Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 29, 2020

Awak awak, saya saya.



Rumah saya
Rumah awak
Saya bersama ahli keluarga yg besar
Awak hanya berdua.
Tak serupa.
Rumah saya bising riuh dgn suara
Rumah awak tenang damai aman sentosa
Rumah saya bersepah sepah penat mengemas
Rumah awak cantik tersusun asyik menghias
Rumah saya masak apa pun licin, makan tak berhenti
Rumah awak makanan terhidang belum terusik masih bersaji.
Rumah saya penuh pakaian di jemuran, kerja mesin basuh tak berhenti
Rumah awak tersusun indah kain baju dalam almari
Di rumah saya celik mata marah2 saman menyaman.
Meter marah menyala merah dan berkelip kelip tanda amaran.
Di rumah awak mata bertentangan dgn penuh kemesraan.
Meter kasih sayang tak pernah 'empty' sentiasa 'full tank'
Kita memang tak serupa.
Kehidupan kita berbeza.
Saya tak reti nak hidup macam awak
Awak tak kan boleh hidup macam saya.
Sampai bila pun kita tak kan sama.
Di musim begini..musim covid19 ni
Bila terkurung lama kadang2
kita merasakan nasib orang lain lebih baik dari kita.
Mereka lebih bahagia dari kita.
Salah tu...
Saiz selipar kasut kita pun tak sama,
ini kan pula nikmat atau ujian dari Tuhan.
Kasut saya selesa di kaki saya.
Kasut awak muat di kaki awak,
Saya pakai kasut awak melecet kaki
Awak pakai kasut saya mcm serba tak kena.
Maka.....
Satu jer saya nak cakap sebenarnya..
Bahagia adalah subjektif.
Dtg dari pelbagai bentuk rupa dan cara.
Jadi....duk sorang, duk berdua atau duk ramai2
Letak tangan di dada dan ucaplah
Syukur Alhamdullilah.
Mujur ada rumah.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...