Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 10, 2014

Imaad

Imaad baru balik dari bercuti.
"Mad, Mad pergi Surabaya tinggal grandmummy yer,
Next time grandmummy nak ikut boleh?"
Saja saya nak pancing jawapan dari dia.
"Grandmummy mana boleh ikut,
Grandmummy kan jaga mummy,
Nnti Imaad besar,  Imaad jaga mummy,
Nanti boleh la grandmummy pergi jalan jalan."
Aduhai Imaad,
Kecik2 dah tau erti tanggung jawap.
Luluh hati grandmummy dgr jawapan dari Imaad.
Imaad,
Kita doakan yg terbaik buat mummy Imaad yer.
Imaad bertuah kerana mummy Imaad adalah dari orang2 yg terpilih,
Imaad juga bertuah kerana kasih sayang buat Imaad melimpah ruah
Semoga esuk lebih baik dari hari ini buat kita semua,
InsyaAllah.

Monday, September 8, 2014

Tajuk muka depan akhbar

Jiran saya
Dulu semua cina.
Tak ada masaalah.
Sekarang,
Semua melayu.
Tak ada masaalah juga.
Kawan kawan saya
Zaman sekolah,
Cina keling semua bangsa
Tak ada masaalah
Sekarang pun macam tu juga
Kawan berbagai bangsa
Tak pernah timbulkan masaalah
Duk di luar negeri
Jumpa org satu bangsa dgn kita jarang2
Ok jer, survived.
Duk di malaysia
Bumi sendiri,
Macam2 cerita saya saksikan
Telinga tak nak dengar tapi terdengar juga.
Cerita x sedap.
Cerita orang.
Cerita menakutkan di dada akhbar
Di ternet, google jer dapat mcm2.
Lebih menakutkan dari cerita hantu.
Semoga cerita begitu kekal jauh dari saya
Jauhi dari keluarga saya, sobat2 saya dan jiran2 saya.
Sama2 kita doakan,
Jauhi kita dari apa yg ada di dada akhbar tabloid itu
Baca tajuk pun dah menakutkan.
Seram.
Ini malas beli akhbar tabloid nih!
Tak kira lah bangsa apa pun,
Kena tembak, tikam, bunuh tu sakit tetap sakit,
Tetap ada yg akan menderita.
Merah darah serupa.


Sunday, September 7, 2014

Seorang pesara di tepi pintu


Hujan.
Melihat basah nya cermin tingkap,
Tempias di beranda
Kasut2 basah terbiar di tangga
Pohon2 bunga kesejukkan
Bibik tak jemur kain di ampaian.
Aircon bilik di matikan.
Saya masih duduk di pintu
Berkira kira nak buat apa hari ni
Melihat titis hujan sudah cukup membahagiakan
Selama ini masa dan tanggungjawap tidak membenarkan saya mengukur air hujan yg sebak dari longkang
Tidak pernah ada masa untuk menadah tangan dan membiarkan titis hujan menikam telapak tangan
Terlalu sibuk untuk memerhatikan senyuman Sang bunga di usap dingin hujan.
Aduhh..Ruginya saya.
Rupanya bila otak  bebas beban tugasan kerja itu,
Segalanya lebih indah..
Hujan
Teruslah menangis wahai langit yang sedih pilu
Aku nak habiskan kopi panas ini dan
Masuk semula ke dalam selimut...
Bahagia di pagi ini milik aku...
Dan buat yang masih bergegas ke tempat kerja,
Jgn biarkan hujan melembabkan semangat anda..
Kerjalah kamu dan biarkan saya tidur sekejap.
Bersibuk sibuk lah kamu tapi relakan saya rehat.
Jangan jelesss...

Thursday, September 4, 2014

Bukan malas

Ketepikan blog dulu,
Biarkan saya meraikan detik bebas ini
Dengan jadual harian yg berbeza
Dengan rutin kehidupan yg baru
Dengan waktu yg berubah
Dengan keperluan yg sangat tidak sama.
Biarkan saya pujuk hati yg sedikit tidak rela pada keputusan fikiran,
Jangan terbawa bawa kesal dan tangis kerana setiap yg berlaku adalah dalam perancangan Dia.
Terbaik untuk saya
Semestinya.
Tapi sehari dua ni,
Bila memulakan kehidupan yg saya tidak biasa, ada kala saya tak tau apa yg perlu saya buat.
Jadi saya tepuk dada tanya pada hati...
Hari ni buat ni, esuk belum tau lagi.
Rancangan jangka pnjang belum ada.
Sementara ni tak perlu ada,
Biarkan saya menikmati kebebasan saya dulu seketika
Esuk2 baru nak conggak dan kaji
Esuk, esuk punya cerita.
Hari ni maafkan saya wahai blog,
Ku abaikan kau sekejap cuma.
Thats a promise.
Sekejap saja.

Tuesday, September 2, 2014

ngigau

Janganlah tiba tiba...
Saya bangun pagi,
Mandi,
Pakai baju dan bukak pagar,
Bawak kereta ke sekolah!
Jangannnn cikgu Hani!
Awak tu bekas cikgu Hani,
Ingat tu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...