Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 17, 2020


 Semenjak pencen ni, saya tak pernah lagi keluar dengan mereka berdua ni sehingga la semalam.

Mereka berdua ni rapat dengan saya dulu, dah mcm adik saya. Sekarang pun walau terjarak, di hati tetap rapat.

Semalam entah macam mimpi apa, kami bertemu semula. Kami breakfast sama sama.

Ternyata hidup ini sungguh penuh dgn liku. Penuh simpang siul yg memerlukan keputusan hati. Sebelum berpisah, saya melihat ke dalam mata mereka...Ada suka duka yang tersembunyi. Masih byk cerita yg perlu dikongsi...

Tak apa lah dik, lain kali insyaAllah kita bertemu lagi. Kita cerita2 lagi...

Terima kasih kerana tidak pernah berubah.



Wednesday, December 16, 2020

Tok bali Semerak

Misi mencari lokam.
Akhir sekali dapat jugak
Di Semerak
Bertimbun berbukit.
Murah
Rm3 sekilo

Apa lagi, kami beli lah
Beli lokam
Beli oysters
Beli lala
Beli macam2
                                   Puas hati
Balik rumah acara memasak bermula
Sedap nya...Fresh!
Kalau tak kerana tempat ni jauh, 
esuk nak jer ulang gi beli lagi.
Sebenarnya beli macam macam tadi.

Ubi ( berjenis jenis ubi)

Pisang/ buah buahan

Ikan kering/ ikan bekok/ ikan bilis

Makanan laut segar

Satar ( ni kegemaran saya nih)

Kiranya hari ni hari tambah lemak.

Hari merajakan perut.

Bukan selalu, kadang kadang saja begini.

Jom la kita makan makan.


Tuesday, December 15, 2020

Kutip

Tak ada kerja lain
Bila terpandang kucing tanpa tuan
Kurus kering
Ada anak pulak tu
Hati cair
Kesian sungguh
Kat rumah dah ada kucing pun
Tapi tak apa, boleh saja tambah 2 ekor lagi
Nasib baik ada sangkar yg masih kosong
Duk la kau kat dalam tu
Kau duk bahagian atas, Si kajol ku duk bawah.
Sama2 ada anak, jgn kelahi tau.

 Saya bagi semangkuk makanan

Licin

Tambah sekali lagi

Sekejap jer licin.

Lapar sgt la tu

Agak nya berhari tak makan.

Kita kongsi rezeki ya, makan apa ada.

Semoga kau damai di bawah naungan bumbung ku.

Monday, December 14, 2020

Duit ada tapi bukan untuk awak pinjam, sorry.

Tak suka sungguh
Ada orang yg suka ambik kesempatan atas kebaikan kita.
Tau lah terdesak
Tapi
Jangan la heret seorang yg kamu anggap kawan ke dalam masaalah kamu.
Kalau kamu hormati seorang kawan kamu tak akan sanggup buat macam tu.
Saya ni serik la berkawan dengan orang yang asyik ada masaalah kewangan nih.
Bukan nak menghina,
Bukan mengata,
Tapi memang kawan macam ni dia suka ambik kesempatan atas baik nya kita.
Kalau ya pun kita ada duit, kita pun ada keperluan.
Sedap dia jer duk bilang duit kita lebih ke tak.
Saya pantang orang nak mintak pinjam duit.
Bagi la alasan apa pun
Semua tu alasan.
Kalau bagi pinjam jawap nya bye2 la duit tu.
Selain duit, dia pun hilang juga.
Kalau tak bagi pinjam kang merajuk terus tak nak kawan dah.
Tapi kan kalau di ingat balik..
Mana lebih baik..
Hilang duit dan kawan
Atau
Hanya hilang kawan?

 Kadang tu betul juga kata orang tua2.

Pilih2 la nak berkawan pun.



Sunday, December 13, 2020

Stay strong.

Akhir akhir ini ada sesuatu yang menggangu tenang damai fikiran.  Otak jem memanjang. Saya perlu cari jalan untuk sibukkan diri supaya dapat elak dari duk dengar minda bertelagah dengan hati..Serabut tau.Tak apa lah, suka duka kehidupan memang begini. 
Jadi saya perlu ubah tumpuan minda pada benda lain yang lebih memberikan ketenangan buat saya. Aktiviti ber'garden' ni kegemaran saya dari dulu lagi. Namun saya telah abaikan aktiviti ini hampir 2 tahun. Hari ni saya ambil keputusan untuk mula semula..pandai2 lah ubat hati sendiri.
Pokok bunga kertas tu ada duri jugak. Tak pasal pasal dah tercucuk jari. Tapi ok jer. Duri hanya mencucuk jari tapi tidak mecucuk hati. Luka di jari nampak berdarah, luka di hati teriak nangis sorang sorang...Tu lah, cari pasal lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...