Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, December 4, 2020

Suka hati kamu lah

 Hujung minggu.

Semua orang ada di rumah.

Tugas saya kalau hari Jumaat adalah mengurus Ja seratus peratus.

(Nurse cuti hari Jumaat)

 Kalau hari biasa, semua orang turun pagi2 lagi ke tempat kerja.

Nurse pun datang awal pagi.

Jadi sebelum solat subuh saya dah sediakan breakfast.

Sempat lah anak menantu makan sebelum ke tempat kerja.

Nurse pulak, sampai saja boleh terus makan .

Biasanya hari sebelum tu saya dah plan nak masak apa untuk breakfast esuk.

Dah kena beli apa perlu di beli .

Lewat malam saya dah keluarkan lauk dari freezer supaya tak beku keras kejung bila nak guna pagi esuk nya.

Dari dulu, dari zaman muda2 dulu lagi saya memang tak suka meja kosong waktu pagi.

Kalau tak masak pun saya keluar beli awal pagi.

Orang lain celik mata di atas meja dah ada alas perut.

Kecuali hari ni.

Kerana hari ni Jumaat dan anak negeri ada di rumah, saya nak rehat.

Nak tunggu tengok apa yg boleh di makan untuk sarapan.

Senyap jer....Dah kul 10 lebih ni, semua masih tak keluar bilik.

Takperlah, perut saya dah berkeroncong.

Saya ke dapur untuk cari apa yg boleh dijadikan sarapan buat saya.

Orang lain? Orang lain sendiri urus lah.

Dah kamu semua nak tidor hingga meninggi matahari, kamu tak lapar maka tak ada masaalah lah.

Saya boleh jer cari makan sendiri lagipun kalau harapkan orang lain entah bila saya boleh isi perut.

Mujur lah saya masih sihat, tak bergantung pada orang lain.

Saya teringat kata2 arwah suami saya...

" Cantik mewah rumah anak menantu pun saya tak nak duk dgn anak menantu.

Cara hidup mereka lain, kita lain."

Betul.

Ini belum lagi menumpang di rumah anak menantu.

Pun dah rasa janggal bila rutin tak serupa.

Biarlah, suka hati mereka lah..

Kita orang tua ni malas nak masuk campur.

Yang lapar pun perut mereka kalau mereka malas nak ikhtiar .

Saya ok jer....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...