Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 8, 2021

Murah rezeki

 Siapa sangka kann

Hari ni saya langkah kanan.

Mulanya saja nak jalan2 ke nursery pokok2 bunga yg baru buka tu.

Nak lihat2 saja, cuci mata.

Sambil duk belek2 anak pokok kunyit hitam sambil tanya harga pokok tu pokok ni.

" Ni pokok apa ni dik? Macam pokok terung jer..." Saya halakan soalan pada budak lelaki yg sedang mengisi tanah dalam beg plastik.

"Ambik jer lah...free" Tuan kedai yg ada berdekatan cepat menjawap.

Free? Are you serius....

Kata tuan kedai tu anak2 terung tu dia semai suka2 saja, nak testing benih2 dlm paket tu masih ok ke tidak...

Selain terung, anak lada, bendi dan labu pun ada. Malah anak labu tu dah besar dah..

Dah dia nak bagi free, saya yang muka tak malu ni tersengih sengih, ambik lah satu.

Lol! Bukan satu yg dia bagi..2 plastik berisi semua jenis anak pokok sayuran di hulurkan kepada saya.

Alhamdullilah, saya doakan murah rezeki kamu wahai tuan punya nurseri.

Tapi saya tak nak byk, tak ada tempat nak ditanam nanti, rumah saya tak ada kawasan.

Kalau lah kebetulan ada orang nak tanam sayur, mesti suka sgt dapat sebanyak tu.

Saya ambik lah setiap jenis sayur satu pohon sahaja.

Suka sangat tau bila dapat free..

Dalam hati duk scan keliling rumah saya..

Mana lah saya nak tanam semua ni...hadehhhh...cari pasal pulak la.

Tiba2 teringat kat tanah lapang sebelah rumah saya, tanah orang yg terbiar.

Ok, tanam anak pokok orang bagi free kat tanah orang...

Kalau berbuah kira sedekah, siapa nak ambik jer lah.

Pakat2 kongsi rezeki.

Pahala buat Si pemberi benih dan Si tuan tanah.

Adil tak macam tu?

Saya? Saya hanya Si penanam dan penyiram pokok.

Saya dapat kegembiraan. Seronok. Cukup dah tu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...