Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 15, 2023

Penawar duka

Mereka datang.
Alhamdullilah.
Hati terawat seketika
Mereka ni kawan2 Ja
Sentiasa ada untuk Ja
Sentiasa ada untuk mummy juga.
Moral support
Mummy happy bila lihat wajah2 kawan2 Ja ni.
Ja pun happy.
As much as they miss Ja
Ja miss them too.
Mummy yakin gitu.
Terima kasih atas segala peduli.
Terima kasih atas doa2 itu
Terima kasih kerana pernah berkongsi tangis dan masih berkongsi tangis dgn mummy.
I love all of you so much.
Hope to see you again k..Come again..God bless you always.

Saturday, October 14, 2023

Tak sangka

 Memang tak sangka

Serendah itu pandang dia kepadaku

Sehina itu

Sejijik itu.

Tak apa lah, aku tetap hormati dia sebagai orang yg lebih tua.

Tuhan sentiasa melihat dan Tuhan sajalah tahu apa yang ada dalam hatiku.

Tuhan lindungi aku.

Sabarlah Hani

Kuatlah demi anak anak.

Ya aku masih waras dan masih boleh bertahan.

Cuma rapuh hati seketika itu biasalah.

Hancur berkecai hati.

Friday, October 13, 2023

Mak bonda

Dia dah 80an.
Dah uzur
Banyak yang dia dah lupa.
Semoga Tuhan panjangkan usia dia.

 

Thursday, October 12, 2023

Dia

Dia ikut saya sepanjang pantai itu
Dia manja dan entah kenapa saya tertarik padanya.
Mungkin lebih kepada kesian
Perutnya dah sarat sgt.
Sewaktu saya ke kereta dia ikut masuk dlm kereta.
Malangnya saya tak dapat bawa dia pulang sebab dalam kereta tak ada carrier kucing.
Nak tinggal tak sampai hati.
Tapi terpaksa juga tinggal dia di pantai tu.
Saya pulang ke rumah dan seperti biasa urus apa yg perlu saya urus pagi tu.
Dah selesai kerja saya, saya bawa carrier dan pergi semula ke pantai.
Mencari cari
Mengintai intai
Mana dia?
Agaknya sebab dah panas dia menyorok di tempat terlindung matahari.
Puas saya intai tapi tak jumpa.
Hampa
Mana la awak ni kucing?????
Esuk saya akan ke pantai ni lagi.
Kalau ada rezeki kamu utk tinggal di bawah bumbung rumah saya, insyaAllah ada lah esuk.
Kalau ada rezeki saya nak bela ibu kucing yg sarat ni, InsyaAllah Tuhan akan pertemukan saya dgn dia sekali lagi.
Wish me luck ok.
Hope to see you tomorrow.

 

Wednesday, October 11, 2023

Ketua Pengarah

Tu pangkat dia
Ketua dari segala ketua
Siapa berani halang kehendak dia tengok la nanti macam mana
The big boss
Hai la cucu...nenek baru sudah kemas ruang ni.
Baru jer susun segala benda
Dah bersepah balik dah!
Kamu bukak tong mainan kamu
 I come I see and I concour.
Tu kata org Rome.
Apa apalah cucu wei..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...