Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 25, 2019

Kuasa jari

Akhir akhir ni jari lebih byk bercakap dari mulut.
Betul kan?
Tua muda laki perempuan semua dah terjebak.
Takper, if we cant beat them, join them!

Ni yg saya hadapi sekarang.
Duduk bawah satu bumbung.
Bilik masing2, terperap, terperam, terjeruk dlm bilik masing2.
Kalau nak tanya apa2, setakat panggil tu tak dengar lah, dah telinga disumbat dgn earphone.
Nak gi ketuk pintu bilik pun malas la pulak, tambah2 kalau yg bilik di tingkat atas.
Nak tanya pun soalan cepumas saja..
"Wei, dah solat lum?"
Tu jer, soalan yg sama ulang2.
Kadang2 sengaja buat tak dengar kot.
Dah bosan sangat dengar suara ibu tanya yg itu2 jugak.
So to solve the problem apa saya buat?
Hantar wassup to each n everybody in the house.
Sekejap dpt la jawapan..
"Lum, jap lagi.."
"Dah, kan tadi mummy dah tanya"
"Tau lah, nak gi la nih"
Ada yg senyap. Jari beku ke hapa?
Ke tido?
Ke buat dunno.
Takper, ada cara lain.
Guna jari jugak...
Call.
Call sampai ada respond.
Kalu yg tido kena bangun, tgok hset, tgok la wassup tuh.
Kejap dpt la jawapan..
" k"
Haah? K aja?
Tu tido balik la tu...
Time ni la jari dah tak ada power.
Kena guna power mulut juga.
Ok mulut, bersedia untuk membedil.
Masa ni la baru guna mulut yg diam dari tadi.
Kadang2 serah kerja pada jari pun tak berkesan jugak.
Hmm..hentam jer la labu.
Hari ni mulut diam
Duk sorang2 saja ni,kalau mulut berbunyi pelik la pulak.
Jari saja yg bekerja lebih masa dari tadi..
Belum zohor ni tapi jari dah siapkan tugas2 penting.
Dah bertanya khabar kawan2 di group wassup
Dah menyapa sedara yg lama tak jumpa di fbook
Dah klik kuliah dari masjid agama
Dah shopping bagai.
Zaman sekarang duk sorang pun tak terasa, tak sunyi dah.
Jari menghubungkan, merapatkan..
Silap haribulan merenggangkan juga..
Jap jap...
Ada wassup masuk nih...
" Hani, jom keluar gi cari tudung nak? Ada offer kat dot dot dot..."
Ok, masa untuk jari berehat.
Jom kaki kita keluar.
Jom.

1 comment:

Kakcik Seroja said...

Saya juga merasakannya, kak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...