'Somebody ' datang rumah saya.
Dia someone yg berjawatan tinggi
Berpangkat, bertittle...
Low profile sangat
Siap angkat pinggan ke sink selepas makan.
Berdiri di pintu dapur
Puji suburnya pokok kacang panjang saya.
Pakai selipar buruk saya
Turun tgok kawasan
Penuh mulut duk cerita
Rumah dia tak sempat dia urus sebagaimana saya urus rumah saya.
Pandai lah dia, sedapkan hati saya.
Sedangkan tandas rumah dia entah2 lebih luas dari dapur saya.
Orang gaji dua tiga urus kediaman setaraf istana.
Seperti padi yg tunduk bila berisi.
Beza sgt dgn yg sorang ni..
A nobody mcm saya jer
Tapi dia tin kosong yg merasakan dia penuh berisi biskut import
Mata memerhati setiap ruang setiap kali singgah.
You masih guna gadget ni, mine dah lama kasi orang.
Toilet you ada liquid soap tak, I tak suka sabun buku, kasar.
Ngada ngada tul lh minah ni.
Di UK, correle ni dah di jual di tepi jln sbb pattern lama.
I duk buat collection bla bla bla blaaaaa.....
Yer ke?
Yer ke?
Yer ke?
Tu aje saya boleh jawap
Menanah telinga.
Biarlah, saya tau dia byk kekurangan tapi cuba sembunyi di balik hebatnya mimpi
Bagi peluang utk dia lepaskan stress.
Tak sihat dia ni,
Tin kosong kebanyakan begini.
Cakap x kalah, meninggi diri
Macam la saya tak tau status ekonomi dia
Tak kaya berlagak kaya.
3 comments:
Tulisan yg bagus.
Itulah natijah nya.
Konsepnya kena zuhud, jangan ego.
Lagi parah, ego dengan benda yg kita tak miliki.
Ikut resam padi, ikut sunah Baginda SAW yg mencintai para miskin & fakir.
haha tergelak saya baca.Adab berkunjung kena jaga.Rimas no bila dapat visitor yg mcm no.2...serba tak kena dibuatnya.
Ha ah
Kalau berkawan mesti dpt yg cenggitu.
Walhal kita tahu sangat taraf kehidupan dia.
Saya sangat sayang kawan yg merendah diri. Makin di atas, makin kita selesa berkawan dengannya.
Saya jarang hubungi kawan yg 'baru merasa kaya'
Sangat tak selesa dgn depa yg begitu.
Post a Comment