Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, November 16, 2021

Orang tak faham..

 Saya ni..

Menulis puisi, hanya suka suka...

Tak berkaitan dgn yg hidup atau yang mati.

Sememangnya saya suka berpuisi

Sejak dari remaja dulu lagi.

Saya bukan menulis kerana nama.

Bukan untuk jadi penulis tanah air yang terkenal.

Hobby. Isi masa lapang saja.

Bengkel untuk mengasah bakat berpuisi tu saya tak minat.

Perjumpaan dgn group2 pemuisi juga saya tak pernah hadir.

Seperti saya kata tadi lah, saya org biasa bukan penulis..

Terlalu jauh kalau nak duduk semeja dgn group2 pemuisi yg hebat2 tu, segan ada la.

Jadi jangan la banding saya dengan mana2 pemuisi samaada pemuisi kampung atau yg tersohor.

Saya menulis untuk menghiburkan hati sendiri.

Syok sendiri? Betul la tu.

Tak apa lah walau pun kata2 tak hebat, ayat tak power.

Janji saya faham dan sampai ke otak saya.

Kalau awak faham dan terkesan di hati awak, itu sudah cukup baik dah bagi saya..Tq soooo much.

Jadinya, yg nak saya tegaskan adalah....

Saya bukan penulis cuma minat menulis. Tak pernah jadi penulis dan tak akan jadi penulis.

Cukuplah saya jadi Hani atau Debumelukut (nama pena saya yang saya pakai sekian lama).

Sunday, November 14, 2021

Ubi kayu

Cubaan menanam ubi kayu februari dulu dah berhasil.
 
                                 Dah boleh gali 
Dah berisi
Suka sangat2
Mokcik posing style tokey 'putu halba'Sesuai tak jual putu halba?
Ada cutting tak?
Ni dia tulang gali ubi yang sebenarnya
Thank you anak, bantu mummy.
Dah masak pun.
Ubi rebus cicah kelapa parut.
Legend nih..makanan orang dulu2.
Sedap.

Ni ubi masak sambal.
Bau semerbak udang kering dan daun kari.
Pedas2 manis.
Peminat ubi kayu sila la menjelma.....

Saturday, November 13, 2021

Ada geng macam ni tak?

Ya, tau.
Dah tua.
Acap lupa.
Tapi buat jugak.
Tak serik
.

Dah entah berapa banyak periuk terpaksa dibuang gitu aje.
(Best gak, dapat beli periuk baru)
Ingatan buat semua kawan2 yang sewaktu dengan nya
Dan ingatan buat diri sendiri jugak
Lain kali awakkkkkk......
Kalau dah tua tu..
Bila jerang apa2 atas api jangan tinggal.
Toksah cakap la nak gi tgok wassup kejap jer..
Nak ambik daun pandan kat bawah  ke
Nak gi toilet ke..
Sila padamkan api.
Please!

Kalau tak padamkan api?
Ni la hasil nya
Nak keluar tutup tv 5 minit pun tak sampai..
Dah tutup tv, angkat pakaian di jemuran lah dulu kot2 hujan.
Sambil tu pangkas pokok bunga la sikit..
Cuci kolam ikan dulu la..
Tau tau.....bau hangit.
Alahhhh, rumah jiran la tuh.
Tau tau nampak berasap dari pintu dapur.
Mau nya tak cukup kaki lari masuk ke dapur.
Padan muka.
Mujur tu saja yg hangus.
Kalau dapur sekali terbakar?
Nauzubillahiminzalik.



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...