Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, November 5, 2023

Selamat pergi dan kembali.

Kami ke rumah Cgu Azipah.
Dia nak pergi menunaikan umrah Selasa ni.
Kami sampai awal 
Duduk2 dulu di luar sementara tunggu kawan2.
Kak Na dan KakTie dah sampai.
Lama sungguh tak bersua dgn mereka berdua ni.
Yang comel duk depan belah kiri tu la tuan rumah nya.
Kalut la dia meraikan kedatangan kami.
Kami ni walau geng pencen, kalau dah berkumpul ngalahkan budak sekolah rendah.
Riuh.
Macam macam gaya ya.
Mak nenek posing sakan.
Semuanya sporting.
Selamat pergi dan kembali Pah sayang.
Semoga kerja2 umrah dipermudahkan Allah hendaknya..Doa2kan kakhani di sini tau..Doakan Ja jugak...

Saturday, November 4, 2023

Rupanya ..

Sakit hati
Kecewa
Rasa dipergunalan
Silap aku juga
Lupa masa dan manusia berubah.
Bila dah ada gading bertuah, tanduk kusam retak sudah mula dilupakan.
Bila dah dapat berlian berharga aku kau jadikan sampah terbuang.
Pantai berubah berkali kali
Manusia berubah untuk kepentingan diri.

 

Thursday, November 2, 2023

Ubi keladi

Sedap ni
Ubi keladi rebus
Rm3 secawan yg dah siap rebus
Balik rumah kupas saja
Letak dalam mangkuk.
Tuang susu cair campur susu manis.
Makan ala ala dessert.
Fuhhhh! Mudah dan tak cukup semangkuk!

 

Wednesday, November 1, 2023

Kedai E2O

Alas kaki kecil rm2.40.
Anti slip ni.
Meresap air.
Beli jangan tak beli.
(Tau tak perlu beli tapi cari alasan utk kurangkan rasa bersalah sebab dah beli).
Kalau masuk kedai 2 hinggit ni memang laaa..
Berhantu.
Beli segala benda yg tidak nak beli
Terbeli.
Iman rapuh.
Sokmo gitu!
 Tgok ni....beli juga alas kaki buat sangkar/wad kucing saya yg sakit. Comel kan?
Ni pulak gubahan bunga dari kedai ni jugak. Saya beli bunga plastik 5 tangkai 5× rm2.40, mangkuk melamie rm2.40, sponge bunga rm2.40 dan alas mangkuk rm2.40. Kos kurang dari rm20. Cantik jugak letak kat beranda. Kalau berdebu nanti buang jer. Tak payah cuci jemur bagai. Murah kannnn....

Ini la sebabnya saya cepat2 keluar dari kedai 2hinggit ni..Kalau duk lama2 alamat penuh bonet la saya borong. Tak singgah rasa nak singgah. Dah singgah menyesal. Bukan menyesal terbeli benda tak perlu tapi menyesal tak beli benda lain jugak! Haishhh!
Geng kedai eco/2hinggit sila munculkan diri..kita geng!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...