Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, July 13, 2015

Tahun ke3 Ja tak beraya.

Hari baik bulan baik.
Simpan duka.
Senyum.
Pamirkan yang baik baik sahaja.
Cuba.
Pejam mata
Jangan tengok senarai bahagia orang lain.
Pekakkan telinga
Jangan dengar cerita cinta berbunga bunga.
Jangan
Meski pun di kiri kanan orang memungut tuah dan berkat
biarkan...
Teruskan mengheret langkah
Bertapak di bumi nyata
Tak perlu bermimpi kerana mimpi sudah tamat.
Esuk raya bakal menjelma.
Damai lah duhai hati biarpun
hanya seketika.
Beraya setahun sekali, kesian anak2 kalau semangat beraya mereka
saya musnahkan dengan linangan air mata.
Senyum.
Saya cuba sembunyikan rasa.
Ja....
Kita dah nak raya...

1 comment:

Anonymous said...

singkap suka dalam duka. mimpi belum tamat kerana perjalanan maseh jauh dan mimpi memandu kita pada destinasi tujuan, ke sana yg semuanya indah belaka pasti. lihat yang lain gembira pasti boleh mengzahirkan senyuman. airmata tetap akan mengalir pada masa sembunyi hanya bersama yg Esa. Ja pasti juga tersenyum melihat sekeliling meraikan hari gembira bersama keluarga. hanya Ja tidak boleh mengzahirkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...