Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, August 16, 2019

Kelik kapung.

Balik kampung arwah suami.
Jumpa mak mertua
Kutip buah dalam dusun
Tu ubat hati yg terbaik
Seronok nya masuk kampung.
Ada kenduri juga, singgah raikan pengantin sekali.
Ada wajah2 yg tidak saya kenali.
Ada wajah2 yg pernah saya kenali tapi masa membuatkan saya tak cam.
Mujur ada mak mertua yg jadi ice breaker, siap perkenalkan lagi..
Penat.
Tapi seronok sungguh.
Ok mak, kami dah nak balik.
Dalam bonet kereta penuh berisi buah dari dusun.
Bye bye mak..
Air mata mak mengalir, mak sedih.
Begitu la dia setiap kali jumpa saya.
"Ma, jaga diri tu..
Kalau apa apa call
Ma, jangan la menangis, nanti Nie datang lagi k."
Wajah tua mak mertua saya masih suram.
Di wajah dia ada bayangan wajah arwah.
Di sini, di lorong ini, di dusun ini penuh bayangan kisah semalam.
Menyusuri jalan kenangan ini sekali sekala hati pecah.

Wednesday, August 14, 2019

Serik dah bantu orang mcm ni....

Orang ni..
Macam mana kita bantu pun,
Jangan lah mengharapkan mereka kenang budi kita.
Tak ingat nya...
Orang ni..
Macam mana kita buat baik pun.
Mereka tetap akan pentingkan diri sendiri.
Sanggup buat apa saja asal mereka dapat apa yg mereka nak.
Orang ni..
Kalau kita sentiasa permudahkan urusan mereka,
dipijak pijak nya kepala kita, dipergunakan kita.
Tau nak ambik kesempatan saja.
Sebab tu lah...
Lain kali kalau nak tolong orang ke, nak bantu ke..
Jangan lebih lebih, berpada pada..
Hati orang tak serupa hati kita.
Sekali dah dapat apa yg dia nak,
kita ditolak tepi seperti sampah.
Dia lupa dah kebaikan2 kita..
Dia tak hargai dah segala layanan baik kita
Dia tak rugi apa apa.
Kita?
Padan muka kita.


Tuesday, August 13, 2019

Serabut perot

Sabar.
Itu saja lah yg mampu saya buat.
Sabar, adalah tu penyelesaian nya.
Jangan risau, Tuhan ada.
Ayat nak sedapkan hati macam tu lah.
Sebenarnya kadang kadang saya dah tak reti nak sabar.
Dah penat bersabar
Tak mau sabar dah...
Tapi kalau tak mau sabar, apa boleh saya buat?
Apa pilihan yg saya ada?
Apa?
Nak tak nak kena sabar jugak...
Orang kata saya seorang yg kuat.
Kuat apa nya?
Tak kuat, jauh dari kuat.
Orang nampak saya sentiasa senyum.
Orang tak nampak saya menangis sampai kebas kepala,
sampai bengkak mata, sampai serak suara...
Menangis tak kan depan orang kan?
Orang tengok saya sentiasa tenang..
Orang tak tengok saya waktu saya mengamok,
meracau dan menggelupur sorang sorang bila dah tak dapat kawal emosi.
Semua tu sorang sorang, tak siapa tau.
Kenapa macam tu?
Kerana saya seorang yg lemah, yg byk kekurangan, yg tak mampu nak bendung perasaan.
Saya perlu bebaskan emosi dibelakang tabir supaya bila saya
berhadapan dengan orang lain, saya nampak tak apa apa.
Alah, macam pelakon la...melakonkan watak gitu.
Rupanya saya setanding artis lah.
Primadona? Yes!
Sebenarnya saya boleh dan mampu menipu semua orang tapi
Tak boleh menipu diri sendiri...
Hani....kesian awak laa....
Kena tanggung segalanya sendiri.
Ya lah ye lah....
Dah nasib kita macam ni..
Rasa nak tiok wehhhhhh...!

Monday, August 12, 2019

Sunday, August 11, 2019

Permudahkan lah...

Senja..
Sempena hari wukuf.
Ku panjatkan doa
Di waktu paling afdal untuk menadah.
Pinta ku
Masih sama dgn pinta ku yg dulu dulu.
Masih ku pohon yg itu
Tetap memohon selagi Tuhan
masih belum peduli..
Berganti tahun..
Tadah ku terketar ketar..
Jari ku rapatkan..
Jangan doa kali ni tiris lagi.
Jangan..
Tidak pernah berputus harap,
sentiasa mau, sentiasa berharap
Berulang ulang kali tanpa jemu
Ku pinta, ku pohon, ku tagih simpati Mu
Apakah tidak ada belas Mu buat ku?
Perancangan Mu tersembunyi.
Aku menanti nanti....
Selepas asar marin,
Sewaktu di Arafah memutih warna wukuf
Aku sekali lagi menadah...
Sekali lagi tangisan tumpah..
Tuhan, angkatlah doa ku kali ini.
Ya Rahman ya Rahim
Ya Hayyum ya Qayyum..
Hanya pada mu tempat mengadu
dan memohon....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...