Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, November 30, 2022

Ada makhluk nak kena simen esuk!

Saya panggil dia dgn panggilan Nal.
 Kerja dia baiki apa saja kerosakan di sekitar rumah saya dulu, kini dan selamanya.
All rounder.
Segala kerosakan kecil atau major dia akan uruskan.
Kadang2 dia buat sendiri, kadang2 dia cari pakar lain.
Kelmarin dia baiki longkang tersumbat.Tu yang baju pink tu saya lah tu..selaku 'Tok Mandur'

" Nal, tolong tukar mentol bwh porch jugak ye"

"Beres Kakni"

" Nal, paip di sink tu mcm goyang jer.."

" Baik Kakni, nanti saya baiki.."

Sebelum pulang Zainal sempat simen satu bahagian kat tepi longkang.Selepas dia pulang saya turun nak tgok hasil kerja dia hari ni..Dari jauh saya tengok ada makhluk Allah yang selamba jalan melintasi simen basah tu. Macam model gitu, satu satu atur tapak atas simen basah.

Kan dah berbekas dah simen tu.Ni la penjenayah yang meninggalkan kesan tapak kaki di simen yg basah tu. Tunggu la ko, esuk ko hadap la bebel berapi dari Pokcik Zainal.
Haishhhh! Cakap la apa saja..Si Owk ni selamber jer, buat dunno jer... I wish I can be like you Owk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...