Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 26, 2020

Hujan dan kucing

Hujan masih lebat.
Biasa lah musim tengkujuh.
Air dah melimpah di sungai2 utama
Tanda tak lama lagi banjir akan melanda
Risau tu risau gak la.
Tapi seronok.
Suka musim ni
Boleh main air dan tgok orang main air.
Suka bagi orang yg tak terlibat secara langsung dgn banjir
Yang kena pindah randah tu dah tak ada seronok nya
Apa apa pun semoga banjir ini melarutkan wabak covid yg makin serius.
Cukup lah derita yg kami tanggung ni Tuhan ku.
Dah lah pasal hujan dan banjir
Ni tengok anak bulus saya ni
Hujan2 ni dia kesejukkan
Bila kita riba diam jer, tidur berkongsi haba dari badan kita.
Kita yg tak ada kerja lain, asyik ganggu anak kucing ni 
Mak dia tak suka tapi bertabahlah mak kucing,
dah nasib kamu dapat tuan yg suka dokong anak kucing.
Cepat la besar...
Nama apa?
Sempena musim covid ni nama mereka pun bersesuaian dgn musim juga.
Mereka lahir di hari pertama pkpb dilaksanakan semula.
Jadi......
Nama mereka ialah..
Si Cobit
Si Rona
Si SOPi
Hehe.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...