Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, April 6, 2015

Terpandang ibu tua berkerusi roda dan ditolak oleh anaknya yg trsenyum manis...

Sepanjang hidup ini,
Sudah acap saya jaga orang sakit.
Keluarga terdekat.
Ayah saya 9 bulan terlantar di hospital.
Nafas terakhir dia di hospital juga.
Nenek saudara yg membesarkan saya pun lama duk hospital
Kami hanya bawa pulang jasad dia untuk di kebumikan.
Jaga anak2 sakit di hospital waktu mereka kecik
Jaga suami yg terlantar dan menjalani pembedahan jantung.
Sekarang pun masih urus suami yg uzur.
Urus anakanda yg sakit jugak.
Mak pun acap tak sihat.
Mak mertua ada kala uzur
Kakak sulung pun dah tak aktif mana, sakit lutut.
InsyaAllah,
Selagi saya sihat, saya boleh jaga mereka yg dekat di hati saya ni.
Tapi,
Bagaimana nanti bila saya yg sakit terlantar?
Siapa yg boleh urus saya?
Siapa yg akan bawa saya ke hospital?
Siapa akan tolak kerusi roda utk saya?
Siapa yg akan duduk di birai katil saya dan bacakan yassin untuk saya?
Siapa?
Saya tahu Tuhan dah ada perancangan nya yg tersembunyi
Yg terbaik
Tapi sekali sekala terlintas juga di fikiran saya,
Bagaimana saya nanti
Saya hanya berdoa agar tuhan matikan saya dgn mudah
Jangan sakit lama lama..
Jangan sampai menyusahkan siapa siapa
Jangan lh saya jadi beban orang lain.
Tak mau begitu.
Hari ni saya amat penat , cuba selesaikan masaalah orang lain,
Cuba untuk memudahkan segalanya.
Saya tidak ada bantuan kecuali bantuan dari Tuhan.
Tuhan beri kekuatan untuk saya.
Penat badan sikit sahaja kalau nak dibandingkan dgn penat minda.
Payah juga rupanya bila saya hanya ada diri sendiri utk memujuk hati.
Tak apa lah, dah ini bahagian saya.
Redha dlm terpaksa.

4 comments:

Kniedaz said...

Salam kak,
Saya pun berdoa kalau saya tua, kalau saya ditakdirkan sakit, janganlah saya menyusahkan siapa2...mudahkanlah saya pergi..kita doa ye kak..moga kak diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menjaga insan tersayang

Anonymous said...

Dgr ceramah Prof Muhaya katanya orang yg menjaga org sakit ni Allah pelihara tubuh badannya agar sentiasa sihat..May Allah bless u auntie !

Unknown said...

Allah ada...

Anonymous said...

salam kak,
persoalan yang sama selalu bermain di fikiran saya..
who will be there for me when i am no longer able??
kdg2 rasa sebu otak
redha jer la sebb yang sebaik merancang ialah si DIA yang esa..
tp sebagai manusia saya tetap berfikir dan bersoal jawab dalam diri sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...