Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, March 17, 2010

Bukan lagi kawan cyber..

Dah lama kenal tapi belum pernah jumpa..
Setakat duk chatting kat ym..
Kawan cyber la katakan.
Hari ni baru saya dapat melihat dia.
Mengalu alukan kedatangan dia.
Kak mas peramah orangnya.
Seorang yang tabah,
seorang yang ceria.
Terima kasih Kak Mas kerana sudi hinggap
di teratak saya yang tak sepertinya ini.
Semoga persahabatan berkekalan.
Lain kali ada masa ada ketika..
InsyaAllah kita jumpa lagi.

Kita acap terlupa..


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

Tuesday, March 16, 2010

Penat sungguh hari ni

Anis ke bumi bersejarah Melaka hari ni.
Mula2 ke dataran Pahlawan,
Tengok tengok barang dan tengok orang.
Pas tu makan..dan makan lagi
Anis seronok.








Pas tu lawat tempat bersejarah.
Anis komplen panas..memang panas sungguh!
Banyak anak tangga perlu didaki.
Anis kata penat..
Anis ngadu otak dia dah cair.
Berpeluh dan dah mula nak ngamuk.
Sabar Nis, kan nak tengok byk tempat lagi.
Nanti mummy belikan Topi/Cap.





Hahahaha....
Ada orang dah tak tahan panas.
Beli topi.
Siap ada kipas kuasa solar.
Ligat berpusing tepat kena bahagian muka.
Kita rekomen topi/cap berkipas ni untuk orang yang suka berjemur secara sukarela..Contoh orang hobi memancing ke, berkebun ke atau yang sengaja duk tengah padang pukul bola golf pun sesuai jugak ni.

Sunday, March 14, 2010

'Stayin Alive'...Still alive????

Tahun
1
9
7
8


Zaman remaja saya.
Zaman cinta monyet
dan perangai pun ngalahkan monyet.
Kami lalui zaman itu
dengan seribu kenangan manis..
Zailan(MITI),
NikYah(MTD),
Chah(KESEDAR),
Asri(JPN),
Halim(MAS),
Syah(KOPRT)
dan Kama yang sampai sekarang pun
masih suka buat saya ketawa.
Semuanya dah berjaya.
Alhamdullilah.
Saya?
Saya biasa biasa saja.
Ingat tak dulu musim 'Saturday Nite Fever'?
Riuh nya kita sewaktu menonton filem ni kat LIDO.
Ingat tak sewaktu kita berpesta di 'Kelantan Rest House'
Azizul dan Rosini time tu menari ngalahkan John Travolta..
Saya masih ingat betapa frustnya saya hari tu.
Kama mesti ingat kenapa...Kama kan?
Tak pernah lupa juga kenangan di Jeram Pasu.
Sepanjang jalan tu hanya lagu 'BeeGees' yg kami mainkan.
Amin la hero kita..mengusik, mengacau entah apa2 aje..
( Amin sekarang dah jalani pembedahan jantung nya)
Sayang sekali saya sudah kehilangan photo2 lama tu.
Tapi tak pernah lupa indahnya dunia masa remaja.

Saturday, March 13, 2010

3 1n 1


Hari ni bertempat di rumah Syam dan Zai berlangsung 3 acara.
House Warming
Kenduri Maulud
Birthday Che Zah
Yang kecik duatiga orang tu cucu sedara ..
Saya? Dah berpangkat Nenek lah
'NENEK ROCK'

CikZah potong kek.
Norli terlindung sikit.
Nabil sibuk nak tiup jugak.
Yang kat belakang tu
Kimi dan Syam
sibuk enter frame.
( lebih kurang dgn Nabil gak tu..)







Makan jangan tak makan.
Nasi beriani
Sate
Pulut rendang
Meehoon goreng
desserts.
Goyah iman saya..
Tak per,
Gendang Gendut Tali Kecapi
Kenyang Perut Esuk Diet Lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...