Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, January 2, 2021

Panjang pulak merapu pagi2 buta ni...

Tengok jam kul 3.00pagi. Layan otak jap.

Hidup ni penuh dengan pelbagai pilihan yang perlukan keputusan dari hati. Ada kala nya pilihan kita tidak menepati. Sekali sekala kita berhadapan dengan kehilangan, kegagalan dan kecewa.Life is like that. REDHA.



Kita hanya perlu think positive. Untuk alihkan perhatian saya dari duk tangisi kehilangan, fikir benda yang dah lepas baik saya halakan hati ke arah sesuatu yang boleh merawat hati saya..Kalau tak sembuh sepenuhnya pun tak apa, masa akan sembuhkan. Harap2 begitu lah.

Cari, ikhtiar dan cuba buat benda lain yang boleh mengisi masa dan memenuhi ruang kosong di hati saya..Sibukkan diri dan penatkan diri tua ini supaya mudah nak lelapkan mata bila kepala tersentuh bantal nanti.

Musim wabak begini nak keluar janji temu dengan kawan2 atau sedara2 memang out of question lah..Duk rumah. Stay safe. Paling tidak sambung semula projek2 yang terbengkalai. Banyak yang boleh di buat sebenarnya, nak buat atau tak nak buat saja..Kalau projek yang memerlukan kos besar, saya KIV dulu. Contohnya projek saya nak memperbaharui murals di dinding sebelah belakang tu..Cat mahal wei, biar dulu lah..

Projek pertama saya melibatkan tenaga. Membaikpulih taman saya. Baru 30% siap. Slow2 buat sebab tenaga dah tak berapa nak selari dengan kehendak.. Ada yang nak bantu tak? Tak yah lah, saya ni suka alih pasu bunga sorang2, susun atur sorang2..nanti cari ubat sakit urat sorang2 jugak



Projek kedua lebih ke arah kesejahteraan mental dan tumpuan. Saya nak menulis. Dah berkurun niat nak menulis dan nak kumpul semula puisi2 lama dan bukukan untuk dijadikan pusaka buat anak negeri saya. Saya nak sangat menulis walau saya bukan orang sastera, belajar dulu pun aliran sains, tak ada asas penulisan langsung. Habis tu kenapa pulak nak menulis? Entah. Hai la belalang, cari pasal sungguh ko ya...

Projek seterusnya ialah nak belajar berdikari. Ni paling payah. Taknak bergantung pada simpati orang. Taknak nyusahkan orang. Nak cuba jalani kehidupan sendirian dengan tenang tanpa perlu bergantung sangat pada orang lain..Lagipun nak bergantung pada siapa? Tau tak per.

Hujan2 begini macam macam terlintas dalam hati. Tambah2 bila mata terkebil kebil sewaktu orang lain nyenyak di ulit mimpi..Layan saja lah permainan emosi ni..Bukan kena beli tiket pun untuk mengelamun, free of charge..Dingin malam sekali sekala membuatkan otak tayang cerita  dari album kenangan....Sedih la pulak. Dah. Stop it. Astaqfirullahilazim... Jom, Tahajjud.





Friday, January 1, 2021

Nothing new.

Yup, nothing new except for the year.
Another 365 days to go
Another 365 sleepless nights maybe.
Another 365 days of trying to stay strong.
Another challenges
Another crossings and juntions
Another decisions to be made
Another hurt to be healed.
And all of these just for this single heart.
Can I do it?
With God's help I will b just fine.
InsyaAllah.

 

Thursday, December 31, 2020

Sepanjang jalan kenangan 2020.

 

Januari

Sejarah wei..Saya yg 'debek' bab bersukan ni panjat bukit..Terkejut anak negeri.


Februari

Posing kemain lagi nih. Nenek ngalahkan cucu kalau bab posing.


Mac

PKP bermula. Berkurung di rumah dgn anak negeri. Cipta aktiviti untuk halau bosan.


April

Musim bunga di negeri ku. Walau tuan pokok dah layu, pokok2 ni tetap berkembang.


Mei

Nak raya dah ni..Jom buat biskut raya. Bau raya semerbak.


Jun

Anak cucu berkumpul.Riuh. Meriah. Hati nenek bahagia.


Julai

Hari jadi pertama buat Ian. Happy birthday cucu ku.


Ogos

Berkumpul adik beradik..4 mak dara duduk di sofa.


September

Hari keluar dgn kawan2..Stress free day.


Oktober

Dah 60 la saya sekarang. Dah tua dan kudrat makin berkurangan.


November

Kelas2 di masjid buka semula. Fesyen ke kelas di musim covid.


Disember.

Banjir. Biasa la di negeri saya ni banjir begini.

Mokcik ikut nyibuk sukat air.

