Apa yg membuatkan raya best?
Makanan nya kah?
Berjaya menjalani ibadah puasa sebulan Ramadhan kah?
Jumpa sanak saudara kah?
Berkumpul ramai ramai kah?
Main bunga api kah?
Dapat duit raya kah?
Balik kampung kah?
Raya tahun ni tak best, tak lengkap rasanya.
Anak menantu dan cucu tak pulang beraya.
Huhuhuhuuuuu.....!
Saya tak benarkn dia pulang sbb dia dah sarat .
Buatnya tersakit perut nak beranak dalam jem, camna?.
Takperlah demi keselamatan mereka, saya akur.
Semoga mereka baik2 saja di hari lebaran nanti.
Hati ibu mana yang tidak rindu?
Tapi saya tak boleh pentingkan diri sendiri,
Kena sabar
x lama lagi, mungkin esuk, mungkin lusa..
Ahli keluarga baru bakal menjelma...
Raya kurang best tak per.
Demi bakal cucu.
On the way, coming soon insyaAllah.
1 comment:
Alhamdulillah bertambah cucu.
Saya tak tahu kenapa saya tak suka raya. Rasa macam banyak pembaziran. Macam musuh ketat tu sengaja nak rosak kan mujahadah kita sebulan, dalam satu hari je, semua latihan Ramadhan hilang dan rosak. Berbelanja besaran kerana nak sambut raya, dalam bab pakaian, perhiasan diri dan rumah dan juadah lauk pauk kuih muih. Baju, tudung nak baru dan penjual pun mark up harga, nak kaup untung setahun sekali dari orang ramai yang sanggup berbelanja kerana merasakan takpe la kan raya, bukan selalu beli tudung ekslusif, mahal sikit takpe.
So sad the spirit of Ramadhan, the soul who returned to the ibadah spirit especially the last most blessed nights, all gone dalam
sekelip mata, bila takbir berkumandang, congratulating the hamba2 abid for the victory.
but ironically it became a victory for the released enemy, when the abid returns to the old tracks.
I wish for a simple raya which can preserve the blessings of Ramadhan, the cleansing, the renewed, refreshed, energised soul who remembers that life is about submission, mujahadah and not fall prey to the enemy's traps.
Hope you dont mind me sharing my thoughts here.
Post a Comment