Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, June 9, 2018

Melihat orang lain bersuka ria...


Seminggu lagi nak raya.
Tapi kami tak sambut raya tahun ni.
Bagi org islam yg akan sambut raya, ni lah masa paling sibuk.
Bagi orang macam saya, tak ada bezanya hari ni dari kelmarin.
Tidak ada persiapan.
Tidak ada sambutan.
Kami masih lagi dalam fasa berkabung.
Belum pun sebulan dia tinggalkan kami
Saya masih dalam edah balu yg kematian suami.
Saya tak beraya tahun ni.
Kami tak beraya.
Anak2 pun faham dan mereka pun tak nak raya.
Cukuplah sekadar solat sunat aidilfitri dan ke pusara.
Erti aidilfitri bagi kami tahun ni hanyalah
berakhir nya Ramadhan dan bermula nya Syawal.
Tidak ada kemeriahan.
Tidak ada rumah terbuka.
Balang kuih kami hanya berisi air mata.
Kunjung mengunjung juga tidak ada
Kami hanya akan mengunjungi pusara dia.
Kalau kebiasaan nya di hari raya,
Anak2 diberi duit raya oleh papa mereka
Kali ni anak2 yg akan menghulurkan bacaan yassin
Dan doa sejahtera buat papa di sana.
Dam dam dum!!
Bunyi mercun menjerut rasa
Menyesakkan dada
Meruntun hati
Sebak dan isak
menanti datangnya Aidilfitri.


Friday, June 8, 2018

Belajar benda baru secara terpaksa

Malam tadi hujan lebat.
Kolam ikan yg saya dah buang air tu kembali terisi.
Nampak gaya nya hari ni pun masih belum boleh cuci kolam tu.
Tunggu kosong betul2 dulu.
Pam air rosak, sempat pam 2/3 kolam jer.
Campur air hujan malam tadi dah jadi separuh penuh kembali.
Hadoiii...macam mana ni...
Ini bab kolam ni bukan urusan saya.
Tak pernah tau dan ambik tau.
Tak suka betul la.
Kena galas benda2 sunat macam ni pulak la
Macam la tak cukup lagi kerja sunat lain nak di urus.
Ok ok...tak nak merungut, x baik!
Pikul jer la Hani, selagi mampu.
Selain ni, marin, tukang baiki rumah datang.
Mintak duit..
Seminggu sekali dtg ambil segala mcm bayaran yg berkaitan.
Ni pun satu hal jugak.
Saya tak tau apa perjanjian dia dgn arwah.
Berapa kos semuanya, berapa yg dah di bayar dan sebagainya.
Jadi saya hanya ikut saja apa pinta tukang tu.
Bayar saja lah..
Tak reti sungguh la nak urus benda2 mcm ni.
Buntu saya dibuat nya.
Saya hanya berdoa semoga Tuhan kelilingi saya dgn orang2 yg tidak akan ambik kesempatan di atas kebodohan saya.
Jangan lah ada yg memperbodohkan saya yg dah sedia bodoh ni.
Bantu saya, selesaikan urusan saya dgn mudah.
InsyaAllah.

Allah knows

Yesterday Thursday 7th june.
No N3 for yesterday.
Mood x comei marin tu.
Otak sesak.

Wednesday, June 6, 2018

Alone at last.

☆☆☆☆Hadoii, benjol la kepala saya terantuk di pintu kabinet ni..
Cer tgok benjol tak..

☆☆☆☆☆Laa...sampah semalam masih kat situ, apasal tak letak kat luar? Kan kucing dah koyakkan plastik sampah tu..habis berterabur dah..

☆☆☆☆☆Kimi ni dah kul brapa ni tak gi kerja lagi? Awak remind dia tak, suruh gi kerja awal sikit?

☆☆☆☆☆☆Awak tengok tak berita prime time tadi? Tgok tak kes eksiden yg saya cerita tadi tu.

☆☆☆☆Meh la temankan Ja sekejap, saya nak jemur pakaian dan sapu laman jap.

☆☆☆☆☆Ikan ni sedap masak apa..awak nak masak tempoyak ke asam pedas?

Sekarang saya diam.
Sekarang saya tak perlu cakap apa2
Tempat ngadu dan bercerita dah tak ada.
Dia pernah kata, saya ni kalau tak membebel tu maknanya demam la tu.
Sekarang saya tak membebel...
Saya tak demam.
Sumpah saya sihat.
Cuma tak ada siapa dah nak dgr apa yg saya nak cakap.
Hilang tempat kongsi bodoh saya
Saya hilang kawan sebenarnya.
Hilang teman bercerita.



Tuesday, June 5, 2018

Bersahur dgn airmata.

Patah sayap bertongkat dagu
Jentayu
Aku lah jentayu itu
Jentayu tua
Jentayu yg patah segala anggota
Jentayu yg sudah penat memujuk rasa
Jentayu yg gagal mencari bahagia
Jentayu ini,
Mahu pulang.
Mau pusing ke belakang dan undur..
Mau kembali menetap dalam rahim ibu
Mak, jangan lahirkan aku
Dunia ini terlalu melukakan ku
Aku sentiasa takut di sini.
Bawalah aku pulang ke dunia angan2
Tidur kan aku
Dunia mimpi lebih indah sebenarnya.
Tersedar dari pertengahan mimpi dan terasa
seperti tidak adilnya realiti ini.
Maaf, pagi2 buta Jentayu merapu.
Sahur dulu lah,
Sumbat makanan ke kerongkong yg masih merantai selera.
Bukan makan tapi paksa telan.
Huhuhuhuhuuuu.....!

Wahai jentayu yg sudah penat terbang.
Diam lah kau di penjuru duka itu
Banyakkan lah berzikir
Sujud lah ke bumi kerana langit mendengar rintihan mu.
Pohon lah....pinta lah...
Tuhan ada.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...