Kita kongsi yg indah2 saja

Yang meruntun hati kita simpan dalam sejarah diri.

Life goes on..

Selamat datang 2021.

Wednesday, December 30, 2020

Rasa2 kali ni boleh .

 Esuk tamat lah 2020.

Masuk tahun baru sinonim dengan azam baru.

Tiap2 tahun ada azam baru.

Tak laksanakan pun, azam tinggal azam begitu saja.

Masih duk terbawa bawa perangai lama.

Tahun ni saya nak cuba realisasi kan azam baru saya.

Kena berazam yg mudah2 saja lah, kalau rumit tak terbuat nanti.

Ok....Perhatian tuan2 dan puan2....

Azam baru saya adalah...jeng jeng jengggg..

Saya nak bahagiakan hati sendiri.

Nak cuba buat benda yg membahagiakan saya.

Nak utamakan hati sendiri dulu baru pikir pasal hati orang.

Dah 60 tahun hidup ni saya asyik fikir pasal orang.

Saya tak adil pada diri sendiri, kesian saya la.

Agak2 boleh ke macam tu?

Wait n see.

Tuesday, December 29, 2020

Bukan sungai saja yg berubah.

 Hari ni nak bercerita.Pertama kali N3 blog saya sebegini panjang. Karangan SPM kot.Kalau sudi baca, baca lah..Kalau tak sudi pun tak apa.. Saya rasa hanya orang yang mengikuti dan menyaksikan perkembangan kehidupan saya selama setahun dua ni saja yang berminat untuk baca. Tak apa lah, sekurang kurangnya lega bila boleh kongsi cerita.

Entah kenapa tiba tiba saya rasa nak pupuk semula hobby lama yg telah hampir saya kuburkan. Dua tahun lepas, selepas arwah suami saya pergi meninggalkan saya, saya hampir noktahkan semua hobby saya di waktu itu. Saya yang sukakan binatang telah merobohkan semua sangkar dan tempat pembiakan binatang peliharaan. Haiwan2 tu saya sedekahkan kepada saudara mara dan kawan2. Yang tinggal hanya 2 ekor kucing. Begitu juga dengan tanaman saya. Hampir semua pokok bunga saya hapuskan. Malah taman yang menjadi kebanggaan saya, yang saya hias dan jaga, yang telah makan modal ribuan itu saya hapuskan. Jiwa saya memberontak waktu itu. Saya rasa saya tidak patut ditinggalkan jadi saya seperti melepas perasaan pada benda lain yg saya sayang. Seperti berkata pergi lah semua.. Pergilah segalanya..Tinggalkan saya sorang sorang..Tidak ada lagi yang boleh buat saya ceria dan saya pun tak nak jadi ceria waktu tu.

Masa berlalu, berubah...Masa juga mungkin telah merubat hati. Sedikit demi sedikit saya mula buka tingkap dan pandang ke luar. Saya mula rasa segar bila matahari pagi menyapu pipi.. Sehari demi sehari saya makin berfikiran positif..Sekarang saya banyak keluar rumah, bersosial secara sihat dan tidak lagi melekat depan tv, tido, bangun, makan dan ulang2 rutin yg sama.

Dan yang terkini, seperti saya sebut di awal cerita, saya mulai rasa nak berkebun semula. Saya dah mula replanting sepasu dua. Mula susun atur ruang biar nampak mcm taman semua. Mula suka ke nursery semaian pokok semula..Tak dinafikan, duit pun akan mula mengalir keluar semula tapi saya rasa puas. Happy. Rasa seperti hidup semula.Dalam hati ada saja perancangan utk taman. Terisi masa dan fikiran tak sempat nak putarkan lagu sedih dah...Terhibur.Cuma kudrat saya dah tak seperti dulu. Terpaksalah saya minta anak menantu tolong kalau bab2 yg memerlukan tenaga.

InsyaAllah segalanya akan kembali ceria semula..Saya sendiri tak sangka yang masa boleh merawat hati. Walau tidak sembuh sepenuhnya, rindu tetap ada dan sekali sekala masih ada waktu saya rasa kelam dunia.. Tapi ni dah cukup baik. Bersyukur sangat2 dan bangga dgn diri sendiri kerana cuba kuat dalam melalui saat2 payah. Masih cuba kuat untuk hadapi hari2 mendatang kalau umur masih panjang.

Akhir cerita, ni baru kul 4 pagi. Otak dah duk fikir, duk conggak, nak tanam apa, dalam pasu mana dan nak letak kat mana...Haishhh! Obses la pulak. Doakan semoga ruang kosong tu berjaya jadi taman semula ya... Doakan saya ya. Terima kasih kerana buang masa baca catatan merapu saya pagi2 buta ni. I lab u.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...