Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, October 21, 2023

Anak2 Datin

Anak Si Datin ni 5 ekor semuanya.
Dah besar dah
Usia 3 minggu
Semua masih hidup dan sihat.
Nak bagi nama apa yer...?

 

Thursday, October 19, 2023

Satu tin

Rupanya cat kena beli 1 tin.
Nak guna sedikit sahaja tapi nak buat mcm mana, beli lah se tin jugak.
Pastu nak buat apa dengan cat yg selebihnya?
Cat kerusi
Cat pasu
Cat rak
Cat lampu laman
Selagi tak habis cat se tin tu selagi itu lah cari benda utk dicat.

 

Wednesday, October 18, 2023

Baka keturunan

Ni anak saudara saya.
Yang dia dokong tu anak dia sekali gus cucu sedara saya.
Jap eh nak bilang berapa semuanya baka keturunan saya.
Adik beradik/ipar duai/biras-21
Anak+Anak saudara -80 (setakat hari ni).
Cucu+Cucu saudara-32 (setakat hari ni).
Sepupu?
Dua pupu?
Anak sepupu?
Hmmm..tak cukup jari dah nak kira!

 

Tonyoh

Kueh tradisional.
Sangat sedap
Tanyoh ubi katu.
Tak kenal?
Bukan orang kelantan la kalau tak kenal.

 

Monday, October 16, 2023

Rosak

Rosak lagi..
Pagar automatic ni meragam hari ni
Kena cepat2 baiki
Kalau tak susah nak keluar masuk.
Tukang datang check itu ini
Kena tukar baru
Kalau baiki pun kos nya bukan sedikit.
Hadoiiiii......!
Duit lagi nih.
Ada jer benda yg nak heret duit keluar dari tabungku.
Marin service aircond.
Pastu toilet buat hal.
Ni pagar pulak.
Tu pasal la tabung tak sempat penuh sokmo

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...