Siapa?
Ahli Saikologi ke, pakar kaji tabiat manusia ke,
semua tak larat nak terima kita seadanya.
Maklum lah kita ni bukan baik sangat pun.
Peel perangai ada kala mengalahkan yg bertanduk.
Ini kan pula kalau setakat best friend.
Boyfriend?
Special friend?
Jangan harap laa.
Plastik jer tuh.
mereka tu kalau baik pun, baik ada benda tu.
Yer lah belum capai target tu, bukan main lagi simpati melimpah ruah.
Sampai kita rasakan mereka ni orang ke malaikat sebab terlalu pandai mengambil hati kita.
Tapi selama mana mereka boleh berpura pura begitu?
Tok sah harap lah..
Paling2 dia orang guna kelemahan kita tu untuk kutuk kita balik.
Macam buka pekung di dada lah kalau mengadu hal kat orang lain.
Sendiri mau ingat, esuk2 merekaa tempelak kita balik.
Kalau pun mereka simpati, simpati tu hanya lakonan semata.
Sementara belum dapat apa mereka nak.
Taktik biasa lah tu..
Pengalaman mengajar saya bahawa bila kita jatuh,
tak ada orang yang ikhlas mengangkat kita.
Tinggalkan kita tertiarap dalam lumpur tu ada lah.
Siapa yang datang membantu kita?
Siapa yang menerima kita yang bergelumang lumpur tu?
Siapa yang sentiasa ada untuk kita?
Siapa lagi?
Saya cakap macam ni sebab saya tau perangai saya top ten dalam kategori buruk.
Syukur Alhamdullilah ada lagi orang yang boleh menerima saya seadanya.
Yang boleh bersabar dengan saya dari dulu hingga sekarang hanya lah keluarga saya.
Yang betul2 menerima kekurangan saya hanya lah ahli keluarga saya.
Anak2 saya, mak bapak saya, adik beradik saya dan pasangan saya.
Orang lain? Kata org tua2,
Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali, buat banyak kali!
Mua ha ha ha haaa............
Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Tuesday, April 10, 2012
Sunday, April 8, 2012
They will always be my babies.
Bilakah masa yang sesuai untuk kita berhenti risaukan pasal anak anak?
Semasa mereka bayi kita ingat dah boleh berjalan, pandai bercakap nanti tak penat lah sikit duk jaga merka.
Salah..
Semasa mereka kanak2 sekolah rendah kita tunggu mereka sekolah menengah supaya kita boleh nafas lega.
Salah.
Semasa mereka remaja kita andaikan mereka dah boleh berfikir macam org dewasa.
Salah juga.
Dah dewasa, dah kawin dan dah beranak pinak kita ingatkan kita dah tak perlu awasi mereka.
Punnn salah.
Anak2 ni ada ada saja lah.
Ada jer perkara yang perlu kita selia dan perlu kita awasi.
Tunjuk ajar, nasihat, bantuan tetap kita hulurkan, kenapa?
Tak konfident dgn kemampuan mereka untuk berdikari kah?
atau kita yang tak nak menerima hakikat yg mereka dah boleh berdikari ?
Saling kait mengait lah tu.
Begitu begini...Tak habis2 kita ni duk fikir pasal mereka tu.
Yer lah, macam mana nak habis, selagi mereka tu anak kita selagi itu lah kita ni mak bapak mereka kan?
Agaknya kita ni tak beri peluang mereka urus diri dan keluarga mereka sendiri kot?
Cuba beri mereka peluang jadi dewasa dan matang...let them alone sekejap. boleh tak?
Ok, kita cuba.

By the way,
Ni dah pukul 3 petang ni, anak2 mummy dah solat zuhur ke belum?

Saturday, April 7, 2012
Lambatnya nak pencen..Tak larat sgt dah ni.
Sehari dua ni saya tak berapa suka ke tempat kerja.
Bila kesihatan terganggu, kualiti kerja pun menurun.
Semalam saya di tawarkan untuk melangkah ke gred yg lebih tinggi.
Sepatutnya saya seronok tapi saya jadi susah hati.
Gaji yang bertambah membuatkan saya takut.
Takut saya tidak mampu lagi laksanakan tanggung jawap sebaik mungkin.
Sedangkan gaji dan gred baru saya itu adalah satu amanah.
Kalau saya sihat tak jadi masaalah,
tapi akhir2 ini saya byk masaalah kesihatan.
Walau tidak kritikal tapi membataskan kemampuan saya untuk bekerja.
Selama ini saya sentiasa cuba buat yang terbaik, nak buat yg terbaik.
Pun belum boleh di banggakan usaha saya tu.
Ni kan pula tua2 begini, boleh kah saya?
Mampu kah saya?
Ini saja lah dalam kepala saya sehari dua ni.

Friday, April 6, 2012
Cakap sorang2, risau sorang2..siapa suruh?
Dah Jumaat sekali lagi.
Syukur, masih boleh kekal di bumi ini.
Walau kesihatan agak kurang baik akhir2 ini,
masih lebih baik dari orang2 yang lebih sakit.
Cuma kalau banding dengan orang yg sebaya saya dan sihat walafiat tu
terasa sangat betapa uzur sudah menjadi teman saya.
Saya sudah bertambah uzur.
Sedar diri begitu.
Terima hakikat.
Detik waktu telah menambahkan umur saya
dan menjadikan sisa usia makin sedikit.
Menambahkan uban saya dan
menambahkan kedut.
Pahala pun di harapkan makin bertambah,
bukan hanya dosa yang pantang leka, terus membukit.
Saya mematuk keyboard ni di waktu orang lain di ulit mimpi.
Saya terbangun oleh kesakitan dan telah telan ubat..
Tapi saya terfikir juga,
Mungkin kah satu hari di depan nanti,
saya bakal terbangun sakit dan tidak ada ubat yang dapat membantu.
Walau takut dan rasa tak sanggup tapi hari itu akan tiba juga.
Bagaimana?
Macam mana?
Tuhan, ku berserah segalanya pada mu.

Thursday, April 5, 2012
Semangat diri yang hilang.
Adakah kamu singgah semalam?
atau hari ini kamu telah singgah tadi,
adakah kamu akan singgah lagi?
Seterusnya akan kamu lawatikah sepi ku,
atau kau biarkan saja debu waktu berkumpul
tidak terusik.
Tidak berbekas apa apa.
Sekiranya kau singgah,
Samaada tanpa sengaja atau
langkah berniat,
hembuskan lah angin bayu
biar aku dapat rasakan
rindu mu masih menyapa.
Aku sebenarnya
masih berdiri di sini
menanti
kepulangan mu.

Subscribe to:
Posts (Atom)