Semoga Tuhan sentiasa mendengar pohon pinta dari ku...
Hanya Tuhan lah tempat ku memohon belas ihsan
Monday, November 8, 2021
Awak macam saya tak?
Memang best duk rumah kerana rumah itu syurga dunia ku.
Tapi sekali sekala rasa boring juga bila semua urusan dirumah dah beres.
Mujur lah ada kucing2 ni
Kucing2 ni lah teman yang tak reti nak komplen itu iniTak seperti manusia yang hebat berpura pura baik.Walhal mereka hanya baik sewaktu perlukan kita sahaja.
Berbudi pada kucing dapat pahala mudah mudah. Nabi kita pun sayangkan kucing. Kucing2 ni selalu doakan kita tau.Wahai kucing2 ku,
Doakan yang baik2 sahaja buat ku.
Kau pinta la semoga aku dimurahkan rezeki.
Nanti boleh aku belikan makanan kegemaran mu.
Kau pohon lah agar aku sentiasa sihat
Supaya aku boleh terus urus dan jaga kamu.
Kau doalah supaya aku terus sabar dan kuat.
Kalau ikutkan tak sabar, dah lama aku buang kau kat pasar tau!
Saturday, November 6, 2021
Subscribe to:
Posts (Atom)
















